applejuice-seri.blogspot.com Open in urlscan Pro
142.250.186.161  Public Scan

URL: https://applejuice-seri.blogspot.com/
Submission: On December 14 via api from US — Scanned from IL

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

TUESDAY, MARCH 15, 2011


ANWAR TEGUR NIK AZIZ HARAM SEMUA PERJUDIAN






PAS, PKR, DAP adakan perbincangan Khamis

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar
Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala
perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP
supaya menarik balik pengharaman berkenaan.

Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin
parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang,
peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.


"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham
yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim
Kit Siang.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap
tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri
kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan
Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum
bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata
beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP
berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan,
selewat-lewatnya Khamis ini.

“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau
Kelantan,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam
perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden
PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung
PAS, Datuk Mustafa Ali.


- SUMBER BERITA HARIAN-




 

Posted by SERIKANDI at 1:11 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




TUESDAY, FEBRUARY 22, 2011


CINTAILAH BAHASA MELAYU, BAHASA KEBANGSAAN KITA




 





ISU DAP LETAK PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA

KUALA LUMPUR 22 Nov. Rakyat Pulau Pinang diminta bertindak tegas membantah
langkah kerajaan negeri itu yang berdegil dan mahu meneruskan cadangan untuk
menamakan jalan pada papan tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu.

Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar
berkata, sudah tiba masanya rakyat di negeri itu bersatu serta menunjukkan
kejantanan sebenar dalam isu tersebut.


Tindakan kerajaan Pulau Pinang disifatkan degil dan tanggungjawab kini terletak
di tangan rakyat negeri itu sendiri untuk menentangnya.

Kedaulatan bahasa Melayu seharusnya sentiasa diangkat dan pertukaran kepada
bahasa lain pada papan tanda sebenarnya tidak membawa maksud apa- apa, katanya
ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang
meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam satu bahasa
lain di samping bahasa Melayu bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak
Warisan Dunia.

Jelas Guan Eng, nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris,
Tamil, Cina, Arab dan jawi, manakala dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan
sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan.

Berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa
kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Sementara itu, Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi
maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang
terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan.

Akta untuk penggunaan bahasa Melayu itu juga tertakluk kepada dokumen rasmi
termasuk risalah promosi pelancongan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Mengulas isu yang sama, pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
berkata, rakyat negeri itu kini diberi pilihan untuk menyokong kerajaan mereka
atau sebaliknya.

Rakyat boleh memprotes jika tidak suka, namun semuanya terpulang dan itu pilihan
mereka sendiri, ujarnya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk
Ibrahim Ali berkata, tindakan kerajaan Pulau Pinang itu berhajat untuk mengguris
hati orang Melayu. Tegasnya, cadangan itu dilihat cubaan provokasi dan
menunjukkan keangkuhan sebenar kerajaan Pulau Pinang. Mereka sengaja meneruskan
cadangan papan tanda itu untuk mengguris orang Melayu. Kerajaan Pulau Pinang
angkuh dan sebenarnya tiada masalah jika mereka membatalkan sahaja rancangan
papan tanda pelbagai bahasa itu, katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Safar Hashim berkata, tindakan kerajaan
Pulau Pinang itu disifatkan cuba mendaulatkan bahasa lain selain bahasa Melayu.
Kita tidak tahu apa tujuan mereka meneruskan cadangan itu, namun ia dilihat
usaha untuk mendaulatkan bahasa lain, ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah meluluskan permohonan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam tulisan
jawi, Tamil dan Cina di jalan-jalan tertentu di Georgetown.

- SUMBER BERITA HARIAN -



Posted by SERIKANDI at 11:40 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




WEDNESDAY, FEBRUARY 16, 2011


KARPAL TAK LAYAK CABAR DR M




Pengerusi DAP dibidas sembunyi bukti kes liwat Anwar pada 1997

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar memberi penjelasan berhubung
pertuduhan liwat dihadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih
dulu sebelum mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan
nama pemimpin pembangkang ditemui sebelum Operasi Lalang 1987.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata Karpal yang juga
Ahli Parlimen Bukit Gelugor perlu mendapatkan penjelasan Anwar berhubung
peranannya ketika operasi itu.


“Karpal perlu mendapatkan penjelasan anak guamnya yang juga Penasihat Parti
Keadilan Rakyat berhubung Operasi Lalang kerana pada masa itu Anwar menteri
kanan dan menyokong kuat operasi berkenaan.

“Malah Anwar tidak membela beberapa sahabat baiknya yang ditahan ketika operasi
itu. Saya juga cabar Karpal beri penjelasan kes liwat Anwar kerana pada tahun
1997 beliau mendedahkan mempunyai bukti berhubung perkara itu.

“Tapi sekarang beliau pula yang membela Anwar, jadi bagi saya orang ini (Karpal)
tidak layak sama sekali untuk mencabar Dr Mahathir,” katanya ketika dihubungi di
sini, semalam.

Karpal sebelum ini mempertikai pendedahan Dr Mahathir bahawa beliau bertemu
dengan pemimpin pembangkang pada 1987 bagi meyakinkan kumpulan berkenaan mereka
tidak akan ditahan dalam Operasi Lalang.
Sementara itu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim,
berkata Karpal adalah individu yang tidak mempunyai kredibiliti untuk mencabar
bekas Perdana Menteri berhubung Operasi Lalang.

“Karpal menghadapi masalah kredibiliti sebagai seorang peguam dan sebagai ahli
politik veteran akibat watak dua alam beliau berhubung pertuduhan kesalahan
liwat terhadap Anwar,” katanya.

Zahrain menyifatkan Karpal sebagai Harimau Jelutong yang dayus dan mula
melarikan diri daripada kenyataan apabila enggan mendedahkan perkara sebenar
berhubung kes liwat Anwar.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau antara pemimpin
pembangkang yang bertemu Dr Mahathir sebelum Operasi Lalang 1987 dan mendakwa
pertemuan itu tidak pernah diadakan.

Katanya, tidak ada sebab pemimpin pembangkang harus menyembunyikan pertemuan itu
kerana ia boleh menjadi sebagai alasan untuk membantah penahanan mereka di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

-  sumber BERITA HARIAN -

Posted by SERIKANDI at 1:34 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




SATURDAY, FEBRUARY 12, 2011


AWAS VALENTINE'S DAY







Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan
yang
sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine¡¦s Day atau Hari
Memperingati Kekasih dilihat
sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan
masing-masing. Maka
pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian
yang terbaik
dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya
adalah bunga
ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di
merata-rata tempat
sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi
untuk
membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari
sambutan Hari
Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu adalah
penting untuk kita
semua menyelami sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan
muda-mudi
kita yang hanyut dalam lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan
dengan agama
Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat
Islam mahupun
masyarakat Melayu malah hukum menyambutnya adalah haram.

Posted by SERIKANDI at 10:19 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




SELAMAT DATANG


Hai...

Terima kasih kerana melawat KERIS EMAS BLOGSPOT.

Posted by SERIKANDI at 7:54 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest


Home

Subscribe to: Posts (Atom)



ABOUT ME

SERIKANDI View my complete profile



BLOG ARCHIVE

 * ▼  2011 (5)
   * ▼  March (1)
     * ANWAR TEGUR NIK AZIZ HARAM SEMUA PERJUDIAN
   * ►  February (4)




MY BLOG LIST

 * Panglima Perang Cyber
   
   PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU - SECANGKIR KOPI 37 PAU 2019:
   UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan
   Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan tirainya. Se...
   5 years ago
   
 * pandangan ku
   
   Read Online garrard sp25 playing unit repair manual Audio CD - *Read Online
   garrard sp25 playing unit repair manual Kobo Google eBookstore* Read Online
   garrard sp25 playing unit repair manual Kobo Google eBookstore...
   6 years ago
   
 * Pensilnip
   Job Vacancies 2017 - We would like to inform that our companies have
   following vacancies: *To be based in Kota Kemuning :* 1. Manager, Comm...
   7 years ago
   
 * belimbing bintang
   Perangi Penyebaran Maklumat Palsu Jatuhkan Kerajaan BN - PM Najib PEKAN, 25
   Feb (Bernama) -- Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
   penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial dan pemimpin terdahulu bagi
   menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN)...
   7 years ago
   
 * Minda Hijrah
   
   Mendekati Anak Muda melalui Minat Bolasepak @IsmailSabri60 @KhairyKJ #GGMU
   #Chelsea - 1. Kita harus akui bahawa tidak ramai pemimpin yang mampu menarik
   sokongan anak muda datang ke program mereka secara sukarela sejak gelombang
   PRU 2008. ...
   9 years ago
   
 * bUdaK baRu BeLajAr
   
   Bila GAmbar BerBICARA - Salam.. Share the picture that cannot SPEAK but all
   of picture have STORY to share with us. Rock oooo!!! Tidak Semua MAnusia
   Sama.. Yang sama adalah MA...
   11 years ago
   
 * JaguarHaom
   Karya Kreatif dari Mouse dan Keyboard Rusak - Mouse dan Keyboard anda rusak ?
   Opppsss... Jangan dibuang dulu ! Karena dapat anda manfaatkan untuk hal-hal
   yang kreatif seperti di bawah ini. Cekidot brat...
   13 years ago
   
 * kelip-kelip Lavender
   
   SERUPA KAN DENGAN ANWAR~KETUA UMUM PKR!!!!!!!!!!!! - Orang nie layakk ke jadi
   PM kita???? wakaka..layakk ke die???korang fikir la sendiri...
   13 years ago
   
 * aktivitilasak
   Sinar Hidayah buat Nyah - *Sinar hidayah buat nyah* MENARIK..aktiviti lasak
   yang diatur untuk golongan mak nyah kembali menjadi lelaki sejati. KUALA
   LUMPUR: Dua puluh tahun dahinya...
   13 years ago
   
 * sekarang bermulanya
   Utusan Malaysia Online - Politik -
   13 years ago
   
 * HIJAB SANG PUTERI
   Rahmatmu Ya Allah - salam sayang .. dan salam keceriaan untuk semua esok aku
   akan berlepas ke langkawi .....untuk menimba ilmu allah.... semoga pemergian
   ku mendapat rahmat se...
   13 years ago
   
 * limauais
   Kes Beng Hock: Suruhanjaya tolak singkir pegawai pengendali - 14/02/2011
   1:00pm KUALA LUMPUR 14 Feb. - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng
   Hock menolak permohonan keluarga setiausaha politik exco Selangor ...
   13 years ago
   
 * saripermata
   
   Menghormati Pemimpin kita dan masyarakat - saya ambil dari facebook sahabat..
   begini kah pengikut 'mereka'? belom pernah lagi saya lihat puteri umno pakai
   sari pegi aktiviti puteri, pegi persidan...
   13 years ago
   
 * Widuri Pandan
   
   Orang Asli Parah Diserang Harimau - 13/02/2011 3:07pm IPOH 13 Feb. - Seorang
   penduduk Orang Asli cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika dia
   sedang menyumpit di kawasan hutan b...
   13 years ago
   
 * ulatsagu
   
   Debat Nik Abdul Aziz hanya 'khayalan politik'? - *"MUNGKIN ramai sudah
   terlupa bagaimana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperlekeh
   ulama tersohor Sheikhu...
   13 years ago
   
 * love stone
   
   - sentiasa aman serta harmoni negaraku!! hee..
   13 years ago
   
 * mawar biru salju
   
   Perjuangan Baru Bermula.... - Hari ini, 13hb Februari bermula lah suatu
   cabaran baru, untuk menjadi seorang perjuang. Bukanlah sebagai pejuang di
   batasan tetapi sebagai pejuang di ala...
   13 years ago
   
 * getah sekerap
   1st posting - BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
   15 years ago
   
 * zaza world
   
   my life. - hye there... i zaza..i hapy to be me... xlame agi im getting
   merried...wah...happynyer..alhamdullilah.. sepanjang 4thn kami
   berkawan,bercinta da...
   16 years ago
   
 * AJ
   - Heloo. Back in service !!! guys
   20 years ago
   
 * Saya Budak Baru Belajar..
   -
   
   




BERITA MEDIA

 * UTUSAN MALAYSIA




FOLLOWERS





Awesome Inc. theme. Theme images by molotovcoketail. Powered by Blogger.