al-zuhaily.blogspot.com
Open in
urlscan Pro
2607:f8b0:4004:c1f::84
Public Scan
URL:
https://al-zuhaily.blogspot.com/2012/02
Submission: On December 06 via api from US — Scanned from CA
Submission: On December 06 via api from US — Scanned from CA
Form analysis
0 forms found in the DOMText Content
skip to main | skip to sidebar TEMUBUAL USTAZ ROHIDZIR RAIS BERSAMA DATO DR MAHMOOD ZUHDI TENTANG HUKUM ASB "> TEMUBUAL USTAZ ROHIDZIR RAIS BERSAMA DATO DR MAHMOOD ZUHDI TENTANG HUKUM ASB (PART 2) "> SABTU, 25 FEBRUARI 2012 MAHU KAHWIN GADIS MUDA? Umur tidak pernah menjamin keBAHGIAan... Entah berapa kali saya jelaskan kepada rakan yang konon mahu mengikut 'sunnah' saya berkahwin dengan wanita semuda 18 tahun! Seorang rakan yang terlalu taksub mahu mencari isteri muda akhirnya bertunang dengan wanita muda idamannya. Kira-kira 2 tahun kemudian, saya mengucapkan tahniah atas kelahiran anak pertama. Saya hairan kerana isterinya bukan gadis muda yang menjadi idaman dan tunangannya. Ke mana pergi si gadis muda? sahabat ini mengeluh kesal. Katanya, ketika bertunang lagi dia sudah rasa tertekan dengan sikap keanak-anakan si gadis muda ini. "Tak matang langsung!" getusnya geram. Dahi dikerutkan dan nafas semakin pantas. Menggambarkan dengan jelas tekanan yang dialaminya sebelum ini. Apa yang mahu diharapkan daripada anak gadis 18 tahun yang masih hidup di bawah ketiak ibu bapa. Kahwin padanya hanya seperti berpacaran, seronok-seronok... Usah mengharapkan kematangan dari buah yang belum cukup masak! Posted by Rohidzir Rais at 8:55 PTG 0 comments AKU BUKAN BAHRUDDIN BEKRI Perasaan itu sudah lama menghiris jantung dan jiwa ini. Bukan kerana tiada yang mahu menerima, tetapi kerana hanyir. Ya, hanyir. Kehanyiran dunia penerbitan itulah yang menjadi bilah-bilah pisau yang menggelar setiap baris urat sarafku dan membiarkan darah merah ku mengalir laju. Mahu sahaja aku merampas bilah-bilah tajam itu daripada tangan-tangan berdosa mereka, laluku cantas kembali leher sang lintah darat itu. Biar tersembur semua darah merah yang pernah mereka kecapi dari jantung dan jiwa penulis seperti aku. Tetapi... ah... lintah tidak punya leher! Ya, mereka bukan hanya tidak mempunyai leher, malah tidak juga memiliki hati dan jiwa. Yang ada pada mereka hanya mulut yang menyedut setiap titisan darah merah penulis seperti aku dan rakan-rakanku. Kalaulah dapat aku menjadi Bahruddin Bekri yang tenang dan melihat setiap kedinginan itu sebagai indah. Ah... dia bisa sahaja melhat begitu. Jantungnya tidak pernah dihiris dan disedut lintah-lintah itu. Kedinginannya hanya pada ekonomi novel-novelnya yang ibarat ekonomi negara-negara Afrika. Sedang aku. Karya-karyaku adalah hasil bumi negara-negara Asia yang lumayan, tetapi hanya memenuhkan tembolok sang penguasa berhidung tinggi. Sungguh aku bukan Bahruddin Bekri untuk mengasihani diri sendiri atas kekecewaan sebuah karya atau beberapa karya. Aku tidak cukup kecewa untuk menangisi bait-bait ilhamku yang bahagian pada tangan pembaca. Ya mereka membacanya. Ilmu cetekku dapat juga disuap, dikunyah dan ditelan pembaca. Cukup membahagiakan, mungkin! Namun, akulah Bahruddin Bekri yang masih tidak dapat berkongsi rasa dan dana buat insan-insan yang acap memberikan sayang walau tiada pulangan. Untuk itu Bahruddin Bekri, kau dan aku patut mengasihani diri sendiri. Posted by Rohidzir Rais at 8:49 PTG 0 comments ISA - BIAR AHLI AKADEMIK MENGURUSKAN ISU HAK ASASI MANUSIA SELEPAS kerajaan membuat keputusan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ada pihak menganggap ini satu kemenangan dalam perjuangan hak asasi di negara ini. ISA diwujudkan oleh British untuk mengekang pengganas komunis sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tetapi ISA dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia kerana menahan individu yang disyaki subversif tanpa melalui proses perbicaraan. Kerana perjuangan hak asasi manusia semakin mendapat tempat di seluruh dunia, negara ini dilihat sebagai menentang hak asasi dengan wujudnya ISA. Bagaimanapun ada pihak melihat ISA bukan bertentangan dengan hak asasi manusia kerana akta ini untuk membendung atau sebagai langkah awal mendepani pengganas atau militan. Profesor Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, DATUK DR. MAHMOOD ZUHDI ABDUL MAJID yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yakin kerajaan akan mengimbangi kepentingan hak asasi individu dan hak kepentingan umum. Ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID Khamis lalu, Mahmood tidak menafikan akan wujud pihak yang mengambil kesempatan dari pemansuhan ISA untuk kepentingan diri atau kelompoknya. MINGGUAN: Adakah sistem perundangan kita sekarang cukup untuk menampung kelompongan selepas ISA dimansuhkan? MAHMOOD ZUHDI: Saya sejak dahulu secara peribadi tidak keberatan dengan wujudnya undang-undang ISA. Ini kerana di samping beberapa keburukan yang mungkin berlaku akibat penyalahgunaan undang-undang ini namun banyak lagi kebaikannya. Ini terbukti dalam proses membina negara bangsa yang berhadapan dengan banyak isu-isu sensitif. Kita tidak boleh bandingkan dengan negara-negara Barat dalam soal pengurusan negara yang pastinya berbeza. Memang banyak negara Barat yang tidak ada undang-undang ISA sekarang ini. Tetapi dahulu ia telah wujud dan mereka sendiri sudah banyak melanggar had hak asasi manusia ketika itu. Malah saya boleh katakan terdapat undang-undang mereka yang lebih teruk dari ISA. Kerana pengamalan undang-undang tersebut maka dapatlah mereka membina negara bangsa dan akhirnya undang-undang yang keras dan zalim itu terhapus sedikit demi sedikit apabila negara semakin stabil. Malangnya di negara ini masyarakat kita ini terlalu cepat terpengaruh dengan persekitaran di luar. Dahulu kebanyakan negara tertutup tetapi sekarang dengan teknologi canggih dan Internet sesuatu maklumat itu boleh tersebar dengan cepat. Keburukannya orang kita terlalu terpengaruh dengan nilai universal dan mereka mungkin cemburu dengan negara-negara Barat yang tidak mengamalkan undang-undang ini. Berasaskan perundangan, seseorang tidak boleh dihukum kecuali mereka benar-benar bersalah. Namun ISA tidak begitu tetapi jika saya merujuk kepada prinsip Islam yang telah diamalkan oleh para sahabat yang kanan mereka pernah melaksanakan undang- undang yang disifatkan sebagai langkah-langkah kawalan. Jadi realitinya sekarang oleh kerana kerajaan telah membuat keputusan dan saya sebagai Pesuruhjaya Suhakam bersama rakan-rakan yang lain bersetuju dengan langkah pemansuhan ISA. Langkah ini adalah sebagai bersetuju dengan prinsip yang ditaja oleh dunia antarabangsa yang melihat ISA ini sebagai bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia. Tetapi tidakkah kita dilihat seolah-olah terlalu terikut dengan kehendak Barat? Posted by Rohidzir Rais at 8:47 PTG 0 comments TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TOK SOFIYYAH Menerima berita sedih pemergian Tok Sofiyyah atau nama sebenarnya Piah bt Said yang menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas Maghrib semalam. Tok Sofiyyah ialah bonda kepada Ustaz Yusoff Man, mudir saya ketika belajar di Ma'hadul-Azhar, Pokok Sena Pulau Pinang. Walau pun, Tok Sofiyyah tidak pernah mengajar kami di dalam kelas, tetapi dia sentiasa bersama-sama kami di Ma'hadul-Azhar. Dialah yang selalu menjenguh pelajar-pelajar, melihat makan minum kami, bertanya khabar kesihatan kami dan menyantuni kami. Tidak hairanlah, walau pun Tok Sofiyyah tidak mempunyai hubungan darah dengan kami, kecuali beberapa orang, kami tetap mesra dengannya. Kami memanggilnya dengan panggilan Tok, seperti seorang cucu memanggil neneknya. Justeru, sumbangan dan keprihatinan Tok Sofiyyah kepada pembangunan Ma'hadul-Azhar dan pelajar-pelajarnya tidak mungkin dapat disangkal. Saya sebagai 'cucu' Tok Sofiyyah memohon agar Allah yang Maha Pengasih melimpahkan kasih sayang-Nya kepada nenekanda kami ini. Semoga segala ilmu yang kami timba dan praktiskan kini, segala ganjarannya diberikan kepada Tok Sofiyyah. Ustaz Yusoff memaklumkan yang jenazah akan dimandikan, dikafan dan disolatkan di rumah anak perempuan beliau di Kampung Kok Lanas, Kodiang. Solat jenazah akan diadakan pada jam 10.00 pagi ini. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kodiang. Kepada rakan-rakan saya yang berada berdekatan, saya mengalu-alukan untuk menziarahi jenazah beliau dan mensolatkannya. Di samping itu, solat jenazah ghaib akan dilakukan di Masjid Bertam Indah, SMKA Irsyad Khairiyah Pokok Sena, SMKA Matang Kuching dan sekolah di Miri Sabah. Selain itu solat jenazah ghaib juga akan dilakukan oleh anak-anak lepasan Mah'hadul-Azhar dan rakan-rakan di seluruh dunia. Saya mengalu-alukan rakan-rakan untuk turut sama melakukan solat ghaib untuk almarhumah ini. Semoga Allah menempatkan Tok bersama orang-orang yang beriman. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Ustaz Yusoff Uthman - 013 3101040 Posted by Rohidzir Rais at 8:41 PTG 0 comments Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Catatan (Atom) FACEBOOK BADGE Rohidzir Rais Create Your Badge PTS ISLAMIKA PTS Islamika Promote Your Page Too"> FACEBOOK BADGE Rohidzir Rais Create Your Badge LABEL * DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI (1) * Erdogan Juara Baru Dunia Islam (1) * kams miftah (1) * kenyataan (1) * Manusia Sering Lupa (1) * Mari Bersyukur (1) * Merungkai Permasalahan Seks dengan Al-Quran dan As-Sunnah (1) * Penjernihan Jiwa (1) * Rahsia Jutawan... (1) * SOLAT SUNAT (1) * terapi ramadhan (1) * ulasan Berita Harian (1) * zikir (1) TERAPI RUQYAH EDISI 2 TERAPI RUQYAH ISLAMIC HIJRI CALENDAR BORANG LANGGANAN SOLUSI BACALAH DENGAN NAMA ALLAH * DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI * Erdogan Juara Baru Dunia Islam * kams miftah * kenyataan * Manusia Sering Lupa * Mari Bersyukur * Merungkai Permasalahan Seks dengan Al-Quran dan As-Sunnah * Penjernihan Jiwa * Rahsia Jutawan... * SOLAT SUNAT * terapi ramadhan * ulasan Berita Harian * zikir THE EVOLUTION DECEIT Buku Pertama yang Dicetak Sendiri di Mesir FIRMAN ALLAH S.W.T. IQRA BISMIROBBIKA... RIWAYAT MUHAMMAD PESURUH ALLAH Akan Datang... MERISIK KHABAR... SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG SOLATٍ Merungkai Kekeliruan Dalam Solat REMEH TEMEH TENTANG SEKS SEMBANG-SEMBANG KASIH INTERAKSI SIBER PENGERAT UKHUWAH