siakapkeli.my Open in urlscan Pro
2a06:98c1:3120::c  Public Scan

URL: https://siakapkeli.my/2022/09/01/rosmah-menangis-dakwa-beliau-tidak-bersalah/
Submission: On September 01 via api from US — Scanned from NL

Form analysis 3 forms found in the DOM

GET https://siakapkeli.my/

<form class="gridlove-search-form" action="https://siakapkeli.my/" method="get"><input name="s" type="text" value="" placeholder="Type here to search..."><button type="submit" class="gridlove-button-search">Search</button></form>

GET https://siakapkeli.my/

<form class="gridlove-search-form" action="https://siakapkeli.my/" method="get"><input name="s" type="text" value="" placeholder="Type here to search..."><button type="submit" class="gridlove-button-search">Search</button></form>

GET https://siakapkeli.my/

<form class="gridlove-search-form" action="https://siakapkeli.my/" method="get"><input name="s" type="text" value="" placeholder="Type here to search..."><button type="submit" class="gridlove-button-search">Search</button></form>

Text Content

ADVERTISEMENT


x

 * Laman Utama
 * Berita
 * Sukan
 * Travel
 * Kesihatan
 * Selera
 * English
 * Youtube

 * * Search
 * 

 * Laman Utama
 * Berita
 * Sukan
 * Travel
 * Kesihatan
 * Selera
 * English
 * Youtube

 * * Search
 * 

 * 
 * * Search
 * 

Gambar: Bernama


ROSMAH MENANGIS, DAKWA BELIAU TIDAK BERSALAH

Sofea,
2 jam lalu
2 min read

ADVERTISEMENT



Rosmah Menangis, Dakwa Beliau Tidak Bersalah



KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Suasana suram menyelubungi Mahkamah Tinggi di
sini hari ini apabila Datin Seri Rosmah Mansor menangis ketika memaklumkan Hakim
Mohamed Zaini Mazlan bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah terfikir
untuk menggelapkan wang negara.



Rosmah, 70, yang kelihatan begitu emosional ketika memberikan kenyataan dari
kandang tertuduh, berkata beliau adalah mangsa dalam kes ini kerana tidak pernah
meminta rasuah.

“Saya harap Yang Arif akan menimbang fakta bahawa saya adalah seorang wanita
yang terpaksa mengambil alih peranan seorang lelaki di rumah saya. Yang Arif,
pandanglah saya sebagai seorang wanita dengan sedikit belas kasihan dan
perikemanusiaan.




“Saya tidak pernah menyentuh wang itu meskipun ketika berada dalam BAKTI (Badan
Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri). Saya
tidak kenal (bekas Pengarah Urusan) Jepak Holdings (Sdn Bhd Saidi Abang
Samsudin)… Saya tidak pernah minta wang itu. Tiada siapa nampak saya mengira
wang itu.

ADVERTISEMENT



“Bagaimanapun, saya hormati keputusan Yang Arif tetapi saya ingin meninggalkan
mahkamah ini dengan kenangan yang baik-baik. Saya telah membentuk sebuah
mahkamah khas untuk kanak-kanak (bagi kesalahan seksual).

“Tiada sesiapa pun (sebelum ini) yang memikirkan tentang nasib penagih dadah dan
duduk berbincang dengan pihak kerajaan serta sektor swasta serta mengguna pakai
idea Unicef untuk bermula dengan kanak-kanak dari bawah,” katanya ketika merayu
hukuman ringan.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata beliau
sentiasa bercakap benar.

ADVERTISEMENT



“Saya sentiasa bercakap benar. Ini yang saya percaya dan yang saya perturunkan
kepada anak-anak program Permata. Yang Arif, saya mahu mereka mempunyai akhlak
yang baik dan itulah sebabnya mengapa kerajaan mewujudkan Permata, Permata
Kurnia dan menangani isu yang dihadapi oleh golongan belia termasuk mereka yang
tinggal di pangsapuri kos rendah.

“Saya gembira dapat menyumbang kepada negara … saya ingin membawa kanak-kanak di
negara ini ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Rosmah juga berkata beliau adalah Pengerusi Persatuan Badminton Malaysia dan
tidak pernah terfikir untuk mengambil wangnya.

“Saya tidak pernah mempengaruhi suami saya,” katanya.

Pada satu peringkat, Rosmah dengan linangan air mata berkata seluruh keluarganya
sengsara dengan apa yang menimpa mereka.

“Saya adalah seorang mangsa. Ia mungkin berlaku kepada anak-anak kamu,” katanya
sambil menambah beliau menyerahkan segalanya kepada Allah.

Sumber: Bernama




ADVERTISEMENT



SOFEA SHAHIRA

There's always another side to every story

View all posts


TERBARU

 * Kronologi Kes Rasuah Rosmah
 * Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Terhadap Pencuci Kereta
 * Azalina Hantar Surat Peletakan Jawatan Penasihat Khas PM
 * Isteri Nak Beli Sofa Baharu Sebab Jiran Baru Beli, Suami Jangan Bantah Tapi
   Buat Macam Ni
 * Lelaki Kasari Bini Orang Ditahan Polis, Bengang ‘Chat’ WhatsApp Tak Dibalas

ADVERTISEMENT



© Oleh Siakap Keli Sdn Bhd

 * Laman Utama
 * Berita
 * Sukan
 * Travel
 * Kesihatan
 * Selera
 * English
 * Youtube

TERBARU

 * Kronologi Kes Rasuah Rosmah
 * Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Terhadap Pencuci Kereta
 * Azalina Hantar Surat Peletakan Jawatan Penasihat Khas PM
 * Isteri Nak Beli Sofa Baharu Sebab Jiran Baru Beli, Suami Jangan Bantah Tapi
   Buat Macam Ni
 * Lelaki Kasari Bini Orang Ditahan Polis, Bengang ‘Chat’ WhatsApp Tak Dibalas


" "