iluvislamz.blogspot.com Open in urlscan Pro
2607:f8b0:4006:80b::2001  Public Scan

Submitted URL: http://iluvislamz.blogspot.com/2011/10/wasiat-luqman-buat-ibubapa.html
Effective URL: https://iluvislamz.blogspot.com/2011/10/wasiat-luqman-buat-ibubapa.html
Submission: On August 27 via api from US — Scanned from CA

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

HOME LIRIK TERJAH VIDEO PING INFO








♥ WASIAT LUQMAN BUAT IBUBAPA ♥











Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul
tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari
isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaima...na Luqman
al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di
dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.


Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan
oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam
berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan
seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa
kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti
mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi
kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana
wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!

Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':


"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin
Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang
bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan
perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama
sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau
Tharan"


Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di
sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman
mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai
wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas
ini.

U/P :

Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku
karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di
atas.
Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19
Surah Luqman.
Permasalahan Pertama:

Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik
kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah
s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik
terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan
syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah).
Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang
juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan
sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!


Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap
Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang
mati dalam hal demikian!


Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di
tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik
dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan
makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita
samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di
kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain
maka ia telah melakukan kezaliman!!!


Allah s.w.t. sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang
dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain
yang diagungkan, maka inilah kezaliman. aitulah meletakkan sesuatu bukan di
tempat yang sepatutnya.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:


"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya
mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Permasalahan Kedua:


Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah
nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti:
Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah.
Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan
melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya,
menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa
kepadaNya yang Maha Esa.


Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke
atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta
yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji. Dan peringatan
'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari
Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat
balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas
kekufuran dan keingkaran.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada
ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".

Permasalahan Ketiga:


Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah
dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam
pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama
kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari
proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh
berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.


Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib
diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat
yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.


Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini.
Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah
s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat
Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului
oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu
bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan
menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu!
Kepadaku tempat kembali"

Permasalahan Keempat:


Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang
mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam
perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.


Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam
suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan
kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan
berkhidmat kepada mereka.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada
engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan
secara patut" FACEBOOK COMMENT!

RELATED POST HERE!
Pengetahuan

Labels: Pengetahuan


Newer Post Older Post Home







2
 

10
 

0
digg

0
 

161
 

 






Powered by Blogger.



ShareThis Copy and Paste