i777777o75747573616e626f726e656fo636f6do6d79z.oszar.com Open in urlscan Pro
2606:4700:3033::6815:35f0  Public Scan

Submitted URL: http://i777777o75747573616e626f726e656fo636f6do6d79z.oszar.com/2020/07/17/isi-rumah-b40-dan-bujang-b40-akan-menerima-bkss-pada-hujung-julai-ini
Effective URL: https://i777777o75747573616e626f726e656fo636f6do6d79z.oszar.com/2020/07/17/isi-rumah-b40-dan-bujang-b40-akan-menerima-bkss-pada-hujung-julai-ini
Submission: On August 28 via api from US — Scanned from DE

Form analysis 1 forms found in the DOM

POST

<form action="" method="POST" style="all:unset;float:left;">
  <input type="hidden" name="URL_Adresi" value="https://www.utusanborneo.com.my/2020/07/17/isi-rumah-b40-dan-bujang-b40-akan-menerima-bkss-pada-hujung-julai-ini">
  <select name="DNS_Adresi" onchange="this.form.submit()" style="all:unset;border:1px solid silver;border-width:0;margin:0px 0px 0px 20px;background-color:transparent;color:black;line-height:20px;text-align:left;padding:0 5px;font-size:14px;">
    <option value="0" selected="true">Otomatik - 104.21.83.17</option>
    <option value="11">CloudFlare DNS</option>
    <option value="12">Türk Telekom DNS</option>
    <option value="13">Google DNS</option>
    <option value="14">Open DNS</option>
  </select>
</form>

Text Content

Langkau ke kandungan utama

Khamis, 29 Ogos 2024 - 7:16am

Advertisement

Utusan Borneo Online Toggle navigation
 * Sarawak
 * Sabah
 * Nasional
 * Dunia
 * Iban
 * Sukan
 * Ekonomi
 * Mahkamah
 * Rencana
 * Horizon
 * Hiburan
 * PRU15
 * tvUB

Advertisement



ANDA DI SINI

Halaman Utama » Sarawak » Isi Rumah B40 dan Bujang B40 akan menerima BKSS pada
hujung Julai ini


ISI RUMAH B40 DAN BUJANG B40 AKAN MENERIMA BKSS PADA HUJUNG JULAI INI

Advertisement

 * 2020-07-17T14:43:44+08:00

Gambar fail menunjukkan Abang Johari pada majlis pengumuman BKSS.

KUCHING: Senarai pertama penerima yang layak bagi insentif Bantuan Khas
Sarawakku Sayang (BKSS) bagi isi rumah B40 adalah berdasarkan kepada senarai
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataan berkata ini adalah sebab mengapa ada
banyak keluhan daripada mereka yang layak bagi BKSS tetapi tidak disenaraikan. 

Tambahan katanya, terdapat juga permintaan dari individu bujang Sarawak bagi
bantuan ini kerana mereka juga terjejas akibat pandemik COVID-19. 

Sebagai tindak balas, Kerajaan Sarawak  membuka rayuan bagi isi rumah dan
individu bujang B40 yang layak yang mana telah ditutup pada 31 Mei 2020. 

“Pada 19 Jun 2020, kami menerima senarai BSH 2020 dari LHDN bagi 369,139 isi B40
yang layak dan 419,395 individu bujang Sarawak B40 yang layak. 

“Selepas itu, kami dapat mengesahkan senarai rayuan untuk menampung mereka yang
layak tetapi tidak disenaraikan dalam BKSS untuk 53,472 isi rumah dan 147,501
individu bujang Sarawak B40. 

“Jumlah perbelanjaan yang diperlukan adalah RM80.21 juta bagi isi rumah B40 dan
RM73.75 juta bagi individu bujang B40 Sarawak yang mana akan dibayar pada hujung
Julai 2020,” katanya. 

Setakat 30 Jun 2020, jumlah perbelanjaan Kerajaan Sarawak bagi BKSS 1.0, BKSS
2.0 dan BKSS 3.0 adalah RM1,451.99 juta dan  telah membayar sejumlah RM745.612
juta tunai setakat ini bagi program BKSS 2020. 

Terdahulu dalam kenyataannya, Pejabat Ketua Menteri berkata inisiatif BKSS 2020
ini merangkumi insentif bagi isi rumah B40 yang layak dengan pendapatan dibawah
RM4,000 sebulan, individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan
RM2,000 sebulan dan lain-lain insentif bayaran tunai. 

Objektif utama BKSS 2020 adalah untuk meringankan beban rakyat termasuk industri
dan entiti perniagaan semasa krisis pandemik COVID-19. 

Pendekatan yang diambil termasuklah bantuan tunai, penangguhan bayaran balik
pinjaman, faedah percuma pinjaman mudah bagi perusahaan kecil dan sederhana,
insentif bulanan bagi petugas barisan hadapan dan diskaun ke atas bil utiliti
bagi pengguna di Sarawak. 

“Semua inisiatif ini telah memanfaatkan kumpulan sasar. Kerajaan Sarawak
menerima banyak maklum balas positif dari penerima yang membolehkan rakyat
meringankan beban kewangan mereka. 

“Bagaimanapun Kerajaan Sarawak juga menerima beberapa komen negatif dari mereka
yang merasa bahawa mereka layak menerima bantuan tetapi tidak disenaraikan
terutama dari kalangan isi rumah B40 dan individu bujang B40,” katanya. 

Dalam pada itu setakat 17 Julai 2020, seramai 406,234 penerima isi rumah B40
berdasarkan senarai BSH 2019 telah menerima bayaran dengan perbelanjaan
berjumlah RM304.68 juta. 

Manakala 78,123 isi rumah B40 berdasarkan senarai BSH 2020  masih belum menerima
bayaran dan akan dibayar hujung Julai 2020 dengan anggaran perbelanjaan RM117.18
juta. 

Bagi insentif individu bujang B40 pula, setakat 17 Julai seramai 114,683
penerima telah dibayar dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM57.21 juta. 

Manakala seramai 270,863 individu bujang B40 lagi masih belum menerima bayaran
dan akan dibayar pada hujung Julai 2020 dengan anggaran perbelanjaan RM135.43
juta. 

Bagi insentif khas bulanan untuk petugas barisan hadapan COVID-19, seramai
29,464 petugas telah menerima bayaran RM200 sebulan bagi tempoh April hingga Jun
2020 dengan perbelanjaan berjumlah RM12.64 juta. 

Kerajaan negeri juga telah membayar insentif kepada seramai 15, 829 penjaja dan
peniaga kecil menerusi Sarawak Pay dan Bank Simpanan Nasional (BSN). 

Insentif untuk pemilik dan pengusaha penambang berdaftar pula, setakat 17 Julai
2020 seramai 149 penambang telah dibayar dengan perbelanjaan berjumlah
RM74,500. 

Setakat 17 Julai 2020 juga, seramai 840 pemandu teksi telah menerima insentif
dengan perbelanjaan berjumlah RM504,000.99 manakala seramai 236 pemandu
pelancong dan pemandu taman berlesen sudah menerima bayaran insentif dengan
perbelanjaan berjumlah RM354,000. 

oleh
Agnes Tugong
 * Kategory
   Sarawak

Facebook Twitter Google+ Email Print

Advertisement

Advertisement




> Suka Kami Di Facebook



Advertisement

 * Dasar Privasi
 * Hubungi Kami

© Copyright 2024, Borneo Post Online Sdn Bhd
Otomatik - 104.21.83.17 CloudFlare DNS Türk Telekom DNS Google DNS Open DNS
OSZAR »