minummenangliptontfvalue.semuacontest.com
Open in
urlscan Pro
124.217.255.140
Public Scan
URL:
https://minummenangliptontfvalue.semuacontest.com/
Submission: On August 03 via api from US — Scanned from US
Submission: On August 03 via api from US — Scanned from US
Form analysis
0 forms found in the DOMText Content
TERMA & SYARAT Penganjur, Tempoh & Kelayakan 1. Peraduan Minum & Menang Bersama Lipton (“Peraduan”) adalah dianjurkan oleh Ekaterra Malaysia Sdn Bhd (1410177-H) ("Pihak Penganjur"). Peraduan ini akan bermula pada 1 Februari 2023 hingga 15 Mac 2023 ("Tempoh Peraduan"). 2. Peraduan ini terbuka untuk semua rakyat dan penduduk tetap di Malaysia ("Peserta") yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dengan MyKad yang sah, kecuali pekerja Penganjur, ejen periklanan, ejen perhubungan awam dan penyedia promosi, termasuk ahli keluarga terdekat mereka. 3. Pihak Penganjur berhak mengubah syarat atau Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan peraduan hendaklah dihantar ke Pihak Penganjur sebelum atau pada 15 Mac 2023. 4. Peserta layak untuk menyertai Peraduan ini dengan pembelian sebarang produk Lipton (kecuali produk botol dan tin Lipton – ‘Ready to Drink’) bernilai RM20 dan ke atas di dalam satu resit pembelian ("Bukti Pembelian") di cawangan TF Value (rujuk pada Lampiran 1) semasa Tempoh Peraduan. Resit asal yang menunjukkan tarikh pembelian dari 1 Februari 2023 hingga 15 Mac 2023 mesti disimpan oleh Peserta untuk tujuan pengesahan (jika perlu) dan sebagai Bukti Pembelian. 5. Peserta boleh memasuki Peraduan ini melalui langkah-langkah yang berikut: . Peserta mesti membuat pembelian di cawangan TF Value (rujuk pada Lampiran 1). . Peserta mesti membeli produk Lipton (kecuali produk botol dan tin Lipton – ‘Ready to Drink’) bernilai RM20 dan ke atas di dalam satu resit pembelian ("Bukti Pembelian"). . Peserta mesti menyimpan SEMUA resit asal sebagai Bukti Pembelian (“Penyertaan Berkelayakan”). Hanya resit yang sah dan bertarikh di dalam Tempoh Peraduan akan diterima sebagai penyertaan yang layak. . Peserta perlu menghantar gambar yang jelas dari resit yang dicetak melalui aplikasi WhatsApp ke 011 1689 4543 ATAU melalui aplikasi Whoop app (boleh dimuat turun melalui Android - Play Store ATAU iOS – App Store). . Jawab soalan yang berikut dengan tepat: Adakah warna kuning merupakan warna utama Lipton? (BETUL atau SALAH) 6. Penyertaan yang tidak lengkap, lewat, tanpa Bukti Pembelian yang sah atau rosak tidak akan diterima. 7. Peserta boleh menghantar lebih dari Satu (1) penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah disertakan Bukti Pembelian yang baharu. Setiap Satu (1) Bukti Pembelian hanya boleh digunakan Satu (1) kali sahaja. Penyertaan Peraduan akan dibatalkan jika slip transaksi yang sama digunakan lebih dari Satu (1) kali. 8. Setiap peserta (dengan penyertaan yang sah) berpeluang memenangi Satu (1) hadiah sahaja di sepanjang Tempoh Peraduan. Semua hadiah diberikan secara "As is" dan tidak boleh ditukar dengan kredit, wang tunai, barang lain atau baucar, sebahagian atau keseluruhannya. 9. Sekiranya Pihak Penganjur tidak dapat menghubungi pemenang setelah 3 percubaan dalam 3 hari (bekerja) dari tarikh notis, Pihak Penganjur berhak memilih peserta layak yang berikutnya sebagai pemenang peraduan. 10. Sebarang perbelanjaan untuk penyertaan Peraduan ini dan penebusan hadiah (jika diperlukan); ia adalah tanggungjawab pemenang. Hak Pihak Penganjur 1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayani. Peserta dengan ini bersetuju bahawa tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap Pihak Penganjur. 2. Dengan mengikuti Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan / atau mana-mana ejen pihak ketiga ("Agensi") yang dipilih oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta untuk tujuan Peraduan ini. 3. Setiap peserta bersetuju untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadinya, dan menyatakan dan menjamin bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat di dalam semua aspek. Setiap peserta bersetuju bahawa Penganjur boleh, untuk jangka waktu yang munasabah, kecuali jika disarankan sebaliknya, menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan promosi, pemasaran, publisiti, penyelidikan dan pembuatan profil, termasuk mengirim pesanan elektronik atau membuat panggilan telefon kepada peserta. 4. Nilai hadiah tepat pada masa dicetak. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. 5. Hadiah yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran, tidak akan diganti dan Pihak Penganjur berhak menolak sebarang kewajiban untuk tidak mengganti atau memenuhi hadiah ini. 6. Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki mengganggu proses penyerahan atau pengendalian dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya telah melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan kempen ini. * Penyertaan peraduan akan dianggap tidak sah jika Peserta menghantar 'Disappearing Message' melalui aplikasi WhatsApp di info dan imej resit hilang dalam masa yang ditetapkan oleh pengguna. 7. Penganjur tidak akan memikul tanggungjawab atau tanggungan terhadap Hadiah / produk / baucar / e-baucar dan dengan jelas mengecualikan dan menolak sebarang pernyataan, jaminan atau sokongan, tersirat atau tersurat, bertulis atau lisan, mengenai produk / baucar / e- baucar yang ditawarkan di bawah Program Penebusan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan atau penggunaan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama di bawah terma dan syarat seperti yang ditentukan oleh pemilik jenama tersebut. Segala perselisihan yang timbul dari atau berkaitan dengan Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama harus diselesaikan oleh pengguna secara langsung dengan pemilik jenama. 8. Sekiranya Peraduan ini terganggu dengan apa cara pun atau tidak dapat dijalankan sebagaimana yang dijangkakan secara munasabah atas sebab di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur, maka Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mengubah terma dan syarat Peraduan ini, menangguhkan, menamatkan atau membatalkan Peraduan, jika diperlukan, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Hadiah & Penebusan Hadiah Peraduan: * Hadiah Utama: Yamaha LC135 FI (tidak termasuk caj insurans) x 1unit * Hadiah Pertama: OPPO Reno7 5G (8GB / 256GB) x 1unit * Hadiah Kedua: Redmi Note 11 Pro 5G (6GB / 128GB) x 1unit * Hadiah Saguhati: Baucar tunai TF Value bernilai RM50 x100 pemenang Segala imej gambar hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan Hadiah sebenar. Pemilihan & Pengumuman Pemenang 1. Sejumlah satu ratus tiga (103) hadiah untuk dimenangi dalam Peraduan ini. 2. Pemenang akan dipilih berdasarkan proses berikut: Pemilihan Pemenang Peraduan: Pada akhir Tempoh Peraduan, Peserta yang layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan (berkomputer) automatik berdasarkan jumlah penyertaan sah (yang diperolehi keseluruhan Tempoh Peraduan). 3. Setiap penyertaan yang memenuhi syarat akan diberikan nombor siri dari kumpulan penyertaan yang layak dan Pemenang yang disenarai pendek akan dipilih melalui sistem pemilihan (berkomputer) automatik yang tertakluk pada memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat di sini. 4. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi melalui nombor telefon bimbit yang diberikan semasa proses pendaftaran / penyertaan dalam masa 4 minggu dari akhir setiap Tempoh Peraduan. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi pada waktu pejabat (Isnin - Jumaat antara jam 9.00 pagi - 5.00 petang) dan akan diminta untuk menjawab SATU (1) soalan dengan betul, hadiah akan disempurnakan jika soalan dapat dijawab dengan tepat. 5. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman Facebook Pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah. 6. Semua hadiah mesti dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh notis pemenang. Hadiah yang tidak dituntut akan dilucutkan. Perbelanjaan semasa tuntutan hadiah adalah tanggungjawab para pemenang. 7. Semua pemenang Peraduan mesti mematuhi Terma & Syarat yang dikeluarkan oleh Pihak Penganjur. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada pengguna Ekaterra Malaysia Sdn Bhd; Pengguna yang dihormati, Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:- . Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi anda daripada penyertaan Peraduan; . Data peribadi Individu dikumpul untuk (“Peraduan”); . Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetuklan data peribadi anda; . Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan; . Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Peraduan sahaja; . Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima; . Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan . Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +603 7886 5886 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (kecuali cuti negeri atau cuti umum). Personal Data Protection Act 2010 Notice under Section 7 of the Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA") to consumers of Ekaterra Malaysia Sdn Bhd; Dear Consumers, Under the PDPA, there are various requirements that regulate the processing of your personal data as an individual ["Individual"]. It informs the Individual of your rights under the PDPA, including actions Individuals may take to exercise such rights and its consequences, and in particular:- . That we ["Organizer"] collect Individual's personal data directly from the Contest form entry; . Individual's personal data is collected for the ("Contest"); . Individual has the right to access and correct their personal data once given; . Individual's personal data is disclosed to an elected Agency for processing; . The personal data requested from Individual will only be used for the Contest; . The personal data given is obligatory and all incomplete entries will render the participation void; . Individual personal data will be validated upon confirming the winners and if there are changes to the personal data, the Individual is required to update the Organizer; and . If Individual wishes to make enquiries or give feedback, please contact +603 7886 5886 on Mondays to Fridays, from 9.00am to 5.00pm (except for state / public holidays) -------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------------------- LAMPIRAN 1 1. TF Value Mart - Bera 2. TF Value Mart – Jerantut 3. TF Value Mart – Kuala Lipis 4. TF Value Mart - Mentakab 5. TF Value Mart - Bentong 6. TF Value Mart – Bentong 2 7. TF Value Mart - Raub 8. TF Value Mart - Temerloh 9. TF Value Mart – Tunjung Kota Bharu 10. TF Value Mart – Port Dickson 11. TF Value Mart - Senawang 12. TF Value Mart – Sungai Besar 13. TF Value Mart – Taman Connaught 14. TF Value Mart - USJ 15. TF Value Mart – Simpang Empat 16. TF Value Mart – Kuala Kedah 17. TF Value Mart – Alor Setar 18. TF Value Mart – Sg. Petani 19. TF Value Mart – Kulim 20. TF Value Mart - Balik Pulau 21. TF Value Mart – Teluk Intan 1 22. TF Value Mart – Teluk Intan 2 23. TF Value Mart – Sri Manjung 24. TF Value Mart – Sri Manjung 2 25. TF Value Mart – Pantai Remis 26. TF Value Mart – Tanjung Malim 27. TF Value Mart – Batu Gajah 28. TF Value Mart – Tapah 29. TF Value Mart – Ipoh Botani 30. TF Value Mart - Tambun 31. TF Value Mart - Taiping 32. TF Value Mart – Sungai Siput 33. TF Value Mart - Gerik 34. TF Value Mart - Kuala Kangsar 35. TF Value Mart - Falim 36. TF Value Mart – Muar 37. TF Value Mart - Tangkak 38. TF Value Mart - Gemas 39. TF Value Mart – Pulai Utama 40. TF Value Mart – Nusa Bestari 41. TF Value Mart - Paragon