siakapkeli.my Open in urlscan Pro
2a06:98c1:3121::3  Public Scan

Submitted URL: http://siakapkeli.my/
Effective URL: https://siakapkeli.my/
Submission: On December 05 via api from US — Scanned from NL

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

ADVERTISEMENT


x

 * LAMAN UTAMA
 * POLITIK
 * SUKAN
 * HIBURAN
 * LAGI
 * PENDAPAT

open navigation menu


UTAMA

Boleh "Scan" QR Je, Ini Sebab Kenapa eMADANI Tak Boleh Tebus Tunai



19 jam lepas

Orang Awam Ditahan Menyamar Jadi Anggota Polis Selama Sebulan



19 jam lepas

Mayat Dipercayai Wanita Warga Asing Ditemui Dalam Simen



20 jam lepas

KREDIT RM100 EMADANI ANDA 'TAK LAKU' KALAU GUNA UNTUK BENDA NI



2 minit lepas

 * Polis Kejar Bezza: Lelaki & Wanita Ditahan Dalam Insiden Kejar-Mengejar Dari
   PJ Ke Cyberjaya
   
   3 jam lepas

 * Permohonan eMADANI Anda Gagal Kalau Langgar Benda Ni
   
   16 jam lepas

ADVERTISEMENT


Terbaru
Trending
Popular Mingguan
Popular Bulanan

MAYAT BAYI DITEMUI TERDAMPAR DI QUEENSBAY KINI DIKLASIFIKASI SEBAGAI KES BUNUH

7 jam lepas

JOVIAN & NINA ISMAIL SABRI UMUM SUDAH BERPISAH SEJAK OGOS LALU

6 jam lepas

LAPAN HARI BERTARUNG NYAWA, BAPA KEPADA BAYI RENTUNG DALAM KEMALANGAN MENINGGAL
DUNIA

4 jam lepas

GEMPA BUMI SEDERHANA GEGARKAN MINDORO, FILIPINA SEBENTAR TADI

4 jam lepas

LEBIH SEDEKAD MENANTI, TRAILER GTA 6 DAPAT LEBIH 50 JUTA TONTONAN DALAM MASA 10
JAM

4 jam lepas

FITNAH DI INSTAGRAM: KES SAMAN SITI NORDIANA TERHADAP LIMA INDIVIDU SELESAI

3 jam lepas

KES MAYAT DITEMUI DISIMEN DALAM KOLAH, MANGSA MUNGKIN DIBUNUH LEBIH SETAHUN LALU
- POLIS

2 jam lepas

KES LANGGAR: LELAKI DIDAPATI BERSALAH SEBABKAN KEMATIAN SYED MUHAMMAD DANIAL

1 jam




PILIHAN

'Ibarat Main Yoyo', Coach Ni Ajar Teknik Hasilkan Bola Boling Melengkung Ketika
Hayun



4 jam lepas

Ini 10 Haiwan Terancam Di Dunia, Kehilangan Habitat Salah Satu Punca



5 jam lepas

Boleh "Scan" QR Je, Ini Sebab Kenapa eMADANI Tak Boleh Tebus Tunai



19 jam lepas

JOVIAN & NINA ISMAIL SABRI UMUM SUDAH BERPISAH SEJAK OGOS LALU



6 jam lepas

 * Lebih Sedekad Menanti, Trailer GTA 6 Dapat Lebih 50 Juta Tontonan Dalam Masa
   10 Jam
   
   4 jam lepas

 * Kredit RM100 eMADANI Anda 'Tak Laku' Kalau Guna Untuk Benda Ni
   
   2 minit lepas

ADVERTISEMENT



Jenayah
Hiburan
Politik
Sukan
Tragedi
Luar Negara
Agama
Kesihatan
Travel
Trivia

MAYAT BAYI DITEMUI TERDAMPAR DI QUEENSBAY KINI DIKLASIFIKASI SEBAGAI KES BUNUH

7 jam lepas

KES MAYAT DITEMUI DISIMEN DALAM KOLAH, MANGSA MUNGKIN DIBUNUH LEBIH SETAHUN LALU
- POLIS

2 jam lepas

KES LANGGAR: LELAKI DIDAPATI BERSALAH SEBABKAN KEMATIAN SYED MUHAMMAD DANIAL

1 jam

MANGSA GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN LELAKI MENINGKAT

7 minit lepas

MAYAT DALAM KOLAH: LELAKI WARGA ASING DIREMAN SEMINGGU

1 jam

POLIS KEJAR BEZZA: LELAKI & WANITA DITAHAN DALAM INSIDEN KEJAR-MENGEJAR DARI PJ
KE CYBERJAYA

3 jam lepas

KANAK-KANAK ENAM TAHUN MENINGGAL DUNIA DISYAKI DIDERA PENJAGA

6 jam lepas

MAYAT DALAM KOLAH: POLIS KESAN DUA LELAKI WARGA ASING

14 jam lepas


Pergi ke laman jenayah

Hebahan

JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN PERKHIDMATAN PENEBUSAN TUNAI KREDIT EMADANI - MOF

Jangan Jadi Mangsa Penipuan Perkhidmatan Penebusan Tunai Kredit eMADANI - MOF
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di laman X mengingatkan orang ramai
agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan tawaran perkhidmatan penebusan tunai
kredit eMADANI. Menurut MOF, pihak MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat
sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan 'peer-to-peer' atau
penebusan tunai. MOF juga akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun
individu yang terlibat. Ia termasuk melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika
terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan 'peer-to-peer'
atau penebusan tunai. Tujuan utama eMADANI ini diluncurkan untuk menggalakkan
ekonomi digital dan memupuk budaya tanpa tunai dalam kalangan masyarakat. Sebab
itu juga, penebusan tunai atau pemindahan 'peer-to-peer' tidak dibenarkan sama
sekali. Kredit eMADANI boleh digunakan ketika pembelian secara fizikal melalui
e-dompet yang terlibat di 1.8 juta peruncit dan perniagaan di seluruh negara.
Pendaftaran eMADANI mula dibuka hari ini (4 Disember 2023) sehingga 20 Februari
2024. Bermula jam 8 pagi tadi orang ramai sudah mula membuat penebusan kredit
eMADANI di aplikasi MAE, Shopee, Setel dan TnG eWallet. Inisiatif ini bakal
memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat dewasa meliputi golongan B40 dan M40.
Kredit RM100 ini tidak dibenarkan untuk ditukar kepada tunai, tidak boleh
digunakan di mana-mana platform e-dagang, tidak boleh  membayar bil utiliti, bil
pascabayar mahupun prabayar. Juga tidak boleh bayar parkir atau tol. hanya boleh
digunakan di kedai fizikal melalui imbas kod QR pada mana-mana e-dompet yang
terlibat atau imbas DuitNow QR.
https://twitter.com/MOFmalaysia/status/1731488697017897334?t=MMv7Qfgowp9G4lzHpkDpBw&s=19&fbclid=IwAR2l352nVkCDzK-Z8ui6VB4MCILZYRO096AC4CE0LJXI4WzuY3ra6s30mX4
Sumber: MOF   BACA: Tebus eMadani di Shopee, Dapat Baucar RM600

KPKT BERJAYA PULIHKAN 50 PROJEK PERUMAHAN SWASTA SAKIT & TERBENGKALAI BAGI
OKTOBER 2023

KPKT berjaya pulihkan 50 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai bagi
bulan Oktober 2023 (Rekod tertinggi sehingga Oktober 2023) PUTRAJAYA, 2 Disember
2023 - Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Haji Akmal
Nasrullah bin Mohd Nasir telah mengumumkan sebanyak 50 projek perumahan swasta
sakit dan terbengkalai dengan 4,986 unit perumahan telah berjaya dipulihkan bagi
bulan Oktober 2023. Ia merupakan rekod tertinggi sepanjang tempoh 10 bulan sejak
Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) diwujudkan
bermula Januari 2023. YB Akmal dalam satu kenyataan semalam meneruskan fokus
pemantauan terhadap Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai dengan
mempengerusikan Mesyuarat Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan
Terbengkalai (TFST) Bil.11/2023 pada 22 November 2023. Sepanjang tempoh 10 bulan
tersebut, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya
mencapai kejayaan yang signifikan dalam pemulihan projek perumahan swasta sakit
dan terbengkalai. [caption id="attachment_592915" align="aligncenter"
width="1110"] Kredit: Bernama[/caption] Sehingga 31 Oktober 2023, terdapat
pertambahan sebanyak 50 projek perumahan swasta yang berjaya dipulihkan
menjadikan keseluruhan projek perumahan swasta berjaya dipulihkan adalah
sebanyak 351 projek iaitu 43,738 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar
(Gross Development Value, GDV) sebanyak RM32.87 bilion. Menurut YB Akmal,
“Pencapaian bagi bulan Oktober merupakan angka tertinggi sejak TFST diwujudkan
dan ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada kumpulan kerja TFST
dalam memastikan semua projek yang bermasalah dipantau dan diambil tindakan
dengan proaktif.” Sehingga 31 Oktober 2023, TFST telah merekodkan sebanyak 55
projek lewat, projek sakit adalah sebanyak 497 projek dan projek perumahan
swasta yang telah disahkan terbengkalai adalah sebanyak 117. Semua projek lewat,
sakit dan terbengkalai membawa nilai GDV sebanyak RM74.92 bilion. Walaupun
terdapat pertambahan projek sakit dan projek terbengkalai namun nilai GDV telah
berkurang sebanyak RM4.11 bilion. Tambah beliau, “TFST mengambil pendirian
bahawa dalam tempoh pemaju menyiapkan pemajuan perumahan, kebajikan pembeli yang
menjadi mangsa projek perumahan bermasalah adalah perlu dibela. Justeru, TFST
mencadangkan supaya projek di bawah program perumahan Kerajaan atau Pihak
Berkuasa Negeri yang terkesan dengan kelewatan atau mengalami status sakit untuk
menerima manfaat daripada Dana Jaminan Khas berjumlah RM 1 bilion seperti yang
diumumkan dalam Belanjawan Madani 2024 apabila diluluskan kelak.” KPKT melalui
urusetia TFST iaitu Jabatan Perumahan Negara (JPN) akan bersama Kementerian
Kewangan akan meneliti dan memperhalusi kriteria untuk mengenalpasti kesesuaian
dan keperluan dalam penentuan projek perumahan agar peruntukan yang diberikan
dapat dimanfaatkan dan digunakan dengan optimum dalam pemulihan projek perumahan
swasta bagi menjaga kepentingan pembeli. TFST terus menjalankan pelbagai ikhtiar
melalui semua sesi libat urus yang dijalankan yang diharapkan menjadi ruang
untuk semua pihak meneliti dan mengenalpasti isu-isu utama yang menjejaskan
industri perumahan di negara ini serta menyumbang pandangan dan cadangan yang
bersesuaian. Disamping itu, sesi pemantauan yang konsisten sama ada melalui
kaedah turun tapak mahupun secara digital melalui sistem Housing Integrated
Management System (HIMS) turut dilaksanakan. Selain itu, YB Akmal juga telah
merasmikan Seminar Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai yang julung
kali diadakan pada 16 November 2023 yang lalu bertempat di Putrajaya
International Convention Centre (PICC). Seramai 160 orang peserta yang terdiri
daripada wakil agensi kerajaan, pelikuidasi, pemaju perumahan, pemaju dan
kontraktor penyelamat serta pihak-pihak yang berkepentingan dalam memulihkan
projek perumahan terbengkalai. Antara perkara utama yang menjadi perhatian
setelah berakhirnya seminar tersebut dimana keseluruhan peserta bersetuju bahawa
cadangan untuk memperkasakan pengurusan projek terbengkalai adalah seperti
berikut; Memudahcara kelulusan teknikal; Memperkemaskan perundangan dan
penguatkuasaan; Kawalan daripada pihak pembiaya; Kawalan dari segi pengurusan
syarikat yang terlibat dengan projek terbengkalai; dan Mekanisma kawalan
pelaksanaan projek. Oleh itu, semua ini akan dijadikan agenda utama yang akan
diteliti dan diperhalusi pada tahun 2024 dan seterusnya untuk menambahbaik
pengurusan dan memastikan pengurangkan kepada projek perumahan swasta yang
bermasalah. KPKT melalui TFST komited meneruskan agenda nasional dalam membantu
pemulihan projek-projek perumahan swasta yang bermasalah sama ada dalam kategori
lewat, sakit atau terbengkalai bagi memastikan kepentingan pembeli rumah
terpelihara seterusnya mengurangkan beban rakyat.

10,700 HELAI PAKAIAN DIGOSOK DALAM 24 JAM SEMPENA PELANCARAN PENYEGAR FABRIK
TERBARU, SCENTIFY BY ENCHANTEUR

KUALA LUMPUR, 2 Disember - Tugas membersih dan mengemas rumah kini lebih
menyeronokkan dengan SCENTIFY by Enchanteur, sebuah rangkaian semburan penyegar
fabrik terbaharu dari jenamawangian kegemaran Malaysia. Sempena pelancaran
rangkaian baharu ini, sebuah acara maraton menggosok pakaian telah diadakan di
MYDIN Hypermarket USJ pada 30 November lalu. Seramai 80 orang telah menggosok
lebih 10,700 helai pakaian dalam masa 24 jam. Maraton 24 jam yang bermula pada
29 November ini bukan sahaja acara menggosok pakaian semata-mata, malah untuk
menampilkan kelebihan SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric kepada penonton dan
orang ramai, di mana fungsinya tidak hanya terhad kepada menyegar fabrik, tetapi
juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian. Kini, aktiviti menggosok pakaian
lebih memberangsangkan dan pakaian akan kekal wangi untuk tempoh yang lebih
lama! Rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric dan Eau de Car ini dicipta atas
permintaan tinggi pengguna terhadap produk penyegar fabrik dan pewangi kereta
yang tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak. Malahan,
SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau
melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi 3 variasi wangian premium
yang membangkitkan mood. Rangkaian ini juga adalah bukti dedikasi jenama
Enchanteur yangkomited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna. Turut memeriahkan
acara, selebriti terkenal penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam telah
bergabung dalam sebuah "duet menggosok" sebagai penutup kepada penutup 24 jam.
Di kemuncak acara, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok dalam tempoh
hanya satu hari, melayakkan SCENTIFY oleh Enchanteur Eau de Fabric dalam The
Malaysia Book of Records bagi "Jumlah Pakaian Terbanyak yang Digosok dalam
Sehari". Sijil rasmi ini telah dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of
Records kepada Puan Rozaina & Encik Syed Ashiq selaku wakil dari SCENTIFY
manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili oleh Yang Berbahagia Datin
Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd dan Yang Berbahagia Dato' Murad Ali Mydin Mohamed,
merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad. Kejayaan
maraton dan pensijilan ini jelas membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric adalah
"rakan" penting bagi setiap isi rumah kerana, selain menyegar fabrik, ia juga
membuat tugas membersih dan mengemaslebih seronok dengan wangian mewah. Dalam
kata lain, SCENTIFY Eau de Fabric bukanlah penyegar biasa-biasa! Segera dapatkan
SCENTIFY by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) pada harga RM9.50 di
SemenanjungMalaysia Dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak, dan rangkaian SCENTIFY
by Enchanteur Eau de Car(14ml) pada harga RM9.90 in Semenanjung Malaysia dan
RM10.40 bagi Sabah dan Sarawak di semuaperuncit utama, pasaraya, and pasar-pasar
hyper di seluruh negara. Segarkan kehidupan denganSCENTIFY!

BTS JELAJAH DUNIA DENGAN HENTIAN EKSKLUSIF DI MALAYSIA

Perhatian kepada BTS ARMY! Pameran 'B★VERSE' (BTS, Singing the Stars) yang
sangat dinanti-nantikan akan membuat hentian yang pertama di dunia di Pavilion
Bukit Jalil bermula 1 Disember hingga 10 Mac 2024. Dianjurkan oleh THE FACT
MUSIC AWARDS dan direka oleh APOLLON STUDIO, 'B★VERSE' bukan sekadar pameran; ia
menceritakan perjalanan BTS yang penuh memori dari 2020 hingga 2022, yang
diinspirasikan daripada 'THE FACT BTS PHOTOBOOK SPECIAL EDITION' yang
mengandungi pelbagai gambar sempena penampilan mereka di  THE FACT MUSIC AWARDS
2020. Pameran ini akan membawa pengunjung ke lapan sesi yang eksklusif di mana
setiap satu akan menawarkan visual dan aktiviti yang istimewa, termasuk Bilik
VR, Terowong Orbital, BTS Universe, 7 Planets, ARMY Way, Pemetaan Unjuran
Imersif, Produk BTS, dan Zon Foto. Kedua-dua Bilik VR dan Pemetaan Unjuran
Imersif dilengkapi dengan sistem audio seperti konsert untuk mendengarkan
lagu-lagu popular BTS untuk pengalaman yang lagi mengasyikkan. Manakala 7
Planets menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain di mana setiap bilik
mewakili setiap ahli BTS, dan pengunjung berpeluang untuk meneroka dunia dan
ekspresi artistik setiap ahli, serta bagaimana keperibadian mereka menyumbang
kepada identiti kolektif kumpulan. Berikutan pengumuman yang dibuat baru-baru
ini oleh Seni Jaya Media Utama Sdn Bhd (SJMU), anak syarikat Seni Jaya
Corporation Berhad, pemilik rasmi harta intelek Pameran 'B★VERSE' di Malaysia
dan Singapura, Encik Jeff Cheah See Heong, Ketua Pegawai Eksekutif Seni Jaya
Corporation Berhad menyatakan keterujaan beliau untuk membawakan pengalaman yang
unik ini kepada rakyat Malaysia, terutamanya peminat BTS, dan bahawa langkah ini
menandakan komitmen mereka untuk membina kehadiran dalam industri hiburan
imersif. “Kami sangat teruja untuk menyaksikan bagaimana Pameran 'B★VERSE' ini
dapat memikat hati peminat BTS di Malaysia. Perjalanan unik melalui BTS Universe
menjanjikan pengalaman yang menakjubkan, dan kami berbesar hati untuk membawakan
pengalaman luar biasa ini ke landskap budaya tempatan,” kata Encik Cheah di
pelancaran Pameran B★VERSE'. Jualan tiket pameran ini telah mendapat sambutan
hangat dan peminat daripada semua peringkat umur sedang berebut untuk
mendapatkan tiket mereka. Oleh itu, jangan tertunggu-tunggu lagi, dapatkan tiket
anda sekarang untuk menikmati pengalaman yang tidak akan dilupakan! Kini
tersedia di ejen tiket rasmi, Ticket2u, para peminat boleh mendapatkan tiket
untuk melangkah masuk ke BTS Universe pada harga serendah RM88 untuk tiket
normal hari minggu dan RM98 untuk tiket normal hujung minggu. Harga eksklusif
ini hanya terpakai sepanjang tempoh promosi dari 1 Disember 2023 sehingga 17
Disember 2023. Selain itu, peminat yang membeli tiket pameran juga akan menerima
hadiah percuma termasuk Ziplock pouch, lencana bintang ARMY yang dikendalikan
bateri, dan kad foto yang dipilih secara rawak. Untuk menyempurnakan lagi
pengalaman B★VERSE, para ARMY juga boleh membeli produk edisi terhad di pameran
tersebut, seperti Fail BTS, Poskad BTS, Kalendar 2024, Risalah, Beg Tote dan
Kemeja-T. Untuk maklumat lanjut, kemas kini, atau untuk menyertai sambutan ARMY,
sila layari: Ticket2u: https://www.ticket2u.com.my/bstarverse Instagram:
https://instagram.com/bversemalaysia?igshid=MzRlODBiNWFlZA== Twitter:
https://twitter.com/bversemalaysia?s=21 Tiktok:
https://www.tiktok.com/@bversemalaysia?_t=8fqUlUVLoOe&_r=1 Laman Web Rasmi
Seni Jaya: https://www.senijayacorp.com/

MALAYSIA KECUALIKAN VISA KEPADA PELANCONG CINA & INDIA, INI 5 FAKTA ANDA PERLU
TAHU

PUTRAJAYA, 30 Nov 2023 - Malaysia merupakan destinasi utama pelaburan dan
pelancongan di rantau Asia. Bagi memastikan negara kekal sebagai peneraju dalam
industri berkenaan YAB Perdana Menteri pada 26 November 2023 telah mengumumkan
salah satu inisiatif di bawah Pelan Liberalisasi Visa iaitu pemberian
pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China dan India ke Malaysia mulai
1 Disember 2023. Susulan pengumuman tersebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN)
akan melaksanakan lima (5) inisiatif di bawah Pelan Liberalisasi Visa bertujuan
untuk menjana hasil pendapatan negara. "Dalam mendepani cabaran ekonomi semasa,
Bank Negara Malaysia melaporkan aktiviti pelancongan merupakan salah satu
daripada tiga faktor utama yang memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun
2023 dan dijangka terus meningkat dan menyumbang secara konsisten kepada
pendapatan negara," ujar Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution
dalam satu kenyataan pada 27 November lalu. "Justeru, pelan liberalisasi visa
ini akan diperkenalkan dengan penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada yang
telah dinikmati oleh pengembara ke Malaysia seperti negara-negara dari Eropah,
Asia Tenggara, Timur Tengah dan Asia Barat," tambahnya lagi. [caption
id="attachment_592570" align="aligncenter" width="1110"] Kredit:
Bernama[/caption] Inisiatif-inisiatif Penambahbaikan Kemudahan Imigresen Beliau
juga mengumumkan beberapa inisiatif bagi penambahbaikan kemudahan imigresen di
bawah pelan liberalisasi yang akan dilaksanakan mulai 1 Disember 2023. Hal ini
bagi melakukan anjakan dasar dan memperkenalkan pendekatan baharu mengikut
tuntutan semasa. Antara inisitif-inisiatif pelaksanaan yang terlibat adalah
seperti berikut: pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada
warganegara China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024;
pemberian kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) bagi tempoh sehingga 30 hari
kepada semua pelancong yang ingin masuk ke Malaysia; pemberian Pas Lawatan
Sosial (Jangka Panjang) dengan keberadaan sehingga 12 bulan untuk pelajar
antarabangsa yang telah tamat pengajian di Malaysia bagi tujuan menyambung
pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan dalam sektor pekerjaan yang
dibenarkan mengikut undang-undang di dalam negara. Dibuka kepada 23 warganegara
yang berisiko rendah dan berpendapatan tinggi iaitu Australia, New Zealand,
Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Jerman, United Kingdom, Perancis,
Kanada, Switzerland, Belanda, Arab Saudi, Kuwait, UAE, Qatar, Oman, Bahrain,
Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Amerika Syarikat; pemberian visa transit
umrah bagi tempoh 7 hari melalui agensi pengendali umrah yang berdaftar di bawah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); dan penambahbaikan tempoh sah
laku visa dipanjangkan daripada tiga (3) bulan kepada enam (6) bulan dan tempoh
kelayakan Pas Lawatan Sosial diselaraskan kepada minimum 30 hari bagi semua
negara yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia. Kawalan dan penguatkuasaan
keselamatan Pelaksanaan pelan liberalisasi visa ini akan diperkukuhkan dengan
langkah kawalan dan penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensiagensi
penguatkuasa. Melalui aspek kawalan dan penguatkuasaan yang dipergiatkan, negara
boleh menghindar dari berlakunya isu-isu seperti kebanjiran warga asing dan
pendatang tanpa izin (PATI). Oleh yang demikian, Kementerian Dalam Negeri
melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan memastikan
keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia terjamin dengan mengekalkan
pelaksanaan tapisan awal keselamatan kepada semua pengembara ke Malaysia
terutama yang mempunyai rekod jenayah atau risiko keganasan. Aspek kawalan dan
penguatkuasaan yang turut dilaksanakan adalah seperti berikut: Jabatan Imigresen
Malaysia akan mewujudkan pasukan khas bagi memantau pergerakan keluar pelancong
China dan India. Pemantauan akan dilaksanakan pada tarikh akhir iaitu hari ke-30
mengikut tempoh keberadaan di dalam negara. Seterusnya pemantauan tersebut akan
dilaporkan secara berkala sebagai mekanisme kawalan dan penguatkuasaan;
meningkatkan aktiviti naziran di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan
tumpuan warganegara asing seperti di kawasan Masjid India, Plaza Lowyat, Bukit
Bintang dan sebagainya bagi membanteras pendatang asing tanpa izin; menggiatkan
aktiviti risikan dan penguatkuasaan kepada bukan sahaja pekerja asing tetapi
juga kepada majikan yang menggajikan atau melindungi pendatang asing tanpa izin
(PATI); prosedur ketat pemberian Notis Penolakan Masuk atau Notto-Land (NTL)
dikekalkan dan tidak dikompromi. memberikan tanggungjawab kepada syarikat
penerbangan untuk menyemak dan memastikan pelancong yang masuk ke Malaysia
mempunyai tiket penerbangan pulang dan tempahan hotel sepanjang keberadaan di
Malaysia yang disahkan (confirmed return ticket dan confirmed hotel booking);
meneroka cadangan untuk mewajibkan pengisian data di Malaysia Digital Arrival
Card (MDAC) yang berintegrasi dengan sistem imigresen MyIMMs bagi memastikan
data kemasukan pelancong asing direkodkan; dan mengkaji semula Akta Imigresen
1959/63 dan PeraturanPeraturan Imigresen 1963 berkaitan kadar kompaun, denda
dan/atau hukuman untuk tindakan jangka panjang. Pelan Liberalisasi Akan Dikaji
Semula Selepas Satu Tahun Pelaksanaan pelan liberalisasi visa ini akan dikaji
semula selepas tempoh satu (1) tahun untuk menilai pulangan pelaburan (ROI)
kepada negara, keberkesanan insitiatif dan penilaian risiko keselamatan terhadap
kemudahan imigresen yg diberikan. Sekiranya berlaku insiden atau kejadian di
luar jangkaan, maka pelan liberalisasi visa ini akan disemak semula untuk
ditambahbaik sebagai persediaan menjelang tahun 2025 dan 2026. Ini akan dapat
membantu pihak Kerajaan dalam memperkemas dasar dan prosedur berkaitan
keimigresenan dan menjamin ketersediaan pasukan imigresen di pintu masuk negara
untuk menerima kehadiran pelancong asing dalam tempoh dua (2) tahun akan datang.

PERTAMA DI MALAYSIA, SUN FRESH RASMI DIBUKA TAWAR BUAHAN-BUAHAN PREMIUM DARI
JEPUN

Sun Fresh Group Holdings Co., Ltd. (beribu pejabat di Chiba, yang dipimpin oleh
CEO Akiko Ochiai, yang dikenali sebagai Sun Fresh) dengan bangga mengumumkan
pembukaan kedai pertamanya di Malaysia, yang terletak di dalam kedai bahagian
SEIBU di Zon Khas Kewangan Antarabangsa, lebih dikenali sebagai TRX, di Kuala
Lumpur. Pembukaan rasmi dijadualkan pada 29 November 2023, bersamaan dengan
pelancaran kedai bahagian SEIBU. Keputusan untuk memasuki pasaran Malaysia
sejajar dengan sentimen pro-Jepun negara ini, disertakan dengan aliran besar
pelancong yang berminat dengan Jepun.  Kekuatan utama Sun Fresh terletak pada
rangkaian produk premiumnya yang diperoleh secara langsung dari petani yang
berdedikasi, hak istimewa yang hanya boleh diperoleh melalui rangkaian luasnya
yang terdiri daripada 40 lokasi kedai bahagian di seluruh Jepun. Sun Fresh
cemerlang dalam menawarkan pembungkusan hadiah yang dipersonalisasi mengikut
citarasa dan batasan bajet pelanggan. Untuk mengekalkan kesegaran optimum, semua
produk dihantar secara eksklusif menggunakan kapal udara ke Malaysia. Sun Fresh
Japan, TRX dibahagikan kepada dua bahagian: kawasan makan yang menampilkan
sandwic buah, parfait buah, dan jus segar yang dibuat atas pesanan, dan bahagian
jualan yang menawarkan pelbagai produk dari buah-buahan harian hingga hadiah
yang eksklusif. https://www.facebook.com/thestorydaily/posts/866932705433521
Laman Web Syarikat: https://sunfresh-group.com/en/company/ IG:
https://www.instagram.com/sunfresh_malaysia_official/
Pergi ke laman hebahan
Pendapat

IMPLIKASI PEPERANGAN TERHADAP PENYUSUAN IBU DAN KESIHATAN BAYI

Implikasi peperangan ke atas penyusuan ibu dan kesihatan bayi Oleh: Dr. Wan
Izlina Wan Ibrahim Kita sedia maklum yang konflik bersenjata memberi implikasi
buruk yang mendalam kepada sejagat. Selain kehilangan nyawa dan organisasi
sosial, kebinasaan dalam pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi kesihatan
fizikal dan juga mental, tidak dapat dielakkan. Kesan negatif ini tidak berhenti
disitu sahaja, kemudahan infrastruktur, warisan sejarah dan ekologi juga
terjejas akibat sikap buruk manusia.  Di sebalik impak yang ketara ini, sedarkah
kita ikatan kasih ibu-anak yang terjalin daripada hubungan penyusuan ibu dan
menyumbang kepada kesihatan bayi juga boleh turut terganggu akibat peperangan?
Isu ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, kerana kehilangan nyawa
dan sistem kesihatan terjejas adalah kesan-kesan yang lebih jelas dan sering
mendapat perhatian. Namun begitu, sifat kemanusian memerlukan kita mengambilkira
semua cabaran yang dilalui oleh pelbagai pihak untuk mengharungi saat-saat yang
getir ini.  Kekurangan privasi dan keselamatan Ibu-ibu yang berada di kawasan
yang terjejas akibat perang menghadapi rintangan dimana mereka tidak dapat
mengurniakan hadiah yang paling berharga kepada bayi mereka, iaitu susu ibu.
Para penduduk terpaksa mencari perlindungan di khemah atau kem peperangan
lanjutan dari kehilangan tempat tinggal. Selain tidak mempunyai tahap kebersihan
yang memuaskan, seringkali penempatan sementara ini sesak, dan menyebabkan
ibu-ibu mungkin menghadapi kekangan untuk menyusukan bayi mereka secara langsung
(‘direct latching’) kerana kekurangan privasi. Selain dari ruang yang sempit dan
tidak selesa, persekitaran yang tidak selamat juga boleh menghalang proses
penyusuan bayi dengan sempurna. Tekanan dan ketakutan Kawasan konflik tentu saja
menyebabkan ibu-ibu berdepan dengan tekanan atau stress, ketakutan dan
kegelisahan. Ancaman keganasan mengganggu mental dan emosi para ibu, dan tekanan
ini boleh menjadi kronik dan mengakibatkan penurunan kadar pengeluaran susu yang
ketara. Ini menghalang pembekalan nutrien yang secukupnya kepada bayi. Masalah
ini boleh diatasi dengan pemberian susu formula, tetapi alternatif ini adalah
hampir mustahil untuk dilaksanakan di zon peperangan. Ekoran dari peperangan,
trauma psikologi juga turut mengganggu keseimbangan hormon ibu yang diperlukan
untuk menghasilkan kuantiti dan kualiti susu ibu yang normal.  Kekurangan
nutrisi pada ibu dan bayi Akses kepada bekalan makanan dan air bersih terputus
menyebabkan mangsa-mangsa peperangan mengalami kekurangan nutrisi. Bantuan yang
dihantar oleh negara-negara luar sering kali sukar untuk dibawa masuk ke zon
konflik. Tidak terlepas dari cabaran ini ialah ibu-ibu yang menyusukan bayi.
Keutamaan nutrisi pemakanan akan pergi kepada ibu dahulu untuk kelangsungan
fungsi tubuhnya, dan ini menyebabkan kandungan nutrisi dalam susu ibu yang
dihasilkan berkurang. Ini akan menjejaskan kesihatan bayi, terutamanya kepada
bayi yang bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, pada enam bulan pertama
kehidupan.  Kesan langsung terhadap kesihatan dan pertumbuhan bayi Gabungan
faktor-faktor di atas akan turut menyebabkan kesan langsung yang mendalam
terhadap kesihatan serta pertumbuhan fizikal dan mental bayi. Bayi yang lahir
atau membesar di kawasan konflik sudah tentu mempunyai kadar penyusuan ibu yang
rendah, dan ini akan menyebabkan bukan sahaja kadar malnutrisi meningkat, tetapi
juga kes jangkitan penyakit yang tinggi akibat tidak mendapat imuniti yang
secukupnya dari susu ibu. Trauma, stress dan gangguan emosi yang dihadapi oleh
ibu juga boleh dialami oleh bayi secara tidak langsung.  Gangguan perkhidmatan
kesihatan dan sokongan kemanusiaan Sistem penjagaan kesihatan memainkan peranan
penting terhadap kesejahteraan ibu dan bayi. Risiko timbul kerana kerap kali
sistem kesihatan adalah yang pertama akan lumpuh di zon peperangan. Kekurangan
petugas kesihatan boleh menjejaskan program sokongan penyusuan ibu. Ketiadaan
akses kepada perkhidmatan kesihatan yang penting seperti pemeriksaan berkala dan
program imunisasi memudaratkan lagi kesihatan bayi. Inisiatif sokongan kesihatan
yang berterusan perlu dipastikan, selain menawarkan perkhidmatan sokongan
psikososial.  Kesimpulannya, implikasi peperangan terhadap penyusuan ibu dan
kesihatan bayi tidak dapat dinafikan. Adalah penting untuk kita mengiktiraf daya
tahan ibu dalam menghadapi cabaran-cabaran ini, dan organisasi terlibat dalam
bantuan kemanusiaan perlu bersedia dan jangan terlepas pandang dalam memberi
sokongan yang diperlukan. Didalam perjuangan kita demi keamanan dan kestabilan
di kawasan yang dilanda konflik, janganlah kita mengabaikan suara bisu mangsa
perang – bayi-bayi yang berhak mendapat permulaan hidup yang selamat dan penuh
kasih sayang, walaupun berada di persekitaran yang memusuhi mereka.  … Penulis
ialah pensyarah kanan di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya dan merupakan
salah seorang ahli penyelidik kumpulan Breast Milk Research Program Universiti
Malaya. Beliau boleh dihubungi di wizlina@um.edu.my    BACA: Lelaki Nekad
Jalan Kaki Dari Damansara ke Kota Famosa

KAJI IMPAK PENETAPAN GAJI MINIMUM PEKERJA TERHADAP PENINGKATAN PRODUKTIVITI

Konsep gaji minimum merupakan satu elemen yang melibatkan keadilan sosial
bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dengan meningkatkan kuasa
membeli golongan miskin melalui kaedah peningkatan kadar gaji. Penetapan gaji
minimum adalah suatu topik yang sering menjadi perhatian dunia sama ada dalam
bidang politik mahu pun akademik. Perdebatan berkaitan jumlah gaji minimum di
Malaysia telah pun bermula semenjak awal tahun 1940-an. Namun begitu,
perlaksanaan gaji minimum hanya dapat dilaksanakan di Malaysia buat pertama
kalinya pada 1 Januari 2013 dengan nilai RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800
di wilayah Sabah dan Sarawak, setelah digazetkan pada 16 Julai 2012. Terkini,
jumlah penetapan gaji minimum sebanyak RM1500 di dalam pasaran buruh telah pun
dilaksanakan di semua sektor sama ada kerajaan atau swasta. Majikan yang
mempunyai bilangan pekerja kurang dari lima orang juga wajib untuk menetapkan
gaji minimum sebanyak RM1500 bagi setiap pekerja. Impak siginifikan terhadap
perlaksanaan gaji pada tahap minimum kepada pekerja boleh dilihat melalui kadar
pengangguran, kemiskinan dan kualiti kehidupan pekerja di sesebuah negara
membangun dan maju. Terdapat pelbagai persepsi yang boleh dilihat melalui
perlaksanaan gaji minimum dari sudut pandang pekerja dan majikan. Perlaksanaan
jumlah gaji minimum di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya adalah pada tahun 2009, 33.8 peratus pekerja dari sektor swasta
mempunyai pendapatan kurang dari RM700 per bulan. Selain itu, perkembangan nilai
gaji adalah lebih terkebelakang berbanding perkembangan kadar produktiviti
pekerja disebabkan oleh sistem pasaran buruh yang masih kurang cekap. Tambahan
pula, kewujudan pekerja asing yang tidak mahir akan menjejaskan pertumbuhan
gaji. Dijangkakan permintaan pekerja asing akan menurun dengan pelaksanaan dasar
gaji minimum. Seterusnya, faktor globalisasi juga dilihat mampu untuk mendorong
gaji minimum berdasarkan kepada “faktor kesetaraan nilai” merentasi sempadan
negara. Selain itu, gaji minimum yang dicadangkan dipercayai dapat menampung
keperluan asas pekerja untuk terus hidup dan memastikan gaji yang 'adil' dibayar
kepada mereka. Walaupun keadaan ini memberikan kelegaan bagi golongan pekerja,
namun keadaan ini menjadi isu yang menghantui golongan majikan. Ini kerana
dengan peningkatan jumlah gaji minimum di kalangan pekerja akan menyebabkan
peningkatan kos pengeluran dengan meningkatnya kos operasi bagi sesebuah
perniagaan atau syarikat. Persoalannya adakah penetapan gaji minimum kepada
golongan pekerja akan memberikan impak kepada hasil produktiviti sesebuah
perniagaan atau syarikat? Persoalan seterusnya, apakah impak positif atau
negatif yang akan dapat dilihat dalam satu tempoh jangka waktu? Hal ini kerana
kesan gaji minimum terhadap tahap produktiviti tenaga kerja di Malaysia
khususnya masih kurang diterokai. Penstrukturan semula gaji dilihat sebagai
aspek penting dalam pekerjaan bagi kebanyakan pekerja di Malaysia. Pada tahun
2012, Bank Negara Malaysia telah menyatakan bahawa jumlah nilai gaji sebenar
pekerja menunjukkan pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding dengan
produktiviti pekerja sebenar dalam sektor pembuatan di Malaysia. Sebagai contoh,
gaji meningkat sebanyak 2.4% setiap tahun sepanjang dekad, manakala produktiviti
buruh pula meningkat sebanyak 5.0% setahun dalam dekad yang sama. Oleh itu,
pengenalan gaji minimum dijangka mampu mengubah produktiviti pekerja dalam
sesebuah organisasi atau syarikat serta mampu mendorong kuasa membeli di
kalangan pengguna kearah pertumbuhan ekonomi yang lebih berdaya saing.
Berdasarkan penyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam
laporan tahunan pada tahun 2018, menyatakan bahawa perbandingan produktiviti dan
tahap gaji atau upah merentas ekonomi menunjukkan bahawa upah atau gaji secara
amnya menunjukkan korelasi positif dengan produktiviti pekerja. Negara yang
mempunyai produktiviti pekerja yang lebih tinggi adalah cenderung mempunyai
jumlah gaji atau upah yang lebih tinggi. Tambahan pula, upah gaji minimum turut
dipercayai dapat meningkatkan tahap motivasi pekerja untuk meningkatkan usaha
kerja mereka. Sekaligus keadaan ini akan meningkatkan produktiviti pekerja hasil
dari usaha produktif pekerja berdasarkan upah atau insentif yang diberikan
kepada mereka. Oleh itu, langkah positif daripada majikan yang merangkumi gaji
yang lebih baik dan persekitaran yang fleksibel akan menggalakkan semangat
individu pekerja. Seterusnya, memotivasikan pekerja untuk bekerja lebih baik,
sekaligus meningkatkan kadar produktiviti pekerja. Walaupun begitu, pada satu
sisi yang lain pula laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia
(DOSM) pada tahun 2013 menunjukkan bahawa produktiviti pekerja tidak berkadar
lansung dengan peningkatan jumlah gaji minimum pekerja kerana walau pun berlaku
peningkatan kepada jumlah gaji pekerja di antara tahun 2012 dan 2013 tetapi
produktiviti pekerja adalah menurun sebanyak 1.8%. Data ini jelas menunjukkan
bahawa terdapat perubahan dalam julat produktiviti dalam sektor pembuatan di
antara tahun 2012 dan 2013, selepas pelaksanaan dasar gaji minimum di Malaysia.
Oleh itu, adalah penting bagi peningkatan produktiviti pekerjaan dalam setiap
sektor di Malaysia adalah selari dengan peningkatan nilai gaji minimum yang
diperuntukan. Ini bagi memastikan pihak pekerja dan majikan masing-masing
beroleh manfaat daripada perlaksanaan dasar gaji minimum di Malaysia. … Penulis
merupakan Felo Penyelidik di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC),
Universiti Malaya.

PERTIMBANGAN MASLAHAH DAN MAFSADAH DALAM ISU BOIKOT

Pertimbangan maslahah dan mafsadah dalam isu boikot Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd.
Anuar Ramli Boikot adalah tindakan tidak membeli barangan atau perkhidmatan bagi
menyatakan bantahan atau kemarahan terhadap sesuatu pihak atau sesuatu perkara.
Ia didorong oleh pelbagai faktor, misalnya isu agama, politik, etika, alam
sekitar dan sosial. Di Malaysia, seruan boikot biasanya dilaungkan apabila ada
sesuatu isu yang sensitif, khususnya melibatkan agama Islam dan umat Islam.
Umpamanya boikot produk Sweden dilaungkan apabila ada penghinaan terhadap
Rasulullah dan al-Quran, boikot terhadap produk orang bukan Islam (BMF)
dikumandangkan apabila ada penghinaan terhadap Islam dan tulisan jawi, dan
boikot terhadap produk Israel atau sekutunya diserukan apabila berlaku serangan
pengganas Israel ke atas penduduk Palestin. Kini, apabila berlaku serangan
tentera Israel ke atas Palestin, kempen boikot kembali bergema. Banyak pihak
yang melancarkan kempen boikot beserta dengan satu senarai panjang produk dan
perkhidmatan telah dikeluarkan dan disebarkan secara meluas. Ekoran itu juga,
terdapat segelintir pihak yang tidak bersalah mulai runsing dan ketakutan untuk
keluar mencari rezki. Situasi ini berlaku disebabkan mereka bekerja dengan
syarikat yang disenaraikan untuk memastikan dapur-dapur mereka berasap dan
sekiranya boikot berlanjutan kemungkinan mereka akan kehilangan kerja dan
terjejas sumber pendapatan. Secara umumnya, dalam seruan boikot produk dan
perkhidmatan yang berorientasikan Israel, pihak yang terlibat melakukan kempen
secara agresif tanpa mempertimbangkan sisi maslahah dan mafsadah kepada pihak
lain di samping tanpa melihat latar belakang sesuatu syarikat secara lanjut.
Sedangkan dalam senarai yang dikemukakan, memang terdapat produk dan
perkhidmatan milik orang Yahudi dan Israel. Mereka terbahagi kepada dua, iaitu
golongan yang menyokong serangan atas Palestin dan golongan yang tidak menyokong
serangan. Di samping itu, ia turut melibatkan syarikat francais. Terdapat
syarikat francais yang mempunyai pendirian yang berbeza dengan syarikat induk
dan tidak menyokong serangan, malahan mereka menyumbang kepada tabung Palestin.
Selain itu, wujud juga syarikat bukan milik Israel, tetapi kalangan mereka ada
yang menyalurkan dana dan ada yang menyatakan sokongan kepada pihak Israel.
Dalam senario ini, pemboikotan terhadap pihak yang menyokong serangan,
menyalurkan dana dan yang terang-terang menyokong rejim Israel adalah jelas.
Kita boleh bersepakat untuk memboikotnya, tetapi dalam keadaan yang melibatkan
syarikat berasaskan francais dari luar negara, pertimbangan berasaskan maslahah
dan mafsadah perlu diambilkira. Ia melibatkan beberapa produk yang memegang
sijil halal Malaysia dan mempunyai ramai pekerja muslim, bahkan mereka turut
menyumbang kepada tabung Palestin. Pada dasarnya, ulama menggariskan bahawa
hukum boikot sebagai pembelaan terhadap bumi Palestin dan Baitul Muqaddis adalah
bersifat fardu ain. Ramai ulama yang menfatwakan tentang kewajipan untuk
memboikot produk dan perkhidmatan yang menyalurkan bantuan kepada Israel kerana
ia sebahagian daripada jihad fi sabilillah. Namun begitu, dalam konteks semasa,
tindakan memboikot ini perlu diteliti dengan mendalam dan tidak boleh
digeneralisasi kerana ia boleh menimbulkan kesan berantai terhadap ramai pihak
yang tidak bersalah. Dalam persoalan ini, penelitian daripada aspek maslahah dan
mafsadah amat dititikberatkan supaya dapat mencapai matlamat syariah yang
sebenar. Para ulama telah menggariskan panduan dalam menentukan aspek maslahah
ini dapat dicapai supaya ia mampu mendatangkan kebaikan kepada manusia. Ini
kerana Islam adalah agama yang menitikberatkan maslahah, iaitu mendatangkan
manfaat dan menghindari kemudaratan. Islam menolak mafsadah kerana ia membawa
kepada kerosakan dan kemudaratan kepada manusia. Dalam hal ini, tindakan
pemboikotan selari dengan maslahah, iaitu mendatangkan kebaikan dengan memberi
tekanan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi dan Israel serta penyokong rejim
zionis. Tekanan berbentuk ekonomi ini mampu untuk mengurangkan keuntungan
walaupun tidak menyebabkan kerugian besar kepada mereka. Sebaliknya, jika
syarikat yang bersifat francais, pertimbangan mafsadah atau keburukan perlu
dipertimbangkan. Ini kerana ramai orang Islam yang terlibat dalam rantaian
produknya dan kemudaratan akan berlaku kerana kelangsungan hidup mereka yang
terlibat akan terjejas. Sekiranya tiada jualan dan premis ditutup, mereka akan
kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Kesan ini turut melibatkan pelbagai
pihak yang berada dalam rantaian ekonomi terbabit seperti para pembekal, para
pengedar, penyedia logistik, penghantar makanan dan lain-lain. Pertimbangan ini
selari dengan kaedah fikah: Mengelak kemudaratan lebih utama dari mendapatkan
kemaslahatan. Jika dibuat pertimbangan antara maslahah yang boleh diperolehi
dengan mafsadah yang boleh berlaku, maka kedudukan mafsadahnya lebih besar.
Mengambil kira kaedah fiqh di atas, maka pemboikotan terhadap syarikat francais
boleh mendatangkan mafsadah yang jelas berbanding maslahah. Pihak yang memboikot
tidak mengalami apa-apa kerugian yang nyata. Dan pihak syarikat francais
terpaksa menanggung kerugian yang besar, sedangkan mereka mempunyai pendirian
yang berbeza dengan pihak francais yang berada di Israel. Malahan syarikat
francais di Malaysia turut bersolidariti dan menyumbangkan derma dengan jumlah
yang besar kepada tabung Palestin. Dalam masa yang sama, pihak yang menganjurkan
kempen boikot secara besar-besaran tidak menyediakan sebarang pelan tindakan
lanjutan untuk membela nasib pemilik tempatan dan pekerja setempat yang terjejas
agar mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan tanpa terkesan. Jadi, dalam
tindakan boikot terhadap produk syarikat francais yang berada di Malaysia, yang
mana mereka tidak menyokong serangan pihak Israel ke atas rakyat Palestin perlu
dibuat pertimbangan yang adil dan jernih, bukan sekadar desakan populis,
sentimen semasa dan ledakan emosi semata-mata. Sekiranya tindakan boikot ingin
juga dilakukan, nasib mereka yang terkesan terutama para pekerja dan pencari
nafkah perlu dibela dengan menawarkan bantuan pekerjaan yang lebih baik agar
dapur mereka terus berasap dan tiada yang kebuluran. Penulis merupakan Profesor
Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Penulis boleh dihubungi di emel: mohdanuar@um.edu.my BACA: PLKN bukan untuk
belia sehingga umur 35 tahun

POLITIK BUKAN UNTUK BERHIBUR

Politik Bukan Untuk Berhibur Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri Saya
mendaftar sebagai pengundi di Kuala Lumpur sejak 2016. Jadi saya tidak terlibat
dengan mana-mana Pilihanraya Negeri (PRN) sejak itu. Dan seingat saya juga
(setelah 4-5 kali mengundi), tidak pernah lagi PRN mendapat perhatian sebanyak
pada kali ini. Hampir setiap orang (termasuklah yang tidak mengundi untuk PRN
seperti saya), dilimpahi dengan kandungan mengenai PRN pada setiap hari, sejak
pembubaran Dewan Undangan Negeri di enam negeri yang terlibat tempoh hari.
Tarikh-tarikh penting 29 Julai (hari penamaan calon) dan 12 Ogos (hari mengundi)
telah dihafal; sepenting tarikh-tarikh pertunangan dan perkahwinan. Nama-nama
parti, ‘poster boy’, dan bakal calon bermain di mata dan fikiran, setiap kali
ibu jari menguis skrin telefon ke atas bagi menikmati suapan cerita politik
terkini di media sosial. Yang melompat keluar (dan masuk) parti, atau duduk
sebentar di tepi gelanggang, hatta yang bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) sekali pun, tapi sering memberi ulasan di ruang media;
semuanya kita kenali. Ada yang pandai menggunakan retorik (soalan yang tidak
memerlukan jawapan), ada yang pandai menakut-nakutkan dengan ketakutan yang
bakal terjadi, dan yang paling ramai adalah spesies yang ingin memberikan
hiburan dengan pelbagai kaedah yang kononnya menggelikan hati: menuding,
merendah dan mempersenda orang lain. Apakah kita sedang menjadi penonton kepada
persembahan komediri (stand-up comedy) yang panjang? Menurut rakan baik saya,
Dr. Mohammad Tawfik Yaakub, yang juga merupakan penganalisis politik tempatan
yang sedang meningkat naik, perbincangan (sembang?) politik sememangnya sesuatu
yang nikmat. [caption id="attachment_565858" align="aligncenter" width="2264"]
Dr. Mohammad Tawfik Yaakub[/caption] “Dari satu sudut, seseorang mungkin
meminati perbincangan politik kerana ia memberikan identiti dan perasaan ‘sense
of belonging’. Sebagai individu, setiap daripada kita ingin dikenali dengan
identiti khusus, supaya membolehkan kita berinteraksi dengan orang lain. Politik
juga membolehkan kita meneroka ruang untuk menyumbang kepada masyarakat, melalui
penunaian tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Dengan mengundi dan memahami
politik, seseorang boleh merasakan yang dirinya memainkan peranan di dalam
sistem demokrasi. Wakil rakyat yang terpilih kelak akan mewakili suara dan
aspirasi kita, bakal membentuk masyarakat, undang-undang dan polisi; maka sudah
tentunya perbincangan mengenai politik adalah sesuatu yang menarik dan
berwarna-warni. “Namun perlu juga difahami yang ruang perbincangan sebegini,
terutamanya yang banyak memperkatakan tentang nilai, ideologi, dan karakter
pemimpin, tidak akan lari daripada membincangkan perkara-perkara yang sifatnya
subjektif. Perbezaan pendapat sudah pasti akan timbul. Tanpa kemahiran berdebat
atau mengutarakan pendapat dengan baik, maka timbullah isu polarisasi, ketiadaan
akauntabiliti, fitnah, dan lain-lain perkara negatif yang menjauhkan kita dari
aspek positif perbincangan politik itu tadi. “Ditambah dengan rekabentuk dunia
media sosial itu sendiri yang sentiasa menuntut perhatian penggunanya, kandungan
pendek yang berbentuk/berbunyi sensasi, akan mendapat tempat di hati dan fikiran
kita. Tidak menghairankan jika ramai yang menganggap ‘cakap-cakap’ politik ini
hanya sekadar hiburan, dan tidak mampu memainkan peranannya yang sebenar dalam
membina bangsa dan negara,” terangnya panjang lebar. Bak kata ibu saya satu masa
dahulu ketika melihat saya asyik bermain basikal walaupun tarikh peperiksaan
Penilaian Darjah Lima semakin hampir: “Sudah-sudahlah main basikal tu Zul. Tak
lama lagi nak periksa.” Saya kira sudah tiba masanya untuk kita meletakkan
sesuatu pada tempatnya. Tiada salahnya untuk kita berhibur, namun jangan
diletakkan taraf perbincangan politik yang sepenting itu setara dengan ‘makanan’
hiburan ringan yang kita nikmati setiap hari di media sosial. Kongsi (share),
komen, dan ikut (follow) mereka yang betul-betul layak mewakili suara dan hasrat
kita dalam membina negara, bukan hanya sekadar pandai berjenaka dan menggelikan
hati. [caption id="attachment_565857" align="aligncenter" width="2072"] Prof.
Madya Ir. Dr. Nahrizul Adib Kadri[/caption] Penulis merupakan Pengarah, Pusat
Komunikasi Korporat, Universiti Malaya, dan boleh dihubungi di
nahrizuladib@um.edu.my BACA: Umat Islam Perlu Pertahan Institusi Masjid Daripada
Jadi Gelanggang Politik – Agong
Pergi ke laman pendapat

SIAKAPKELI.MY - Berita dan Maklumat Terkini Malaysia. Menyediakan artikel
terkini, informasi menarik, dan analisis mendalam mengenai isu-isu terkini di
Malaysia


PAUTAN

 * Tentang kami
 * Hubungi kami
 * Polisi privasi


PRODUK LAIN

 * Siakap Keli Press
 * SKTV
 * The Stoly
 * Sklicious


KAMI DI MEDIA SOSIAL


Hakcipta terpelihara - 2023 Siakap Keli Sdn. Bhd.
Oleh Maharsuri Sdn. Bhd.