bnpost.blogspot.com
Open in
urlscan Pro
2a00:1450:4001:82b::2001
Public Scan
URL:
https://bnpost.blogspot.com/2017/04/kassim-ahmad-hapuskan-islam-sebagai.html
Submission: On August 30 via api from US — Scanned from DE
Submission: On August 30 via api from US — Scanned from DE
Form analysis
0 forms found in the DOMText Content
HALAMAN * Laman utama * Bajet Jabatan Perdana Menteri * Isu Semasa - ALTANTUYA * Isu Semasa - Rosmah Mansor * ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA * PERMATA * Isu Semasa - LYNAS * Isu Semasa - PTPTN * Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE * Derma RM2.6b * Kronologi Derma RM2.6B * Forest City JB * PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..?? * Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu * Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!! * Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang SALAH.. * SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA * Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah RABU, 19 APRIL 2017 KASSIM AHMAD – HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN Kassim Ahmad mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai Agama Persekutuan. Beliau juga mendesak agar pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama kerana menurutnya, kaedah pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama. Kassim Ahmad, tokoh anti-hadis yang pernah mendakwa hadis-hadis Nabi sebagai ajaran palsu dan menyeleweng daripada ajaran Islam, dilaporkan telah mengeluarkan pendapat sedemikian oleh The Malaysian Insight, kelahiran semula portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang telah diharamkan kerana telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kassim Ahmad, individu yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya atas dakwaan menghina agama Islam mendesak, “Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama.” Beliau mendesak agar urusan pentadbiran agama ditadbir secara autonomi oleh penganut-penganut sendiri, tidak seperti sekarang di mana hal ehwal urusan agama Islam ditadbir oleh negeri. Kuasa pentadbiran agama Islam negeri-negeri adalah di bawah naungan Raja-Raja setiap negeri sebagai Ketua Agama Islam masing-masing, dan Yang di-Pertuan Agong untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, sesuai dengan yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. “Kita orang Islam, kita uruskan ugama Islam secara autonomi. Sendiri. Tak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegas Kassim Ahmad. “Setiap penganut agama mempunyai kuasa autonomi, mereka perlu menguruskan diri mereka sendiri. Justeru, perkara pertama perlu dilakukan adalah Perlembagaan kita perlu secara drastik disemak semula menurut Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama. Umat Islam … mereka secara autonominya menjaga hal agama mereka sendiri, penganut Buddha menjaga agama mereka sendiri, Kristian juga menjaga agama mereka sendiri,” tambahnya lagi. di 12:56 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Label: Berita Semasa, Info Islam Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama