al-zuhaily.blogspot.com Open in urlscan Pro
142.250.186.65  Public Scan

URL: https://al-zuhaily.blogspot.com/2009/03
Submission: On December 25 via api from US — Scanned from IL

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

skip to main | skip to sidebar



TEMUBUAL USTAZ ROHIDZIR RAIS BERSAMA DATO DR MAHMOOD ZUHDI TENTANG HUKUM ASB

">



TEMUBUAL USTAZ ROHIDZIR RAIS BERSAMA DATO DR MAHMOOD ZUHDI TENTANG HUKUM ASB
(PART 2)

">



ISNIN, 30 MAC 2009


FIQH SEMASA






Mukjizat Tuhan pada
DARAH WANITA



Ritma Darah Indikator Kesihatan Wanita

Sungguh menakjubkan bagaimana wanita boleh mengeluarkan tiga jenis darah yang
berbeza daripada saluran yang sama. Selain itu setiap darah ini pula mempunyai
nama dan hukum yang berbeza. Masa keluarnya darah-darah ini juga berbeza
berdasarkan keadaan kesihatan individu wanita tersebut. Mungkin kaum lelaki
sukar memahami bagaimana wanita mengalami pendarahan setiap bulan tetapi tidak
jatuh sakit atau meninggal dunia kerananya. Sebaliknya wanita merasa gusar
apabila darah haid mereka tidak teratur.

Para ilmuwan Islam dan pakar perubatan mengesahkan ketiga-tiga darah ini, haid
(mestruasi), istihadhah (lochia) dan nifas (metrorrhagia), mempunyai fungsi dan
peranan yang besar kepada wanita. Mereka berpendapat melalui pemerhatian dan
kajian bahawa wanita yang teratur pusingan haidnya setiap bulan adalah wanita
yang sihat dan subur. Sedangkan wanita yang menghadapi masalah kitaran haid yang
tidak menentu setiap bulan adalah indikator kepada masalah kesihatan yang
dihadapinya.

Selain menjadi medium transformasi seorang kanak-kanak perempuan kepada wanita
dewasa, ia juga bertindak sebagai aras pengukur peningkatan tanggungjawab dalam
aspek ibadat. Wanita yang mendapati dirinya haid, bertanggungjawab melakukan
semua ibadat yang diwajibkan ke atas orang yang mukalaf seperti solat, puasa,
haji dan sebagainya.






Kitaran Haid Boleh Berubah Aturannya

Fungsi kitaran haid adalah untuk menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada
ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak
berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama
bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.
Kerana itu, proses haid sangat penting kerana ia membuang keluar darah, mukus/
lendiran dan sel-sel yang sudah mati.

Justeru, maklumat sains perubatan tentang haid ini perlu diteliti dengan rapi
sebelum sebarang hukum fiqah dikeluarkan. Contohnya, para fuqaha sendiri berbeza
pendapat tentang tempoh mula seorang perempuan didatangi haid ini. Ini kerana
berdasarkan kajian perubatan, permulaan haid bergantung kepada beberapa faktor
seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan.

Dengan itu secara tidak langsung, aliran darah haid sebenarnya menjadi ujian
perubatan alamiah untuk menentukan kesihatan wanita setiap bulan. Sementara itu,
wanita yang mengalami pendarahan di luar waktu haid juga menunjukkan masalah
kesihatan. Darah ini dikenali darah istihadhah atau darah penyakit.

Menentukan jenis darah yang keluar daripada seorang wanita adalah tanggungjawab
peribadinya. Ini kerana darah yang keluar menentukan sama ada dia wajib
menjalankan ibadat seperti biasa atau haram melakukannya. Wanita Malaysia secara
umumnya menggunakan kaedah kebiasaan setiap bulan untuk menentukan sama ada
darah yang keluar adalah haid atau istihadhah. Apabila darah keluar melebih
tempoh paling lama haid (15 hari mengikut mazhab Syafie) barulah wanita ini mula
bersolat kerana menganggapnya sebagai darah istihadhah. Bagaimana pun, wanita
moden kini berhadapan dengan perubahan corak kehidupan, pemakanan, suhu
persekitaran berbeza hingga mempengaruhi ritma haid mereka. Penggunaan pil
perancang atau suntikan pencegah kehamilah juga menyebabkan hormon tubuh tidak
seimbang. Kesannya aturan haid tidak menentu hingga mengelirukan wanita untuk
menentukan darah haid atau pun istihadhah. Keadaan yang sama juga berlaku kepada
wanita yang pertama kali kedatangan haid dan tidak mempunyai kebiasaan. Oleh
itu, kaedah membezakaan sifat-sifat darah lebih praktikal.






Kaedah Membezakan Darah Istihadhah dan Darah Haid

Meneliti sifat-sifat darah (Tamyiz) adalah kaedah utama yang lebih berkesan
membezakan darah haid dan istihadhah. Kaedah ini memerlukan wanita meneliti
ciri-ciri darah yang keluar. Sekiranya darah tersebut kehitaman, bererti ia
adalah darah haid, tetapi apabila ia berubah menjadi warna merah ia adalah darah
istihadhah. Sekiranya seorang perempuan dapat membezakan darah yang keluar sama
ada darah haid atau istihadhah melalui pemerhatian terhadap kebiasaannya, dia
boleh menggunakan kaedah ini untuk menentukan hukum. Ini berdasarkan apa yang
berlaku ke atas Fatimah binti Hubaisy r.ha. ketika didatangi darah istihadhah.
Rasulullah s.a.w. memberikan panduan untuk menklasifikasikan darah haid atau
istihadhah :

‏‏Maksudnya: “Jika darah haid, ia berwarna hitam yang biasa dikenali. Jika darah
haid itu keluar hendaklah kamu berhenti dan jangan kamu menunaikan solat. Jika
ia (darah) yang lain (bukan darah haid), hendaklah kamu berwuduk dan bersolat,
justeru ia adalah darah yang keluar daripada saluran darah (darah istihadhah).”

(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud Taharah:)

Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan,
tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:

 * Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala
   selepas itu ia berwarna merah. Darah yang berwarna hitam adalah haid, darah
   yang berwarna merah adalah istihadhah.

 * Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi
   cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadhah.
 * Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi
   bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah
   istihadhah.



Membezakan Darah Haid dan Istihadhah Melalui Warna Darah

DARAH KUAT




Dianggap Sebagai Darah Haid




Warna Darah

DARAH LEMAH





Dianggap Sebagai Darah Istihadhah

Warna Darah

Merah Pekat (Kehitaman)




Merah




Merah




Merah Muda




Merah Muda




Kuning




Kuning




Keruh


















Membezakan Darah Haid dan Istihadhah Berdasarkan Kepekatan dan Bau Darah

Keadaan Darah Kuat

Keadaan Darah Lemah

Darah Kental atau Likat

Darah Cair

Darah Berbau Kuat

Darah Kurang Baunya



Berdasarkan kaedah ini wanita mempunyai lebih banyak masa suci untuk beribadat
daripada kaedah kebiasaan setiap bulan. Malah sekiranya suatu hari nanti sebuah
alat menguji darah yang keluar daripada wanita dicipta hingga wanita dapat
mengenal pasti dengan lebih tepat, dia hendaklah berpegang kepada keputusan alat
ini. Perubahan seperti ini tidak pelik dalam ilmu fiqah, Imam Syafie sendiri
mengubah pendapatnya tentang tempoh haid wanita di Iraq dan Mesir. Ini berlaku
kerana perbezaan uruf tempat dan uruf teknologi.









Posted by Rohidzir Rais at 10:03 PTG 0 comments    






JUMAAT, 6 MAC 2009


METAFORA AL-QURAN



USTAZ ANJING!!!



“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami
beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia
menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan
(dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau
Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan)
ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa
nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia
menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga
menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka
berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 :
175-177)





Sejarah Anjing

Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok
rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan
daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang
berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan
terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga
mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh
golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah.

Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi
menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi
Musa a.s. Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah
bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang
kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu
‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik
kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui
tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga
menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam
untuk menghancurkan orang Mukmin.



Anjing Kurap

Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya
Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan
ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan
‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana
mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan
ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah
bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam.
Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi
mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila
mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka
menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan
sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka
yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang
sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa
menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap
juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan
habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap.

Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan
menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing
ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk
kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah
munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.



Anjing Bercawat Ekor

Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama.
Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka
terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk
membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan
istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad
ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang
berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca –
menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada
masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah
menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar!

Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini,
anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam
televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan
dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala fasilitet yang disediakan, sudah
tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu
kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan
judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga
yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya
sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.



Anjing Menyalak Bukit

Rentetan itu, masyarakat yang masih totok dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama,
terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka
tidak hairahlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun
daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada
Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada
agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan
pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti
tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang
suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah
setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan
yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!



Anjing Jilat Tahi

Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa
perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikat tamak seperti anjing
menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh. Justeru itu,
artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan
kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas,
begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa
makan cili dia yang merasa pedas’.

Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan
daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor,
lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan
bertanya: “Apakah ana ini seekor ANJING?”





Posted by Rohidzir Rais at 2:08 PG 0 comments    





Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catatan (Atom)


FACEBOOK BADGE

Rohidzir Rais

Create Your Badge



PTS ISLAMIKA

PTS Islamika

Promote Your Page Too">



FACEBOOK BADGE

Rohidzir Rais

Create Your Badge



LABEL

 * DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI (1)
 * Erdogan Juara Baru Dunia Islam (1)
 * kams miftah (1)
 * kenyataan (1)
 * Manusia Sering Lupa (1)
 * Mari Bersyukur (1)
 * Merungkai Permasalahan Seks dengan Al-Quran dan As-Sunnah (1)
 * Penjernihan Jiwa (1)
 * Rahsia Jutawan... (1)
 * SOLAT SUNAT (1)
 * terapi ramadhan (1)
 * ulasan Berita Harian (1)
 * zikir (1)




TERAPI RUQYAH EDISI 2






TERAPI RUQYAH






ISLAMIC HIJRI CALENDAR





BORANG LANGGANAN SOLUSI






BACALAH DENGAN NAMA ALLAH

 * DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI
 * Erdogan Juara Baru Dunia Islam
 * kams miftah
 * kenyataan
 * Manusia Sering Lupa
 * Mari Bersyukur
 * Merungkai Permasalahan Seks dengan Al-Quran dan As-Sunnah
 * Penjernihan Jiwa
 * Rahsia Jutawan...
 * SOLAT SUNAT
 * terapi ramadhan
 * ulasan Berita Harian
 * zikir




THE EVOLUTION DECEIT


Buku Pertama yang Dicetak Sendiri di Mesir



FIRMAN ALLAH S.W.T.





IQRA BISMIROBBIKA...






RIWAYAT MUHAMMAD PESURUH ALLAH


Akan Datang...



MERISIK KHABAR...





SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG SOLATٍ


Merungkai Kekeliruan Dalam Solat



REMEH TEMEH TENTANG SEKS






SEMBANG-SEMBANG KASIH






INTERAKSI SIBER PENGERAT UKHUWAH