bnpost.blogspot.com Open in urlscan Pro
2a00:1450:4001:813::2001  Public Scan

Submitted URL: http://bnpost.blogspot.com/2017/04/kassim-ahmad-hapuskan-islam-sebagai.html
Effective URL: https://bnpost.blogspot.com/2017/04/kassim-ahmad-hapuskan-islam-sebagai.html
Submission: On August 27 via api from US — Scanned from DE

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

HALAMAN

 * Laman utama
 * Bajet Jabatan Perdana Menteri
 * Isu Semasa - ALTANTUYA
 * Isu Semasa - Rosmah Mansor
 * ISU SEMASA - CINCIN RM 24 JUTA
 * PERMATA
 * Isu Semasa - LYNAS
 * Isu Semasa - PTPTN
 * Isu Semasa - KAPAL SELAM SCORPENE
 * Derma RM2.6b
 * Kronologi Derma RM2.6B
 * Forest City JB
 * PENGKALAN TUDM SG BESI TERGADAI KEPADA CHINA..??
 * Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu
 * Petronas jual 50% saham kepada Arab Saudi..!!
 * Alhamdulillah...kini segalanya semakin jelas siapa yang BENAR siapa yang
   SALAH..
 * SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
 * Mesti Tonton : iFiles Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah





RABU, 19 APRIL 2017


KASSIM AHMAD – HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN





Kassim Ahmad mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan
Islam sebagai Agama Persekutuan. Beliau juga mendesak agar pihak kerajaan tidak
campur tangan dalam hal ehwal agama kerana menurutnya, kaedah pentadbiran Islam
di negara ini hanya membawa kepada konflik agama. 

Kassim Ahmad, tokoh anti-hadis yang pernah mendakwa hadis-hadis Nabi sebagai
ajaran palsu dan menyeleweng daripada ajaran Islam, dilaporkan telah
mengeluarkan pendapat sedemikian oleh The Malaysian Insight, kelahiran semula
portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang telah diharamkan kerana telah
melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kassim Ahmad, individu yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah
Putrajaya atas dakwaan menghina agama Islam mendesak, “Kita perlu meminda
Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan
mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama.”

Beliau mendesak agar urusan pentadbiran agama ditadbir secara autonomi oleh
penganut-penganut sendiri, tidak seperti sekarang di mana hal ehwal urusan agama
Islam ditadbir oleh negeri. 

Kuasa pentadbiran agama Islam negeri-negeri adalah di bawah naungan Raja-Raja
setiap negeri sebagai Ketua Agama Islam masing-masing, dan Yang di-Pertuan Agong
untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, sesuai dengan yang diperuntukan
oleh Perlembagaan Persekutuan. “Kita orang Islam, kita uruskan ugama Islam
secara autonomi. Sendiri. Tak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegas Kassim
Ahmad.

“Setiap penganut agama mempunyai kuasa autonomi, mereka perlu menguruskan diri
mereka sendiri. Justeru, perkara pertama perlu dilakukan adalah Perlembagaan
kita perlu secara drastik disemak semula menurut Piagam Madinah yang merupakan
perlembagaan bertulis pertama. Umat Islam … mereka secara autonominya menjaga
hal agama mereka sendiri, penganut Buddha menjaga agama mereka sendiri, Kristian
juga menjaga agama mereka sendiri,” tambahnya lagi.


di 12:56 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Berita Semasa, Info Islam



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama