cendawanglobal.blogspot.com Open in urlscan Pro
2607:f8b0:4020:805::2001  Public Scan

URL: https://cendawanglobal.blogspot.com/
Submission: On August 03 via api from US — Scanned from US

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

HALAMAN

 * Laman utama
 * Produk Cendawan
 * FAQ Cendawan
 * Lokasi Cendawan Global
 * Kursus Cendawan
 * Hubungi Kami






AHAD, FEBRUARI 17, 2019


EBOOK RAHSIA JUTAWAN CENDAWAN 2019



Special edition ebook cendawan untuk tahun 2019!  
.
Kenapa special? 
.
💟 Sudah upgrade menjadi 32 muka surat 
.
💟 Berkongsi info hasil dari pengalaman sendiri agar pengusaha tak 'blur' dalam
memulakan penanaman cendawan. Banyak benda kena fikir tu, dalam memulakan
tanaman cendawan. 
.
💟 Info berguna bagi mengurangkan risiko rugi. Jangan start sembarangan dan main
bedal je, boleh rugi. 
.
💟 Tak melunturkan semangat.  
.
💟 Mudah faham, info tak berjela-jela. Disertai foto, dialog dan gambarajah yang
mudah difahami. 
.
💟 Harga masih sama walau dah upgrade 32 muka surat iaitu rm 20!
Alhamdulillah... 
.
💟 Boleh berhubung di Whats App saya jika ada soalan yang nak diajukan.☺
.
Bagaimana untuk mendapatkan ebook ini? 
. 
Bayaran RM20 untuk pembelian ebook ke: 
. 
MAYBANK : 1510-7116-7133 (AHMAD HANIZAM)  

@  

CIMB BANK : 7024-1055-40 (AHMAD HANIZAM)  
. 
Whatsapp / SMSkan:-  
.
NAMA PENUH ANDA 
ALAMAT EMAIL 
NO. H/P 
NO. TRANSAKSI 
MASA & TARIKH PEMBAYARAN 
KE 
.
011-56598769 (Nizam) 
.
👍 Ebook akan dihantar melalui email atau whatsapp anda. 



Posted by Cendawan Global at 2:16 PTG Tiada ulasan:

Labels: Ebook Cendawan



ISNIN, OGOS 13, 2018


PEMBUATAN BONGKAH CENDAWAN KURANG DICEBURI


ALOR GAJAH: Ramai usahawan tani Bumiputera berani menceburi industri penanaman
cendawan tiram kelabu, tetapi tidak ramai mahu menceburi sektor pembuatan
bongkah cendawan.
Sebagai subsektor dalam industri penanaman cendawan, penghasilan bongkah
cendawan dilihat kebanyakan usahawan sebagai aspek membebankan kos, tenaga dan
masa.
Ini kerana, mereka berpendapat daripada membazir wang, tenaga dan masa untuk
menghasilkan bongkah, lebih bermanfaat jika hanya membabitkan diri dalam sektor
penanaman cendawan atau bahasa saintifiknya Pleurotus sajorcaju.
Namun, tidak bagi Mohd Syukor Ahmad, 38, yang sudah 10 tahun terbabit dalam
industri itu kerana baginya jika tiada usahawan Bumiputera sanggup menceburi
subsektor membuat bongkah cendawan, mereka akan mudah diperangkap dalam
permainan harga ditawarkan pengeluar bongkah cendawan.
"Bukan mudah untuk menghasilkan bongkah cendawan kerana selain memerlukan modal
besar, kita juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran membuatnya.
"Ini amat penting bagi memastikan usahawan tani Bumiputera tidak menjadi mangsa
permainan harga pengeluar," katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung
Gadek, di sini, hari ini.
Untuk menghasilkan bongkah cendawan berkualiti, Mohd Syukor yang juga Pengarah
Urusan syarikat Sinar Syukrawie Enterprise mencampurkan habuk kayu, dedak padi
gred A dan kapur pertanian dalam bongkah, sebelum mengukusnya dalam dapur khas
antara tempoh tujuh hingga lapan jam.
Selepas itu, bongkah terbabit disejukkan selama 24 jam, sebelum disimpan dalam
bilik yang dilengkapi alat pendingin hawa untuk menjalani proses memasukkan
benih cendawan.

PEKERJA meneliti keadaan cendawan tiram kelabu bagi memastikan ia bebas penyakit
di ladang cendawan di Kampung Gadek, Alor Gajah. - Foto Hassan Omar

MOHD Syukor (kanan sekali) membantu pekerja menyusun bongkah cendawan di ladang
cendawannya di Kampung Gadek, Alor Gajah. - Foto Hassan Omar
"Suhu rendah dan persekitaran dingin amat penting ketika proses memasukkan benih
cendawan ke dalam bongkah bagi mengelakkan benih dicemari anasir perosak seperti
hama dan kumbang," katanya.
Dalam sehari, pekerja Mohd Syukor mampu menghasilkan kira-kira 1,700 bongkah
cendawan tiram kelabu yang dipasarkan pada harga antara RM1.50 hingga RM2.50
seunit.
Dengan kemampuan syarikat itu menghasilkan bongkah cendawan berkualiti tinggi,
Mohd Syukor mampu memasarkannya ke seluruh Melaka dan sebahagian besar negeri
Johor dan Negeri Sembilan.
Selain menghasilkan bongkah cendawan, usahawan berkenaan memiliki lapan rumah
cendawan yang mampu memenuhi permintaan ke atas cendawan di Melaka. 
Mereka yang berminat menceburi industri berkenaan boleh melayari laman web
www.sinarsyukrawie.com.my.

sumber: Berita Harian 



Posted by Cendawan Global at 11:46 PG 1 ulasan:

Labels: Buletin Cendawan



AHAD, OGOS 12, 2018


BEKAS PENGURUS KINI TAUKE CENDAWAN






KUBANG PASU 1 Ogos - Kira-kira 12 tahun lalu, Suffian Yaacob, 47, mening­galkan
kerja pendapatan tetap selain tugasan di bilik berhawa dingin dan memilih kerja
bermandi peluh dengan menceburi bidang pertanian.
Semuanya dilakukan atas dasar minat yang mendalam terhadap bidang berkenaan.
Setelah berfikir panjang, dia mengambil keputusan berhenti kerja sebagai
pengurus di sebuah syarikat ke­selamatan lalu memulakan projek mem­bela kambing
di Pahang.


Namun beberapa tahun lalu, kesihatan arwah ayahnya yang memerlukan penjagaan
rapi memaksa dia kembali ke kampung halaman di Alor Setar bagi menjaga insan
yang disayanginya itu. Akibat kekangan jarak dan beberapa faktor lain, bidang
penternakan kambing itu terpaksa dilupakan.
Begitu pun rezekinya dalam bidang pertanian tidak terputus. Hasil bantuan kakak
dan abang iparnya yang merupakan seorang ahli perniagaan, dia diperkenalkan
dengan seorang individu yang membuka laluan kepada­nya untuk menanam cendawan
tiram putih.
“Pada 2016, saya hanya bermula di laman belakang rumah di Taman Bee-Bee, Simpang
Kuala dekat Alor Setar. Ketika itu saya keluarkan modal sebanyak RM15,000 bagi
membina bangsal dan membeli kira-kira 10,000 bongkah untuk menanam cen­dawan
tersebut.
“Dengan perolehan kira-kira lima kilogram sehari, saya de­ngan dibantu isteri,
Nur Ameera Sharon Abdullah, 49, menjualnya secara dalam talian. Dengan
menggunakan aplikasi Facebook, kami menjual cendawan tersebut dengan harga RM12
sekilogram termasuk penghantaran,” kata­nya ketika ditemui Utusan Malaysia di
sini, baru-baru ini.
Tambahnya, perniagaan ber­ke­naan bertambah baik selepas itu de­ngan permintaan
dari pe­langgan kian menampakkan pe­ningkatan.
“Kami kemudiannya membu­ka ladang di Malau, Jitra melibatkan kira-kira 70,000
bongkah pada Disember tahun lalu dan pada Mei lepas, sebuah lagi ladang dibuka
di Jalan Kampung Binjal, juga di Jitra yang kini mempunyai 120,000 bongkah
cendawan tiram putih dan menjadikannya antara yang terbesar di negeri ini,”
katanya.
Kedua-dua ladang berkenaan pada masa ini mampu menghasilkan kira-kira 250
kilogram cendawan tiram putih setiap hari dengan hasil tertinggi yang pernah
dicapai adalah sebanyak 350 kilogram sehari.
Katanya, kesemua cendawan itu sememangnya mendapat permintaan tinggi termasuk
daripada para peniaga dari Pulau Pinang. Malah pihaknya kini sedang dalam
perbincangan untuk memasarkannya ke Ipoh, Perak.
Ditanya cabaran dihadapinya sepanjang mengusahakan ladang tersebut, Suffian
berkata antara perkara yang paling perlu diberi perhatian adalah untuk
memastikan kesegaran cendawan tersebut.
“Cendawan ini jika dibiarkan dalam keadaan biasa hanya mampu bertahan selama
sehari. Jika disimpan dalam peti sejuk pula boleh bertahan hingga seminggu.
“Jadi kami berdepan cabaran untuk memasarkannya ke tempat yang lebih jauh.
Sebelum ini memang terdapat permintaan dari Kuala Lumpur dan kami hanya boleh
menghantarnya menggunakan bas ekspres tertentu kerana kebanyakan tempat
menyimpan barangan tidak mempunyai penghawa dingin,” katanya.
Menurutnya selepas ini beliau bercadang untuk meluaskan lagi perniagaannya
dengan pembukaan lebih banyak ladang cen­dawan tersebut.
“Buat permulaan kami mahu mencapai sasaran untuk mengeluarkan setengah tan
cendawan tiram putih setiap hari dan selepas ini insya Allah kami bercita-cita
mahu membuka lebih banyak ladang di beberapa kawasan lain,” katanya.






Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/bekas-pengurus-kini-tauke-cendawan-1.720899#ixzz5NwPADJzD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Posted by Cendawan Global at 2:03 PTG Tiada ulasan:

Labels: Buletin Cendawan



SELASA, OGOS 07, 2018


RAHSIA JUTAWAN CENDAWAN






Special edition ebook cendawan untuk tahun 2018! 


Kenapa special?




💟 Sudah upgrade menjadi 32 muka surat


💟 Berkongsi info hasil dari pengalaman sendiri agar pengusaha tak 'blur' dalam
memulakan penanaman cendawan. Banyak benda kena fikir tu, dalam memulakan
tanaman cendawan.


💟 Info berguna bagi mengurangkan risiko rugi. Jangan start sembarangan dan main
bedal je, boleh rugi.


💟 Tak melunturkan semangat. 


💟 Mudah faham, info tak berjela-jela. Disertai foto, dialog dan gambarajah yang
mudah difahami.


💟 Harga masih sama walau dah upgrade 32 muka surat iaitu rm 20!
Alhamdulillah...


💟 Boleh berhubung di Whats App saya jika ada soalan yang nak diajukan.☺
.

Bagaimana untuk mendapatkan ebook ini?
.
Bayaran RM20 untuk pembelian ebook ke:
.
MAYBANK : 1510-7116-7133 (AHMAD HANIZAM) 

@ 

CIMB BANK : 7024-1055-40 (AHMAD HANIZAM) 
.
Whatsapp / SMSkan:- 
 * NAMA PENUH ANDA
 * ALAMAT EMAIL
 * NO. H/P
 * NO. TRANSAKSI MASA & TARIKH PEMBAYARAN KE 011-56598769 (Nizam)




👍 Ebook akan dihantar melalui email atau whatsapp anda.









Powered byEMF Online Form Builder

Posted by Cendawan Global at 9:21 PG 2 ulasan:

Labels: Ebook Cendawan



ISNIN, JULAI 09, 2018


KULAT TAHUN TAMBAH PENDAPATAN TAMBAHAN





TEMERLOH 16 April – Kemunculan cendawan tahun atau kulat tahun yang lebih banyak
pada tahun ini memberi rezeki tambahan kepada penduduk di sekitar Kampung
Sementeh, Lanchang, dekat sini.

Ia adalah sejenis cendawan yang tumbuh beberapa hari selepas berlakunya hujan
lebat di sesuatu kawasan seperti di ladang kelapa sawit.

Bagi Nurul Sala Khanapi, 33, kemunculan cendawan yang tumbuh secara semula jadi
itu memberikannya pendapatan tambahan apabila dapat menjual kira-kira 300
kilogram sehari.

“Saya terkejut kerana pada tahun-tahun sebelum ini kulat tahun tidak tumbuh
sebanyak tahun ini. Sambutan diberikan pelanggan amat menggalakkan kerana
cendawan ini bukannya ada setiap tahun.

“Kulat tahun juga digemari oleh masyarakat di negara ini,” katanya ketika
ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Nurul Sala, cen¬dawan itu dijual pada harga purata RM10 sekilogram.
Selain mendapat bekalan daripada masyarakat Orang Asli, katanya, dia mengutip
cendawan itu di kawasan berhampiran.

“Saya juga menghantar bekalan ke rumah pembeli yang menempahnya,” katanya.




Posted by Cendawan Global at 11:46 PG Tiada ulasan:

Labels: Buletin Cendawan

Catatan Lama Laman utama

Langgan: Catatan (Atom)
a>