al-ghari.blogspot.com Open in urlscan Pro
2a00:1450:4001:831::2001  Public Scan

URL: https://al-ghari.blogspot.com/2011/11/teguran-ilmiah-ke-atas-aizam-masod-atas.html
Submission: On December 18 via api from US — Scanned from DE

Form analysis 1 forms found in the DOM

https://al-ghari.blogspot.com/search

<form action="https://al-ghari.blogspot.com/search" class="gsc-search-box" target="_top">
  <table cellpadding="0" cellspacing="0" class="gsc-search-box">
    <tbody>
      <tr>
        <td class="gsc-input">
          <input autocomplete="off" class="gsc-input" name="q" size="10" title="search" type="text" value="">
        </td>
        <td class="gsc-search-button">
          <input class="gsc-search-button" title="search" type="submit" value="Search">
        </td>
      </tr>
    </tbody>
  </table>
</form>

Text Content

Boost Your Traffic
skip to main | skip to sidebar


AQIDATUL AHLIL HAQ

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH KONTEMPORARI 1)Berpaksikan al-Qur'an,al-Sunnah &
Ijmak Ulamak 2)Menyusuri Kebenaran melalui Ulamak yang Haq 3)Berprinsip
Wasathiyyah 4)Membanteras fahaman Pelampau Agama 5)Memperkasakan kerohanian


FACEBOOK SAYA

Ustaz Zamihan Al-Ghari

Reka Lencana Anda



BAHAYA EKSTREMIS WAHHABIY


"Menjaga keselamatan dan keharmonian negara pluralistik dari ancaman ekstremis
agama merupakan satu kewajipan pemerintah.Kemunculan fahaman dan gerakan
ekstremis Wahhabiy tidak boleh dipandang ringan. Gejala ini merupakan virus
zaman kini yang perlu dibendung dari akar umbi."-Demikian petikan ceramah yg
dsampaikan Us Zamihan kpd Profesor Universiti & pegawai kanan Keselamatan Negara
: Talk Executive,anjuran Majlis Keselamatan Negara K.L pd 11 Feb 10 baru ni



THE EXPLOITATION OF ISLAM BY TERRORIS


"Kita perlu mengenalpasti beberapa aliran pemikiran kontemporari yg berpotensi
menyumbang kpd kegiatan radikalis agama supaya ia dapat dibendung dari
menghuru-hara fahaman, amalan umat Islam sehingga membantut usaha Kerajaan
membangun tamadun" Demikian ceramah yg disampaikan Us Zamihan kpd 40org peserta
Kursus Menangani Ancaman Keganasan Negara.Antara peserta yg hadir : Bekas
Duta,Hakim Kanan Persekutuan,Pegawai Kanan MKN,Pegawai Perundangan PDRM Bukit
Aman,Pegawai Kanan Tentera dan Pegawai Kanan Wisma Putra DLL di Hotel Vistana,
KL pada 24 Nov 2009 lalu. Ceramah 3jam tanpa henti berjaya memberi input berguna
dlm menangani Isu eksploitasi Agama. Anjuran SEARCT,Wisma Putra



PEMIMPIN ULAMAK AHLI BAYT RASULILLAH SAW


ALLAMAH AL-MURABBI SHEIKH AL-SAYYID MUHAMMAD 'ALAWI AL-MALIKI AL-QURASYI. Beliau
menghasilkan ribuan murid dan banyak berkarya bagi menyampaikan ilmu dan seruan
dakwah. Khususnya dalam menyanggah syubhat fahaman Wahhabiyyah Modern. Walaupun
beliau agak berlembut dengan Wahhabiy, namun beliau sendiri dianggap 'kafir,
setan toghut dan tarekat sesat oleh Golongan pelampau Wahhabiy. Semoga Allah
meredhai beliau.



PAKAR HADIS AL-SUNNI


Syeikhuna al-Muhaddith al-Hafidz al-Maghribi Syeikh Abdullah bin al-Siddiq
al-Ghumari. Dibesarkan dalam baitil ulamak al-Hadis. Beliau banyak menguasai
disiplin ilmu hadis. Menghasilkan hampir ratusan karya dalam bidang hadis.
Berupaya menilai kedudukan sesuatu hadis secara spontan.Mempunyai sanad hadis
yang kuat. Melahirkan ramai ulamak hadis. Beliau juga seorang sufi yang benar.



SYEIKH UTHMAN JALALUDDIN PENANTI


"Dan dikehendaki dengan kaum yang keluar dari Ahlus Sunnah Wal Jama'ah itu spt
kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi dan lain2, kerana diriwayatkan dari Ibn 'Umar
bahawa Nabi SAW bersabda: "Akan keluar oleh manusia dari sebelah masyriq (timur)
Madinah, hal keadaan mereka itu membaca akan al-Quran padahal tiada melampaui
akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya
digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan
keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa AS." Ini Kerana puak Wahhabi dan
Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah & Madinah dan mereka
itulah yg membaca akan al-Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu.
Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut
mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu."-Kitab ad-Durratun
Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah-Bab Kenyataan Alamat Kiamat Yg Telah Jatuh, hlm
15-16



WASIAT DATUK MUFTI SYEIKH ABDULLAH FAHIM


• Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar
dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak
mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu
yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu
diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad
dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala
kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. • Tuan - tuan bangsa
Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada
terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk -
buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah
sesama bangsa sendiri. • Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua
supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan
kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."- Dipetik dr kitab
SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah



MUFTI PEHIN ISMAIL (MANTAN MUFTI BRUNEI DARUSSALAM)


"Adalah mazhab as-Salafiyah yang dihidupkan oleh al-Allamah Ibnu Taimiyah dan
yang dipakai serta diamalkan oleh al-Wahhabiyah itu bukan mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan ia keluar dari mazhab yang empat. Mazhab as-Salafiyah berdasarkan
Allah berjisim dan menyerupai makhluk"-Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan
Ahlus Sunnah Wal Jamaah hlm 155-156



SYEIKHUNA AL-MUHADDIS


Allamah Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Husaini al-Qurasyi al-Hasyimi. Ulamak
kelahiran Jordan. Mempunyai pertalian dengan Nabi SAW melalui keturunan
Sayyidina Husain. Murid kanan Syeikh Abdullah al-Ghumari. Mengarang lebih 100
karya ilmiah. Hujahnya disegani kawan dan lawan. Banyak menjawab kritikan
al-Baani dan pelampau Wahhabiy. Sehingga beliau dituduh Muktazilah kerana
mentakwil. Ditohmah berfahaman Syiah oleh Wahhabi Sedunia. Termasuk Pelampau
Wahhabi M'sia kerana pentingkan Ahli Bayt Rasulillah SAW. Sedangkan beliau bebas
dan berlepas diri dari semua tuduhan berkenaan.



SYEIKHUNA DATO HASYIM YAHYA


Beliau merupakan salah seorang ulamak kontemporari yg tegas. Banyak menyumbang
tenaga utk pembangunan Islam di negara kita. Aktif sbg Penasihat Bank Negara,
AJK Bank Pembangunan Islam Sedunia, Penasihat Syariah KFC, Suruhanjaya Sekuriti,
Bekas Mufti Wilayah,Pakar Rujuk JAKIM. Dan kini sbg Akademik Fellow UIAM. Us
Zamihan bertalaqqi dgn beliau selama 2 tahun menerusi pembacaan kitab al-Mughni
al-Muhtaj, Bab an-Nikah melalui Kelas Tafaqquh Pegawai JAKIM



WACANA RAMADHAN


"Nak jaga makan-minum, harta, kuasa, rupa dan glamour amat mudah. Tetapi
sukarnya manusia untuk menjaga harta keimanannya. Apatah lagi bertatahkan Taqwa.
Demikian antara kata-kata US Zamihan Al-Ghari ketika menyampaikan Wacana
Ramadhan pd 25/8/09 lalu di PTG, Kuala Lumpur. Sesi wacana secara ekspress
melalui prinsip 'demokrasi terpimpin' selama 1 jam lebih tu berjaya mendedahkan
hakikat ramadhan kpd para pegawai dan kakitangan yang hadir.Para peserta juga
sempat bertanyakan beberapa hukum hakam dan kaffarah puasa secara live &
exclusive.



RAMADHAN PENDIDIK NAFSU


"Medan terbaik bagi manusia mendidik nafsunya ialah di bulan Ramadhan yg mulia.
Dikala ini kita menyahuti titah perintah Allah SWT dgn bertaubat, solat
berjamaah,berpuasa,bertarawih, bertadarrus, berdoa, berselawat, berzikir dan
beriktikaf. Memandangkan nafsu manusia terlalu halus dan tiada sekolah untuk
mendidiknya, maka amal ibadat ramadhan adalah ramuan terbaik untuk dijadikan
pemakanan nafsu Ammarah kita." Demikian kata-kata Us Zamihan ketika menyampaikan
kuliah zohor Ramadhan di Masjid Mizan Zainal Abidin pd 5 Rmdhan 1430H. Kehadiran
jamaah dianggarkan lebih 2000 orang.



MINDA KELAS PERTAMA


Us Al-Ghari dijemput menyampaikan ceramah MINDA ULUL ALBAB kpd 42 Pegawai Kanan
JPJ seluruh Msia pd rabu 11/2/09 lalu.Beliau menekankan kepentingan pembangunan
modal insan : iman & taqwa, strategi, pemain pasukan, kerjasama satu pasukan,
akautabiliti dan integriri dalam perkhidmatan awam. Sesi ceramah bersahaja yang
diselangi dgn soalan sinis dan menduga, sesekali disusuli dgn isu panas dari
peserta dikendalikan dgn jayanya oleh Us al-Ghari.



KURSUS PEMIKIRAN ISLAM-UM


Us Zamihan al-Ghari mendedahkan tentang senario pertembungan ALIRAN PEMIKIRAN
KONTEMPORARI : Islam Liberal, Sekular, Syiah, Wahhabiy, Satanisme & Ajaran sesat
yg lain kpd 160 bakal guru dari Fakulti Pendidikan UM. Tp ada gak guru yg bias
Wahhabiy tp taqiyyah je. Di sebelah ptg diadakan perlawanan bolasepak
persahabatan antara bakal guru, ILIM menang 6-2 dgn Us Zamihan berjaya melakukan
hatrik dlm perlwanan itu.



INTEGRITI UPM


"Kita sebenarnya sdg bekerja dgn Allah. Allah akan membayar segala gaji, bonus
dan dividen kita. Asalkan gerak aktiviti kita berteraskan akidah yang benar,
syariat yg sahih dan niat yg ikhlas krnNya" Demikian sbhgn ucapan Us Zamihan
alGhari ketika menyampaikan ceramah AMALAN KERJAYA MULIA kpd para pegawai &
kakitgn Bahagian HEP, UPM pd 10pg jumaat, 5 jun 09 lalu.



KONVENSYEN PEMANTAPAN DASAR NILAI2 MURNI AWAM 2009


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Konvensyen Pemantapan
Dasar Nilai–Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Awam 2009 kepada semua Ketua-Ketua
Jabatan di peringkat persekutuan dan negeri bertujuan bagi mendapatkan pandangan
dan input-input yang segar daripada ahli panel dan peserta, bagi
mempertingkatkan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan dengan nilai Islam dalam
perkhidmatan awam bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar
Baru Bangi, Selangor.



KURSUS PELANCONG MASJID


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM
telah telah berjaya menganjurkan Kursus Pemandu Pelancong Masjid di Institut
Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 27 hingga 30 Jamadilawwal 1430H bersamaan 22
hingga 24 Mei 2009. Para peserta seramai 65 orang terdiri daripada pesara
kerajaan, pesara swasta , siswazah IPTA / IPTS. Ustaz Zamihan salah seorg
penceramah menyampaikan ceramah berjudul PROFESIONALISME DLM BERDAKWAH pd pg
Jumaat 22hb Mei yg lalu.



KURSUS INDUKSI S27


Bahagian Latihan JAKIM telah mengadakan Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam
(PHEI) kepada kakitangan Kumpulan Sokongan 1 (Gred 27) pada 17 – 25 Mei 2009
bertempat di ILIM, Bangi. Seramai 118 orang peserta Gred S27 lantikan 1 April
2009 telah menghadiri kursus berkenaan. Ustaz Zamihan turut diundang berceramah
ISU SOLAT, TAHLIL & DOA selama 21/2 pd mlm 19hb Mei. Pd ptg 20hb pula diadakan
perlawanan bolasepak persahabatan antara ILIM dan peserta Induksi. Berkesudahan
ILIM menang 3-2. Ustaz Zamihan turut menjaringkan 1 gol kemenangan.



SEMARAK CINTA MASJID (SCM)


Us Zamihan dijemput menyampaikan ceramah MASA UTK BERUBAH- HIJRAH sempena dengan
program Semarak Cinta Masjid di Masjid Usamah ben Zaid, Wangsa Maju. Majlis yang
dihadiri VIP, Pegawai Kanan JAWI, pegawai masjid, artis dan lebih 600 jamaah
begitu meriah. Ditambah dgn vokal ceramah tuan blog berjaya menghangatkan
keadaan hujan renyai2. Walaupun paparan slide terganggu dgn masalah teknikal dan
masa ceramah yg singkat tidak melemahkan semangat Ustaz untuk membimbing jamaah.
Selepas sesi ceramah jamaah disajikan pula dgn santapan & hiburan Islam.
Walaupun Us Zamihan bersama Zaujah dan anak2nya tidak berapa selesa dgn muzik
dan lagu kontemporari, namun beliau turut serta sehingga tamat program lebih 12
mlm. Ini semua kerana Semarak Cinta Masjid.



KURSUS PEMANTAPAN IMAN


ILIM dgn kerjasama ABIM menganjurkan Kursus Pemantapan Iman kepada 130 pimpinan
ABIM seluruh negara pd 19-21 Disember lalu. Sesi 3 hari dua malam ini memuatkan
4 pembentangan kertas kerja oleh Prof Dr Sidek Baba, Dr Abd Halim el-Muhammadiy,
Dr Farid Shahran dan Dr Abd Ghafar Surip. Us Zamihan diberi penghormatan ucapan
aluan dan menyampaikan kuliah subuh. Disebelah petang pula diadakan perlawanan
bolasepak persahabatan antara ILIM dan ABIM. Pasukan ILIM yg diterajui Us
al-Ghari + pemain import berjaya mengalahkan pilihan ABIM 7-3. Dua gol
disumbangkan oleh Us al-Ghari dgn larian solo sambil menggelecek berjaya
menghiburkan penonton.Kursus ini berlangsung dgn baik dan sempurna.Selamat Maju
jaya ILIM dan ABIM.



MUZAKARAH JAWI


Us Zamihan dijemput sebagai panel muzakarah pemegang tauliah Guru-guru Agama
JAWI. Beliau mengendalikan sesi ANCAMAN KONTEMPORARI PEMIKIRAN ISLAM selama 3jam
secara langsung. Para peserta didedahkan dgn Bahaya Syiah, Islam Liberal,
Pelampau Wahhabiy, Rasul Palsu, Black Metal, Ashabul Kahfi, Ripen Besut, Zikr
Laga Lutut dan ajaran sesat yg lain. Sesi ini berlangsung selama 2 hari di Hotel
Rosa Pasadena, Cameron Highland pada 13- 14 Disember 2008 lalu.



MUZAKARAH TAKMIR JAIS


Jab Agama Islam Selangor (JAIS) dgn Kerjasama PIMPINAN telah menganjurkan
Muzakarah Imam, Nazir Masjid peringkat Negeri Selangor pada 3 Disember 2008 lalu
bertempat di Dewan Utama, Masjid Negeri. Us Zamihan dijemput membentangkan fakta
EKSTREMISME AL-WAHHABIYYAH ANCAMAN UMMAH. Sesi 3 jam itu mendapat respon amat
positif dari 600 peserta yang hadir sehingga berjaya mencapai resolusi penting
berkaitan fahaman pelampau Wahhabiy.



CERAMAH PEMANTAPAN


Us Zamihan al-Ghari diberi pengormatan menyampaiakan PERIBADI UNGGUL MINDA ULUL
ALBAB SEMPENA 'Talk Executive' Bersama Pegawai & kakitangan PTPTN pada 29 Nov
2008 di ILIM, Bangi. Para peserta dibekalkan nota & slide show.



MUZAKARAH ILMIYYAH


Us Zamihan diemput menyampaikan ceramah AHLI SUNNAH DAN MEMAHAMI ANCAMANNYA kpd
Guru-guru Takmir JAWI Labuan pada 21 - 23 Nov lalu di Kingfisher, Beringgis
Beach Resort, KK, Sabah



SEMINAR ISU SEMASA


"Liberalisasi agama adalah salah satu dari produk pemikiran terbitan sarjana
Yahudi untuk merosakkan fahaman, pegangan, amalan dan identiti umat Islam.
Gelora Islam Liberal ini perlu dihapuskira dalam apa jua situasi
sekalipun"..Demikian kata-kata Us Zamihan al-Ghari ketika membentangkan kajian
ANCAMAN LIBERALISME & PLURALISME AGAMA kpd lebih 400 pegawai kerajaan pelbagai
agensi sempena Seminar Isu-isu Semasa Akidah, pada 10hb OKT 08 lalu di Masjid
Wilayah, K.Lumpur anjuran JAWI.Beliau berucap secara ekspress, berani, tegas dan
bernas secara live selama 2jam nonstop. Dapatkan salinan video ceramah panas ini
secara percuma dari Bhgn Penyelidikan JAWI.



MUZAKARAH FEQHIYYAH


ADAB IKHTILAF DLM PEMBENTUKAN INTEGRITI..Demikianlah ceramah yang disampaikan Us
Zamihan al-Ghari dlm Muzakarah Feqhiyyah anjuran JAWI Labuan pada 8hb Okt 08
lalu. Beliau mengambil masa 2jam utk mengupas tajuk berkenaan kpd guru-guru,guru
agama JAWI,guru takmir,para Imam dan Guru SRA JAWI Labuan.



CERAMAH MODAL INSAN


Us Zamihan al-Ghari diundang menyampaikan ceramah AKAUNTABILITI & KAITANNYA DGN
HARI PEMBALASAN pd hari Selasa, 5 OKT lalu kpd Pegawai & Kakitangan Jabatan
Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan.Ceramah selama 2 jam itu turut dihadiri
Tuan Bendahari Negeri dan para pegawai kanan Jabatan.



MUZAKARAH TAULIAH JAWI


Us Zamihan al-Ghari diberi penghormatan oleh JAWI utk menyampaikan ceramah kpd
guru-guru,guru takmir dan pendakwah pada 4 Okt lalu di Ismah Beach Resort,Pantai
Pdg KamuntinG, Masjid Tanah Melaka. Turut hadir ialah Timb Mufti Wilayah,Ketua
Penolong Mufti dan barisan Pegawai Kanan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
K.Lumpur. Penceramah turut membuka sesi maklum balas bersama peserta.



MUZAKARAH PEMEGANG TAULIAH


Us Zamihan dijemput menyampaikan ceramah PERTEMBUNGAN ALIRAN PEMIKIRAN
KONTEMPORARI kpd Pra Pemegang Tauliah mengajar Agama Islam melibatkan guru2 JPN
WP Labuan, guru takmir dan pendakwah pada 1hb Nov 08 yang lalu bertempat di
Manikar Beach Resort, Labuan. Beliau berjaya menjawab beberapa persoalan yg
ditimbulkan audien. Turut hadir ke majlis itu ialah Ketua Pen Mufti Labuan,Imam
Masjid Negara dan para pegawai JAWI/JAKIM Labuan. Di sebelah petang program
disemarakkan pula dgn forum perdana AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.



CERAMAH INTEGRITI


Tuan blog dijemput menyampaikan ceramah PEMBENTUKAN MODAL INSAN CEMERLANG kpd
semua warga pegawai & kakitangan Bhgn Hal Ehwal Undang2 JPM pada 31hb Okt 08
lalu. Beliau menegaskan bahawa sebarang usaha pembentukan modal insan tidak akan
berjaya tanpa jiwa agama. Beliau juga menyeru agar semua pihak bertanggungjwb
dalam memartabatkan undang2 Kanun Jenayah Syariah Islam Msia.



DAKWAH DI KEMTA - ISA


Us Zamihan dijemput menyampaikan ceramah KESEDERHANAAN MENURUT ISLAM kpd tahanan
ISA muslim di Kamunting, Taiping, Perak pada 28 OKT 08 lalu. Sesi ceramah 3 jam
itu dicelahi dgn pelbagai soal-jwb dari audien. Dan berjaya dijawab secara live
oleh penceramah. Para tahanan terdiri dari suspek warga asing (pemalsuan
dokumen) anggota JI, KMM, Darul Islam dan lain-lain termasuk RPK. Peserta
rata-rata berpuas hati dgn penyampaian penceramah dan berharap beliau datang
lagi menyampaikan ceramahnya.



DAKWAH BERTERUSAN


Tuan blog dijemput menyampaikan ceramah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH & ANCAMANNYA di
INSTUN, Behrang Stesen, Perak Darul Ridzuan pada 23 Okt 08 lalu. Beliau mengupas
secara terperinci maksud sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah & realitinya sbg aliran
arus perdana negara. Beliau juga menjelaskan ancaman dalaman dan ancaman luaran
yang melanda Akidah Sunniyyah kontemporari. Sesi seterusnya disempurnakan
al-Fadhil Us Mahfuz Muhammad berjudul Bahaya Fahaman Tabdik- Kaum Muda : Satu
Analisa. Kelihatan regu ini merupakan regu yang ampuh dalam memperjuangkan Ahli
Sunnah arus perdana.



SEMARAKKAN SUNNAH


Us Zamihan al-Ghari dijemput membentangkan HADIS PALSU DAN IMPLIKASINYA KPD
MASYARAKAT di Dewan Seminar Imam al-Syafi'ie di Institut Perguruan Islam (IPIS)
Bangi pada 22 Sept 09 baru-baru ini. Sesi lebih 3 jam itu mengupas pelbagai
topik penting berkaitan Hadis Maudhu kepada lebih 300 bakal pendidik yang
mengikuti Kursus Ijazah Perguruan di IPIS. Beliau juga menjawab secara live
beberapa soalan yang diajukan peserta. Rata-rata peserta teruja dengan ceramah
yang disampaikan.



TG HJ AWANG FAKIR (1876-1964)


Nama sebenar Hj Abdullah bin Hj Yusuf Bekeng. Ibunya dikenali dgn Mek Teh.
Berketurunan Raja Patani. Menetap di Kg Biah dekat Nilam Puri. Mengaji di pondok
Chenok, Pondok Bendang Jong dgn Tok Chaok (masyhur dgn gelaran ahli Makrifat).
Tiga bulan makan labu sbb kehabisan beras semasa memondok.Balik ke Kelantan
untuk berkahwin.Diberi 'Doa Patani' oleh Tok Chaok.Mengaji pula dgn Tok Mufti Hj
Wan Musa, TG PakSu Lah Kg Bot dan Tok Kemuning Tua.Mengaji pula di Makkah 2
tahun. Akhirnya, pulang dan thn 1929 menetap di Kg Lembu (Nilam Puri).
Melahirkan ramai murid. Amalan istimewa : Doa surah al-Ikhlas, Ayat al-Kursi,
Ayat 33 n Selawat. Pencuri labunya sakit perut serta merta. 3 Penyamun tidak
boleh keluar dari sebuah kebun hingga ke pg kecuali dgn kebenarannya. Kembali
kerahmatullah pada 5.50pg, Isnin 4 Mei 1964.



TG HJ YAHYA KUPANG (1906-1959)


Nama sebenar Hj Yahya bin Muhammad Taha bin Idris. Beliau dilahirkan di Kg
Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Berasal dari Pattani. Belajar al-Qur'an dgn bapa
saudaranya Awang Besar dan TG Hj Ahmad Awg Besar. Belajar di Sek Melayu Sik
hingga darjah 3. Kemudian memondok dan menadah kitab dgn TG Hj Yaakub selama 6
thn. Kemudian menyambung pelajaran di Makkah selama 12 tahun.Antara gurunya :
Pak Chik Daud Fathoni, TG Hj Yahya Reman, Pak Da Eil, Syekh Mukhtar Utarid,
Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Syed Alawi DLL Beliau bersama Pak Su Hj
Ahmad berarak sambil bertakbir dan berzikir dgn kuat sehingga komunis
mengundurkan diri. Beliau juga dijemput menghalau komunis di Batu Kurau. Perak.
Melahirkan murid yang ramai. Dipercayai seorang yg mempunyai keramat. Meninggal
dunia petang Khamis di rumah isteri ke3nya tahun 1959. Dikuburkan di Tanah
Perkuburan Masjid al-Huda, Kg Hangus.



TG HJ NIK MAN KHATIB(1911 - 1968)


Beliau ialah Hj Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Samad. Dilahirkan di Kubang
Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1911 di zaman Sultan Muhammad ke IV. Atau
dikenali dgn zaman kemajuan Kelantan. Bapanya salah seorang ulamak terbilang
Kelantan. Mula belajar Feqh dan Tasawuf dgn ayahnya dan TG Hj Ahmad Mannan dan
lain-lain.Beramal dgn tarekat Ahmadiyyah. Ke Makkah pd thn 1935 utk belajar.
Seorg yg warak & tidak suka menonjol diri. Sahabtnya kaki masjid, Hafiz Qur'an
dan Ahli ibadat. Dilantik Imam Tua Masjid Muhammadi thn 1946. Menjadi ahli
Jemaah Ulamak MAIK 1949. Beliau adalah sahabat baik TG Hj Daud Bukit Abal.
Meninggal dunia 22 Jan 1968 dlm usia 57 tahun.



MONDAY, NOVEMBER 14, 2011


TEGURAN KE ATAS AIZAM MAS'OD ATAS PENYELEWENGAN FAKTA AKIDAH




Assalamu'alaikum.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memohon agar Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia JAKIM memintan Mohd Aizam Bin Mas'od agar bertaubat kepada Allah kerana
;

1- Aizam Mas'od telah mendakwa Allah itu bersifat KAKI dan Allah itu BERKAKI.
Sedangkan perkataan "Qodam" apabila disandarkan bukanlah ia bererti Allah itu
bersifat kaki atau berkaki. Maha suci Allah dari bersifat makhluk berkaki.
Malangnya Aizam Mas'od dengan jelas mendakwa sifat bagi diri dan zat Allah itu
adalah KAKI.

Mantan Ketua Pengarah Jakim Dato Wan Mohamed dengan jelas menyatakan sesiapa
yang mendakwa Allah itu berkaki maka ketahuilah bahawa itu bukan Allah kerana
KAKI itu bukan sifat bagi Allah. Kenyataan Mantan KP JAKIM ini amat sesuai
dengan displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ia juga dapat menjawab tohmahan
orang kafir kononnya umat Islam menyembah sama seperti mereka berhala berkaki
cuma ia tiada/tidak nampak.

Kenyataan Aizam bahawa sifat bagi zat Allah itu berkaki boleh didengari sendiri
dengan jelas dalam tazkirahnya di surau-surau seperti dalam rakaman bertarikh
12.5.2011 pada minit 22:00 - 22:30 ketika mana dia (Aizam) mengajar sebuah kitab
yang jelas cenderung kepada pemikiran TAKFIR dan Wahhabi berjudul Al-Iman
Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqidhuhu karangan Muhammad Naim Yasin yang jelas
didalamnya mengkafirkan sesiapa yang mentakwil istawa bagi Allah itu sebagai
menguasai dan juga mengkafirkan takwilan ayat-ayat lain walaupun secara hak.
Sedangkan ulama Salaf sendiri seperti Ibnu Mubarak mentakwilkan istawa bagi
Allah dengan erti Menguasai. Mengapakah sampai terlalu MELAMPAU mengkafirkan
pula sesiapa yang mentakwilkan ayat mutasabihaat tersebut. Nah! buku inilah yang
diajar oleh Aizam di surau-surau disamping disana terpadat banyak penyelewengan
yang amat jelas.

2- Aizam Mas'od juga mendakwa Allah bersifat MENIPU secara mutlak tanpa
di'qaid'kan dengan membalas tipu daya orang musyrik ke atas orang Islam. MAKAR
itu bukanlah sifat bagi Allah yang boleh diitlaqkan begitu sahaja sehingga
menampakkan MENIPU & TIPU itu adalah sifat mutlak bagi Allah. Yang dimaksudkan
dalam ayat bukan menetapkan sifat MAKAR itu bagi Allah tetapi dengan makna Allah
membalas mereka orang kafir di atas tipu daya mereka kepada umat Islam.

Aizam MAs'od juga mendakwa sifat Allah itu adalah TERTARIK HATI, TURUN, DATANG,
BERSEMAYAM  secara HAKIKI. Sedangkan jika disebut semua tadi sebagai sifat Allah
secara HAKIKI maka ia jelas boleh membawa kepada TASHBIH menyamakan Allah dengan
makhluk.

Aizam Mas'od juga setuju dengan kenyataan bahawa Allah itu BERSIFAT SAMSENG.
Semua ini boleh didapati dalam tazkirahnya ketika menyebarkan ajarannya di
surau-surau bertarikh rakaman 12.5.2011 bermula pada minit 33:00 - 45:10.



3- Aizam Mas'od juga dengan mempergunakan nama Pegawai Penyelidikan Akidah JAKIM
telah membuat banyak majlis-majlis sulit tersembunyi dikumpulkan pegawa-pegawai
agama lalu menebarkan fitnah dalam pembentangan tersebut bahawa ulama Islam dan
ramai umat Islam sebagai sesat dan sebagainya. Aizam Mas'od dalam program2
tertentu itu menuduh kononnya ulama-ulama Islam menghalalkan riba, menkafirkan
sahabat Nabi dan pelbagai tohmahan palsu tanpa bukti. Sudahlah ulama-ulama Islam
itu dihina dan dituduh dalam majlis2 tersebut kemudian tuduhan itu pula tiada
bukti bahkan hanya sekadar fitnah mahu memburuk-burukkan ulama Islam. Inilah
Aizam Mas'od yang kini menjaja jawatannya sebagai orang besar JAKIM tetapi
menghina dan menuduh ulama Islam TANPA BUKTI.

Kenyataan Aizam tersebut boleh didapati pada file kajian akidah JAKIM dan saya
amat sedih apabila kajian dikaji atas nama Penyelidikan JAKIM tetapi TANPA BUKTI
kukuh kemudian menuduh/memfitnah pula.

Dan banyak lagi penyelewengan pegawai JAKIM ini yang sering menjaja dirinya
sebagai orang besar JAKIM. Saya memohon agar orang yang benar-benar besar dalam
JAKIM terutama Ketua Pengarah JAKIM agar meminta Aizam Mas'od ini bertaubat
dengan taubat nasuha atas kenyataan-kenyataannya yang bahaya pada akidah dan
menghina ulama dan umat Islam dengan tuduhan tanpa pembuktian sehingga apabila
ditanya dimana bukti2nya maka dijawab bukti memang tiada yang ada cakap-cakap
orang sahaja.

Bertaubatlah Wahai Aizam Bin Mas'od ! Apalah nak jadi dengan kau nih!

Sekian.

Oleh: PENGARAH PENYELIDIKAN BERBUKTI. Untuk bacaan sebelum klik SINI

Posted by Zamihan Mat Zin AL-GHARI at 3:34 PM



3 COMMENTS:


Krongthip Mahalakorn said...

Perlu dibuat lapuran polis dan juga JAKIM segera kerana manusia yang bernama
Aizam Mas'od mengajar ajaran sesat dan menimbulkan ketegangan. Perkara ini kalau
dibiarkan akan menimbulkan pula permusuhan dan pergaduhan.

November 15, 2011 at 11:08 AM

Jai CeMara said...

kalo pegawai jakim sendiri membawa pengetahuan yang bercanggah degn fahaman ahli
sunni,bagaimana org awam yg kurangnye ilmu nak tau ane benar mana salah..saya
lihat fahaman wahabi ini sudah bertapak KUAT dalam mahasiswa2 ipta2 ..pihak
JAKIM harus adakan kempen/ceramah besar2an bagi membendung masalah ini..

November 21, 2011 at 11:39 PM

Wan Solehah al-Halbani said...

Salam,

Ajaran Wahabi adalah kafir kerana akidahnya adalah kafir. Ajaran Wahabi bukan
perbezaan pendapat tetapi kerosakan akidah. JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan
menyatakan bahawa Wahabi adalah bahaya tetapi tidak boleh diharamkan kerana isu
Wahabi adalah isu perbezaan pendapat bukan akidah. Ini adalah satu pandangan
yang salah.

DI ANTARA AJARAN-AJARAN SESAT WAHABI MENGENAI ALLAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. Wahabi menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Lihat buku mereka : انظر كتاب
ابن باز الوهابي: "تنبيهات في الرد على من تأول الصفات" ص 19، الرئاسة العامة
للإفتاء، الرياض

2. Mereka mengatakan bahawa Allah menciptakan manusia yang menyerupai Allah .
Lihat buku mereka yang berjodol “Aqeedat Ahlul-Iman muka surat 40, 90” انظر
كتابهم المسمى "عقيدة أهل الإيمان" للتويجري.

3. Mereka mengatakan Allah mempunyai bahagian-bahagian badan.
Sila lihat buku mereka muka surat: راجع كتاب ابن باز: "تنبيهات في الرد على من
تأول الصفات" ص 19

4. Mereka mengatakan Allah berjisim.
Sila lihat : انظر كتابهم "حلقات ممنوعة" لحسام العقاد، ص/26 دار الصحابة، طنطا.

5. Mereka mengatakan Allah mempunyai kaki, tangan, badan, bentuk, saiz dan Allah
bergerak seperti makhluk. Sila lihat :
انظر كتابهم "نظرات وتعقيبات على ما في كتاب السلفية" لصالح الفوزان ص/40 دار الوطن
الرياض.

6. Mereka mengatakan Allah memiliki kaki yang besar dan meletakkannya di atas
kerusi. Sila lihat :
انظر كتاب العثيمين "تفسير ءاية الكرسي" ص/19، مكتبة ابن الجوزي

7. Mereka mengatakan Allah meminta pertolongan daripada malaikat. Sila lihat
muka surat: (كتابه (مجموع الفتاوى) المجلد الخامس صفحة (508)

8. Mereka mengatakan Allah turun dan naik seperti makhluk-Nya setiap tahun. Sila
lihat : كتاب " شرح حديث النـزول وشرح الطحاوية للمجسم ابن أبي العز ص286 الطبعة
التاسعة عام 1988.

9. Mereka mengatakan bahawa Allah duduk di atas singgahsana (Arasy) sama seperti
mana yang diakui oleh Yahudi.
Sila lihat : انظر كتابهم "فتح المجيد" لعبد الرحمن بن حسن ابن محمد بن عبد الوهاب
ص/356، مكتبة دار السلام. الرياض.

10. Mereka mendakwa bahawa Allah bersifat terhad dan berada di tempat-tempat
yang luas dan sempit.
Sila lihat : انظر مجلة الحج سنة 49 جزء 11 عام 1415هـ، مكة ص/73-74.

11. Mereka mendakwa bahawa Allah tinggal di atas langit beristirehat di atas
singgahsana.
Sila lihat : انظر كتابهم "نظرات وتعقيبات على ما في كتاب السلفية" لصالح الفوزان
ص/40 دار الوطن الرياض.


Dalam banyak tulisan Wahabi dalam buku-buku mahupun risalah-risalah seperti di
atas ini, mereka menyebarkan ajaran kafir. Apakah bukti-bukti ini belum lagi
kuat dan konkrit dalam pandangan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk
mengisytiharkan ajaran Wahabi sebagai menyeleweng dan rosak?

Umat Islam hendaklah mendesak kerajaan terutama sekali JAKIM dan Majlis Fatwa
Kebangsaan supaya mengharamkan Wahabi segera bagi menyelamatkan akidah umat
Islam.

Sekian, Terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani
Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM.

December 6, 2011 at 10:23 PM

Post a Comment


Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)


VISIT BIL.

widgeo.net




BINCANG,KOMEN&DLL DISINI

Ustaz Zamihan Al-Ghari

Promosikan Juga Halaman Anda



BUKU PENYELEWENGAN FAHAMAN TAJSIM WAHHABIY


Kitab ini dedikasi untuk semua umat Islam, pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Intelektual, Agamawan, Ulama, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam & Jabatan
Mufti Negeri. Harga senaskah RM 26 termasuk pos.Dapatkan kitab ini dari wakil
pengedar Alhimna Enterprise dengan menghubungi Ustaz Mohd Hanif 013-3493799 atau
terus dari penulis buku ini.



DVD SEMINAR PERBANDINGAN AHLI SUNNAH DAN SYIAH.


Dapatkan DVD Seminar Perbandingan Ahli Sunnah Dan Syiah yang dianjurkan oelh
Jabatan Mufti Pahang.Beberapa kupasan tentang penyelewengan fahaman Syiah
dibentangkan dengan secara berilmiah oleh Al-Faqir Ustaz Zamihan al-Ghari
berserta dengan bukti-bukti yang kukuh.Harga RM15 termasuk pos dengan
menghubungi wakil pengedar Ustaz Mohd Hanif di talian 013-3493799.



DVD SEMINAR PEMIKIRAN WAHABI.TEL:013-3493799 ALHIMNA ENTERPRISE.


Seminar Anjuran Jabatan Mufti Pahang, PANAS!!! Dapatkannya sebelum stok
kehabisan.RM20.00 (tidak termasuk pos)



SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY?.


Buku ini menjelaskan tentang latarbelakang fahaman Wahhabiy, sejarah
kemunculan,sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan
Wahhabiy di Tanah Melayu.Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy,
tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan
perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah
Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status
terkini Wahhabiy di Malaysia.Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia
didedahkan oleh seorang pakar pengkaji Wahhabiy.Beliau telah menyampaikan lebih
2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia
kepada pelbagai Universiti,Inst. Pengajian Tinggi, Kementerian & Jabatan
Kerajaan, Jab. Agama Islam, Jab. Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri,
Organisasi Bukan Kerajaan (NGO),Masjid2 dan Surau2 dan pelbagai Syarikat
Swasta.Dapatkan buku terhangat ini dengan Harga RM25.00 (tidak termasuk pos)
dengan menghubungi ALHIMNA ENTERPRISE 013-3493799.



BUKU TERBARU


Sifat Solat Nabi Yang Sahih karangan Syeikh Hassan al-Saqqaf, terjemahan Us
Zamihan al-Ghari, semakan Dato Hj Saleh Ahmad, Dr Uthman El Muhammady, 354
hlm,harga rm35 termasuk pos, Buku ini menjawap Sifat Solat al-Baani al-Wahhabiy.
Berminat masukkan akaun mybank : 5660 1010 3481 dan berikan alamat utk kurier.
Beli banyak dpat diskaun.Jazakumullah khayran.



KOMEN/BUAL/BINCANG/DISKUSI





SEARCH/CARI ISI BLOG INI






WAKTU SEKARANG





SELAMAT BERTAMU





BUKU TERBARU


Hukum Gerak Jari Dlm Solat berdasarkan 4 Mazhab,padat dgn hadis-hadis sahih bg
menolak hujjah al-Baani al-Wahhabiy yg menggalakkan gerak jari secara berterusan
ketika tahiyyat, 60ms,cetakan terbaru.Hanya rm10 termasuk kurier.Berminat
masukkan ke Maybank: 5660 1010 3481 dan sms alamat utk kurier ke 012 246
5518.Syukran



BUKU UTK DIJUAL


Buku HUJJAH MENOLAK WAHHABI Terjemahan Syed Zain al-Habshee. Mengandungi 138ms.
Ia hasil terjemahan dari kitab al-Durar al-Saniyyah karangan mantan Mufti Makkah
al-Syafi'iyyah : Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Beliau menjelaskan kekeliruan
fahaman Wahhabiy dan bahayanya. Akibatnya, Pelampau Wahhabiy menuduhnya sebagai
Syiah Rafidhah. Ikuti hujjah beliau menerusi buku ini. Tempah sekarang.
Berminat, masukkan RM18 +(pos laju) ke dlm akaun & sms alamat anda utk kurier
segera: 012 2465518.



TAKWIM HIJRIYYAH





FOLLOWERS




UCAPKANLAH





KULIAH JUMAAT US AL-GHARI





JUMAAT MINGGU PERTAMA ;

Kuliah & Khutbah Jumaat

di Al-Madaniyyah,

USJ 18, Subang Jaya.





JUMAAT MINGGU KE-2:

Kuliah Jumaat di Masjid

Al-Rahman, Lembah Pantai, K.L





JUMAAT MINGGU KE-3:

Kuliah Jumaat di Masjid

As - Syakirin,KLCC, K.L





JUMAAT MINGGU KE-4:

Kuliah Jumaat di

Masjid Jamek,DBKL, K.L












TOK KENALI (1871 - 1933)


Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287
H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan
panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain
al-Fathani.Pada tahun 1887 ke Makkah utk belajar. Beliau seorang yang warak
hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada
siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam.
Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain
dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam
halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur.
Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar
dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat.
Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan
Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak. Beliau
aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan
penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li
Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat
dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad
Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai
menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban
1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor
bekas Mufti Kelantan.



KULIAH BULANAN US ZAMIHAN

Kuliah Maghrib
Us Zamihan al-Ghari

Isnin minggu 1/3 :
Minhaj al-Abidin, Surau al-Madaniah USJ 18

Selasa minggu 1/3
Penawar Hati, Masjid Muhsinin, Tmn Desa, KL

Rabu minggu 1 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Surau al-Madaniah USJ 18

Rabu minggu 3 :
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Masjid Ehsan, Sek 24 Shah Alam

Sabtu minggu 1 :
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Masjid Bdr Kinrara

Kuliah Ahad minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid Muqarrabin, Bdr Tasik Selatan, K.Lumpur


Isnin minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid Darul Ehsan, Tmn TAR

Selasa minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid al-Mukminun USJ 2

Rabu minggu 2/4 :
Sifat Solat Nabi Yg Sahih, Masjid Bangsar, K.Lumpur





KELUARGA ULAMAK GHUMARIYYIN


Syeikh al-Hafidz al-Muhaddith Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari (duduk berselubung)
Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Gumari (kiri) Syeikh Zamzami al-Ghumari (kanan)
dan Syeikh Abd Hayyi al-Ghumari (tengah)



TG HJ MAT PINTU GENG (1889-1967)


Namanya Hj Muhammad bin Ahmad al-Kalantani. Lebih dikenali dengan PakCu Hj Mat.
Seorang ulamak dan ahli dalam ilmu tajwid. Menanda Qiraat 7 dlm al-Qur'an
kegunaannya. Lahir pada 1889 di Kg Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu. Ibunya berasal
dari Patani. Bapanya dari Kelantan tetapi meninggal di Makkah sewaktu beliau
masih kecil.Mempelajari al-Qur'an, Ilmu Feqh, Nahw, ilmu usul DLL dengan TG Hj
Idris Pasir Kota, Kota Bharu.Seterusnya meyambung pelajaran di Makkah selama 5
tahun. Kembali dan membuka pondok di Pintu Geng thn 1920. Di pondok ini, beliau
mengajar kitab2 dan al-Qur'an sekaligus.Mengajar al-Qur'an selama 40 thn dan
mengarang : Muqaddimah al-Mubtadi fi Ilmi al-Tajwid.Mempunyai murid yg ramai.
Meninggal dirumahnya pd thn 1967.



JOM ERATKAN SILATURRAHIM


ILIM diberikan amanah untuk menjadi tuan rumah bagi Hari Keluarga & Sukan agensi
Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Temasya ini bakal berlangsung pada
Sabtu, 2 Ogos 2008 ni. Sebanyak 18 acara dipertandingkan. Antaranya : bolasepak,
sepakraga, pingpong, karom, acara sukaneka dan banyak lagi. Seramai 5000 peserta
dijangka hadir memeriahkan temasya. Ia bakal dirasmikan oleh YB Menteri JPM.
Agensi spt JAKIM, IKIM, YADIM, JAWHAR, TABUNG HAJI, DLL akan mengambil bahagian.
Bersama mengeratkan silaturrahim.



KENALI ULAMAK SUNNI


Syeikh al-Muhaddith Syeikh al-Sayyid Muhammad Ibrahim al-Kattani al-Masri.
Antara murid senior Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari. Beliau merupakan
rakan seguru Syeikh Hassan al-Saqqaf. Mempunyai sanad periwayatan yang kuat
kepada Imam al-Bukhari dan Nabi SAW. Pakar dalam ilmu hadis dan Jarh Wa Ta’dil.
Banyak mengarang kitab menjelaskan kekeliruan fahaman Wahhabiy ke seluruh
pelusuk dunia. Dan baru-baru ini beliau dijemput Akademi Pengajian Islam UM
membentangkan k.kerja sempena Seminar Pemantapan Akidah.



MUHADHARAH ILIM


ILIM akan mengadakan sidang Muhadharah Eksekutif kali ke 2/2008 pada 31 Julai
2008 di Auditorium A, Blok Akademik. Tema kali ini ialah JIHAD MEMBASMI RASUAH
yang akan dibincangkan oleh dua panelis undangan Dato' Hj Zakaria Hj Jaafar
(Timb Ketua Pgrh BPR) dan Dr Zulkifli al-Bakri dari USIM. Semua penjawat awam
(agensi agama) dijemput hadir. Ahlan Wa Sahlan.



MEMBELA AKIDAH AL-SUNNIYYAH


Jabatan Mufti Selangor telah menganjurkan Forum Nabi Palsu di Kg Kemensah, Hulu
Kelang pd 29 Ogos 08 yg lalu. Us Zamihan al-Ghari bersama Dato' Hj Mokhtar
Syafie berjaya menjelaskan penyelewengan ajaran Nabi Palsu secara terperinci.
Kedua ahli panel juga begitu cemerlang dalam menjawab soalan secara live peserta
pd mlm itu. Forum bermula jam 9-12mlm itu turut dihadiri SS Dato' Mufti
Selangor, SS Dato' Timb Mufti Sel, Ajk Fatwa, Dato' Org Besar Daerah Gombak, YB
Saari Sungib, Pegawai Kerajaan, pengikut Nabi Palsu dan orang awam.Takbiir!



KOLEKSI ARTIKEL

 * ►  2012 (6)
   * ►  April (2)
   * ►  March (2)
   * ►  January (2)

 * ▼  2011 (30)
   * ►  December (2)
   * ▼  November (5)
     * Majlis Ilmu Bersama Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari.
     * Sifat Solat Nabi Yang Sahih - Masjid Padang Lalang...
     * Teguran Ke Atas Aizam Mas'od atas penyelewengan fa...
     * Diskusi Ilmiah Dan Ceramah Perdana.
     * Jawapan Untuk Aizam Mas'od.
   * ►  October (5)
   * ►  August (3)
   * ►  July (1)
   * ►  May (2)
   * ►  April (3)
   * ►  March (6)
   * ►  February (3)

 * ►  2010 (42)
   * ►  December (1)
   * ►  November (1)
   * ►  September (1)
   * ►  August (5)
   * ►  July (5)
   * ►  June (7)
   * ►  May (4)
   * ►  April (7)
   * ►  March (5)
   * ►  February (3)
   * ►  January (3)

 * ►  2009 (61)
   * ►  December (9)
   * ►  November (14)
   * ►  October (4)
   * ►  September (9)
   * ►  August (3)
   * ►  July (4)
   * ►  June (3)
   * ►  May (1)
   * ►  March (2)
   * ►  February (6)
   * ►  January (6)

 * ►  2008 (112)
   * ►  December (4)
   * ►  November (5)
   * ►  October (12)
   * ►  September (14)
   * ►  August (9)
   * ►  July (11)
   * ►  June (2)
   * ►  May (13)
   * ►  April (8)
   * ►  March (11)
   * ►  February (15)
   * ►  January (8)

 * ►  2007 (13)
   * ►  December (13)




SALAM TAARRUF

View my complete profile



TAFAQQUH FIDDIN


ILIM diberi mandat menganjurkan Kelas Tafaqquh Fi Ad-Din sessi 02/2008. Kelas
ini bermula pada 10hb Julai lalu dan bakal berakhir 10hb Julai 2009. Program ini
bertujuan melahirkan para pegawai yang berkemampuan memahami dan menguasai
kitab-kitab thuras dengan baik. Sekaligus mampu dijadikan pakar rujuk JAKIM masa
hadapan dalam pelbagai bidang. Antara kitab yang dimuzakarahkan ialah : Mughni
Muhtaj (Imam Khatib Syirbini), Kitab al-Asybah Wa al-Nazhoir al-Feqhiyyah (Imam
al-Suyuthi), Kitab Minhaj al-Abidin (Imam al-Ghazali), Tasyri’ al-Jina’ie Fi
al-Islam (Syeikh Abd Qader Audah), Kitab-kitab Nahwu/Sorf, Balghah, Qamus Arabiy
dan lain-lain. Panel Muzakarah terdiri dari : Dato’ Hj Hasyim Yahya, Dato’
Hassan Hj Ahmad, Dato’ Hj Saleh Hj Ahmad dan Us Ghazali Taib (AJK Fatwa Wilayah
Persekutuan, K.Lumpur).Kelas ini melibatkan 14org peserta terpilih. Us Zamihan
dipilih sebagai peserta merangkap ketua urusetia program.



DAKWAL GLOKAL


Us Zamihan diundang menyampaikan ceramah kepada para pegawai PDRM sempena KURSUS
ASAS KAUNSELING pada 23HB Julai 2008 lalu. Sesi PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM
selama 2jam berlangsung dalam suasana meriah dengan soaljawab secara langsung
dgn peserta Kursus. Tahniah warga PDRM atas usaha membina Insan menerusi Iman.



CERAMAH EKSKLUSIF MPC


RAMADHAN MENJANA PRESTASI KERJA CEMERLANG. Demikianlah tajuk ceramah yang
disampaikan oleh Us Zamihan kepada para Pegawai & Kakitangan Msian Productiviti
Corporation (MPC) di Dewan Besar MPC, PJ pd 29 Ogos lalu. Sesi yang dihadiri
sebahagian besar warga MPC begitu meriah dgn transformasi fakta dlm kerjaya,
komunikasi dua hala & lawak yang mencanang kematangan minda dan jiwa.



PAUTAN

 * BAHRUS SHOFA
   
   Karamah Imam Nawawi - Imam Muhyiddin an-Nawawi (631H - 676H) *radhiyaAllahu
   `anhu *adalah seorang ulama besar lagi wali, bahkan quthubnya para wali yang
   telah dizahirkan Allah ...
   4 days ago
   
 * SAWANIH WA KHAWATIR سوانح وخواطر
   Ahli Bait Umpama Kapal Nabi Nuh عليه السلام - *Soalan:* مثل أهل بيتي فيكم
   كمثل سفينة نوح في قوم نوح ، من ركبها نجا، ومن تخلف عنها هلك، ومثل باب حطة في
   بني إسرائيل . روى الطبراني بسنده عن أبي ذ...
   4 years ago
   
 * Tahu, Faham & Amal
   
   ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ? - Jawapan
   oleh : Ustaz Syed Shahridzan Mengenai bacaan al-Fatihah dengan suara
   berbisik, terdapat nukilan dari kitab ‘Hasyiah Al-Syubramullisi ‘ala
   al-Nihaya...
   4 years ago
   
 * al-Fanshuri
   -
   9 years ago
   
 * Utusan Online
   ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri
   Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan
   membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...
   10 years ago
   
 * Forum Islamik Anda Ad-Deen - Home
   -
   
   
 * BERSAMA ALEXANDERWATHERN
   -
   
   
 * LAMAN UTAMA - :: INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA ::
   -
   
   
 * Berita Harian Online
   -
   
   
 * Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
   -
   
   
 * Raja Ahmad Mukhlis
   -
   
   




TAZKIRAH HARI RAYA


Us Zamihan dijemput menyampaikan Tazkirah Subuh berjudul "Kembali Kepangkuan
Allah" Sempena Aidil Fitri 1429H, pagi Ahad ini 12 Oktober 2008 di Masjid Putra,
Putrajaya. Beliau diberi sejam untuk mengupas Hari Raya menurut Kesufian
menerusi Kitab al-Ghunyah oleh Sayyidi Syeikh Abd Qader al-Jailani



SYEIKHUNA AL-FAQIH


Dato Tuan Guru Hj Mohd Saleh Hj Ahmad. Dilahirkan di Permatang Sg Dua, Kepala
Batas. Belajar di Pondok Gajah Mati Pendang 7 Tahun. Menyambung pelajaran di
Irsyadiah, Bagan Dato dan ke MPI, Kota Bharu. Memiliki 2 Ijazah Sarjana Muda
Syariah. Dan Master dalam Feqh Muqarin dari al-Azhar 1978. Pernah menjadi
Pensyarah YPTIK, UM Nilam Puri, UM KL dan kini pensyarah UIAM, AJK Panel Hakim
Mahkamah Rayuan Syariah Perak,AJK Fatwa Perak, Panel Syariah Bank Muamalat,
Panel Syariah JAKIM dan banyak menulis buku,menyampaikan kuliah serata
nusantara. Us Zamihan bertalaqqi Mughni al-Muhtaj dgn beliau Bab al-Solat dan
Kitab al-Asybah Wa al-Nazhair tnt Qawaid Feqhiyyah. Beliau sering dirujuk Us
Zamihan dari semasa ke semasa.



KITAB SAHIH SIFATUSSOLAH AN-NABIY


Kitab ini diperbahaskan mengikut kerangka Mazhab al-Syafi'ie/ Ahli Hadis. Ia
merupakan Satu Jawapan Total Terhadap Sifat Solat Nabi al-Albani.



SANAD PENGAJIAN ILMU


Ini Merupakan Ijazah Am Pengajian Ilmu Dari Tuan Guru Hasan Ali Al-Saqqof Kepada
Ustaz Zamihan Al-Ghari



PAKAR HADIS DAN 'ILAL


Syeikhuna al-Muhaddith al-Hafidz al-Maghribi Syeikh Ahmad bin al-Siddiq
al-Ghumari. Beliau banyak menghasilkan karaya dalam bidang hadis. Berupaya
membahaskan kedudukan hadis secara terperinci dan banyak menyanggah
penyelewengan al-Baani dalam ilmu al-Hadis. Beliau juga seorang sufi yang warak
dan tegas.



SHAYKH AL MUHADDITH MAHMUD SAI'D MAMDUH


Syakh Mahmud sedang menyampaikan ceramah Isu-Isu Akidah dan Hadis di Multaqa
Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Johor pada 24hb Mac 2008
bertempat di MARSAH, Johor Bahru. Samahatus Syeikh turut menjawab beberapa isu
hadis yang dieksploitasi oleh fahaman liar Wahhabi semasa.



DATO' SYED ALWI BIN TOHIR AL-HADDAD


Beliau merupakan Mufti Johor yang ke IV (1934-1941) dan VI (1947-1961). Beliau
pernah mengeluarkan fatwa tentang Fahaman Wahhabiy (Kaum Muda). Beliau
menasihati masyarakat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Kaum Muda
kerana fahaman kaum muda itu menyamai metodologi golongan Khawarij yang gemar
mentakfir dan menyesatkan umat Islam dengan permasalahan furuk. fatwanya boleh
disemak pada Himpunan Fatwa Negeri Johor.



DATO' TG DATO' HJ AHMAD MAHER(1904 - 1968)


Beliau dilahirkan pd thn 1324H di Ma'ala, Makkah oleh ibunya Hj To' yg dtg ke
Makkah dgn ayahnya utk mengerjakan haji dan menuntut ilmu. Ayahnya yg dikenali
dgn Tok Kemuning mengajar anaknya menghafaz al-Qur'an, b. Arab dan kitab2 agama.
Balik dari Makkah menetap di Kemuning, Machang. Berpindah ke Bachok dan akhirnya
di Kubang Pasu. Beliau belajar pula dgn Tok Kenali, Hj Ali Pulau Pisang, Hj
Ahmad Hakim, Tok Khurasan, Hj Yaakob Gajah Mati Dll. Antara kitab yg dipelajari
: Misykat Masabih, Sunan Tirmidzi,, Mantiq al-Qurtubi dan Ihya' Ulumiddin.
Syeikh Muhammad Bakhit (bekas Mufti Mesir) menggelarnya "maher" krn kemahiran
beliau dlm usul feqh. Anak Kelantan pertama mendpt syahabah alimiyyah dlm masa
singkat di Azhar Syarif. Banyak menghafaz mutun. Bijak berhujjah. Pernah
mengajar di Masjidil Haram. Pengarang Majalah Pengasuh. Pada bulan Okt 1935
dilantik sbg Qadhi besar Kelantan. Pada tahun 1938 dilantik sbg Mufti Khas
Sultan Ismail. Pada tahun 1941 dilantik sbg Mufti Kelantan hingga akhir hayat.
Pernah berlaku debat "Jilatan Anjing" beliau bersama TG Hj Ibrahim
mempertahankan mazhab Syafi'ie. Manakala Hj Abbas Taha, Hj Wan Musa & Dr
Burhanuddin Helmi dgn fhmn Kaum Muda. debat dimenangi beliau apabila Hj Abbas
Taha gagal membalas hujahnya. Banyak menulis kitab.Meninggal dunia pd sabtu 17
Zulhijjah 1387 bersamaan 16 Mac 1968. Dimakamkan di Kubor Banggol, Kota Bharu.



TG PAKCU HIM GAJAH MATI(1894- 1968)


Tuan Guru Hj Wan Ibrahim Gajah Mati merupakan salah seorang ulamak Kedah yg
masyhur. Berusaha memberi ilmu pengetahuan serta menolak pndgn yang menyeleweng
tnt akidah. Dilahirkan di Pattani tetapi menetap di Kedah. Adik kpd Tuan G uru
Pak Da Ail Pattani yg masyhur mengajar di Makkah. Ayahnya ialah TG Hj Wan Kadir
Wan Mustafa (Tok Bendang Daya). Belajar dgn ayahnya. Kemudiannya dgn Tok Jakar
di Bermin, Pattani kemudiannya belajar di Makkah. Menguasai penulisan syair
arab. Buku Qawaid Feqhiyyah ditulis dlm syair. Mempunyai hubungan yg rapat dgn
Tok Kenali. Balik ke Kedah berkahwin dan membuka pondok. Pondoknya mendapat
sambutan hangat. Beliau mengajar Fathul Wahhab, Sahih Bukhari DLL. Kitabnya
Fathul Jalil Wa Syifa' al-Ghalil ditulis utk menolak pndgn Qidam Mustahil.
Meninggal dunia dlm usia 74 tahun dgn memiliki 11 org cahaya mata. Di makamkan
di Kg Gajah Mati, Pendang, Kedah.

 

Diese Website verwendet Cookies von Google, um Dienste anzubieten und Zugriffe
zu analysieren. Deine IP-Adresse und dein User-Agent werden zusammen mit
Messwerten zur Leistung und Sicherheit für Google freigegeben. So können
Nutzungsstatistiken generiert, Missbrauchsfälle erkannt und behoben und die
Qualität des Dienstes gewährleistet werden.Weitere InformationenOk