oneip.com.my
Open in
urlscan Pro
2402:1f00:8001:120c::
Public Scan
Submitted URL: http://oneip.com.my/penjenamaan-produk
Effective URL: https://oneip.com.my/penjenamaan-produk/
Submission: On October 23 via api from US — Scanned from SG
Effective URL: https://oneip.com.my/penjenamaan-produk/
Submission: On October 23 via api from US — Scanned from SG
Form analysis
1 forms found in the DOMName: New Form — POST
<form class="elementor-form" method="post" name="New Form">
<input type="hidden" name="post_id" value="4123">
<input type="hidden" name="form_id" value="5359b7a">
<input type="hidden" name="referer_title" value="Tips Penjenamaan Produk Perniagaan Buat Usahawan di Malaysia">
<input type="hidden" name="queried_id" value="6514">
<div class="elementor-form-fields-wrapper elementor-labels-">
<div class="elementor-field-type-email elementor-field-group elementor-column elementor-field-group- elementor-col-75 elementor-field-required">
<label for="form-field-" class="elementor-field-label elementor-screen-only"> Email </label>
<input size="1" type="email" name="form_fields[]" id="form-field-" class="elementor-field elementor-size-sm elementor-field-textual" placeholder="Email" required="required" aria-required="true">
</div>
<div class="elementor-field-group elementor-column elementor-field-type-submit elementor-col-25 e-form__buttons">
<button class="elementor-button elementor-size-sm" type="submit">
<span class="elementor-button-content-wrapper">
<span class="elementor-button-text">subscribe</span>
</span>
</button>
</div>
</div>
</form>
Text Content
Skip to content CALL +6012 224 2728 Monday-Friday: 8:00-16:00 ONE GLOBAL IP SDN BHD Kajang, Selangor * Home * Services * Hakcipta * Rekabentuk Perindustrian * Pendaftaran Paten * Pendaftaran Cap Dagangan * FAQ’s * Copyright * Patent * Industrial Design * Trademark * Blog * Contact Menu * Home * Services * Hakcipta * Rekabentuk Perindustrian * Pendaftaran Paten * Pendaftaran Cap Dagangan * FAQ’s * Copyright * Patent * Industrial Design * Trademark * Blog * Contact Facebook-f Instagram * July 6, 2023 TIPS PENJENAMAAN PRODUK PERNIAGAAN BUAT USAHAWAN DI MALAYSIA RUSMAMOHAMED SHARE POST: Antara perkara penting yang akan memberikan kelebihan kepada usahawan di Malaysia adalah penjenamaan produk. Tanpa proses penjenamaan yang betul, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan susah untuk bersaing dan mendapat tempat di hati pelanggan. Ramai usahawan yang memulakan perniagaan tanpa perancangan penjenamaan produk dengan betul. Akhirnya Usahawan sedar bahawa mereka tersilap langkah dan terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk pembetulan dan penambahbaikan jenama. Anda juga boleh baca lanjut mengenai penjenamaan dan ketahui trademark di Malaysia. APAKAH MAKSUD JENAMA? Ketahui 3 Cara Daftar Trademark di Malaysia Jenama merujuk kepada nama, simbol, logo, reka bentuk atau ciri unik lain yang digunakan untuk mengenali dan membezakan antara produk, perkhidmatan atau syarikat dengan pesaing yang lain dalam pasaran. Ia juga adalah identiti secara imej dan visual yang dihubungkan dengan entiti perniagaan atau organisasi. Jenama yang kuat dapat membantu meningkatkan jualan dan menambat hati pelanggan untuk terus setia menggunakan produk keluaran syarikat. Proses penjenamaan pula merujuk kepada proses pemilihan dan pemberian nama kepada produk baru atau produk yang sedia ada. Ia melibatkan pemilihan nama yang sesuai, mudah diingati dan relevan dengan produk perniagaan. Penjenamaan yang berjaya dapat mempengaruhi persepsi pelanggan, membangkitkan minat dan meningkatkan jualan produk. Ia juga dapat mencerminkan ciri-ciri, nilai dan manfaat produk yang ingin disampaikan kepada pelanggan. TIPS PENJENAMAAN PRODUK PERNIAGAAN Penjenamaan produk bukan sahaja dapat membantu membezakan perniagaan Usahawan dengan pesaing, malah ia juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan dan pengiktirafan di pasaran yang semakin kompetitif. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa tips untuk proses penjenamaan produk buat Usahawan di Malaysia. MEMAHAMI PASARAN DAN SASARAN PELANGGAN Sebelum memulakan proses penjenamaan produk, adalah penting untuk Usahawan melakukan kajian pasaran yang menyeluruh dan memahami sasaran atau target pelanggan untuk perniagaan yang dijalankan. Usahawan perlu kenalpasti keperluan, keinginan dan tingkah laku pembelian pelanggan yang diingini. Dengan memahami pasaran dengan baik, Usahawan dapat merancang penjenamaan yang sesuai dan fokus pada segmen pelanggan yang tepat. PEMILIHAN NAMA YANG BETUL DAN TEPAT Pemilihan nama produk yang betul adalah langkah awal yang begitu penting untuk penjenamaan produk. Usahawan perlu pastikan nama produk yang dipilih senang diingati, mudah disebut dan relevan dengan nilai dan identiti produk perniagaan. Perhatikan juga elemen budaya tempatan atau kesesuaian dengan Bahasa tempatan untuk menarik minat pelanggan di Malaysia. Nama produk mahupun nama untuk jenama perniagaan perlu dipastikan memenuhi kebolehdaftaran Cap Dagangan (Trademark) REKABENTUK KEMASAN YANG MENARIK Kemasan produk (Packaging) adalah penting untuk menarik perhatian pelanggan. Reka bentuk kemasan yang menarik, professional dan sesuai dengan jenama Usahawan dapat memberikan impak yang berkesan kepada pemasaran produk. Pastikan juga reka bentuk kemasan dapat menggambarkan nilai dan kualiti produk serta dapat menarik hati pelanggan untuk mendapatkan produk tersebut. LOGO DAN IDENTITI VISUAL YANG KONSISTEN 5 Tip Penting Diet Suku-Suku Separuh Logo perniagaan adalah simbol utama jenama perniagaan Usahawan. Pastikan logo yang dicipta adalah unik, mudah dikenali dan sesuai dengan jenama dan produk yang dikeluarkan. Gunakan logo dan identiti visual yang konsisten dalam semua aspek pemasaran termasuk laman web, media sosial dan bahan promosi yang lain. Identiti visual yang konsisten juga dapat membantu perkenalkan jenama Usahawan kepada orang ramai dan dapat membentuk hubungan yang kukuh serta berterusan dengan pelanggan. NILAI DAN KEUNIKAN PRODUK Penjenamaan produk juga melibatkan penyampaian nilai dan keunikan produk kepada pelanggan. Usahawan perlu sampaikan dengan jelas kepada pelanggan mengenai kelebihan produk, keunikan yang membezakannya daripada pesaing serta manfaat yang pelanggan perolehi dengan memilih produk perniagaan. Gunakan cerita yang menarik dan hubungkannya dengan keperluan dan keinginan pelanggan. Ini akan dapat menarik hati pelanggan terhadap jenama perniagaan seterusnya meningkatkan jualan. PENGALAMAN PELANGGAN YANG KONSISTEN Kejayaan penjenamaan produk juga bergantung kepada pengalaman yang dialami oleh pelanggan di sepanjang tempoh penggunaan produk yang ditawarkan kepada mereka.Usahawan perlu mengambilkira semua aspek pengalaman pelanggan termasuk perkhidmatan pelanggan, kualiti produk dan komunikasi bersama mereka. Pelanggan perlu merasai pengalaman yang konsistem setiap kali mengguna produk dan berinteraksi dengan pihak syarikat. Berikan perkhidmatan pelanggan yang baik dengan menjawab pertanyaan mereka dengan cepat serta berikan sokongan yang diperlukan. Ini akan membina hubungan jangka masa panjang dengan pelanggan dan memupuk kesetiaan mereka kepada jenama perniagaan. PANTAU DAN NILAI MAKLUM BALAS PELANGGAN Usahawan perlu memantau maklum balas yang diberikan oleh pelanggan. Maklum balas pelanggan adalah sumber yang berharga untuk meningkatkan penjenamaan produk. Dengarlah pendapat yang diberikan oleh pelanggan mengenai produk sama ada melalui ulasan, komen di sosial media atau pun borang maklum balas. Usahawan perlu mendengar dan menerima teguran dengan hati yang terbuka dan mengambil tindakan untuk memperbaiki kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Usaha sebegini menunjukkan Usahawan menghargai pelanggan dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada mereka. PERKEMBANGAN BERTERUSAN DAN INOVASI Penjenamaan produk yang berkesan adalah proses yang berterusan. Usahawan perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dengan mengikuti perkembangan pasaran semasa serta melakukan inovasi ke atas produk dan jenama. Jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian semasa, Usahawan perlu berusaha untuk memperkukuhkan jenama agar sentiasa relevan dan menarik di pasaran yang sentiasa berubah-ubah. MANFAATKAN MEDIA SOSIAL DAN PEMASARAN DIGITAL Dalam era dunia digital, pemasaran digital telah memainkan peranan penting dalam penjenamaan produk. Usahawan perlu menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan LinkedIn untuk mempromosikan produk serta membina komuniti yang setia kepada jenama perniagaan. Tidak dilupakan penggunaan laman web juga akan meningkatkan perhatian pelanggan kepada jenama perniagaan serta menunjukkan kredibiliti perniagaan yang dijalankan. INTEGRITI DAN REPUTASI JENAMA Akhir sekali, Usahawan perlu menjaga integriti dan reputasi jenama dengan cermat. Pastikan setiap langkah yang dilakukan mencerminkan nilai dan identiti jenama dengan baik. Usahawan perlu menunaikan janji yang diberikan kepada pelanggan dan berlaku jujur dalam apa juga urusan perniagaan. Integriti yang kukuh serta reputasi yang baik akan membantu memperkuatkan penjenamaan produk dan seterusnya memperoleh kepercayaan pelanggan. PENDAFTARAN TRADEMARK PENTING UNTUK PENJENAMAAN PRODUK Dalam dunia perniagaan yang kompetitif pada era teknologi kini, penjenamaan produk adalah aspek yang tidak boleh diabaikan oleh Usahawan di Malaysia. Kami berharap dengan perkongsian ini, dapatlah membantu Usahawan untuk membangun dan memperkukuhkan jenama bagi memenangi hati pelanggan dan mencapai kejayaan yang berkekalan. Binalah perniagaan dengan proses penjenamaan yang betul agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Untuk pemilihan nama bagi produk dan jenama perniagaan, kami sarankan agar nama yang dipilih bukan sahaja unik, malah nama tersebut juga perlu dipastikan masih belum digunakan oleh mana-mana perniagaan atau pemilik syarikat yang lain. Ini adalah kerana, sekiranya kita menggunakan nama yang dimiliki oleh pihak lain, kita boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak terbabit. Ianya amat penting bagi memastikan proses penjenamaan perniagaan Usahawan tidak menghadapi sebarang masalah berhubung akta yang berkaitan dengan Harta Intelek di Malaysia mahupun di luar negara. Kami selaku perunding harta intelek yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) juga menggalakkan Usahawan agar mendaftarkan jenama perniagaan untuk mendapatkan hak eksklusif kepada Cap Dagangan (Trademark) perniagaan. Ini adalah untuk melindungi jenama daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. KEISTIMEWAAN PENDAFTARAN CAP DAGANGAN Hubungi kami Untuk Sebarang Pertanyaan Tentang Harta Intelek * Hak Eksklusif Pemilik Cap Dagangan mendapat hak eksklusif untuk menggunakan Cap Dagangan berkenaan dalam sebarang urusan perniagaan. Pemilik juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa atau mana-mana pihak yang menggunakannya tanpa kebenaran. * Bukti Sah Undang-undang Sijil pendaftaran Cap Dagangan yang dikeluarkan oleh MyIPO menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas Trademark yang didaftarkan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak berkuasa. Ia juga dapat digunakan sebagai dokumen penting untuk membuktikan kesahan hak milik Cap Dagangan dalam urusan pengeksportan produk dan barangan ke luar negara. Usahawan juga boleh hubungi kami atau Whatsapp kami untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung pendaftaran Cap Dagangan perniagaan. Kami bersedia untuk memberikan perundingan mengenai proses pendaftaran yang diperlukan. PrevPrevious STAY CONNECTED MORE UPDATES AKTA HAK CIPTA 1987 DI MALAYSIA Salah satu undang-undang yang penting bagi dunia kreativiti dan intelektual di Malaysia adalah Akta Hak Cipta 1987. Akta ini memberikan perlindungan undang-undang kepada pencipta karya July 6, 2023 KETAHUI 3 CARA DAFTAR TRADEMARK DI MALAYSIA Buat pemilik perniagaan yang ingin melindungi nama perniagaan daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terdapat beberapa cara daftar trademark yang boleh dilakukan untuk pendaftaran April 17, 2023 KETAHUI 4 JENIS PERNIAGAAN SEBELUM BERMULA Semakin ramai rakyat yang memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri berbanding bekerja makan gaji di Malaysia. Sebelum memulakan suatu perniagaan, sebaiknya kita perlu kenali jenis jenis April 17, 2023 APA KATA PELANGGAN ONE GLOBAL IP Testimoni-testimoni dari pelanggan One Global IP mengenai servis yang diberikan.. Saya selalu bekerjasama dengan Puan Wan Rusmawati dari OneIp. Sejujurnya sangat banyak perkara yang saya belajar dari Puan Wan berkenaan dengan pendaftaran cap dagangan sehingga saya boleh memberi konsultasi yang lebih baik dalam bidang saya kepada pelanggan. Ini merupakan tambah nilai yang tidak terhingga yang saya perolehi dari Puan Wan. Servis OneIp dalam membantu pelanggan saya mendaftarkan trademark juga dibuat dengan telus, dengan konsultasi yang sangat membantu, dan dengan kadar yang pantas menjadikan pelanggan mudah untuk terus menggunakan servis Puan Wan. Puan Wan juga menyediakan saluran untuk mendapatkan bantuan geran dari Mara kerana Puan Wan adalah panel yang dilantik Mara sebagai pemudahcara untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan di MyIPO. Well done Puan Wan dan One IP. Keep up the great work! Najmi Aliff Che HarunAlev Global Sdn Bhd Thank you for your superb services in registering the trademark for my brand. I am now a proud owner of the brand SFA SKOOL OF MINDSET. Keep up the good work! Sharifah Fadzliah Syed TahaSFA Skool Of Mindset Wan IP is a professional, committed and very friendly person... She's doing her job from their heart, mind, and soul into even their smallest acts. This is the secret of her success... Keep up the good work to make people smiles... Asmah Laili Ab. RahimBig Sign Advertising I heart that IP and Trademark Consultant is quite hard to find out there. From my experience, after referring Puan Wan Rusma to my client, she immediately followed up, and met to see what she can help. My client thanked me, and I believe it was a good professional session between the two. I heard lost of compliments from her other clients as well. I would refer her again and again. Kesten EmiraKesten Organic Solution Saya selalu bekerjasama dengan Puan Wan Rusmawati dari OneIp. Sejujurnya sangat banyak perkara yang saya belajar dari Puan Wan berkenaan dengan pendaftaran cap dagangan sehingga saya boleh memberi konsultasi yang lebih baik dalam bidang saya kepada pelanggan. Ini merupakan tambah nilai yang tidak terhingga yang saya perolehi dari Puan Wan. Servis OneIp dalam membantu pelanggan saya mendaftarkan trademark juga dibuat dengan telus, dengan konsultasi yang sangat membantu, dan dengan kadar yang pantas menjadikan pelanggan mudah untuk terus menggunakan servis Puan Wan. Puan Wan juga menyediakan saluran untuk mendapatkan bantuan geran dari Mara kerana Puan Wan adalah panel yang dilantik Mara sebagai pemudahcara untuk menguruskan pendaftaran cap dagangan di MyIPO. Well done Puan Wan dan One IP. Keep up the great work! Najmi Aliff Che HarunAlev Global Sdn Bhd Thank you for your superb services in registering the trademark for my brand. I am now a proud owner of the brand SFA SKOOL OF MINDSET. Keep up the good work! Sharifah Fadzliah Syed TahaSFA Skool Of Mindset Previous Next STAY IN TOUCH. Langgan buletin emel kami untuk mengetahui tawaran dan perkembangan dunia cap dagangan di bawah: Email subscribe Facebook Twitter Google-plus Pinterest Copyright 2024 © All rights Reserved. pakar laman web oleh The Rich Web