karyaassohwah.blogspot.com Open in urlscan Pro
2404:6800:4006:810::2001  Public Scan

URL: https://karyaassohwah.blogspot.com/
Submission: On December 17 via api from US — Scanned from AU

Form analysis 1 forms found in the DOM

GET /search

<form action="/search" method="get">
  <input class="searchtext" name="s" type="text" value="">
  <input alt="Search" class="searchbutton" src="http://www.ezwpthemes.com/examples/wp-content/themes/blogging-delicious/images/spacer.gif" type="image">
</form>

Text Content

skip to main | skip to sidebar


MEDAN KARYA ASSOHWAH




 * Utama
 * Website
 * Facebook
 * Butik


..Hantarkan Karya anda kepada kami, karyaassohwah@gmail.com. Karya anda akan
kami siarkan disini. Blog ini adalah Hak Milik As Sohwah Group Sdn Bhd..


SAHABAT SEJATI HINGGA KE SYURGA


Labels: Sudut Sahabat
17
July
Bismillahirahmanirahim..




"Masih awal lagi, baru pukul 1 pagi"gumam Afifah bila Hawa menegurnya supaya
tidur. Dia berdengus kasar, matanya tajam merenung laptopnya.


Hawa terdiam, bukan dia tidak kenal Afifah yang suka berfacebook, chatting, dan
melayan cerita korea malam-malam sehingga habis. Namun dia memang terganggu
tidurnya kerana sesekali Afifah gelak sakan depan laptop kesayangannya. Entah
apa dibualkan bersama teman chattingnya. Mungkin juga kelucuan yang sekali
sekala dalam cerita yang ditontonnya.


Hawa menarik nafas, istighfar menghiasi hati, sedikit senyuman terukir
dibibirnya. Aku harus sabar, bisik hati kecil Hawa. Dia bingkas bangun untuk ke
bilik air mengambil wudhu'. Terasa air wudhu' yang menyegarkan wajah dan hatinya
di pagi buta penuh indah itu. Hawa menggigil kesejukkan, berjalan perlahan
menuju ke bilik semula. Pintu dikuak perlahan, Hawa ingin menunaikan solat
tahajjud. Telekung dicapai dibirai katil, sengaja dia meletakkan disitu agar
jika dia tersedar daripada tidur di malam hari, matanya akan terus tangkas
melihat telekung tersebut. Biarlah malam harinya dihiasi ibadah kepada Allah.


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Ini situasi biasa yang di alami di zaman universiti, juga berlaku bagi sekawan
yang tinggal di rumah yang sama. Situasi ini akan menyebabkan berlakunya
perbalahan, memasam muka, salah faham, masalah mengantuk di waktu pagi dan
sebagainya. Masalah mengantuk menjadi satu isu penting akibat kurang tidur.
Namun, kita sebagai umatnya harus menteladani Rasulullah saw. Ketahuilah,
Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t.
memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:


“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”


Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama
bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini
adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.


Bagaimana cara untuk mengelakkan ketiduran selepas solat subuh? Tips untuk
mengelakkan tidur adalah:


01.Solat Subuh
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok,
sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran.


02.Senaman
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah.
Jalan kaki juga dikira senaman.


03.Sembang
Rupanya borak-borak pun boleh hilangkan mengantuk. Selalu juga buat kalau ada
sahabat yang turut tidak tidur lepas subuh. Tapi jangan sembang benda- benda
yang melalaikan nanti pagi-pagi sudah kumpul dosa. Bagi suami isteri, ambil masa
ini untuk bermusyawarah bagi berbincang permasalahan juga berkongsi kasih sayang
melalui saling nasihat menasihati dan mengingati.


04.Mendengar tazkirah pagi.
Bagaimana lagi? Dengan mendengar tazkirah pagi. Sambil-sambil menyapu, hiasi
halwa telinga dengan mendengar sesuatu yang indah untuk di dengarkan. Dapat juga
ilmu yang baik.


05.Sarapan
Sediakan sarapan di awal pagi. Sarapan pagi itu penting untuk kesihatan.
Ambillah berupa sarapan amalan Rasulullah saw.


Kesimpulannya, mesti istiqomah ya untuk melaksanakan tips ini dengan sempurna
supaya betul-betul berkesan. Selamat beramal.


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Melihat kelibat Hawa yang menunaikan solat tahajjud dengan penuh khusyuk dan
tawadduk, terdetik perasaan malu dalam Afifah. Hawa tidak menjawab walau sepatah
jawapan yang dia berikan tadi. Selama ini memang Hawa tidak pernah berkasar
dengannya. Sikapnya yang suka ketawa dan menekan keyboard laptopnya dengan kasar
dan kuat selalu mengganggu Hawa yang tengah tidur. Mata Afifah tidak beralih
daripada memerhatikan pergerakan solat Hawa. Matanya beralih pula kepada
dirinya, merenung kembali. Dia jarang menunaikan solat Tahajjud, seingatnya
mungkin hanya tiga kali seumur hidupnya. Jika solat sunat juga jarang, bagaimana
dengan solat fardhu yang wajib? Afifah menangis, solat fardhu dia selalu
tinggalkan fardhunya. Selalu tertangguh. Kadang-kadang sahaja dia lakukannya.
Mudahnya dia leka dengan kehidupan dunia.

Usai Hawa solat, Afifah terus meluru memeluk sahabatnya itu. Senyuman terukir
dibibir Hawa. Hatinya bertasbih. Betapa Allah itu baik kepada hambaNya,
mengurniakan Hidayah tidak mengira waktu dan masa. Sahabat sejati membawa kita
ke jalan Allah.

Karya Assowah..


0 comments

Posted by Unknown at 20:36



JURNAL INSPIRASI DIRI


Labels: Koleksi Buku AsSohwah
9
July
Bismillahirahmanirahim..


Ingin berubah kepada yang lebih baik memerlukan kecekalan dan tekad yang teguh.
Kadang-kadang tekad kita akan teruji dengan pelbagai musibah dan Ujian daripada
Allah. Niat kerana Allah yang bisa membimbing kita untuk terus istiqomah dalam
melakukan perubahan tersebut. Kami terfikir bagaimana memberikan solusi yang
baik kepada anda supaya sentiasa teguh dengan pendirian untuk berubah.
Alhamdulillah, dengan niat murni itu maka lahirlah buku Jurnal Inspirasi Diri
yang diinspirasikan oleh Prof Dr Muhaya. Buku ini merupakan buku kami yang
terlaris.


Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap
5 aspek penting dalam hidup anda. Turut dimuatkan bersama jurnal ini, kata-kata
motivasi sebagai inspirasi pencetus kekuatan dan pembakar semangat yang akan
memberikan hasil dan impak yang besar kepada hidup anda. Anda akan teruja kerana
ia pasti memberikan perubahan kepada hidup anda!


Jika anda masih tercari-cari satu aset untuk memulakan perubahan dalam hidup,
jurnal ini merupakan pilihan terbaik buat anda sebagai peneman setia agar anda
dapat:


1. Belajar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan keputusan kepada hidup
anda


2. Menghentikan tabiat negatif serta merta


3. Menggunakan kekuatan minda untuk membuat perubahan


4. Membina fikiran positif di samping membuka 'mata hati' anda


5. Meningkatkan kekuatan dalaman diri melalui pendekatan kerohanian



Berubah kerana Allah - Prof Dr Muhaya


Untuk mengetahui cara menggunakan Jurnal, klik sini
--> http://www.youtube.com/watch?v=q2_jENEQ-6k


Karya As Sohwah..



0 comments

Posted by Unknown at 19:54



CELIK MATA, RESET MINDA


Labels: Koleksi Buku AsSohwah
9
July
Bismillahirahmanirahim..



Buku - Celik Mata Reset Minda


Apa itu Celik Mata?


Allah mengurniakan setiap daripada kita sepasang mata fizikal. Kita juga
mempunyai mata hati. Celik Mata yang dimaksudkan adalah mata yang melihat
kekuasaan Allah dan hikmah dalam apa juga suasana. Seseorang yang celik mata
fizikal dan buta mata hati tidak akan merasai nikmat hidup yang seimbang.
Seseorang yang celik mata hati akan melihat dengan lebih jauh nilai kehidupan.





Ramai yang terperangkap dengan melihat kelemahan orang lain dan persekitaran
kita. Sedangkan apabila melihat cermin, tanyakan kepada diri kita, "Adakah aku
yang melihat atau yang dilihat?"


Penting bagi kita menguatkan kerohanian dan menajamkan penglihatan mata hati
supaya dapat memberi makna yang lebih indah dalam kehidupan.


Apa itu Reset Minda?


Reset minda bermaksud set semula minda daripada negatif dan positif. Daripada
ingin menerima kepada ingin memberi dan akhirnya daripada mengejar cita-cita
kepada mencari makna. Manusia mampu mengawal tiga perkara dalam kehidupan
sehariannya iaitu apa yang difikirkan, apa yang digambarkan dan tindakan yang
dilakukan. Jadilah insan yang mengambil tanggungjawab atas setiap perkara yang
berlaku.


Kita harus sentiasa menekan butang reset minda supaya kita sentiasa positif dan
membentuk gambaran yang baik sahaja dalam minda. Minda yang sihat dan positif
membentuk emosi positif yang akan mempengaruhi tindakan yang positif bagi
menghasilkan tindakan positif.


* Petikan dipetik daripada buku Celik Mata, Reset Minda.

Dalam buku ini anda akan dapat mengenali siapa diri anda, segala yang positif
semoga bermanfaat untuk semua, yang negatif buang dan jadikan sempadan dalam
menjalani kehidupan.

Celik Mata, Reset Minda anda..Muhasabah Diri..


Dapatkan buku ini dipasaran sekarang, pembelian secara
online http://assohwah.com/buku-buku-terbitan-assohwah/publications/books atau
di cawangan buku berdekatan.


Karya As Sohwah..


0 comments

Posted by Unknown at 18:51



RAMADHAN YANG DINANTI


Labels: Karya As Sohwah
8
July
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..


Bismillahirahmanirahim..


Alhamdulillah, lusa bermulanya puasa. Aku menghitung sisa masa yang tinggal.
Sesekali aku melirik ke arah jam dinding, terasa begitu cepat masa berlalu.
Malam ini akan diumumkan tarikh Ramadhan tahun ini yang dinantikan oleh umat
islam. In Shaa Allah.


Jadual untuk bulan puasa aku tidak siapkan lagi, ya Allah. Hatiku berdesis
perlahan. Betapa kesibukan menjadi alasan yangku reka untuk menutup kesalahanku
sendiri terhadap diri. Tanganku pantas menaip. Menghabiskan sisa kerja yang ada.
Sedaya aku ingin menghabiskannya supaya sempat untukku merangka jadual
perjalanan ibadahku sepanjang bulan puasa nanti.


----------------------------------------------------------------------------------


Malam, niat puasa:


“Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala”


Maksudnya: 


"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan
bagi tahun ini kerana Allah Taala"



04.45 am – Bangun pagi, baca doa dan ucapkan kesyukuran “Alhamdulillah, terima
kasih Allah masih diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini”
Ameen..Ambil Wudhu dan tunaikan solat Tahajjud..

05.30 am – Selepas panaskan lauk, sahur. Bismillahirahmanirahim..

05.50 am – Selepas mandi, berwangian(..tidak berlebihan, untuk mengadap Allah
kena wangi..) bersiap gerak pergi surau berdekatan untuk Solat Subuh, Ya Allah,
semoga aku diberi kekuatan untuk menunaikan solat subuh disurau setiap hari
sepanjang bulan Ramadhan. Baca Quran jangan lupa ya!!!


06.45 am – Balik dari Surau, bersiap untuk pergi kerja pulak..haaa..


07.45 am – Gerak pergi kerja..(..solat sunat Dhuha, Zohor dan Asar sekali..kerja
sampai petang..)


04.30 pm – Balik kerja, gerak untuk ke Bazaar Ramadhan..(Berbelanja ikut
keperluan, membazir amalan Syaitan..)


07.20 – 07.30 pm – Berbuka puasa, bersiap-siap pergi Solat Terawih..(..semoga
Istiqomah)..Ameen..


09.00 pm – Balik Terawih~sambung baca Quran..


09.30 pm – Buat kerja yang tertunggak..


11.30 pm – Sebelum Tidur, banyakkan berselawat ke atas Nabi, Muhasabah diri dan
maafkan semua kesalahan orang yang pernah berbuat salah kepada kita.
“Bismikallahumma Ahya Waamut”


----------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah, siap jugak jadual bulan puasaku. Terima Kasih Allah. Semoga
Ramadhan tahun ini penuh bermakna dengan kehadiran bulan yang mulia ini. Tidak
lupa juga untuk mengingatkan diri supaya selalu mengingati mati dan banyakkan
bersedekah. Konsep islam sangat mudah, semoga Allah redha. Allahu Allah.




Salam Ramadhan daripada kami, As Sohwah Group Sdn Bhd


Karya As Sohwah..

0 comments

Posted by Unknown at 17:51



WARNA WARNI MAJLIS PELANCARAN


Labels: Karya As Sohwah
7
July
Bismillahirahmanirahim..


Sejarah tercipta, Tanggal 07 Julai 2013 menjadi kenangan indah buat Prof Dr
Muhaya. Majlis Perlancaran Buku Biografi Prof Dr Muhaya berlangsung dengan
jayanya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Disini kami ingin kongsikan
kegembiraan bersama anda.



Mohd Hafiz Majid - Videographer As Sohwah bersama team Videographer yang lain



Ketibaan YAB Tun Hajjah Rahah diiringi oleh Prof Dr Muhaya



Pengacara Majlis - Azizah Ariffin



Kata-kata aluan daripada Prof Dr Muhaya


Pelancaran dirasmikan oleh YAB Tun Hajjah Rahah


Prof Dr Muhaya terharu atas kesudian Tun Hajjah Rahah merasmikan Buku
Biografinya


Cenderahati kenang-kenangan daripada Prof Dr Muhaya kepada Tun Hajjah Rahah





Artis Jemputan - Nazrey 



Artis Jemputan -Heliza Helmi














Dari Kiri - Prof Dr Muhaya, Azizah Ariffin(Pengacara Majlis) dan Rozninah Abd
Azib(Penulis Buku Biografi) 


Alhamdulillah, berlangsung dengan jayanya. Semoga bermanfaat untuk semua. Kami,
pihak As Sohwah ingin mengucapkan sejuta rasa terima kasih kepada semua yang
menyokong kami selama ini.



Dapatkan Buku Biografi Inspirasi di Pasaran Sekarang


Karya As Sohwah..





0 comments

Posted by Unknown at 21:34



AMPUTATION AYAH


Labels: Sudut Pengalaman Hidup
7
July
Bismillahirahmanirahim..


Penghujung tahun 2012, sekali lagi mencatat sejarah pada keluarga kami.



Pada hari jumaat bertarikh 16 November 2012 pukul 3 petang. Sekali lagi ayah
sudah dijadualkan untuk pembedahan memotong kaki kanan sehingga dibawah paras
lutut atau diatas lutut. Pembedahan sekali lagi dijalankan ditempat sama seperti
tahun lepas. Di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.








Kali ini aku agak "bertuah' kerana berpeluang untuk menyaksikan pembedahan /
pemotongan kaki ayah sebelah kanan pula. Untuk pembedahan kali ini, kami
sekeluarga telah bersedia dan redha. Kerana kami sekeluarga sudah mempunyai
pengalaman pada tahun lepas.



Operation Kali Pertama


Pada tahun lepas 2011, segala-gala terjadi dengan pantas. Dalam seminggu.
Mula-mula, semua kuku kaki ayah tertanggal tapi ayah tak rasa sakit apa-apa
walaupun berdarah. Lepas tu jari kaki mula menghitam. Kebetulan ayah dialisis
buah pinggang. Suruh doktor checked sekali kaki ayah. So, disahkan kaki ayah dah
rosak. Memang tak pernah terlintas pun dalam otak kami sekeluarga mengenai
pemotongan kaki. Dan, ayah terus dihantar ke HAT Tuanku Mizan.



Yang buat aku sedih, sebab aku tak berpeluang langsung nak jumpa ayah disebabkan
aku dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Tiba-tiba dimaklumkan oleh abang
aku, ayah bakal dipotong kaki sebelah kiri. Memang kami sekeluarga tak boleh
terima. Tapi nak buat macam mana.Dengan hati terpaksa kami redha walaupun hati
sedih sangat. Aku dapat tengok ayah selepas operation dalam unit ICU, pilu tak
payah cakaplah. Macam mana tak sedih, sebahagian daripada anggota badan ayah
sendiri hilang. Kalau tersembunyi takpe juga, tetapi ni boleh dilihat orang
ramai. Lama-lama benda ni, kami sekeluarga sudah boleh terima. Siap boleh buat
jokes lagi dengan ayah aku pasal kaki dia. Kalau orang lain tengok mesti rasa
lain macam je. Mungkin sebab tak biasa.








Pembedahan kali kedua dijadualkan pada hari jumaat pukul 3 petang tetapi ayah
aku sudah diwajibkan berpuasa pada pukul 4 pagi lagi.Ketika itu yang berada
disisi ayah aku adalah emak, aku sendiri dan abang wan.



Kalau nak tahu inilah geng-geng Doktor Askar yang bertanggungjawab menjalankan
operation ke atas ayah. Gambar ni di ambil pada pagi jumaat hari pembedahan.
Second operation ni, barulah aku dapat jumpa doktor-doktor lelaki yang handsome.
Nasib baik tak dihantarnya Doktor perempuan, siapa nak tengok.Hahahah. Handsome
itu sangat penting okay di waktu muram durjana.



Tempoh nak tunggu waktu pembedahan memang lama sebab kitaorang tak diberitahu.
Ayah pula dah berpuasa terlebih awal sebelum pukul 4 pagi lagi. Kesian pula
tengok ayah meminta air. Emak aku yang cepat kesian. Aku akui, aku kurang kesian
sikit. Sebab orang perempuan ni hati dia cepat rasa kesian dan aku perhatikan
cepat rasa kesian menyebabkan banyak kerja tertangguh. Contoh, kejadian nak
potong kaki. Aku tahu ramai perempuan tak sampai hati nak potong kaki ayah
sendiri walapun aku sendiri menyaksikan macam mana ayah aku berguling-guling
atas katil sampai ke bawah lantai menahan sakit kaki akibat daging yang sudah
mati dengan bau busuk seluruh rumah. Aku dengan emak aku terjaga pukul 3 pagi
tengok ayah aku terjatuh dari katil gara-gara sakit kaki. Dengan ayah aku yang
tak cukup tidur sebab menahan sakit. Salah satu kelebihan ayah aku ni, dia tak
pernah merungut langsung ketika dia sakit. Orang yang tak sakit pula, merungut
lebih. Malu. Tapi, aku tahu ayah aku sakit walaupun ayah aku tak bercakap. Dari
melihat ayah aku macam tue, aku redha untuk operation kali kedua ini.





Ketika operation hendak bermula, abang wan dibenarkan masuk oleh kawan-kawan
doktornya. Semasa didalam sana, Abang Wan ada hantar sms kat kami yang tinggal
kat luar ni. Abang Wan beritahu, jantung ayah stop kejap dan operation kali
kedua ini kami sekeluarga sudah dimaklumkan lebih awal mengenai risiko serangan
jantung ketika operation dijalankan. Antara hidup dengan mati. Antara ayah
menahan sakit dengan bau masam dikaki sebab daging dah busuk dengan mengambil
risiko pembedahan. Kami sekeluarga memilih risiko pembedahan sebab pakar tulang
dah bagitahu kaki ayah memang dah rosak teruk.


Bila dapat sms tue, kami yang kat luar ni dah mula rasa sayu. Emak dan abang
long dah mula baca Yaasin dengan suara tersekat-sekat. Aku dah mula fefeeling
terlebih. Sempat lagi updated status facebook. Selepas baca Yaasin, emak dan
Abang Long pergi solat. Lepas tue Kak Arfah dan anak-anak saudara aku sampai.
Disebabkan tengok aku fefeeling terlebih. Kak Arfah suruh anak-anak saudara aku
pergi solat juga. Abang Wan yang tak mahu bagi tekanan pada kawan-kawan dalam
bilik bedah, keluar sama-sama tunggu selesai operation. Masa tue, masing-masing
dah redha. Masing-masing dah faham risiko.



Tepat pukul 6 petang. Ada nurse datang, bagitahu ayah aku sudah dipindahkan ke
Unit ICU.








Kami sekeluarga terus ke unit ICU. Alhamdulillah ayah selamat. Hanya 2 orang
sahaja dibenarkan masuk dalam satu masa. Tak boleh masuk ramai-ramai. Abang Wan
pun pelik, sebab jantung ayah memang lemah masa operation sebab ayah aku
dipengsankan menggunakan gas. So, jantung ayah aku diwajibkan untuk "bertugas"
sendiri ketika operation sedang dijalankan. Memandangkan risiko untuk membuat
injection dibahagian belakang akan menyebabkan kerosakan otak pula. Ajaib. Kuasa
Allah.





Masa aku masuk dalam Unit ICU. Tengok muka ayah tengah berkerut-kerut. Separuh
sedar menahan sakit. Tak boleh tengok lama-lama. Sedih.



Kaki ayah yang sudah dipotong dimasukkan kedalam plastik kuning.





 Kemudian ditanam oleh Abang Long.








Alhamdulillah. Hari ini, ayah sudah pun dibenarkan pulang ke rumah. Dihantar
oleh adik lelaki aku. Dia bekerja sambil ulang alik ke hospital. Teman emak dan
uruskan ayah di wad. Tahniah adik aku, sudah kenal erti tanggungjawab.


Sekian :)


Kongsi Karya: Ms Jawahir Kamarudin




















0 comments

Posted by Unknown at 17:56



TIPS ANAK PINTAR


Labels: Sudut Anak-Anak
5
July
Bismillahirahmirahim..


Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi
pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda
mencapai sepenuhnya potensi dirinya.


1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten.
Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna
itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda
terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar.
Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba
meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya
sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk
bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa
sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda
untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.


2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat
menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut
bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang
sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba
jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda
sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa
yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’
untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas
dengan bahasa yang betul.


3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka
memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’
sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam
kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa
yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka
jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan
ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda
suka.


4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk
mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B
acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi
anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu.
Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan
begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan
buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda
membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.


5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda.
Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad,
nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang!
Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal
usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.


6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah
yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk
melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat
melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda
pandai.


7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar
memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda
boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia
melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda
belajar dengan selesa dan gembira.


8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang
menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda
akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang
dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat
melakukan dengan baik sekali.


9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat
mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk
melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad.
Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5
hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.


10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap
hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak
yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak
mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia
mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya
pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Si Kecil Cerdik: Hauraa' Nurul Iman Mohd Farid


Kongsi Karya: Tips Anak Pintar ~ Nurul Iman


2 comments

Posted by Unknown at 11:19

Older Posts

Subscribe to: Posts (Atom)


SEMBANG DAKWAH





PENGUNJUNG SETIA









KELUARGA SOHWAH




KATEGORI KARYA

 * Karya As Sohwah
 * Koleksi Buku AsSohwah
 * Sudut Anak-Anak
 * Sudut Ilmu
 * Sudut Pengalaman Hidup
 * Sudut Rumah Tangga
 * Sudut Sahabat




KARYA AS SOHWAH

 * ▼  2013 (13)
   * ▼  July (13)
     * Sahabat Sejati Hingga Ke Syurga
     * Jurnal Inspirasi Diri
     * Celik Mata, Reset Minda
     * Ramadhan yang Dinanti
     * Warna Warni Majlis Pelancaran
     * Amputation Ayah
     * Tips Anak Pintar
     * Diari Celik Saya
     * Majlis Perlancaran Buku Biografi
     * Bagaimana Menjadi Suami Terbaik?
     * Calendar July 2013
     * Seminar Celik Momz
     * ~Selamat Datang~



Copyright © 2013 Medan Karya AsSohwah |Designed by As Sohwah Group Sdn Bhd



 * KOMEN ANDA
   
   ..
   


 * POST TERBARU
   
   ..