cewahcewah.blogspot.com Open in urlscan Pro
216.58.206.65  Public Scan

URL: https://cewahcewah.blogspot.com/
Submission: On November 28 via api from US — Scanned from GB

Form analysis 3 forms found in the DOM

http://cewahcewah.blogspot.com

<form action="http://cewahcewah.blogspot.com" id="cse-search-box">
  <div>
    <input type="hidden" name="cx" value="partner-pub-1340989090726489:7013765580">
    <input type="hidden" name="cof" value="FORID:10">
    <input type="hidden" name="ie" value="UTF-8">
    <input type="text" name="q" size="60">
    <input type="submit" name="sa" value="Search">
  </div>
</form>

http://cewahcewah.blogspot.com

<form action="http://cewahcewah.blogspot.com" id="cse-search-box">
  <div>
    <input type="hidden" name="cx" value="partner-pub-1340989090726489:7013765580">
    <input type="hidden" name="cof" value="FORID:10">
    <input type="hidden" name="ie" value="UTF-8">
    <input type="text" name="q" size="60">
    <input type="submit" name="sa" value="Search">
  </div>
</form>

Name: backlinkanalysisPOST http://www.webconfs.com/backlink-builder.php

<form method="POST" action="http://www.webconfs.com/backlink-builder.php" name="backlinkanalysis">
  <p></p>
  <center>
    <font style="font-size: 11pt; font-family: &quot;Verdana, Arial&quot;;"><b>Backlink Builder</b></font>
  </center>
  <p></p>
  <font style="font-size: 11pt; font-family: &quot;Verdana, Arial&quot;;"><b>Enter Keyword (Theme)</b></font><br>
  <p><input type="text" name="keyword" size="60"></p>
  <p><input type="submit" value="submit" name="submit"></p>
</form>

Text Content

skip to main | skip to sidebar



PAGES

 * Home
 * blog kek





HORIZONTAL ADSENSE





MARILAH JADI FOLLOWER AKU...SAMA2 KITA MERIAHKANNYA





A2





TUESDAY, AUGUST 5, 2014


SURAH AL FATIHAH DAN FADHILATNYA


Surah Al-Fatihah mempunyai fadhilat dan kebaikan yang banyak di antaranya :





Sabda nabi muhammad SAW bermaksud : “membaca Al-Fatihah pahalanya umpama
sepertiga al-quran.”


Baginda bersabda lagi yang bermaksud : “surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia
dimaksudkan dalam bacaannya.”


Sabda baginda lagi bermaksud : “Al-Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang
mukmin.”


Untuk kebahagiaan dan keselamatan
Dibaca 41x selepas selesai solat sunat qabliyah Subuh ( sebelum solat fardhu
subuh) secara berterusan, insyaAllah apa sahaja yang dihajati akan dimakbulkan
oleh Allah. Jika sakit akan sembuh, jika lemah akan kuat, jika nakkan pangkat
akan dinaikkan, jika bercakap orang akan mendengar, akan terselamat daripada
bencana.


Untuk menolak bala dan bencana
Jika dibaca surah al-fatihah sebelum tidur diikutu surah al-ikhlas , surah
al-falaq dan surah an-nas, maka akan terjaga dirinya daripada bahaya sewaktu
tidur.


Memudahkan rezeki dan kejayaan
Amalkan membaca 20x surah al-fatihah selepas selesai solat fardhu secara
berterusan (tanpa diselang seli kata-kata) insyaAllah akan dimudahkan rezekinya,
terjaga daripada sebarang bahaya dan dimuliakan oleh masyarakat sekeliling serta
tercapai hajatnya.


Menghilangkan kesusahan
Baca 7x surah al-fatihah selepas selesai solat fardu, maka diberikan kebaikan
dan dibuang kesusahan dari dirinya sama ada kesusahan dunia mahupun akhirat.


Ubat segala penyakit
Al kisah dari ibnu abbas r.a. ketika sayyidina hassan bin ali r.a. sakit,
rasulullah SAW telah membaca surah al-fatihah pada air sebanyak 40x kemudian
baginda menyapukan air itu ke muka, kepala, tapak kaki dan tangan cucunya
hassan. Dengan izin Allah penyakit itu pun sembuh.


Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah al-fatihah sebanyak 121x
dengan khusuk dan ditiup pada rantai sebanyak 10x, insyaAllah dapat terlepas
daripada ikatan.


Penawar sengatan kala
Bacakan surah al-fatihah sebanak 7x pada bekas putih berisi campuran air dan
sedikit garam lalu diberi minum pada mangsa sengatan kala, insyaAllah akan
sembuh.


Malah terdapat banyak lagi KHASIAT DAN FADHILAT surah al-fatihah yang tidak
dapat dimuatkan pada tulisan saya ini. Apa yang penting adalah keyakinan anda
dalam mengamalkannya. Yakin sesunggunhnya Allah jualah yang memperkenankan apa
sahaja pemintaan hamba-hambanya.


“Al-fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu Tuhan yang
Pengasih dan Penyayang.”


Sekian dahulu, moga perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan moga dapat
diamalkan, insyaAllah..



Usaha, Yakin, Tawakal..

Posted by aku untuk kamu at 2:36 AM 0 KoMEn Disini
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest





JANGAN ENGKAU KAHWINI WANITA YANG ENAM




Katanya Imam Al Ghazali, jangan engkau kahwini wanita
yang enam,

1. Al Ananah : Wanita yang banyak mengeluh. Apa yang
diberikan kepadanya ada saja yang dikeluhkan dan tidak
mencukupi.

2. Al Mananah : Wanita yang suka mengungkit pada
suaminya.

3. Al Hananah : Wanita yang ingin pada suami yang lain.
Yang berkenan pada lelaki yang lain.

4. Al Hadaqah : Wanita yang gemar akan tiap-tiap sesuatu
lalu memaksa suami membelinya.

5. Al Baraqah : Wanita yang sibuk menghias diri hingga
tidak mempedulikan amalan-amalan yang lain.

6. Al Syadaqah : Wanita yang banyak bercakap perkara yang
lagha [sia-sia] dan suka berleter.

Moga Bermanfaat...

Posted by aku untuk kamu at 1:44 AM 0 KoMEn Disini
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest





MONDAY, AUGUST 4, 2014


KELEBIHAN BISMILLAH YANG PERLU DIKETAHUI




6 kelebihan Bismillah ialah



 * Membaca Bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan
   syaitan, kecurian dan bala.
 * Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah
   rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian.
 * Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah
   akan dapat memulihkannya.
 * Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam
   keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya.
 * Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang
   yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan
   sembuh.
 * Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah
   apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan
   najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam.

Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya
adalah :-
 * Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan
   dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
 * Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak
   tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang
   mengejut dan sebarang bencana
 * Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat
   besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
 * Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali,
   insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
 * Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3
   hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
 * Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya
   kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak
   yang soleh
 * Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan
   Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan
   kembali siuman dengan serta merta
 * Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi
   Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit
   dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa
   diduga sama sekali.
 * Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air
   sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum
   matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan
   mudah hafal terhadap apa yang didengarnya
 * Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau
   penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
 * Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka
   insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang
   bencana
 * Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa
   pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
 * Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya
   serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk,
   maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz
   jalahannya.
 * Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah
   sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit
   dan orang yang terkena cubaan
 * Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah
   sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala
   itu.
 * Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia
   hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam
   keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari
   terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya,
   insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan
   dikabulkan Oleh Allah.
 * Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi
   lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada
   sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah
   sebanyak 50 kali pula.

Banyak sungguh kelebihan ungkapan bismillah ni dan boleh diamalkan dalam
kehidupan seharian kita. Rugilah kita, jika kita tiadak amalkannya.

Posted by aku untuk kamu at 10:14 PM 0 KoMEn Disini
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




BILA DIUJI...BERSABARLAH...5 TIPS MENGHADAPI UJIAN ALLAH




UJIAN ALLAH


5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG





 1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan
sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh
mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.Ikhtiar yang disertai dengan
niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita
patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang
terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut
pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan
kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan
Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan
sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang
tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita.
Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana. 


2. REDHA
Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan
seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional,
sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa
dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan
tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu
jadinya.Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan
berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan.
Nikmatilah pahit manis itu seadanya. 


3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak
mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti
setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada
akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah
kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian
yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah
menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk
kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h
ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar
tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian
demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak
akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah
permasalahan.Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak
boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu
ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian
Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri
yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti
ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu
pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri. 
4. PASTI ADA HIKMAH
Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan
kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan
sia-sia.Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana
pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya
jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan
fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia
adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan.
Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.Mungkin
agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan.
Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan
tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan
dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam
sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan
mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.


5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas
dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan
berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala.
Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang
dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang
terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa
segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.Maka, kita harus bermunajat
dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan
dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah,
kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada
mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan
dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang
siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap
urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa
yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65]
: 2-3)


Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang
sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang
diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh
petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang.
All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua
diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan
ceria selalu
##kredit: fb catatan indahku##

Posted by aku untuk kamu at 8:50 PM 0 KoMEn Disini
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN


Sempena Hari Raya ini belum terlambat lagi rasanya saya mengucapkan selamat hari
raya aidilfitri kepada semua kenalan dan pembaca setia blog Aku dan Kamu.

Mohon Ampun Dan Maaf di atas segala yang terguris dan terkasar bahasa.

Semoga blog ini akan lebih ramai pengunjung dan bertambah ramai kenalan dan
follower.


Sekian Terima KAsih






Posted by aku untuk kamu at 1:56 AM 0 KoMEn Disini
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest


Older Posts Home

Subscribe to: Posts (Atom)


A3






POPULAR POSTS

 * entry busuk....tolong flush taik anda
   tadi kat opis...ada orang tak flush taik..yark...alaaa...bukannye susah nak
   flush taik tuh..atau adakah anda terlupa untuk flush taik anda k...
 * Bila Diuji...bersabarlah...5 tips menghadapi Ujian Allah
   UJIAN ALLAH 5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG  1. DUNIA
   INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA Senti...
 * Gambar Team Malaysia Vs Indonesia
   Safee Sali Nor shahrul Idlan Talaha Pasukan Kebangsaan Malaysia Piala AFF
   Suzuki 2010 VS Team Indonesia Keputusan perlawanan Final pusingan...
 * Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa
   Oleh: Ibnuumar Asseluluni Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak
   yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjau...
 * cap jari dan bakat semulajadi
   cap jari terbentuk pada minggu ke 13 dan minggu ke 19 kehamilan.  Pada minggu
   ke 19 kedutan otak mula terbentuk pada cap jari.  semua 10 ca...





SILA TINGGALKAN JEJAK LANGKAH ANDA DISINI

Blog Owner: Please log in at Blenza.com if you wish to enable this widget.


HyperSmash.com



V1



Custom Search

Custom Search




BACKLINK



Backlink Builder



Enter Keyword (Theme)









TUTORIAL BLOG DALAM BAHASA MELAYU





VOUCHER SHOPPING


pilih voucher shopping percuma



MEH TINGGAL PESAN





MARILAH MENGERJAKAN SOLAT


+ via Oh! Islam



MY BLOG LIST




JOM PROMOTE BISNES ANDA


percuma saja..macam clickbank tau



MARI TENGOK CALENDAR...

Cuteki cute



BLOG LIST AKU

 * jalan2 carimakan bersama patah
 * deela d' selipar toilet
 * http://norlilovescake.blogspot.com






KLIK SINI TAMBAH DUIT POKET





BLOG ARCHIVE

 * ▼  2014 (10)
   * ▼  August (5)
     * SURAH AL FATIHAH DAN FADHILATNYA
     * Jangan Engkau Kahwini Wanita Yang Enam
     * Kelebihan Bismillah Yang Perlu Diketahui
     * Bila Diuji...bersabarlah...5 tips menghadapi Ujian...
     * SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN
   * ►  July (5)

 * ►  2013 (12)
   * ►  November (1)
   * ►  October (1)
   * ►  September (1)
   * ►  July (1)
   * ►  June (8)

 * ►  2012 (6)
   * ►  October (2)
   * ►  May (1)
   * ►  March (1)
   * ►  January (2)

 * ►  2011 (39)
   * ►  October (1)
   * ►  August (1)
   * ►  April (3)
   * ►  March (9)
   * ►  February (7)
   * ►  January (18)

 * ►  2010 (12)
   * ►  December (12)




LABELS

 * Adialuvluze : My First GA (1)
 * aedes (1)
 * Akhir tahun yang suram (1)
 * Ana Raffali Lirik lagu AJL 25 (1)
 * Anak mama 1st day at school (1)
 * Anugerah Skrin 2010 (1)
 * Azam akhir tahun (1)
 * Azam Tahun 2011 (1)
 * Azizul Hasni Awang (1)
 * baik baik sayang (1)
 * blog signature (1)
 * Bolasepak Piala Suzuki Malaysia vs Indonesia Final (1)
 * Cara tukar ayat linkwithin dalam blog (1)
 * Ceria (1)
 * Cerita Merlin (1)
 * cote Dor (1)
 * Dera Sampai Mati (1)
 * Doa untuk anak anak (1)
 * Drama king lirik (1)
 * eksident (1)
 * Follower aku yang ke sepuluh (1)
 * follower bertambah (1)
 * Gambar pemenang AJL 25 (1)
 * Gambar Final Team Malaysia vs Team Indonesia (1)
 * hapuskan denggi (1)
 * Harimau muda vs Garuda (1)
 * Hujan lebat (1)
 * Jacki Chan dah mati (1)
 * Keburukan air sejuk (1)
 * Keputusan AJL 25 (1)
 * kerja kosong (1)
 * khasiat bawang putih (1)
 * khasiat memeluk isteri (1)
 * kotak hitam (1)
 * Maher Zain Live in Concert (1)
 * Maher Zain Story (1)
 * malu saya (1)
 * Manchester United tewaskan liverpool (1)
 * My Little handsome Boy...with sweet Smiley (1)
 * my love (1)
 * perempuan (1)
 * Perkara sebelum tidur (1)
 * rahsia pemakanan ilmuwan islam (1)
 * resepi ayam panggang (1)
 * salam pengenalan (1)
 * sukan (1)
 * Surat putus cinta tijah (1)
 * taik (1)
 * Takziah (1)
 * upm (1)
 * wali band (1)




TOTAL PAGEVIEWS

010130203041052060750810901010114012101320145015101601740185019302050211022023024202510260274028402950



30,950



KUNJUNGAN RAKAN2 LIFE

Feedjit Live Blog Stats


 

Design By:Blogspot Layouts
Free Thanks To:Adenocarcinoma | Beaded Bracelets | Debt Collection Practices


This site uses cookies from Google to deliver its services and to analyse
traffic. Your IP address and user agent are shared with Google, together with
performance and security metrics, to ensure quality of service, generate usage
statistics and to detect and address abuse.Learn moreGot it