mmj.my Open in urlscan Pro
103.6.196.42  Public Scan

Submitted URL: https://www.mmj.my/
Effective URL: https://mmj.my/
Submission: On August 27 via api from US — Scanned from DE

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

 * Home
 * About MMJ
 * Blog
 * Members
 * Youth
 * Donations
 * Contact

 * Home
 * About MMJ
 * Blog
 * Members
 * Youth
 * Donations
 * Contact

PRAKATA


UMAT AKHIR ZAMAN BANGKIT DAN MULA PERSOAL SISTEM LEGASI PENJAJAH



MASALAH UTAMA



INFLASI

95% wang di Malaysia dicipta oleh bank dari atas angin dan dihala terlalu banyak
kepada pinjaman peribadi. Inilah penyebab sebenar inflasi. Dengan ini bank
mencuri kuasa beli orang ramai. Di sini akan kami dedahkan segalanya.



RIBA

Setiap tahun bank membuat untung antara RM34-44 billion membuat kerja yang
melandakan inflasi kepada orang ramai. Membuat si miskin bertambah miskin dan si
kaya bertambah kaya. Mengapa kita mendiamkan sahaja?



PENINDASAN

Golongan B40 semakin tidak mampu untuk menyara keluarga dan menanggung kos
perubatan ketika sakit. Masa depan graduan universiti semakin malap. Bank pula
mengganda untung atas sengsara orang susah.


PELAJARI SOLUSINYA

Sejak 2016 kami telah cuba sedaya-upaya untuk bentangkan solusi yang cukup
matang yang mengambil kira segala sudut dalam ekonomi kepada para pemerintah.
Namun mereka enggan mendengar tenggelam dalam penipuan sistem monetari barat.
Kita harus bangkit bersama untuk mengingatkan mereka sebelum terlambat. Sebelum
itu mari pelajari dahulu solusi yang kami bentangkan dalam 3 episod dokumentari
khas ini.

Tonton Di Sini


PALING LENGKAP DARI MONETARY JUSTICE



Emas dan perak adalah wang sebenar. Tetapi perjuangan mengembalikannya perlu
berperingkat. Pertama, kita perlu hapuskan kadar bunga pada semua pinjaman.
Kemudian beralih kepada wang soverin. Akhirnya barulah kita bersedia untuk
kembalikan dinar dan dirham.

Prof. Dato' Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera

Pengerusi, Monetary Justice Malaysia

Siapa yang kata sistem monetari kita dah tak ada harapan untuk diubah hanyalah
semata-mata alasan di sebalik kemalasan berfikir dan bertindak untuk menegakkan
kebenaran.

Zahid Abdul Aziz

Timbalan Pengerusi, Monetary Justice Malaysia

Wang soverin adalah jawapan kepada ekonomi sifar riba dan sifar korupsi. Sebelum
menafikan, pelajari dahulu perkara yang belum diketahui tentang wang soverin
ini. Dah tiba masanya kita membuka mata dan hati untuk fahami perkara ini.

prof madya dr. razman latiff

Naib Pengerusi, Monetary Justice Malaysia


SUMBANGAN IKHLAS



BANK ISLAM - 121 860 1001 6315

Kami tidak dibiaya oleh mana-mana agensi kerajaan. Sumbangan anda kami gunakan
untuk menyedarkan lebih ramai orang untuk bangkit membebaskan negara kita dari
sistem monetari berasaskan hutang, riba, dan penindasan yang terang-terang
menentang Tuhan

 * Follow
 * Follow
 * Follow
 * Follow

Copyright 2024 | Monetary Justice Malaysia



PETITION
BY MOVEMENT FOR MONETARY JUSTICE MALAYSIA

Sign This Petition

Governments come and go but the rakyat is still burdened with high and
ever-increasing food and cost of living prices. Why? Is it because incorrect
economic policies are in place? The truth is there will be NO CHANGE until a
country’s monetary system is changed.

This is the reality of life, governments must address and not ignore. And no, it
is not impossible to change the monetary system; it can be done, step-by-step.

But first, let us understand how the monetary system permanently increases
prices. Inflation occurs when too much money is produced chasing too few goods,
or goods that do not increase in quantity as fast as the increase in the
quantity of money.

So the solution must be to reduce the production of money or to make the volume
of money increase at the same pace as the increase in goods and services.

That is fine if money is produced only by governments. But what if it is the
private sector which is producing 95% of a country’s money and the government
via its central bank is only producing 5%?!!!

This is the reality of life not understood by many. This is the situation in all
countries in the world. Central Banks via currency notes and coins produced only
on average 5% of a country’s money; banks create 95% of a nation’s money when
they give out loans!

Yes, banks create new money when they give out loans. And this money is not in
the form of currency notes and coins. They are in an online form being the
numbers in your bank account which you make payment via chequebooks, online
transfers, and ATM machines. These are the money banks create. And this
phenomenon is conceded to, and confirmed, by the Bank of England, The Federal
Reserve of the US and by the European Central Bank. To understand the process
you may wish to visit our website at mmj.my or websites of similar NGOs
throughout the world like Positive Money of the UK.

Now when banks produced money when they give out loans they really are concerned
only with making profits; they are not concerned with the effects of their
overproduction of money towards inflation for the nation.

Banks’ ability to create money is responsible for the inflation havoc suffered
by the rakyat; unending rises in food and cost of living prices and bubble
inflation in house prices. Banks happily make profits; the rakyat suffers
silently.

So the time has come for the government to acknowledge this problem, and begin
to change and reform the monetary system.

Movement for Monetary Justice, as a registered NGO with the Objective of
Reforming the Monetary System, have practical solutions to solve this problem.

Please sign this Petition to support us and to request the Government to
commence discussions on Reform on the Monetary System in order to solve the
problem of persistent increases in the cost of living most unfairly burdened on
the rakyat.

Secretariat,

Movement for Monetary Justice/ Pertubuhan Gerakan Keadilan Monetari

Sign This Petition


PETISYEN
OLEH PERTUBUHAN GERAKAN KEADILAN MONETARI MALAYSIA

Tandatangan Petisyen Ini

Kerajaan datang dan pergi tetapi rakyat tetap dibebani dengan kenaikan harga
makanan dan kos kehidupan yang tinggi dan terus meningkat. Mengapa? Adakah
kerana dasar-dasar ekonomi yang tidak betul? Sebenarnya TIDAK AKAN ADA PERUBAHAN
sehingga Sistem Monetari negara diubah.

Ini adalah realiti yang kerajaan harus hadapi dan tidak mengabaikan. Dan
bukanlah mustahil untuk menukar sistem monetari; ia boleh dilakukan, langkah
demi langkah.

Tetapi terlebih dahulu marilah kita faham bagaimana sistem monetari menaikkan
harga secara kekal. Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang yang dihasilkan
mengejar terlalu sedikit barang, atau barang-barang yang tidak meningkatkan
didalam kuantiti secepat peningkatan jumlah wang.

Oleh itu, penyelesaiannya adalah untuk mengurangkan pengeluaran wang, atau
membuat jumlah wang meningkat pada kadar yang sama dengan kenaikan barangan dan
perkhidmatan.

Mudah dilaksanakan seandainya wang hanya dihasilkan oleh kerajaan. Tetapi
bagaimana jika sektor swasta yang menghasilkan 95% daripada wang negara dan
kerajaan melalui bank pusatnya hanya menghasilkan 5%? !!!

Inilah realiti kehidupan yang tidak difahami ramai. Inilah keadaan di semua
negara di dunia. Bank Pusat menerusi mata wang kertas dan duit syiling hanya
menghasilkan 5% purata wang negara; bank-bank mencipta 95% wang negara apabila
mereka memberi pinjaman!

Ya bank mencipta wang baru apabila mereka memberi pinjaman. Dan wang ini bukan
dalam bentuk mata wang kertas dan duit syiling. Ia dalam bentuk dalam talian
atau online yakni nombor-nombor dalam akaun bank anda yang anda guna untuk
membuat pembayaran melalui buku cek, pindahan dalam talian dan mesin ATM. Ini
adalah wang yang dicipta oleh bank-bank. Dan fenomena ini diakui, dan disahkan,
oleh Bank of England, Federal Reserve AS dan oleh Bank Pusat Eropah. Untuk
memahami proses ini, anda dijemput melawat laman web kami di mmj.my atau laman
web NGO yang seangkatan di seluruh dunia seperti Positive Money UK.

Apabila bank menghasilkan wang apabila mereka memberikan pinjaman mereka hanya
peduli keuntungan mereka; mereka tidak ambil kira kesan daripada pengeluaran
terlalu banyak wang ke arah inflasi bagi negara.

Keupayaan bank-bank untuk mencipta wang adalah punca masaalah inflasi yang
ditanggung oleh rakyat; lonjakan harga makanan dan kos harga hidup dan inflasi
gelembung harga rumah. Bank-bank mengaut keuntungan; rakyat menderita dalam
senyap.

Jadi sudah tiba masanya untuk kerajaan akui masalah ini, dan mula mengubah dan
mereformasikan sistem monetari Negara.

Pertubuhan Gerakan Keadilan Monetari, sebagai NGO yang berdaftar dengan Objektif
Mereformasikan Sistem Monetari, memilikki penyelesaian penyelesaian praktikal
untuk menangani masalah ini tetapi hasrat kami untuk menjelas kepada kepada
kerajaan tidak kesampaian.

Sila senaraikan nama anda diPetisyen ini sebagai tanda menyokong kami dan
meminta Kerajaan untuk memulakan perbincangan mengenai Pembaharuan/ Reformasi
Sistem Monetari Negara untuk menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup
yang sedang ditanggung sengsara oleh rakyat.

Sekretariat,

Pertubuhan Gerakan Keadilan Monetari/Movement for Monetary Justice

Tandatangan Petisyen Ini