m.malaysiakini.com Open in urlscan Pro
2606:4700:10::6814:de04  Public Scan

URL: https://m.malaysiakini.com/news/478089
Submission: On May 17 via api from US — Scanned from DE

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

EN
BM
ZH
TA
Berita
Waris Dato' Bentara Luar tuntut RM300 bilion dari k'jaan Johor
Ramieza Wahid dan Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan:  May 31, 2019 2:01 AM
⋅
Dikemaskini: 3:56 AM

ADS



Waris keturunan Mohammed Salleh Perang menuntut tanah di Bukit Chagar yang
terletak di bawah nama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Wakil waris pentadbir keluarga terbabit, Mohd Zaini Aris, mendakwa tanah itu
diberikan kepada keturunannya oleh sultan kedua Johor moden, Sultan Ibrahim
Sultan Abu Bakar.

Tambahnya, ada banyak lagi tanah di seluruh Johor diberikan kepada Mohammed
Salleh sebagai tanda penghargaan atas khidmatnya sebagai Datuk Bentara Luar dan
ketua jabatan tanah dan ukur di negeri itu.

Zaini, dalam pertemuannya dengan Malaysiakini baru-baru ini, berkata dia
menyerahkan satu salinan geran dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor sebagai
bukti pemilikan keluarga Mohammed Salleh ke atas Lot 204 di Bukit Chagar - yang
merangkumi tanah yang dipertikaikan.

ADS


Geran tersebut dilihat ditulis dalam bahasa jawi lama. Antara terjemahannya
ialah seperti berikut:

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor yang dikurniakan Allah bagi kerajaan
di atas tanah Johor serta segala jajahan daerah takluknya mudah-mudahan
dilanjutkan Allah esanya serta bertambah-tambah daulatnya dan memperolehkan
kemenangan dunia akhirat amin.

“Ketahui olehmu dengan fikiran yang sempurna kita dan keturunan waris-waris
ganti kita dengan sebenarnya mengurniakan kepada Mohd Salleh bin Perang, Dato
Bentara Johor.

“Hingga menurun kepada waris-waris gantinya mempunyai sekeping tanah yang ada di
dalam daerah bandar Johor selama-lamanya.”







Mengikut pemerhatian Malaysiakini, geran itu ditulis pada 11 Rabiul Awal 1333
Hijrah bersamaan bertarikh 27 Jan 1915.

"Jadi bagaimana pihak sultan Johor kata tanah itu dia punya, kerajaan pusat pula
kata dia punya sedangkan dalam geran tanah itu Mohamed Salleh bin Perang punya,"
katanya.

Kata Zaini, geran itu menjadi bukti bahawa tanah yang dituntut mereka memang
menjadi milik Datuk Bentara Luar Johor.

“Jadi bagaimanakah pihak Sultan Johor mengatakan bahawa tanah itu adalah milik
mereka? Pemberian itu mengatakan bahawa ia adalah milik Mohamad Salleh Perang,”
katanya.

Mengapa Bukit Chagar penting?

Tanah yang beralamat di Lot 204 itu meliputi kompleks Kastam, Imigresen dan
Kuarantin (CIQ) Johor serta lot PTB 23354.

Lot PTB 23354 ialah laluan projek Rangkaian Sistem Transit Rapid (RTS) Johor
Bahru-Singapura yang seharusnya dimiliki oleh Putrajaya selepas perjanjian
pertukaran tanah bersama Johor pada 2010 lalu.

Bagaimanapun, ia telah dipindah milik kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada
19 November 2017, iaitu dua hari selepas baginda bersetuju untuk menyusun semula
projek RTS. 

Sultan Ibrahim menjelaskan beliau tidak menyedari tanah itu diperuntukkan untuk
projek RTS.

Sejak itu, baginda berjanji akan mengembalikan tanah berkenaan kepada kerajaan
dengan syarat projek tersebut dibina dengan segera. 

Tidak dapat dipastikan sama ada Putrajaya bersetuju dengan penyelesaian itu
kerana projek RTS yang dimaksudnya ditangguh selama enam bulan bagi membolehkan
kerajaan meneroka pilihan lain. 

Pampasan RM 300 billion.

Sementara itu, Zaini berkata waris Mohamed Salleh - yang dianggarkan seramai
4,000 orang - menjelaskan mereka tidak berminat untuk mendapatkan kembali tanah
berkenaan.

Sebaliknya, kata Zaini, mereka mahu supaya diberikan pampasan dalam bentuk
kewangan.

Zaini juga mendakwa Lot 204 serta lot-lot lain lain di sekitar Bukit Chagar kini
bernilai kira-kira RM3 bilion.

Kadar itu adalah sebahagian daripada pampasan sebanyak RM300 bilion yang
dituntut keluarga Mohamed Salleh daripada kerajaan Johor untuk tanah di sekitar
Johor Bahru, Kota Tinggi, Gunung Pulai, Sungai Tiram dan Iskandar Puteri.







Tambah Zaini lagi, bekas menteri besar Johor, Osman Sapian, sebelum ini berkata
beliau akan meneliti tuntutan keluarga itu terbabit.

Namun begitu, Zaini menjelaskan, bahawa pihaknya belum berjaya mengadakan
pertemuan bersama menteri besar baru, Dr Sahruddin Jamal.

Pada 2017 yang lalu, keluarga terbabit memulakan tuntutan ke atas tanah tersebut
di mahkamah.

Bagaimanapun mereka berdepan beberapa halangan dalam kes mahkamah itu. Antaranya
terdapat dokumen yang menyatakan Mohamed Salleh menyerahkan semula Lot 204
berkenaan kepada istana Johor.

Dokumen itu bertarikh April 1915, iaitu tiga bulan selepas Mohamed Salleh
mendapat tanah terbabit.

Zaini bagaimanapun mendakwa dokumen itu dipalsukan kerana tandatangan Mohammed
Salleh serta saksi dilihat tidak sepadan dengan dokumen asli lain yang
dimilikinya.

Atas alasan tersebut, Zaini melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa dan
menggesa agar tindakan undang-undang diambil ke atas pihak yang berkenaan.

Keluarga itu juga berdepan masalah melantik seorang pentadbir berikutan
pertikaian pada sijil kematian birokrat tersebut yang melibatkan umur Datuk
Bentara Luar berkenaan.

Pada sijil kematian berkenaan, katanya, Mohammed Salleh didakwa berusia 67 tahun
semasa menghembus nafas terakhirnya pada 2 Julai 1915.

Sepupu Zaini, Diah Khalid, menjelaskan jika mengikut umur yang dinyatakan pada
sijil kematian berkenaan, bermakna Mohamed Salleh berusia 11 tahun semasa dia
mendapat anak pertama pada 1859.

“Ini tidak masuk akal,” katanya.

Keluarga itu juga memaklumkan bahawa mereka menyaman Jabatan Pendaftaran Negara
untuk mencabar kesahihan sijil kematian tersebut.

Malaysiakini sudah menghubungi pihak PTG Johor, pejabat menteri besar dan
sekreteriat Johor untuk mendapatkan kenyataan mereka namun setakat ini tidak
mendapat apa-apa reaksi.

Untuk rekod, Mohamad Salleh adalah tokoh terkenal atas jasanya yang telah
membuat peta lengkap pertama Johor serta ditugaskan oleh sultan pertama Johor
moden, Sultan Abu Bakar, untuk membangunkan Batu Pahat.

[Baca berita penuh]



--------------------------------------------------------------------------------

Wartawan Annabelle Lee menyumbang kepada laporan ini  






Lagi berita dari pengarang
Ramieza Wahid dan Zikri Kamarulzaman
Lagi berita seperti ini :
#Dato' Bentara Luar
#Mohammed Salleh Perang

Lihat Komen


You Might Also Like


Promoted
Diesen Trick verheimlichen Krankenkassen: Kostenloser Zahnersatz Pro Verbraucher

Promoted
Deutscher Doktor: Dieser einfache Tipp entleert Ihren Darm jeden Morgen (fast
sofort) Nutravya

Promoted
Urologen-Geheimtipp: Jetzt können Sie die blaue Pille diskret online bekommen.
Jetzt bestellen
Apomeds.com

Promoted
Die unbekannten Fähigkeiten des Moringa
Mehr erfahren
blog.treedom.net

Promoted
Vergrößerte Prostata: "Praktizieren Sie dieses 30-Sekunden-Ritual jeden Tag, um
sie zu verkleinern" aktuelles-zur-gesundheit.com

Promoted
Die Nr. 1 Ursache für Schlaffe Haut und Hautverdünnung … Achtung: Es liegt nicht
am Alter Perfekter Körper

Promoted
[Fotos] Robert Geiss Nettovermögen ließ seine Familie in Tränen
Read More
LifeIndigo

Promoted
Geheimtrick: So können Ihnen explodierende Lebensmittelpreise egal sein
Superfood Blog

Promoted
[Fotos] Versuchen Sie, durch diese Tätowierungen zu kommen, ohne zu lachen
Novelodge

Promoted
Special Rasen: Endlich ein wirtschaftlicher Rasen, der das ganze Jahr über grün
ist. risemagic3.de


Promoted
Wer diesen Trick kennt, wird im Krankenhaus wie im Hotel behandelt Pro
Verbraucher

Promoted
Schließen Sie keine Zahnzusatzversicherung ab, bevor Sie dies gelesen haben
Zahnzusatzversicherung 2022
Naib presiden Upko beri gambaran sedia cabar jawatan presiden
Recommended by

Herdik wartawan: Polis kini siasat bawah Kanun Keseksaan
Sayu, hiba ketika ziarah pusara Haron Din - Azmin

Promoted
Ein Schönheitschirurg: Hören Sie auf, die Haut mit Feuchtigkeit zu versorgen
(Erfahren Sie warum) Perfekter Körper

Promoted
So einfach war der Heizungswechsel noch nie thermondo
Recommended by


Promoted
Ein Arzt verrät: 4 Warnzeichen einer geschädigten Leber Perfekter Körper

Promoted
[Bilder] Promis, die ihr ganzes Geld verloren haben und sich ihren Lebensstil
nicht mehr leisten können Restwow
Skuad badminton lelaki ke separuh akhir, wanita terkandas
Recommended by













DAPATKAN BERITA MALAYSIAKINI DENGAN TEPAT & PANTAS!

Kami ingin menghantar mesej notifikasi berita terbaru langsung kepada anda.

Tidak Berminat