nurbulanpurnama.blogspot.com
Open in
urlscan Pro
2607:f8b0:4006:822::2001
Public Scan
URL:
https://nurbulanpurnama.blogspot.com/
Submission: On January 03 via api from US — Scanned from US
Submission: On January 03 via api from US — Scanned from US
Form analysis
0 forms found in the DOMText Content
Boost Your Traffic NUR BULAN PURNAMA PENGENALAN * Laman Utama * Pengenalan * Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari * Sistem Suria * Buruj dan Alam Semesta * Hubungi TUESDAY 6 NOVEMBER 2012 FASA BULAN Panduan Bacaan * Mengapakah Bulan kelihatan terang? * Dari manakah datangnya cahaya Bulan? * Mengapakah Bulan kelihatan berbeza-beza daripada sehari ke sehari? Cahaya Bulan 1. Apabila kita melihat Bulan dari Bumi, kita dapat melihat cahaya yang dikeluarkan oleh Bulan adalah sangat terang. 2. Sebenarnya, Bulan tidak memancarkan cahaya. 3. Kita dapat melihat Bulan kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari yang menyinari ke Bumi. 4. Bulan kelihatan bercahaya di langit pada waktu malam. Pada waktu siang, Bulan tidak dapat dilihat kerana cahaya Matahari terlalu terang. Fasa Bulan 1. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada semasa ke semasa. 2. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya Matahari ke Bumi berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi. 3. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan. 4. Fasa Bulan terdiri daripada a)anak bulan b)bulan sabit c)bulan separa d)bulan purnama 5. Fasa anak bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang tidak disinari cahaya Matahari menghadap Bumi. Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi. 6. ketika fasa bulan sabit, hanya sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan seperti bulan sabit apabila dilihat dari Bumi. 7. Ketika fasa bulan separa, separuh permukaan Bulan yang disinari cahaya matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan seperti separuh bulatan. 8. Ketika fasa bulan purnama, seluruh permukaan Bulan yang disinari cahaya matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan bulat.. 9. Selepas melengkapkan fasa yang pertama, bulan beralih ke fasa bulan separa, bulan sabit lama dan fasa anak bulan baru. 10. Urutan fasa-fasa bulan ini akan berulang secara seragam. 11. Tempoh masa daripada satu fasa ke fasa Bulan yang sama ialah 29⅟2 hari. Takwim Qamari 1. Takwim Qamari ialah calendar yang dibuat berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi mengikut fasa-fasa Bulan. 2. Berdasarkan takwim Qamari: a)anak bulan dapat dilihat pada hari pertama dalam takwim Qamari. b)bulan sabit dapat dilihat pada hari ke-3 dalam takwim Qamari. c)bulan separa dapat dilihat pada hari ke-7 dalam takwim Qamari. d)bulan purnama dapat dilihat pada hari ke-15 dalam takwim Qamari. Posted by Unknown at 05:09 6 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Labels: Nota KEJADIAN SIANG DAN MALAM Panduan Bacaan * Bagaimanakah kejadian siang dan malam berlaku di Bumi? * Adakah tempat yang berbeza di Bumi mempunyai masa yang berbeza? 1. Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam. 2. Disebabkan bentuk Bumi yang sfera, hanya sebahagian daripada permukaan Bumi akan menerima cahaya matahari pada satu-satu masa. 3. Bahagian Bumi yang mengahadap Matahari akan menerima cahaya matahari. Bahagian ini mengalami waktu siang. 4. Bahagian Bumi yang terlindung pula tidak menerima cahaya matahari. Bahagian ini mengalami waktu malam. 5. Oleh kerana Bumi berputar, maka: a)bahagian Bumi yang mengalami siang akan beransur-ansur menjadi malam b)dan bahagian Bumi yang mengalami malam pula akan beransur-ansur menjadi siang. 6. Tempoh antara siang dengan malam di kawasan khatulistiwa adalah lebih kurang 12 jam. 7. Simulasi berikut dijalankan untuk menunjukkan kejadian siang dan malam dengan jelas. a)Cahaya lampu suluh menyinari sebuah glob seperti ditunjukkan dia atas. b)Glob diputarkan perlahan-lahan dari barat ke timur(arah lawan jam). Bahagian gelap dan cerah pada glob diperhatikan. c)Bahagian glob yang mengahadap lampu suluh kelihatan cerah. Bahagian ini mewakili permukaan Bumi yang mengalami waktu siang. d)Bahagian glob yang terlindung daripada cahaya lampu suluh kelihatan gelap. Bahagian ini mewakili permukaan Bumi yang mengalami waktu malam. Posted by Unknown at 05:06 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Labels: Nota Older Posts Home Subscribe to: Posts (Atom) MASA LABELS * Nota (9) * Pengenalan (1) BLOG ARCHIVE * ▼ 2012 (10) * ▼ November (7) * Fasa Bulan * Kejadian Siang dan Malam * Pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari * Buruj * Kedudukan Planet Bumi yang Tepat dalam Sistem Suria * saiz dan Jarak antara Bumi, Bulan dan Matahari * Sistem Suria. * ► October (3) PELAWAT BLOG INI. widgets TENTANG SAYA Unknown View my complete profile PENGIKUT JEJAK Awesome Inc. theme. Theme images by RASimon. Powered by Blogger.