myinsolvency.my Open in urlscan Pro
202.75.56.25  Public Scan

URL: https://myinsolvency.my/
Submission: On January 12 via api from US — Scanned from US

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

Toggle navigation
 * Halaman Utama
 * Tentang Kami
 * Artikal & Berita
 * Hubungi Kami

Toggle navigation
 * Halaman Utama
 * Tentang Kami
 * Artikal & Berita
 * Hubungi Kami

Selamat Datang ke MyInsolvency


IMPIAN BESAR, BEBAS HUTANG: MARI JADIKAN MATLAMAT ANDA SATU REALITI

Hubungi Segera




PERKHIDMATAN PENGURUSAN KEBANKRAPAN &
PENGGULUNGAN SYARIKAT

DI MYINSOLVENCY , KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN YANG BERKAITAN DENGAN
KEBANKRAPAN DAN PENGGULUNGAN KEPADA INDIVIDU ATAU SYARIKAT YANG MENGHADAPI
MASALAH UNDANG-UNDANG SERTA MASALAH PENGURUSAN KEWANGAN.




DAPATKAN PELUANG KEDUA

PERKHIDMATAN KEBANKRAPAN

Kami menyediakan perkhidmatan perundingan kes kebankrapan anda untuk menguruskan
hutang melalui proses pelepasan kes kebankrapan anda. Anda akan mendapat peluang
kedua untuk hidup anda dan memulakan perjalanan hidup baru. 

Pertanyaan Untuk KEBANKRAPAN


PASTIKAN PERNIAGAAN ANDA DI LANDASAN

PERKHIDMATAN PENGGULUNGAN SYARIKAT

Kami mempunyai kepakaran dalam memberi nasihat tentang proses penggulunggan
syarikat yang dialami oleh anda berlandaskan Akta Syarikat 2016. Ini supaya
segala peraturan dan undang undang dipatuhi dengan lebih efisyen dan teratur. 

Pertanyaan Untuk PENGGULUNGGAN SYARIKAT


KURANGKAN BEBAN HUTANG ANDA

PENYUSUNAN SEMULA HUTANG

Kakitangan dan peguam kami akan membantu anda berunding dengan pemiutang anda
untuk menyusun semula hutang anda. Perkhidmatan ini adalah untuk mengurangkan
beban hutang anda dan memudahkan anda untuk memenuhi kewajipan kewangan anda.

Pertanyaan Untuk PENYUSUNAN SEMULA HUTANG

PEGUAM DAN KAKITANGAN KAMI MEMPUNYAI PENGALAMAN DAN KEPAKARAN LEBIH DARIPADA 15
TAHUN UNTUK MEMBANTU ANDA MENAVIGASI LANDSKAP UNDANG-UNDANG KEBANKRAPAN DAN
PENGGULUNGAN YANG KOMPLEKS. KAMI AKAN MENGURUSKAN DAN BERKERJASAMA DENGAN ANDA
BAGI MEMASTIKAN ANDA MENERIMA HASIL YANG TERBAIK UNTUK SITUASI ANDA.




MENGAPA MEMILIH MYINSOLVENSI?

KAMI FAHAM BAHAWA MELALUI KEBANKRAPAN/PENGGULUNGGAN MERUPAKAN MASA YANG SUKAR
DAN TERTEKAN BAGI MANA-MANA INDIVIDU/PEMILIK PERNIAGAAN .OLEH ITU, KAMI BERUSAHA
UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN UNDANG-UNDANG YANG TERBAIK UNTUK MEMBANTU ANDA MELALUI
MASA YANG MENCABAR INI. PEGUAM KAMI MEMPUNYAI PEMAHAMAN YANG MENDALAM TENTANG
UNDANG-UNDANG KEBANKRAPAN/PENGGULUNGAN DAN KOMITED UNTUK MENYEDIAKAN
PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK PELANGGAN KAMI.

Dapatkan Perkhidmatan Segera



SOALAN-SOALAN LAZIM

1. APA ITU KEBANKRAPAN?

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan
sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen
penghutang sendiri. Segala harta kepunyaan bankrap yang tidak bercagar adalah
terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dan KPI bertanggungjawab
untuk menghasilkan semua harta tersebut. Hasil jualan harta akan diagihkan
kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang
tersebut telah diperakukan oleh KPI.

2. BAGAIMANA SAYA BOLEH DIISYTIHARKAN BANKRAP?

Anda hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah. Terdapat dua
kaedah di mana perintah kebankrapan boleh diberikan iaitu sama ada melalui
petisyen pemiutang atau anda sendiri secara sukarela mendapatkan perintah
mahkamah untuk membankrapkan diri sendiri melalui petisyen penghutang.

3. APAKAH TANGUNGJAWAB SEORANG BANKRAP?

Setelah mendapat perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang
bankrap hendaklah memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran
kebankrapannya. Bankrap perlu menyediakan maklumat mengenai aset, liabiliti,
transaksi atau penyata kewangan, maklumat harta dan perkara lain yang berkaitan.

Tanggungjawab bankrap termasuk –
1. menghadirkan diri ke pejabat KPI MdI secepat mungkin apabila menerima
Perintah Kebankrapan dan apa-apa arahan atau notis daripada KPI;
2. menyerahkan semua maklumat aset kepada KPI;
3. mengemukakan Penyataan Hal Ehwal Bankrap yang lengkap;
4. mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap enam (6) bulan;
5. menghadiri semua mesyuarat pemiutang;
6. membuat sumbangan/bayaran terhadap estet kebankrapan daripada 10% pendapatan
peribadi;
7. dilarang menerima sebarang pemberian wang/kredit sebanyak RM1,000.00 atau
lebih daripada mana-mana pihak tanpa memaklumkan pihak tersebut status beliau
sebagai seorang bankrap;
8. tidak membuat pembayaran secara terus kepada pemiutang;
9. memaklumkan kepada KPI atas perubahan nama, alamat, nombor telefon,
pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan; dan
10. memberi maklumbalas atas pertanyaan KPI dalam masa yang ditetapkan.

4. APA ITU PENGGULUNGAN SYARIKAT ATAU LIKUIDASI?

Ia merupakan suatu proses di mana aset syarikat akan dikumpulkan dan dihasilkan
oleh penyelesai bagi tujuan pembayaran hutang syarikat kepada pemiutang.
Terdapat dua jenis penggulungan syarikat iaitu secara terpaksa dan secara
sukarela.

5. APAKAH KESAN PENGGULUNGAN KE ATAS SYARIKAT?

a) Syarikat hendaklah menghentikan perniagaannya.
b) Kontrak pekerjaan hendaklah ditamatkan.
c) Pelupusan aset syarikat dan pindah milik saham syarikat dilarang.
d) Tiada tindakan atau prosiding boleh dijalankan atau dimulakan ke atas
syarikat yang digulung kecuali dengan kebenaran mahkamah.

6. BOLEHKAH SYARIKAT YANG DIGULUNGKAN KEMBALI MENJALANKAN PERNIAGAAN?

Perintah penggulungan hendaklah diketepikan, ditamatkan atau digantung sebelum
syarikat boleh kembali menjalankan perniagaan.

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG SOALAN LAIN TENTANG PERKHIDMATAN KEBANKRAPAN ATAU
PENGGULUGGAN, SILA MENGHUBUNGI KAMI. PERUNDING KAMI YANG BERPENGALAMAN BERADA DI
SINI UNTUK MEMBERI ANDA BIMBINGAN DAN SOKONGAN YANG ANDA PERLUKAN



© Copyright 2024 | MyInsolvency | All right reserved.