bnpost.blogspot.com Open in urlscan Pro
2a00:1450:4001:810::2001  Public Scan

URL: https://bnpost.blogspot.com/search/label/Islam
Submission: On July 25 via api from US — Scanned from DE

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

HALAMAN

 * Laman utama
 * Bajet Jabatan Perdana Menteri
 * Isu Semasa - ALTANTUYA
 * Isu Semasa - Rosmah Mansor
 * ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
 * PERMATA
 * Isu Semasa - LYNAS
 * Isu Semasa - PTPTN
 * Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
 * Derma RM2.6b
 * Kronologi Derma RM2.6B
 * Forest City JB
 * PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
 * Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
 * Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
 * Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang
   SALAH..
 * SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
 * Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah



Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan



SABTU, 30 DISEMBER 2017


STATUS ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA MENYUKARKAN – MARINA MAHATHIR




Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah
menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan
Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai
peranannya dalam kerajaan.

Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan
perkara). 


Baca lagi »
di 12:11 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, Liberal, Mahathir, Pembangkang




ISNIN, 18 DISEMBER 2017


YAYASAN KAJIAN SALASILAH DAKWA RATU ELIZABETH DARI KETURUNAN NABI MUHAMMAD




Salah satu yayasan kajian salasilah terkemuka dunia, Burke’s Peerage,
mendedahkan bagaimana ratu England, Ratu Elizabeth, adalah keturunan Nabi
Muhammad, menurut portal Step Feed yang melaporkan berita dunia Arab.


Kajian yang diterbitkan pada 1986 oleh Burke’s Peerage itu berkata Elizabeth
yang kini berusia 91 tahun itu adalah cicit Nabi Muhammad yang ke-43.

Baca lagi »
di 8:36 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Berita Semasa, Info Islam, Islam




SABTU, 16 DISEMBER 2017


NAJIB MERUPAKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA MENGUNJUNGI  GAZA




Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ke Gaza memperbaharui komitmen
Malaysia menyokong perjuangan Palestin.

Ia melakar sejarah  memandangkan Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama mengunjungi wilayah berkenaan.

Baca lagi »
di 12:55 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, Najib Razak, Palestin




JUMAAT, 8 DISEMBER 2017


ISU BAITULMAQDIS. ERDOGAN/TURKI HANYA PROKSI ISRAEL






Ucapan Erdogan 2 hari lalu utk putuskan hubungan diplomatik dengan Israel
hanyalah RETORIK saja.

Sejak aku dedahkan pasal peng"kencing"an Erdogan dan Ikhwanul muslimin sejak
Intifada (perang Israel - Hamas) dulu, ramai yg inbox marah aku. Ada juga minta
aku bertaubat sebab kononnya aku fitnah Erdogan ada hubungan yg baik dengan
Israel. 

Korang Ingat lagi tak masa tragedi kebakaran terbesar di Israel dulu? Turki
antara negara yg awal hantar bantuan. Perbuatan Erdogan tu menggemparkan seluruh
pemuja beliau.

Masa tu pemuja Erdogan dan Ikhwanul Muslimin cakap Erdogan tolong Israel padam
api sebab atas dasar kemanusiaan. Paling kelakar ada juga yg cakap sebab Erdogan
sebenarnya nak masuk bantu Israel sebab nak "spy" Israel dari dalam. 😂😂. 

Nampak tak depa punya gila taksub??


Baca lagi »
di 3:51 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Erdogan, Islam, Israel, Palestin, Turki



SABTU, 2 DISEMBER 2017


TIADA BUKTI TUHAN WUJUD — PENOLONG EDITOR MALAY




Tuhan tidak wujud dan tiada langsung bukti yang menunjukkan kewujudan
tuhan-tuhan, kempen Boo Su-Lyn, penolong editor Malay Mail Online.

Penulis akhbar online yang dimiliki oleh Redberry Group, anak syarikat Ancom Bhd
itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam sebuah video bagi membidas jawapan
Timbalan Menteri Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada kebimbangan Dr Siti Mariah
Mahmud mengenai kumpulan Melayu murtad melampau Atheist Republic Consulate of
Kuala Lumpur yang telah kerap kali menghina rakyat Malaysia yang beragama,
khasnya umat Islam. 

Tulang belakang Himpunan Anti-RUU 355 itu berkata, “Saya ada berita untuk kamu
kawan, Tuhan tidak wujud. Deal with it. 

Tiada seorang manusia pun di Bumi ini yang mempunyai sebarang bukti mengenai
kewujudan satu tuhan atau tuhan-tuhan.”


Baca lagi »
di 10:38 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, RUU355



JUMAAT, 23 JUN 2017


MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN ZIARAH PENGGUNA DADAH, PEKERJA SEKS, TRANSGENDER DAN
BEKAS BANDUAN






Sebahagian masyarakat mungkin memandang rendah dan jijik kepada mereka, tetapi
tidak bagi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri.
Dr Zulkifli hari ini mengadakan lawatan ke Persatuan Kebajikan Komuniti Ikhlas
Malaysia yang menempatkan pengguna dadah, pekerja seks, transgender dan bekas
banduan.
Menceritakan ziarah berkenaan, aktivis masyarakat, Syed Azmi Alhabshi berkata,
kehadiran Dr Zulkifli ke persatuan itu menyebabkan kejutan di kalangan
penghuninya.
“Bila dia sampai, semua tengah baring-baring. Saya waktu jemput Datuk mufti tak
bagitau siapa-siapa pun kecuali staff Ikhlas sebab nak surprise.
“Betul, sesetengah terkejut melihatnya. Ada yang salam cium tangan. Ada yang
mata merah tak habis-habis ucap terima kasih sebab datang. Masih ada yang
sayang.
“(Bila) Mufti tanya, puasa tak hari ni? “Takkkk” jawab sesetengah mereka dengan
kuat.
“Kesemua mereka duduk bersila dan rapat rapat. Betul-betul pemandangan luar
biasa. Beliau membuka sesi Q & A. Mereka bercakap mengenai orang yang memandang
rendah pada mereka.
“Saya benar-benar tersentuh apabila mufti mohon ampun bagi pihak umat Islam lain
yang memperlakukan mereka dengan buruk. Datuk mufti memberi duit raya dan
mengimamkan solat Zuhur. Mengagumkan,” cerita Syed Azmi.
Menerusi Facebook, Syed Azmi berkongsikan gambar-gambar kedatangan Dr Zulkifli
ke pusat itu.
“Foto-foto ini bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi lebih penting adalah seseorang
seperti tuan mufti boleh datang dan bersama orang-orang ni, siapa saya nak
menghukum.
“Saya suka bila dia tanya nama setiap orang dan dari mana mereka datang. Seorang
wanita sedih sangat bila dapat duit raya. Itu memang saya terasa,” luahnya.
Syed Azmi turut menegaskan bahawa penghuni di pusat itu masih beragama Islam dan
meminta masyarakat membantu persatuan itu dengan memberikan sokongan kepada
mereka.
“Akidah mereka masih utuh dan mereka perlukan sokongan. Sila hubungi 03-40511211
jika anda ingin bertanya apa-apa. Ia bukan tentang saya, ini adalah tentang
rakan-rakan muslim saya yang mahukan kasih sayang,” kata Syed Azmi.
“Kami sayang mereka kerana Allah’
Sementara itu, Dr Zulkifli menerusi status di Facebooknya mengakui tersentuh
hati melihat penghuni Ikhlas ketika melawat mereka.
“Alhamdulillah, petang tadi diizinkanNya menziarahi Pusat Kebajikan Komuniti
Ikhlas Malaysia. Sebuah pusat komuniti yang menghimpunkan sebahagian
gelandangan, transgender, pekerja seks dan bekas banduan di Chow Kit, KL.
“Hati mana yang tidak tersentuh melihat mereka yang dipandang serong dan hina
oleh masyarakat, berpusu-pusu bersalam dengan kami. Nampak jelas riak teruja dan
terharu di wajah mereka semasa kehadiran kami ke sana.
“Jauh dalam benak hati mereka, terpancar 1001 sinar harapan untuk mereka
dibimbing dan dapat merasai nikmat hidup dalam masyarakat arus perdana,” kata Dr
Zulkilfi.
Menurutnya, ramai penghuni pusat komuniti itu meluahkan perasaan dan kecewa
kerana dipulau oleh masyarakat.
“Kami mewakili umat Islam yang lain dengan sejujurnya memohon maaf atas
sikap-sikap yang tidak menyenangkan oleh segelintir umat Islam kepada komuniti
ini,” ujarnya.
Menurutnya, ziarah ke pusat komuntiti seumpama itu tidak akan dihentikan dan
bukan kali yang terakhir.
“Akan ada tindakan susulan untuk membimbing mereka ke arah yang diredaiNya.
Sesungguhnya kami menyayangi mereka kerana Allah. Terima kasih Tuan Syed Azmi
yang mengaturkan ziarah mengejut ini,” jelasnya

di 4:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, Mufti Wilayah



JUMAAT, 28 APRIL 2017


PARA ULAMAK BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN YANG DIPERTUAN AGONG BAGI BERBINCANG
ISU BERKENAAN AGAMA.






Mufti Kelantan dipetik oleh akhbar The Star sebagai berkata bahawa inilah titah
Tuanku sebagai Sultan di Kelantan dan kini sebagai Agong para ulamak seluruh
negara juga memiliki peluang yang sama.

Sebagai Sultan kata beliau Tuanku mahu apa sahaja isu berkaitan agama segera
diberi perhatian dan diselesaikan.

Tuanku sudi memberi nombor handphone nya bagi tujuan ini.

Sebagai Ketua Agama Persekutuan cerahlah masa depan Islam dalam negara apabila
kita punya Raja yang sungguh prihatin hal ehwal agamanya.

Moga Islam terus dimartabat dan mendapat tempat dalam masyarakat dan negara di
bawah pemerintahan Tuanku.

di 5:25 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Agong, Islam, Melayu, Raja - Raja



PENJELASAN MAKSUD "DULI YANG MAHA MULIA" YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM






Hari Isnin yang lepas, kita baru sahaja menyambut Hari Pertabalan Yang Di
Pertuan Agong yang baru, Sultan Muhammad ke V. Seperti dijangka, ada beberapa
isu yang timbul antaranya mengenai penggunaan perkataan Duli Yang Maha Mulia.

Bagi sesetengah pihak, ada yang mengatakan perkataan Yang Maha Mulia tidak
sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Mereka mendakwa
penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah
meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan.


Terima kasih kepada halaman Facebook Page The Patriot yang menjelaskan maksud
Duli Yang Maha Mulia ini dengan ringkas dan jelas!




MAKSUD "DULI YANG MAHA MULIA"

> Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya
> Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah
> ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya
> "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW.


MAKSUD "SERI PADUKA BAGINDA"

> Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun
> segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki
> kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia.


Masalah ini timbul akibat kurangnya pemahaman bahasa Melayu itu sendiri.
Tertarik dengan komen daripada seorang komentar yang mengambil bait lirik lagu
nyanyian Malique (Too Phat):


> Maafkan mereka,
> Mereka tidak tahu,
> Mereka tidak ramas buku,
> Mereka segan ilmu,
> Mereka tidak fasih malah fasik guna kata,
> Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,
> Maafkan mereka...

Diharap penjelasan ini jelas dan mampu membuatkan kita lebih bangga dengan
keunikan dan kekayaan bahasa Melayu itu sendiri. 







di 3:27 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, Melayu, Raja - Raja



SELASA, 25 APRIL 2017


RAJA BOMOH MENGAKU BERBOHONG, BERTAUBAT




KUALA LUMPUR, 28 Rejab 1438H, Selasa – Ibrahim Mat Zain, 66, atau lebih dikenali
sebagai ‘Raja Bomoh’ mengaku berbohong kepada masyarakat berhubung ritual yang
dilakukan selain menghina agama Islam.


Serentak itu, dia bertaubat atas segala perbuatannya, hari ini. Pengakuannya itu
disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai
Penguatkuasa Agama Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad


Dalam pengakuannya ada sidang media hari ini dia memohon maaf kepada umat Islam
dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung
tindakannya menggunakan teropong dalam beberapa kejadian dan isu yang berlaku di
Malaysia, termasuk kehilangan MH370 dan hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

di 7:20 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Berita Semasa, Islam



AHAD, 23 APRIL 2017


PAKAR DEDAH IDENTITI SEBENAR WONG FEI HUNG YG BUAT RAMAI UMAT ISLAM TERKEJUT !!!


Identiti Sebenar WONG FEI HUNG Yg Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!! | Selama
ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film “Once
Upon A Time in China”. Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh
aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.




Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama,
Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai
Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering
berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga
imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga
muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk
menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk
menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah
Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli
ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok
(wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di
Canton (ibukota Guandong).
(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di
negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).
Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat
tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah
satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian
hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu
perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi
pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu
orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung
sangat menghormati keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari
kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga
Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga
Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras,
agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat
aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah
dan penindas.
Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang
memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti
Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong
Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang
juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya
dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus
Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.




Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari
Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang
pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh
pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin
pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang
datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).
Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata
bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu
nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.Setelah berguru kepada
Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada
awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka.
Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus
baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus
Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir
menggunakan bermacam-macam senjata.
Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri
bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih
dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang
mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam
kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang
anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .
Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia
pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup
sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda
yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga
akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di
perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun.
Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan
pembela kaum mustad’afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan
mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan
segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal
sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima
di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita,
generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

di 11:14 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Info Islam, Islam, Sejarah



RABU, 19 APRIL 2017


ZAID MAHU HERET K’JAAN PAS K'TAN KE MAHKAMAH





Zaid Ibrahim akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri
Kelantan berikutan arahan kepada peniaga pasar malam supaya menghentikan
perniagaan ketika solat Maghrib.
"Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.
"Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib
adalah tidak sah.
"Keputusan untuk melarang peniaga untuk tidak membuka kedai sebelum jam 3 petang
pada bulan Ramadan juga adalah menyalahi undang-undang," katanya dalam satu siri
tweet di laman mikro-blog Twitter.
Zaid menyifatkan kepimpinan kerajaan Kelantan sebagai "tidak bertanggungjawab".
"Kebanyakan polisi mereka tidak mempunyai asas dalam undang-undang.
“Mereka hanya mengambil kesempatan daripada umat Islam yang takut dilabelkan
sebagai jahil," katanya.
Zaid yang kini menganggotai parti DAP berkata, beliau juga tidak gentar dengan
tindak balas yang mungkin diterimanya berikutan cabaran undang-undang itu.
"Biar Allah tentukan jika saya jhil; Bukan ulama separuh masak yang mencari
kedudukan politik di Kelantan," katanya.
Semalam, bekas exco Kelantan Datuk Musa turut mempersoalkan langkah kerajaan
negeri untuk mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu
Maghrib.
Kata Husam yang kini adalah naib presiden Parti Amanah Negara., arahan berkenaan
sepatutnya terhad kepada peniaga Muslim sahaja kerana peniaga bukan Islam tidak
menunaikan solat Maghrib.
Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, semalam dilaporkan
berkata, arahan itu bagi memastikan semua pihak termasuk pembeli boleh
menunaikan solat Maghrib sebelum meneruskan kegiatan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan itu
berkata, arahan berkenaan juga untuk memberi masa kepada para peniaga berehat
dan menunaikan solat.
Beliau berkata, wisel pertama akan dibunyikan 15 minit sebelum masuk waktu
Maghrib, dan wisel kedua sebanyak dua kali 10 minit kemudian.


Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum
diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu.
Kata Abdul Fattah, peniaga yang ingkar akan diberikan amaran terlebih dahulu,
sebelum dikenakan larangan sementara jika terus berdegil.

di 3:18 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: DAP, DAP.Mesti baca, Islam, PAS



JUMAAT, 14 APRIL 2017


KAHWIN BAWAH UMUR DITOLAK, SEKS BAWAH UMUR OK?




Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan yang melakukan hubungan seks pada umur 9 dan
10 tahun sehinggakan mungkin mengandung tidak patut dikahwinkan, kata Teo Nie
Ching, Ahli Parlimen Kulai yang mewakili parti DAP. Respons ini diberikan
sempena Usul Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang telah dibentangkan di
Parlimen baru-baru ini. 

Beliau dalam satu status Facebook menyatakan bahawa, “Kanak-kanak perempuan yang
mengadakan hubungan seks dengan rela hati pada umur 9 atau 10 tahun serta
mungkin mengandung akibat dari hubungan itu tidak patut dikahwinkan”.



Sebaliknya menurut beliau, kanak-kanak ini perlu diberi khidmat nasihat dan
pendidikan serta terus menghadiri sekolah dan meneruskan pembelajaran seperti
mana-mana kanak-kanak yang sebaya. 

“Untuk berhujah bahawa perkahwinan anak-anak mereka ini akan menyelamatkan
maruah atau mengelakkan malu adalah satu tindakan mementingkan diri sendiri dan
tidak bertanggungjawab”, tegas beliau. 

Selain daripada itu beliau turut menyokong pendirian Ahli Parlimen Sungai Siput
untuk membolehkan sweetheart defence sewaktu usul ini sedang
dibincangkan. Sweetheart defence adalah merujuk kepada tindakan memaafkan
kanak-kanak bawah umur yang melakukan hubungan seks jika julat umur diantara
mereka berdua adalah kecil. Namun begitu cadangan ini telah ditolak oleh Dato’
Sri Azalina.





Menurut Teo Nie Ching, pasangan kanak-kanak yang tidak mengetahui kaedah
mengadakan hubungan seks terlindung belum cukup matang untuk berkahwin. Katanya
lagi, sijil perkahwinan tidak menjadikan pasangan berzina itu dewasa dalam
semalam.

di 11:58 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: DAP, DAP.Mesti baca, Islam, RUU355



ISNIN, 10 APRIL 2017


KAHWIN PEROGOL,KENYATAAN DATUK SHABUDIN TERUS DI SPIN...





PENULIS asalnya agak tak faham apa yang susah sangat nak hadam kenyataan Ahli
Parlimen Tasek Gelugor , Datuk Shahbudin Yahya di Parlimen minggu lepas mengenai
perogol – dalam kes statutory rape, berkahwin dengan mangsanya.  

Statutory rape ni maksudnya lebih kurang, kes hubungan seks dengan budak
perempuan bawah umur – walaupun sukarela (tanpa paksaan) masih dianggap rogol
dibawah undang-undang negara kita.

Yang dimaksudkan Shahbudin bukan kes rogol cara paksaan seperti yang puak-puak
ini fahamkan.  

Dahlah begitu, kahwin, kahwin, hukuman tetap jalan.  Lainlah kalau kahwin lepas
dari itu boleh lepas dari hukuman.  

Tak sebut lagi tentang dengan mendapat kebenaran mahkamah dan sebagainya. 

Semua ini jelas dalam video ketika perbahasan itu dibuat dan penjelasan yang
diberikan selepasnya.

Jadi dimana masalahnya?  Tak hairan di kalangan orang Melayu sendiri yang telah
menonton dan membaca penjelasan Shahbudin, takde timbul isu apa pun. 

Kalau tak Shahbudin cakap pun, perkara itu (mengahwinkan perogol dengan
mangsanya dalam kes-kes statutory rape), seringkali berlaku dalam masyarakat
kita.

Di hujungnya, benda mudah saja tapi berulang kali dijelaskan masih puak-puak
berkaitan DAP ini buat tidak faham.  

Ini pun satu hal, puak-puak ni yang kita tahu nak cakap dalam bahasa Melayu pun
begitu sukar, tapi bab menafsir (sehingga ke tahap terbelit) kenyataan yang
dibuat dalam bahasa Melayu, macam dialah sasterawan negara.  

Tak hairanlah, dari semua kenyataan yang mengecam Shahbudin setakat ini,
semuanya bersandarkan laporan media jenis tak faham ini tadi semata-mata, tak
siapa dari mereka yang mengulas tentang perbahasan itu sendiri.

Justeru, penulis melihat perkara ini bukan sangat apa yang Shahbudin cakap tapi
satu cara untuk lepas geram ke atas ahli parlimen ini kerana mendedahkan skandal
pembelian rumah di bawah harga pasaran, sebagai balasan menukar status tanah
Taman Manggis yang boleh membuatkan Tokong kembali ke penjara.  

Tokong tu, nama besar, Ketua Menteri pulak lagi tapi Shahbudin satu orang boleh
buat dia jadi banduan berulang, mana tak geram ye tak?

Itu saja perkaranya – politik.  Dan sememangnya putar belit macam ini ada
pengaruh di kalangan sesetengah kita – DAP tahu itu. 

Bayangkanlah,ada orang dituduh sebagai pembunuh hanya dengan kata-kata dan
sekeping kertas yang boleh dibuat-buat.

Faham macam itu sudah.


Salinan HANSARD parlimen semasa perbahasan usul tersebut.





Provokasi dan FITNAH oleh RBA terhadap Datuk Shabudin





di 3:56 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: DAP, DAP.Mesti baca, Fitnah, Islam, Melayu, Pembangkang



ISNIN, 20 MAC 2017


SEKIRANYA TUHAN ITU MENCIPTAKAN SEGALA-GALANYA, TENTULAH TUHAN ITU PUN
DICIPTAKAN OLEH SESUATU. - SITI KASIM



AKTIVIS LIBERAL, SITI KASIM MENDEDAHKAN DALAM SEBUAH RANCANGAN TEMUBUAL MEDIA
BERBAHASA CINA BEBERAPA TAHUN LALU BAHAWA BELIAU PERNAH BERFIKIR TENTANG ASAL
USUL KEWUJUDAN TUHAN.

Beliau mengatakan sekiranya tuhan itu menciptakan segala-galanya, tentulah tuhan
itu pun diciptakan oleh sesuatu.

“Tidak ada seorang pun yang mampu memberi jawapan yang memuaskan kepada saya
sehinggalah pada suatu hari, seorang lelaki memberitahu kepada saya tentang apa
yang dia faham tentang tuhan,” katanya kepada wartawan Pocketimes.

Menurut Siti Kasim, lelaki tersebut mendakwa bahawa tuhan itu wujud melalui
‘tenaga’ yang dihasilkan dalam diri manusia, iaitu setiap daripadanya bergantung
sama ada ia mempunya aura tenaga positif ataupun negatif.



“Kita ada aura tenaga positif yang baik, oleh itu saya percaya tuhan yang ‘baik’
akan dihasilkan.

“Akan tetapi sekiranya terdapat kenegatifan di kalangan kamu, lalu kamu akan
menghasilkan tuhan yang ‘jahat’,” katanya.

Tambah peguam kontroversi itu lagi, beliau meluahkan rasa tidak menyukai ajaran
Islam disebabkan perspektif undang-undang yang diamalkan di negara ini
menurutnya adalah kolot, tidak masuk akal dan tidak bersifat keterbukaan.

“Melihat segelintir tindak tanduk daripada mereka membuatkan saya tidak mungkin
akan mengikut mereka.
“Saya tertarik dengan kenyataan Dr. Juanda yang mengatakan segala perkara adalah
perlu dinilai melalui common sense (logik akal).

“Jika sesuatu perkara itu tidak masuk akal, maka perkara itu adalah salah,“
katanya sambil mempersoalkan hukumam hudud yang dikenakan kepada seorang wanita
mengandung anak luar nikah, di mana menurut pemahamannya adalah berbeza.

Menurutnya, hukuman hudud tetap akan dikenakan kepada wanita mengandung terbabit
tanpa sebarang pemeriksaan dilakukan; adakah dia hamil disebabkan pemerkosaan
atau sumbang mahram.
Itu hanyalah pemahaman Siti yang ternyata sangat bertentangan dengan hukum Islam
yang sebenarnya seperti yang tercatat dalam kitab suci Al-Quran.

Siti kemudian berbicara, sekiranya golongan bukan Islam ini tidak wujud di sini,
tentulah negara ini akan jatuh ke tangan ektremis Islam.

“Secara peribadi sebagai seorang Melayu saya ingin berkata, syukur kepada tuhan
disebabkan ada golongan kafir di dalam negara ini! Syukur kepada Tuhan kerana
orang-orang kafir, orang-orang bukan Melayu.

“Sekiranya tidak ada bukan Melayu di negara ini, oh tuhan, tentulah golongan
ekstremis ini akan mengambil alih negara ini,” katanya.

Siti Kasim juga merayu kepada golongan bukan Islam untuk menghasilkan lebih
ramai zuriat agar dapat mengimbangi masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.

“Tolonglah, kaum Cina, kaum India, tolonglah hasilkan lebih ramai anak. Bukan
sekadar seorang atau dua orang. Tolonglah, saya benar-benar merayu kamu semua
untuk menghasilkan lebih anak.


“Kita harus menjadikannya seimbang. Ada ramai Melayu seperti saya, cukup ramai,
akan tetapi mereka tidak berani untuk tampil ke hadapan,” katanya. 







 

di 4:37 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, Liberal, Siti Kasim



ISNIN, 30 JANUARI 2017


ROS BOLEH BATALKAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN YANG MENENTANG AGENDA ISLAM
NEGARA..!!





Parti-Parti politik atau pertubuhan yang menentang pemerkasaan Akta 355 boleh
dibatalkan pendaftaran mereka. Ini kerana perbuatan mereka yang jelas berlawanan
dengan Perlembagaan Persekutuan telah melanggar Seksyen 2A Akta Pertubuhan yang
dengan jelas menyatakan bahawa sebarang aktiviti yang dijalankan hendaklah
selari dan kondusif dalam memenuhi atau mematuhi peruntukkan Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Hal ini diperjelaskan oleh Ketua Pegawai Esekutif, Institut Kajian Strategik
Islam Malaysia (IKSIM), Dato’ Prof. Hj Mahamad Naser Disa. Tegasnya lagi “Hal
ini adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dan
semua pertubuhan atau persatuan yang berdaftar perlu menghormati dan mematuhi
peruntukkan undang-undang tertinggi negara itu.

” Pengamal Undang-Undang itu juga menegaskan bahawa perundangan Syariah
sebenarnya tidak pernah bercanggah dengan perundangan Sivil seperti yang
digembar-gemburkan sesetengah pihak. Malah perundangan Syariah telah diamalkan
sekian lama dan telah kita warisi daripada perundangan negeri-negeri. Islam
sendiri telah bertapak seawal tahun 1303, seperti yang tertulis pada Batu
Bersurat Terengganu.

Malah perundangan Syariah juga saling melengkapi perundangan Sivil dan adalah
menjadi hak asasi setiap warga Muslim di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk
menjalani kehidupan mereka sebagai seorang Muslim seperti yang termaktub dalam
Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun beliau tidak menafikan masih terdapat segelintir golongan yang seperti
mahu menidakkan hak itu dan masih mendakwa bahawa Malaysia sebagai sebuah negara
sekular, sekalipun dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri perkataan ‘sekular’
itu tidak pernah wujud. Katanya lagi pemerkasaan Akta 355 adalah penting untuk
memelihara akhlak dan akidah umat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara.



di 5:36 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, RUU355



KHAMIS, 20 FEBRUARI 2014


COMANGO DAKWA TUNTUTAN HAK LGBTIQ BUKAN ISU AGAMA






Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berpandangan, isu berkaitan hak
golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks serta bukan
heteroseksual (LGBTIQ) tidak sepatutnya dibincangkan dari sudut keagamaan.
 
Sebaliknya, Comango meminta sebarang perbincangan berkaitan tuntutannya agar
Malaysia mengiktiraf identifikasi orientasi seks dan gender (SOGI) yang
merangkumi hak LGBTIQ, dihadkan dari segi hak asasi manusia sahaja.

Pandangan itu disuarakan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean apabila diminta
mengulas tentang pengharaman amalan LGBTIQ di dalam Islam dengan berlandaskan
hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran pada sidang akhbar di pejabat
Dignity International, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

"Kita tidak terlibat dalam perbincangan keagamaan, kita berbincang dari segi hak
asasi manusia," katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Pengasas Knowledge and Rights with Young People
through Safer Spaces (KRYSS), Angela M. Kuga Thas; Pengarah Eksekutif Suara
Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng; Ahli Lembaga Pengarah Pusat Komunikasi
Hak Asasi Manusia (Komas), Jerald Joseph dan Pengarah Eksekutif Tenaganita,
Irene Fernandez.

Honey turut mendakwa kenyataan berkaitan tuntutan-tuntutan Comango terutama
berhubung hak LGBTIQ dalam proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia
yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu telah
diputarbelitkan media.

Menurut beliau, dalam laporan tersebut, Comango menolak keganasan terhadap
sesiapa sahaja termasuk golongan LGBTIQ dan meminta seksualiti serta identiti
gender seseorang tidak dipolitikkan.

"Jadi, itu yang kami katakan tentang hak SOGI. Anda akan mendapati kami tidak
berkata apa-apa pun tentang perkahwinan pasangan sejenis, seks songsang.

"Perkara-perkara tersebut tidak dinyatakan dalam laporan kami. Saya berharap
penjelasan ini akan menghentikan segala spekulasi tentang laporan Comango,"
ujarnya.

Penjelasan Honey itu agak mengelirukan kerana pada Perkara 6 laporan berkenaan,
Comango mengesyorkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang mentakrifkan liwat dan
seks oral sebagai kesalahan jenayah dimansuhkan.

Comango juga menuntut kerajaan mengkaji semula, meminda dan memansuhkan
undang-undang agar selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta yang mengiktiraf
hak LGBTIQ serta konvensyen-konvensyen PBB yang lain.
 
Dalam laporan sama, Comango mendakwa situasi di Malaysia menjadi bertambah
kompleks apabila isu SOGI dikaitkan dengan agama khususnya Islam.




di 10:35 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: DAP.Mesti baca, Islam



SABTU, 19 OKTOBER 2013


ASTAGFIRULLAH... RUKUN IMAN DIPERSOALKAN...





Astagfirullah...
Rukun Iman dipersoalkan...

Apalah nak jadi camni...
Sudahlah orang kafir buat hal..Ini orang yang mengaku Islam pun dok macam -
macam..
Patutlah Islam diserang sebegini rupa sekarang...

Bersatulah Umat Islam...
Ketepikan segala fahaman politik..
Inilah masanya sebelum terlewat...
SUMBER 

di 2:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, PR



ISNIN, 14 OKTOBER 2013


KERAJAAN MENANG RAYUAN, HERALD DILARANG GUNA KALIMAH ALLAH




The Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah
Allah.

Ini berikutan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara di sini Isnin
untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada
2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk
kepada "Tuhan".

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan
panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian
Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan
badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan
kalimah Allah.

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan
yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam
melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984," katanya.

Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh
Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald
daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan
gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan
sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi
yang membaca ringkasan keputusan itu.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd
Zawawi Salleh.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam
memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan
kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan
kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald
adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan
kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus
untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam
Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini
undang-undang, tidak sah dan batal.-- BERNAMA

di 12:21 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Islam, Isu Kalimah Allah



SABTU, 2 MAC 2013


FREEMASON DIDALAM MANIFESTO PR...???







 
"Ramai orang tidak tahu simbol ini dan ramai tidak mengkaji bagamaina
musuh-musuh islam sedang menyelinap masuk ke Malaysia melalui pelbagai
cara,awal-awalnya isu kalimah Allah dan sekarang terbaru isu logo ini, yang
ramai tidak ambil berat tentang perancangan puak kafir menyesatkan kita secara
tersembunyi.

Mereka tahu negara sebelah timur akan hadir Imam Mahdi, jadi mereka sudah siap
sedia mengempur negara islam, di Indonesia mereka telah berjaya cuma mereka
ingin Malaysia pulak sebagai pengkalan mereka, pengkalan mereka paling hampir
dengan kita ialah Singapura."



di 7:30 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: BN, Islam, PAS, PR



AHAD, 17 FEBRUARI 2013


IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) TANDING PRU13..??





Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, akan
bertanding menggunakan lambang Berjasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
dengan menyenaraikan 11 kerusi sebagai sasarannya buat masa sekarang.

Sehubungan itu, kepimpinan Isma dan Berjasa akan mengeluarkan satu manifesto
standard dalam waktu terdekat.

Daripada 11 kerusi itu, sembilan melibatkan peringkat parlimen dan baki adalah
bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Setakat ini, kami memutuskan untuk bertanding di 11 kawasan. Kami sedang
berbincang mengenai kawasan-kawasan lain yang kami akan tanding," kata Presiden
Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika dihubungi.

Terdahulu pada sebelah pagi tadi, Isma melancarkan jentera pilihan raya dan
mengumumkan parti yang akan dijadikan platform untuk menurunkan calonnya iaitu
Berjasa.

Akhir tahun lalu, Isma mengumumkan penubuhan biro politik sebagai persiapan
menyertai dengan aktif dalam PRU13.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan temu bual khas dengan Zaik
mengenai pendirian pihaknya bertanding PRU13.

Mengulas lanjut, Zaik berkata, pihaknya akan meletakkan calon di Subang,
Puchong, Seremban, Tapah, Wangsa Maju, Segamat dan Gurun.

Kerusi-kerusi itu ditandingi oleh calon bukan dari Umno dan Pas lima tahun lalu.

Mengulas lanjut, Zaik berkata, pihaknya akan bertanding di kawasan-kawasan yang
tidak ditandingi Pas dan Umno.

"Kami sedia bincang dengan sesiapa sahaja. Kami memutuskan untuk tidak
bertanding di kawasan, yang pada PRU 2008 ditandingi oleh Pas dan Umno.

"Mungkin akan ada perubahan... kerusi-kerusi ini berdasarkan senario 2008,
tempat mungkin berubah," kata Zaik sambil menambah, senarai nama untuk 11 kerusi
yang telah diputuskan sudah ada.

"Tetapi ia tidak boleh diumumkan sekarang atas faktor keselamatan," kata beliau.

Isma bercadang untuk bertanding di 20 kerusi.

Pada 8 Februari lalu, Berjasa berkata akan meletakkan calon di 150 kerusi pada
PRU13 dengan tujuan mahu menambah suara orang Melayu di Parlimen dan Dun.

Pengarah Eksekutif Markas Pilihan Raya Berjasa, Datuk Hashim Abdul Karim
berkata, dari 150 kerusi itu, 50 adalah bahagian Parlimen manakala baki 100
melibatkan peringkat Dun.

Menurutnya, Berjasa mengambil keputusan untuk kembali  bertanding pada PRU13
demi memperkasakan kembali hak orang Melayu dan agama Islam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun akan dipertandingkan pada PRU13.

Beliau juga berkata, langkah meletakkan calon kali ini bukan bertujuan
memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di
Parlimen.

di 11:07 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: BN, Islam, PAS, PRU 13

Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catatan (Atom)




JUMLAH PAPARAN HALAMAN

10,390,685



LANGGAN

Catatan
Atom

Catatan

Semua Ulasan
Atom

Semua Ulasan





LABEL

 * #Bajet2018 (7)
 * 1 Malaysia (7)
 * 1MDB (38)
 * 5 Jeneral (1)
 * Agong (1)
 * Air Selangor (1)
 * Ambiga (1)
 * Anwar Ibrahim (83)
 * Arab Saudi (2)
 * Artis Bigo (2)
 * ATM (2)
 * Azmin Ali (1)
 * Bajet (1)
 * Berita Semasa (382)
 * Bersih (2)
 * BMF (1)
 * BN (132)
 * BNM FOREX (3)
 * BR1M (4)
 * China (5)
 * DAESH (1)
 * DAP (24)
 * DAP.Mesti baca (13)
 * Derma RM2.6b (4)
 * DOJ (9)
 * ECRL (2)
 * Ekonomi (12)
 * Erdogan (1)
 * ERL (1)
 * FAM (1)
 * Felda (3)
 * FGV (1)
 * Fitnah (12)
 * Fitnah Tabung Haji (4)
 * Forest City (4)
 * GST (5)
 * HALAL JAKIM (5)
 * HARGA BARANG NAIK (3)
 * Hudud (6)
 * IC Sabah (1)
 * Iklan (1)
 * Info Islam (6)
 * Islam (47)
 * Israel (1)
 * Isu Kalimah Allah (21)
 * Jack Ma (1)
 * Jalil Ibrahim (1)
 * JDT (6)
 * JOHOR (9)
 * Jutawan Islam (1)
 * Kakitangan Awam (1)
 * Kapal Selam Scorpene (3)
 * Kelantan (7)
 * Keputusan PRU 13 (2)
 * Kerajaan (2)
 * Kewangan (2)
 * Kit Siang (1)
 * KKM (1)
 * Lahad Datu (81)
 * Liberal (3)
 * Lim Guan Eng (3)
 * Lim Kit Siang (1)
 * LYNAS (4)
 * Mahathir (42)
 * Malaysia (1)
 * Manifesto BN (4)
 * MARA (1)
 * Matawang (2)
 * McDonald Malaysia (1)
 * Melayu (13)
 * Mesti Baca (11)
 * Motivasi (4)
 * Mufti Wilayah (1)
 * MYTV (2)
 * Najib Razak (94)
 * Namawee (5)
 * NFC (4)
 * P Balasubramaniam (4)
 * P RAMLEE (1)
 * Palestin (3)
 * PAS (112)
 * Pembangkang (38)
 * Penang (1)
 * Pengerang (1)
 * Perdana Menteri (33)
 * Permata Pintar (1)
 * Pertahanan Negara (1)
 * Perumahan Rakyat (9)
 * PETROL (16)
 * PPBM (11)
 * PR (122)
 * Pr1ma (1)
 * Proton (6)
 * PRU 13 (129)
 * PRU14 (7)
 * PTPTN (5)
 * Pulau Batu Puteh (2)
 * Pulau Pinang (1)
 * Rafizi (11)
 * Raja - Raja (12)
 * RCI FOREX (2)
 * Ringgit (3)
 * Rohingya (3)
 * Rosmah Mansor (6)
 * RUU355 (5)
 * Saiful Bukhari (2)
 * Sarawak Report (3)
 * Sejarah (7)
 * SELANGOR (9)
 * Singapore (1)
 * Siti Kasim (1)
 * SJKC (1)
 * SPR (12)
 * SPRM (3)
 * SRC (4)
 * Suaram (1)
 * Sultan Johor (3)
 * Sultan Sulu (11)
 * SYABAS (9)
 * Syed Mokhtar Al Bukhary (1)
 * Syiah (3)
 * Syria (1)
 * Tabung Haji (2)
 * Tentera (1)
 * Tesco Malaysia (1)
 * THE ORIGINS : 1MDB (5)
 * Tips Perniagaan (1)
 * TLDM (1)
 * TMJ (4)
 * TNB (2)
 * Toll (1)
 * Tun Razak (1)
 * Turki (1)
 * UMNO (2)
 * UNNO&PAS (3)
 * Usahawan (5)
 * Ustaz Nasha (4)
 * Video (3)
 * Wan Azizah (1)
 * YAPEIM (1)




CATATAN POPULAR

 * Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?
   Pernahkah anda terfikir kenapa dalam Islam ada 4 mazhab? Apa yang dimaksudkan
   dengan mazhab? Kita mazhab apa? Apa beza setiap mazhab ini...
   
 * *Raja Salman dan keluarga miliki harta RM 6.3 trilion, pemurah & penegak
   agama Islam*
   Semua orang tahu Keluarga Diraja Arab Saudi kaya, tapi betapa kayakah mereka
   sebenarnya, dan daripada manakah mereka dapat kekayaan i...
   
 * Syed Saddiq Dedah AS$5 Juta Dibayar Kepada Clinton Foundation Agar DOJ Serang
   Najib Razak
   Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddidq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia
   besar pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana...
   
 * Kalau saya di tanya mengapa saya sokong dan membantu sebaik mampu Kerajaan DS
   Najib, inilah jawapan saya, as Allah is my witness...
   Saya dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Kalau saya di
   tanya mengapa saya sokong dan membantu sebaik mampu  Ker...
   
 * Gambaran Stadium Baru JDT selepas diubahsuai secara berperingkat..
   Gambaran perspektif eksklusif pertama untuk tatapan semua peminat, penyokong
   bolasepak dan rakyat Johor. Johor Bahru - Setelah perancan...
   
 * Anjing Diletakan Atas Mesin ATM Pula..
   MEMANG biadap tindakan seorang lelaki yang dikatakan meletakan anjing di atas
   mesin ATM ketika beliau membuat pengeluaran wang.Semua rak...
   
 * Maarof Zakaria, pengasas bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National
   Bank.
   Maarof Zakaria, pengasas bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National
   Bank.   Namanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangs...
   
 * Pakar Dedah Identiti Sebenar WONG FEI HUNG Yg Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT
   !!!
   Identiti Sebenar WONG FEI HUNG Yg Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!  |
   Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu...
   
 * Kisah Benar Pemuda Miskin Menjadi Jutawan
   “Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar-benar berada
   di garis mula memburu impian ini. Saya benar-benar ber...
   




ARKIB BLOG

 * ▼  2021 (4)
   * ▼  April (4)
     * TERJEMAHAN PENUH SIDANG MEDIA TS SHAFEE BERKENAAN ...
     * "Kenapa DS Najib Razak pulangkan semula duit derma...
     * Rayuan #SRC Najib - Pendakwaraya Kantoi Lagi
     * Kisah Sebenar #SRC & #1MDB

 * ►  2019 (1)
   * ►  Januari (1)

 * ►  2018 (11)
   * ►  Februari (5)
   * ►  Januari (6)

 * ►  2017 (298)
   * ►  Disember (38)
   * ►  November (37)
   * ►  Oktober (32)
   * ►  September (1)
   * ►  Ogos (5)
   * ►  Julai (1)
   * ►  Jun (23)
   * ►  Mei (27)
   * ►  April (53)
   * ►  Mac (45)
   * ►  Februari (22)
   * ►  Januari (14)

 * ►  2014 (30)
   * ►  Ogos (1)
   * ►  Julai (2)
   * ►  Mei (1)
   * ►  April (2)
   * ►  Mac (8)
   * ►  Februari (12)
   * ►  Januari (4)

 * ►  2013 (390)
   * ►  Disember (24)
   * ►  November (18)
   * ►  Oktober (22)
   * ►  September (2)
   * ►  Julai (22)
   * ►  Jun (18)
   * ►  Mei (25)
   * ►  April (43)
   * ►  Mac (93)
   * ►  Februari (47)
   * ►  Januari (76)

 * ►  2012 (167)
   * ►  Disember (1)
   * ►  Ogos (124)
   * ►  April (1)
   * ►  Mac (3)
   * ►  Februari (30)
   * ►  Januari (8)




SENARAI BLOG SAYA

 * MYKMU.NET
   Hello world! - Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete
   it, then start writing!
   4 minggu yang lalu
   
 * NajibRazak.com
   Kit Siang sayang UMNO - Kit Siang kata UMNO hanya boleh diselamatkan jika
   saya keluar dari parti. Sejak bila Kit Siang mula ambil berat tentang masa
   depan dan perjuangan UMNO? Kit...
   5 tahun yang lalu
   








PENAFIAN

BN POST tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web
ini.

BN POST. Imej tema oleh merrymoonmary. Dikuasakan oleh Blogger.




Diese Website verwendet Cookies von Google, um Dienste anzubieten und Zugriffe
zu analysieren. Deine IP-Adresse und dein User-Agent werden zusammen mit
Messwerten zur Leistung und Sicherheit für Google freigegeben. So können
Nutzungsstatistiken generiert, Missbrauchsfälle erkannt und behoben und die
Qualität des Dienstes gewährleistet werden.Weitere InformationenOk