pewarisummah.blogspot.com
Open in
urlscan Pro
2a00:1450:4001:82b::2001
Public Scan
URL:
https://pewarisummah.blogspot.com/
Submission: On June 30 via api from US — Scanned from DE
Submission: On June 30 via api from US — Scanned from DE
Form analysis
0 forms found in the DOMText Content
BOIKOT! MONDAY, AUGUST 24, 2009 KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 2000 – OGOS 2009): KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 2000 – OGOS 2009): Info, Aduan dan Perjumpaan penting dbuat oleh penduduk mulai September 2000 - Mei 2009: 23. 09. 2000 - Perjumpaan penduduk dengan YDP MPSA dan Adun Batu 3 di Wisma MPSA. Januari 2001- Perjumpaan dengan Datuk Bandar Shah Alam yang pertama diWisma MBSA. Julai 2002 - Perjumpaan penduduk dengan Wakil Datuk Bandar Shah Alam, Adun Batu 3, Wakil Polis, Wakil PKNS dan Wakil Pejabat Tanah Petaling, di Pejabat PKNS, Shah Alam. 16. 09. 2003 - Penduduk menerima salinan surat dari PKNS yang mengarahkan kuil dipindah kan kekawasan Kuil Berkelompok di Seksyen 18. Pihak kuil tidak mematuhi arahan berpindah. Tahun 2004 - Bekalan elektrik dimasukkan, tetapi air diambil secara haram dari paip jalan. Gangguan bising keramaian beberapa malam. Penduduk buat aduan di Balai Polis Seksyen 15. Tahun 2005 - Penduduk kawasan setinggan berhampiran jalan keretapi telah dipindahkan. Tahun 2006 -Terima maklumat pihak kuil menghantar permohonan untuk daftarkan kuil dipejabat Pendaftar Pertubuhan tetapi belum diluluskan. Aduan telah dibuat kepada MBSA. Jun 2006 - Bekalan air dimasukkan ke kuil. Ubahsuai bertambah rancak membesarkan lagi kawasan kuil. Aduan dibuat kepada Penguat kuasa MBSA, mereka datang meronda sahaja. 28. 07. 2006 - Penduduk hantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor. Papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS - Penceroboh Akan Didakwa”. Notis itu tidak dipedulikan pihak kuil. 01.08. 2006 - Perjumpaan dengan Pegawai Jabatan Kontroller di Pejabat PKNS Shah Alam. 04. 08. 2006 - Perjumpaan dengan Pegawai Penguatkuasa & Peg. Jabatan Perancang MBSA. 15. 09. 2006 - Perjumpaan penduduk dengan Adun Batu 3, di Pejabat Adun Seksyen 11, Shah Alam. Maklumat daripada PA Adun En. Badaruddin pihak kuil menolak ditawarkan pindah ke Seksyen 23. Mereka beri alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan loji Indah Water. 09. 10. 2006 - Perjumpaan 7 orang wakil penduduk dengan Menteri Besar Selangor di SUK. Nov. 2006 - Maklumat dari Jab. Kontroller, Peguam arahkan kuil pindah sebelum 30.11.2006 20. 12. 2006 - Aduan dihantar kepada Pengurus Besar PKNS, Ibu Pejabat PKNS, Petaling Jaya. Mac dan April 2007 - Pekerja-pekerja PKNS dihantar mengukur kawasan disekitar kuil itu. Penduduk berdekatan dimaklumkan projek rumah teres 16 unit yang tergendala diteruskan. June 2007 - Kuil yang sudah diubahsuai ada 5 bilik. Banyak barang dibawa masuk kekuil itu. 27. 07. 2007 - Aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dan BPR. Pada masa itu keramaian bergendang dan amat bising sedang diadakan beberapa hari. Selepas aduan diterima BPAJPM, ubahsuai kuil diberhentikan, gangguan bising berkurangan. 29. 12. 2007 - Terima maklumat Jab. Perancang MBSA, kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Mac 200 - Kerajaan Barisan Nasional telah digantikan dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat. 01. 04. 2008 - Aduan dihantar kepada YB Adun Batu 3, Ahli Parlimen Shah Alam dan MB baru. April 2008 - Perjumpaan penduduk dengan YB Adun Batu 3 yang baru dimasjid Seksyen 19. June 2008 - Ubahsuai besarkan jalan masuk kekuil. Gangguan lagu-lagu Hindu pagi dan malam. Julai 2008 - Keramaian bising sering diadakan. Pada 26/7/ 08 perarakan bergendang dibuat pada jam 1 pagi, penduduk diugut bunuh bila menegur bising, minta bantuan polis mereka jerit Melayu bodoh selepas polis beredar. 09. 08. 2008 - Perjumpaan penduduk dan YB Ahli Parlimen Shah Alam di masjid Seksyen 19. 12. 08. 2008 - Perjumpaan wakil-wakil penduduk Islam, wakil-wakil kuil dengan YB Adun Puan Rodziah, YB Xavier, YB Ahli Parlimen, Wakil Datuk Bandar, Wakil PKNS dan wakil Polis di pejabat Adun Seksyen 23. Wakil Penduduk Islam Seksyen 19 hanya 5 orang sahaja. Tetapi wakil AJK kuil terlalu ramai yang datang. 07.10. 2008 - Aduan kepada YB Adun gangguan bising semasa penduduk menyambut Aidilfitri. 14. 12. 2008 - Ubahsuai dibuat membesarkan bilik-bilik dikuil. Gangguan bising pagi dan malam. 18. 12. 2008 - Penduduk hantar aduan mohon bantuan NGO Islam atasi masalah gangguan kuil. 31. 12. 2008 - Hantar aduan keramaian 28/12/ 08 kepada YB Adun Batu 3, MB & Datuk Bandar. 08. 01. 2009 - Hantar rakaman video ubahsuai dikuil pada 21/12/ 2008 kepada pihak berkuasa. 10. 01. 2009 - Bantuan NGO telah mengurangkan sedikit masalah gangguan-gangguan dikuil itu. 08. 02. 2009 - Penduduk hubungi Bilik Gerakan MBSA pihak kuil buat tandas dekat Jalan 19/25. 23. 02. 2009 - Hantar aduan masalah tandas baru dikuil kepada Pengarah Penguat kuasa MBSA. 17. 03. 2009 - Surat mohon tiada gangguan digelanggang kpd. Pengarah Penguat kuasa MBSA. 05. 05. 2009 - Hantar aduan kepada MB, Adun Batu 3 dan Exco Agama mohon kuil dipindahkan. 08.05.2009 - Jawapan YB Adun Persatuan Kuil setuju pindahkan kuil dan selesai masa terdekat. 12.05.2009 - Balasan surat kepada YB Adun mohon pemindahan kuil tidak ditangguhkan lagi. 31.05.2005 - YB Adun sampaikan berita kepada AJK Masjid Ubudiah kuil akan pindah ke Seksyen 23 02.08.2009 – Aduan kepada YB Adun, MB, Exco Agama dan Datuk Bandar Shah Alam kuil dicat baru walaupun hendak dipindahkan, gangguan di gelanggang senaman penduduk Islam dan masalah dikuil kecil. 05. 08.2009 - Keramaian diadakan selama beberapa hari. Gangguan bising bergendang pada 07/08/2009 pada jam 8 hingga10 malam. Disambung pula pada jam 12 malam. Aduan kepada YB Adun pada Jam 1 pagi kerana kuil masih bergendang. YB Adun dan 2 peronda polis datang jam 1.15 pagi. Selepas polis beredar gangguan bising pemuda India hingga jam 2.30 pagi. 08/08/2009 gangguan bergendang mula pada jam 6.45 pagi. Aduan kepada YB Adun. Pada malam Sabtu 08/08/2009 gangguan bising bergendang beberapa jam walaupun ada majlis kenduri Doa Selamat diadakan dirumah berhampiran. 09/08/2009 - gangguan bising lagu-lagu Hindu pada sebelah pagi dan malam. Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:38 PM 17 comments: TUESDAY, JANUARY 27, 2009 SEKITAR MAJLIS SIDANG AKHBAR BERHUBUNG KEMATIAN A.KUGAN DALAM TAHANAN POLIS PETIKAN BERITA BERNAMA 27 JANUARI 2009 Samy Vellu Diminta Nasihat Masyarakat India Jangan Berdemonstrasi KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) menggesa Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu serta dua timbalan menteri meminta masyarakat India supaya jangan terlibat dalam demonstrasi yang dirancang pihak tertentu semasa upacara pengkebumian bekas tahanan polis A. Kugan esok. Timbalan Pengerusi II Pewaris Rahimuddin Md Harun berkata ini perlu bagi membuktikan bahawa Samy Velu serta dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah dan Datuk K Devamany, merupakan pemimpin yang peka dengan sensitiviti perkauman di negara ini. "Mereka perlu membuat pengisytiharan itu kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai atau berarak sehingga menimbulkan huru-hara pada majlis pengebumian mendiang esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membawa sepanduk atau mengadakan demonstrasi ketika perarakan majlis pengkebumian Kugan di Batu 14 Puchong esok.Rahimuddin menyeru mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan supaya tidak memperbesarkan isu kematian Kugan sebagai isu perkauman yang boleh menjejas perpaduan kaum. Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari di lokap Balai Polis Taipan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, ditemui mati pada 20 Jan semasa dalam siasatan.-- BERNAMA Pewaris Appeals To Samy Vellu Over Funeral Protest KUALA LUMPUR, Jan 27 (Bernama) -- Pewaris, a non-governmental organisation, today appealed to MIC president Datuk Seri Samy Vellu to urge the Indian community not to get involved in any protest demonstrations during tomorrow's funeral procession for A.Kugan, a suspect in a car theft case who died while in police custody. Pewaris deputy chairman II Rahimuddin Md Harun told a press conference here that any protest during the procession was inadvisable as it might offend the sensitivities of others. Yesterday, Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar issued a warning that police would take stern action if the procession was used to stage illegal protest demonstrations.Kugan's remains will be brought from the University Malaya Medical Centre near here to the Batu 14 Puchong crematorium for final rites before being cremated. Kugan, 22, was arrested on Jan 15 on suspicion of being involved in the theft of luxury cars.He died on Jan 20 while detained at the Taipan police station in Subang Jaya. The case has been classified as murder.-- BERNAMA MAJLIS INI TELAH DIADAKAN PADA 27 JANUARI 2009 DI SEMBANG SEMBANG CAFE, LOT G6 THE MALL . Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 1:22 AM 20 comments: Labels: ALBUM MONDAY, JANUARY 26, 2009 KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN MENDIANG SAUDARA A. KUGAN DAN RANCANGAN PERHIMPUNAN OLEH HINDRAF PEWARIS adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Oleh itu, PEWARIS menyeru dan mengingatkan mana-mana parti politik, Badan-badan Bukan Kerajaan atau orang perseorangan agar tidak menjadikan isu kematian mendiang saudara A.Kugan sebagai isu perkauman yang mampu memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah sedia terjalin di negara ini. Adalah diingatkan juga, ahli-ahli politik yang terlibat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Senator bertanggungjawab kepada semua kaum, bukan hanya kepada satu kaum tertentu sahaja. Tugas dan tanggungjawab ini perlulah digalas dengan jujur dan ikhlas. Kami menghargai tugas dan tanggungjawab YB Senator T.Murugiah yang sanggup berada di Hospital Serdang bagi memastikan tiada berlaku sebarang kekecohan antara pihak keluarga mendiang dan pihak hospital. Namun, di kesempatan ini, PEWARIS ingin melahirkan rasa terkilan kerana sehingga ke hari ini, permohonan kami untuk berjumpa dan menyerahkan memorandum Bantahan Penternakan Babi di Paya Mengkuang, Melaka tidak dipedulikan. Sudah hampir lebih seminggu pihak PEWARIS gagal mendapatkan temujanji bagi membincangkan permasalahan ini, termasuklah menghantar surat rasmi namun semuanya tidak berhasil. Selama hampir 20 tahun, seramai 24,000 orang penduduk Paya Mengkuang di Melaka terpaksa menghadapi penderitaan ini disebabkan kegagalan pemimpin-pemimpin melaksanakan tanggungjawab mereka. Isu kematian mendiang Saudara A.Kugan adalah satu kes jenayah dan ianya perlu diselesaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa campur tangan orang-orang politik. Mereka yang tidak berhubungkait tidak perlu memberi ulasan atau pandangan yang bercorak provokatif yang bakal menimbulkan kemarahan pada masyarakat Islam dan Melayu. Sebelum ini pun, terdapat ramai bangsa-bangsa lain seperti Melayu dan Cina yang mati di dalam lokap dan di tali gantung, tetapi tidak ada dilihat pemimpin dari mana-mana parti, baik UMNO dan PAS bergegas ke rumah mayat atau ke kubur dan mendesak untuk diadakan bedah siasat kali kedua. Jika seseorang pemimpin merasakan dirinya bertanggungjawab dan peka kepada sensitiviti perkauman di negara ini, PEWARIS ingin menyarankan agar dua orang Timbalan Menteri tersebut termasuklan Presiden MIC, Dato’ Seri Samy Vellu membuat pengisytiharan kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai di Hospital Universiti atau berarak dan menimbulkan sebarang huru-hara sewaktu majlis pengebumian jenazah mendiang saudara A.Kugan esok. (28 Januari 2009). PEWARIS merasakan tanggungjawab menentukan keamanan di Negara ini tidak terletak di bahu pasukan Polis sahaja. Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini. Untuk pemimpin Hindraf, saudara P.Waytha Moorthy yang berada di London, PEWARIS menasihatkan agar beliau tidak mencampuri urusan perundangan dan perlembagaan Negara ini. Beliau bukan lagi warganegara Malaysia kerana telah memegang pasport British. Beliau tidak perlu keluarkan komen dan pandangan dari jauh berhubung hal negara orang lain seperti di dalam MalaysiaKini (Ini bukan PJJ – bukan Pelajaran Jarak Jauh tapi Politik Jarak Jauh). Seorang pemimpin dan pejuang yang bertanggungjawab tidak akan meninggalkan orang-orang yang memerlukannya menderita dan susah keseorangan. Kenyataan-kenyataan palsu yang turut dikeluarkan oleh beliau di dalam laporan tahunan 2008 Malaysian Indian Minority & Human Rights Violations semasa di Chennai, jelas menunjukan bahawa beliau sendiri tidak memahami dan menghayati perlembagaan negara ini berbanding dengan warga-warga India Malaysia yang lain. Pemimpin seperti inilah yang akan membuatkan rakan-rakan India kita di Malaysia terus ketinggalan dan tertindas. PEWARIS menyarankan agar kita perlu fokus dalam menangani masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku dan bersatu-padu mengatasi halangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah bagi menjana ekonomi masyarakat dan individu di Negara ini. [END] Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 10:21 PM 1 comment: Labels: KENYATAAN AKHBAR JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN A.KUGAN DALAM TAHANAN POLIS JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN A.KUGAN DALAM TAHANAN POLIS PEWARIS akan mengadakan sidang media berhubung isu ini pada : Tarikh : 27 Januari 2009 ( Selasa ) Bersamaan 30 Muharam 1430H Masa : 2.00 petang Tempat : Sembang Sembang Café, Lot G6, The Mall (Berhadapan Hotel Seri Pacific) PEWARIS berharap kaum India tidak mengambil isu ini sebagai isu perkauman hingga menimbulkan suasana perkauman di Negara ini. PEWARIS juga menggesa YB Senator serta Timbalan Menteri tersebut tidak mengambil sikap berat sebelah dan bersikap profesional dalam hal ini. Kerjasama pihak anda untuk membuat liputan berhubung isu ini amatlah dihargai. Sila hubungi talian 019-3591000 / 019-2384000 / 019 – 6944300 untuk pertanyaan lanjut. [END] Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 7:25 PM No comments: Labels: KENYATAAN AKHBAR GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERASMIAN KONVOI SILATURRAHIM KE TERENGGANU Konvoi Kempen Boikot Produk Israel Ke Terengganu KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Konvoi kempen boikot produk Israel dan Amerika Syarikat anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) hari ini meneruskan perjalanan ke Paka, Terengganu.Kira-kira 30 buah kereta menyertai konvoi itu yang merupakan kesinambungan kepada program Kempen Boikot Terpilih Produk Berkepentingan Yahudi yang dianjurkan kedua-dua persatuan sejak awal bulan ini.Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman berkata konvoi itu akan berhenti di seberapa banyak surau dan masjid serta bertemu masyarakat untuk mengedar risalah kempen boikot itu.Kempen itu bertujuan membantah pencerobohan Israel di Palestin dan terhadap Amerika Syarikat yang menyokong regim zionis, katanya kepada pemberita di sini hari ini.Dr Ma'amor juga menggesa orang ramai memboikot produk Amerika Syarikat.Beliau turut menggesa orang ramai memboikot Lego yang menurutnya baru-baru mengeluarkan produk yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan isteri baginda Saiditina Siti Khadijah. -- BERNAMA Boikot rokok, filem Hollywood Oleh FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my KUALA LUMPUR 25 Jan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pengguna memboikot rokok keluaran Amerika Syarikat dan filem Hollywood sebagai membantah kekejaman Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas penduduk Palestin. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan tersebut adalah wadah terbaik bagi menyuarakan bantahan terhadap kezaliman tersebut selain membantu pengguna menghindari tabiat kurang sihat itu. "Selaras dengan kempen memboikot, saya rasa ini memang masa yang sesuai untuk kita sama-sama membuang tabiat merokok. Ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah merosakkan diri dan keluarga," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Konvoi Silaturrahim di sini hari ini. Konvoi itu anjuran Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dan akan berakhir di Paka, Terengganu. Program tersebut merupakan kesinambungan Kempen Boikot Produk Yahudi yang dikendalikan oleh PPIM. Maamor berkata, sudah tiba masanya pengguna mengenepikan filem-filem terbitan AS kerana ia lebih banyak menyiarkan propaganda mereka. "Filem Hollywood menyiarkan mesej yang cuba menunjukkan mereka hebat dan terbaik malah tersasar jauh daripada budaya kita. "Jadi pihak kerajaan mungkin boleh mengenakan beberapa tindakan seperti menaikkan harga tiket dan sekali gus membuatkan pengguna beralih menonton filem tempatan," ujarnya. Sebanyak 30 buah kereta menyertai konvoi itu dan para peserta akan mengedarkan risalah serta surah Yasin di lokasi-lokasi terpilih bagi memupuk semangat kemanusiaan dan prihatin terhadap penderitaan umat Islam di Palestin. Menurut Maamor, kempen itu sekurang-kurangnya dapat membantu usahawan tempatan meningkatkan produktiviti mereka. Ditanya mengenai nasib pekerja Islam di restoran makanan segera seperti McDonald dan KFC yang turut diboikot, beliau berkata, ia bukan bertujuan menutup rezeki mereka. "Kita mahu mereka memberitahu pihak atasan di AS supaya mengubah dasar luar mereka. "Biar mereka dapat mesej bahawa kita anti peperangan dan kalau boleh biarlah segalanya diselesaikan di meja rundingan. Sebab kita tahu syarikat-syarikat ini memang ada kepentingan terhadap Yahudi," katanya. Beliau berkata, aktiviti memboikot itu seharusnya berterusan sebagai tanda jihad ekonomi di kalangan umat Islam. (SUMBER :UTUSAN) Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 9:16 AM 1 comment: Labels: ALBUM TUESDAY, JANUARY 13, 2009 ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM ADUAN 1-KUIL YANG MENYUSAHKAN PENDUDUK SETEMPAT Pencerobohan Kuil Haram di tapak rumah PKNS di Sekyen 19 Shah Alam. Tarikh : Hari Sabtu - 21hb. December 2008 Gambar –gambar video ini telah dirakamkam dikawasan kuil Seksyen 19 Shah Alam pada hari Sabtu 21.12.2008. Pada hari itu ada majlis perkahwinan sedang diadakan di Jalan Ladung 19/28. Pada sebelah pagi kelihatan orang-orang kanan kuil berada di kawasan itu. Gambar-gambar itu telah dirakamkan pada jam 2.00 petang. Ketika itu kerja-kerja ubahsuai sedang dibuat oleh seoarang pekerja Indonesia dan seorang India. Mereka kelihatan tidak mempedulikan orang ramai yang berkunjung ke majlis perkahwinan itu memerhatikan mereka yang sedang membuat kerja-kerja membesarkan kuil haram di situ yang pastinya tidak mendapat kelulusan pihak PBT. Sejak bulan Oktober 2008 hampir setiap minggu kelihatan ada-ada sahaja kerja-kerja tambahan yang mereke buat di situ. Video dan info mengenai rakaman video: Kuil 1- Kerja-kerja ubahsuai sedang dibuat dan gambar-gambar sekitar kuil. Kuil 2- Gambar belakang dapur sebuah rumah di Jalan 19/29 yang telah diconteng dengan cat dan ditulis besar dengan angka 303. Papan tanda Jalan 19/29 juga telah disembur dengan cat putih ditulis angka 303. Kawasan ditepi rumah itu sering menjadi kawasan melepak pemuda-pemuda India. Jalan dibelakang rumah itu merupakan jalan masuk kekawasan lama setinggan. Kuil 3- Gambar menunjukkan seorang pekerja Indonesia yang sedang membuat kerja ubahsuai kuil itu. Kuil 4- Kawasan lapang yang pernah dicadangkan menjadi kawasan rekreasi kanak-kanak, gazebo, jogging track, serta taman yang telah mendapat sokongan bekas Adun Dato' Ahmad Nawawi pada 15hb. November 2000. Kuil 5- Gambar dalam rakaman ini kelihatan botol-botol minuman keras yang di buang merata tempat disitu. Apabila berlonggok ramai ada yang mabuk. Kuil 6- Gambar menunjukkan tandas yang didirikan di bawah pokok dan kawasan rehat pengunjung kuil di situ. Kuil 7- Gambar kawasan terbiar berhampiran kuil. Kawasan itu sering kelihatan anjing-anjing berkeliaran. Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam berharap kuil itu akan dipindahkan ke kawasan lain kerana tapak tanah milik PKNS itu sepatutnya didirikan rumah teres 2 tingkat sebanyak 16 unit. Gangguan kuil bising mengganggu penduduk. Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 2) ADUAN 2-PENDUDUK BENGKEK Merujuk kepada komen YB . “Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :- 1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN. 2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM. 3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL. 4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT. 5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK. 6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL. Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan : 1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.” 2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK” 3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGING. Sejak Kerajaan pakatan rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak. 1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM. 2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PEDANG DI GATE RUMAH. 3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DENGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA. 4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI. 5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG TELAH BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU. # Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat . Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius. 1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku. 2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat . 3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan. 4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang. 5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang. 6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE. 7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.” Tindakan dari ahli penduduk memasang ayat al-Quran dengan kuat sedikit sebanyak melegakan penderitaan dan tekanan yang selama 20 tahun yang sebelum ini, mereka hanya mendengar trompet, tabla, mentera-mentera serta bau yang tidak menyenangkan. Hasil daripada tindakan ini kumpulan India seramai 15-20 orang telah berkumpul di depan rumahnya. Tetapi dengan berkat al-Quran mereka bersurai sendiri. Kalau dilihat nasib penduduk disini amat malang kerana sekarang kadok dah naik junjung. Mengharap pemimpin Melayu dan Islam yang ada pun dah diinjak-injak# . Masing-masing nak selamatkan diri sendiri dan ada kepentingan. Memanglah sedih kalau dah ada pemimpin Islam mengatakan kami penduduk seksyen 19 YAHUDI ISRAEL. Amat kecewa kami rasakan apabila saudara seIslam melabelkan kami Yahudi di hadapan orang yang bukan beragama Islam. Tentunya mereka ketawa tanda kemenangan apabila saudara seIslam bergaduh sesama sendiri demi kepentingan peribadi. Jadi memang wajar bagi kami Penduduk-penduduk mengadakan tempat bagi aktiviti sihat seperti gelanggang silat, gasing dan lain-lain. Sebab ini boleh mendidik jati diri kepada remaja-remaja yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang serta bagi menghidupkan suasana kampung di taman-taman dalam bandar di kawasan seksyen 19 yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk serta taman-taman berhampiran di samping memantau budaya melepak dan minum arak sehingga lewat pagi yang ditiru oleh remaja-remaja setempat yang terdiri dari bangsa Melayu dan Islam serta mengawasi anasir-anasir luar yang menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara serta budaya, di samping bagi menebus maruah pemimpin bangsa yang tergadai. ALLAHHUAKBAR. 3) ADUAN 3-Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam. 12hb. Januari, 2008. SURAT TERBUKA KEPADA YB KHALID SAMAD DAN PEWARIS. Persoalan Kuil Seksyen 19 Dan Kenapa Penduduk Mohon Bantuan NGO Kami penduduk Seksyen 19 merasa terpanggil untuk menjawab surat yang disiarkan dalam laman web YB Khalid bertarikh 10hb. Januari 2009. Kami tidak terlibat langsung membuat provokasi menjelang PRK-KT. Tidak ada penduduk berdekatan yang aktif dalam mana-mana parti pun. 2. Semasa kami memilih untuk membeli rumah di sini kami mahukan kawasan kediaman kami yang aman damai dan harmoni. Tetapi, apa yang kami harapkan belum menjadi kenyataan. Kami terpaksa menerima suratan takdir, namun kami tidak putus asa terus berusaha walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan untuk mengatasi masalah-masalah di kawasan kami. 3. Semasa penduduk membeli rumah di sini pada tahun 1987, pihak PKNS telah berjanji kepada penduduk kuil kecil dan usang akan dipindahkan. Kawasan itu berpaya apabila hujan lebat akan ditenggelami air. Dalam peta Seksyen 19, kawasan itu adalah tapak rumah teres 2 tingkat sebanyak 16 unit. Semasa Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib menjadi Menteri Besar Selangor, beliau tidak membenarkan sebarang aktiviti dijalankan di kuil itu hingga ia dipindahkan. Namun begitu, pada hari-hari tertentu, penduduk setinggan masih datang menggunakan kuil itu. Tidak ada bekalan air dan elektrik di situ. Tetapi selepas menunggu sepuluh tahun kuil itu masih tidak dipindahkan lagi, rumah sebanyak 16 unit masih tidak didirikan. Menteri Besar Selangor juga sudah bertukar. 4. Masalah gangguan bising dan pembesaran bermula pada tahun 1999 apabila ramai penduduk India berpindah dari Seksyen 16 ke kawasan perumahan baru di Seksyen 20. Mereka telah datang beramai-ramai mengaktifkan kuil di Seksyen 19. Pada masa itu, di kawasan kami hanya ada sebuah keluarga India sahaja yang tinggal berdekatan kuil. Tetapi kini, keluarga itu sudah pun berpindah. Aduan gangguan bising di kuil mengganggu penduduk terutama apabila keramaian diadakan. Kuil sudah mula diubahsuai sedikit demi sedikit setiap kali keramaian hendak diadakan. Penduduk telah membuat aduan kepada YB ADUN, MPSA dan PKNS. Apabila aduan dibuat, penguatkuasa akan dihantar membuat rondaan dan biasanya mereka akan datang mengambil gambar kuil sahaja. Pada bulan September 2000, 6 orang wakil penduduk telah berjumpa YDP Datuk Emran Kadir dan ADUN Datuk Ahmad Nawawi di bangunan MPSA. YDP berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk, tetapi beliau memberitahu adanya campur tangan Pemimpin MIC telah menyebabkan masalah kuil sering tertangguh. Pada Oktober 2000 Shah Alam jadi Bandaraya. 5. Pada 11.8.2000 Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Penduduk telah mengadakan perjumpaan dengan ADUN Datuk Ahmad Nawawi membuat permohonan agar kawasan paya dan kawasan terbiar semak di sepanjang Jalan 19/24 A hingga Jalan 19/25 dan 19/28 hingga ke komuter dijadikan taman, kawasan rekreasi beserta gazebo dan jogging track. Kesesakan lalu lintas di persimpangan sekolah amat kritikal Di waktu pagi dan petang. Jadi, penduduk mahukan ada jalan baru dibuat dari persimpangan Jalan 19/28 hingga ke komuter. Namun begitu, kawasan rekreasi yang dicadangkan yang mendapat sokongan bekas ADUN Datuk Ahamd Nawawi pada 15.11.2000 belum menjadi kenyataan. Tetapi kuil pula yang telah dibesarkan tanpa pelan dan permit dari PBT. Penduduk terus membuat aduan dan beberapa perjumpaan dengan pihak atasan telah dibuat. Salepas aduan dibuat, kuil akan mengurangkan aktiviti mereka. Tetapi tidak lama salepas itu, mereka akan buat semula gangguan bising di situ. Begitulah yang sering dihadapi oleh penduduk yang tinggal berdekatan. Aduan terpaksa dibuat berterusan kerana gangguan bising. 6. Pada tahun 2003 Pengerusi Persatuan Penduduk telah menerima salinan surat arahan pindah kuil Seksyen 19 ke kawasan kuil berkelompok di Seksyen 18. Tetapi apa yang berlaku? Kuil tidak berpindah tetapi bekalan elektrik pula yang dimasukkan. Penduduk melihat mereka membuat penyambungan haram air untuk kegunaan kuil. Penduduk beramai-ramai telah membuat aduan kepada JBA dan bekalan air telah dipotong. Apabila penduduk bertanya kepada MBSA kenapa kuil tidak berpindah? Jawapan yang diterima ialah tunggu arahan SUK. Kami juga diberitahu pihak kuil telah menolak untuk berpindah ke Seksyen 18 kerana mereka pengikut Mahamariaman sedangkan di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Pada tahun 2005 apabila penduduk setinggan dipindahkan penduduk berharap kuil itu akan dipindahkan juga. Tetapi tidak berlaku. 7. Pada tahun 2006 kuil semakin aktif digunakan apabila bekalan air dimasukkan pada bulan Jun 2006. Ubahsuai disitu bertambah rancak. Persatuan penduduk mengambil keputusan untuk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada bulan Julai 2006. Aduan telah disampaikan kepada Sultan melalui salah seorang Adun dari luar kawasan Shah Alam. Salinan aduan telah dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Bandar Shah Alam dan Pihak PKNS. Apabila penduduk menghantar aduan kepada Sultan Selangor ramai penguatkuasa telah dihantar untuk berunding dengan pihak kuil. Ramai pegawai-pegawai yang turun padang. Selama dua minggu setiap hari ada rondaan daripada MBSA. Pada bulan Ogos 2006, papan tanda telah dipasang di Jalan 19/28 dan 19/24 “TANAH MILIK PKNS - PENCEROBOH AKAN DIDAKWA.” Tetapi pihak kuil tidak peduli pun larangan itu. Mereka terus juga buat ubahsuai membesarkan kuil pada hari cuti dan waktu malam untuk mengelakkan penduduk mengadu kepada MBSA. Kenapa mereka dibiarkan terus menceroboh? Kenapa tidak ada sebarang tindakan dikenakan kepada mereka kerana menceroboh? Kalau penduduk membuat sedikit ubahsuai rumah kenapa cepat sangat penguatkuasa sampai bertanyakan pelan dan permit. Mereka yang menceroboh di kuil itu tidak pula perlukan permit dan pelan dari PBT. Kuil telah dibiarkan membesar dan aktif di kawasan yang majoritinya penduduk Islam. Jika benar akan pindah kenapa buat ubahsuai? 8. Pada bulan September 2006 semasa perjumpaan dengan ADUN Batu 3 penduduk diberitahu kuil akan dipindahkan. Mereka telah ditawarkan tempat di Seksyen 23 tetapi mereka menolak. Pada bulan Oktober seramai tujuh orang wakil penduduk berjumpa dengan Menteri Besar Selangor mohon agar kuil segera dipindahkan kerana gangguan bising dan banyak masalah sampingan yang berlaku. Pada bulan November 2006 penduduk menerima maklumat daripada PKNS iaitu peguam PKNS telah mengeluarkan arahan kuil akan dipindahkan sebelum 30hb November 2006. Apabila kami menghubungi pihak MBSA mereka telah mengesahkan perkara ini. Tetapi kuil tidak juga pindah salepas tarikh itu, tandas pula yang mereka buat di bawah pokok. Jadi di mana ketegasan pihak berkuasa? Apabila penduduk bertanya MBSA pelbagai jawapan diberikan iaitu adanya campur tangan politik, tunggu arahan SUK. Bila kami tanya PKNS akan salahkan MBSA, tetapi bila kami tanya MBSA mereka salahkan PKNS yang bersikap lepas tangan. Sampai bila kami harus bersabar? 9. Sudah masuk tahun ke 20 kuil masih lagi disitu. Pada bulan March dan April 2007 kakitangan PKNS telah datang menyukat kawasan kuil. Penduduk telah dimaklumakan kuil akan dipindahkan kerana projek rumah yang tergendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Tetapi selepas itu tiada pun kerja-kerja dimulakan. Pada masa yang sama pihak kuil terus aktif, banyak barang dibawa masuk dan lampu-lampu dipasang. Keramaian yang bising telah diadakan pada 27hb Julai hingga 29hb Julai 2007. Penduduk terpaksa menghantar bantahan lagi. Apabila aduan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri barulah kerja-kerja ubahsuai diberhentikan tetapi aktiviti mereka di kuil terus berjalan seperti biasa. 10. Aduan terus dibuat berterusan akhirnya pada 29hb December 2007 penduduk telah menerima jawapan kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Kerajaan Barisan Nasional digantikan dengan Pakatan Rakyat pada bulan March 2008. Pada bulan April 2008 penduduk telah menerima jawapan pemindahan ditangguhkan pula. Penduduk mohon bantuan daripada kerajaan baru. 11. Pada bulan April 2008 pihak kuil telah memasang bendera Parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat di kiri dan kanan papan tanda notis larangan menceroboh disitu. Aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan pun untuk menurunkan bendera itu. Wajarkah bendera sebuah parti Islam dikibarkan di kawasan kuil? Apa yang menyedihkan kami ialah apabila ada penduduk yang bertanya kenapa bendera dipasang di situ mereka jawab “ Dua-dua parti sudah sokong tidak payah pindah”. Kuil semakin aktif dan gangguan bising hampir setiap hari. Semasa perjumpaan penduduk dengan YB Adun yang baru pada bulan April 2008, maklumbalas penduduk yang hadir pada malam itu ramai yang tidak berpuashati dengan jawapan YB Adun yang tidak memihak kepada penduduk Islam. Jadi ada yang pulang awal kerana kecewa dengan jawapan beliau. 12. Pada bulan Jun 2008 ubahsuai telah dibuat di jalan masuk kekuil telah dibuat. Dulu kayu digunakan telah diganti simen. Apabila ada ubahsuai baru pasti ada keramaian akan diadakan. Pada 21.7.08 penduduk melihat beberapa buah lori membawa masuk barang-barang ke kawasan kuil. Seorang penduduk berdekatan dengan berani telah menahan sebuah lori dan bertanya untuk apa barang-barang itu. Pemuda di kuil selamba menjawab, “Kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil”. Aduan telah dibuat kepada YB Adun Batu 3 bertanyakan masalah ini. Beliau menafikan ada arahan saperti itu. Beliau telah menghantar pegawainya ke situ untuk menyiasat. Barang-barang telah dibawa masuk semula ke dalam lori dan dibawa keluar. Apa akan jadi jika tiada penduduk yang sedar? Kuil tentu sudah semakin besar ketika itu. Penguatkuasa MBSA pun sudah lama tiada buat rondaan saperti dahulu. Jadi mereka bebas buat apa sahaja di situ kerana tidak didakwa. 13. Gangguan bising yang kami hadapi sepanjang bulan Julai 2008 adalah yang terburuk sekali selama kami tinggal dikawasan ini. Bayangkan perasaan kami apabila seawal jam 8 pagi mereka sudah bergendang bising. Penduduk ramai-ramai terpaksa mohon bantuan YB Adun dan Polis. Mereka hanya berhenti bergendang pada jam 11 pagi. Hampir setiap pagi dan malam lagu-lagu dan muzik Hindu dipasang kuat seperti penduduk di sini pekak belaka. Masa bising biasanya di waktu pagi antara jam 8 hingga 10 pagi, dan sabelah petang hingga ke malam. Waktu azan kedengaran dari masjid mereka buat bising di kuil. Mereka telah mengganggu kehidupan kami untuk beribadat. Mereka mengganggu anak-anak yang hendak belajar. Mereka mengganggu kami hendak berehat. Walaupun semua tingkap ditutup rapat tetapi bunyi bising terus menembusi telinga kami. Setiap hari gangguan bising akan mengganggu penduduk di Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Tetapi apabila mereka adakan keramaian gangguan bising akan kedengaran hingga ke Jalan 19/ 27, Jalan 19/25, Jalan 19/29, dan Jalan 19/30. Keramaian biasanya diadakan dari siang hingga ke malam. Keramaian pada 25hb. Julai 2008 telah menimbulkan perasaan yang sangat menyinggung penduduk berdekatan. Pada malam itu, mereka adakan perarakan pada jam 1 pagi di Jalan 19/28 dan Jalan 19/24. Penduduk mohon bantuan YB dan Polis. Apabila peronda polis sampai mereka pun berhenti bising. Apabila polis pergi kedengaran jeritan” Apa komplen-komplen-Melayu bodoh”. Sebuah keluarga berdekatan yang menegur buat bising di tengah malam telah diugut “ kalau ganggu kuil semua penduduk akan dikacau”. Mereka terus berada di kuil hingga jam 3 pagi. Keluarga yang telah diugut itu telah membuat laporan polis. Sabelum keramaian sudah beberapa malam mereka bising buat persediaan menggantung bendera dan memasang lampu di situ hingga mengganggu waktu tidur kami. Keramaian bergendang bising mereka buat lagi hingga 27.7.2008. Perjumpaan dengan YB Khalid dengan penduduk telah diadakan pada 9.8.2008. Walaupun YB meminta tempoh setahun untuk selesaikan tetapi ada penduduk yang telah menyuarakan mahu lebih cepat lagi. Banyak aduan disampaikan pada YB. 14. Pada bulan Oktober 2008 penduduk Islam manyambut Hari Raya Puasa. Pada tahun-tahun yang lepas tidak ada gangguan pada hari raya tetapi pada tahun ini mereka telah mengadakan upacara yang mengadap ke Jalan 19/24. Sejak malam hari raya 30hb. September 2008 gangguan bising berlaku setiap malam. Kami mahu mendengar takbir hari raya tetapi mereka hidangkan lagu-lagu Hindu kepada kami. Gangguan bising juga telah berlaku pada 7.10.2008 berlaku pada jam 5 pagi. Penduduk yang pergi ke masjid untuk Solat Subuh melihat apa yang berlaku di situ. Semasa azan Subuh kedengaran dari masjid mereka buat bising disitu hingga 7 pagi. 15. Pada bulan December 2008 ubahsuai baru telah dibuat lagi. Keramaian pasti akan didakan lagi. Pada 14.12.2008 bilik-bilik kuil telah dibesarkan lagi. Pada 20.12.2008 kelihatan ada lori menghantar pasir dan simen. Ubahsuai baru dibuat lagi pada 21.12.2008 . Mereka buat kerja di situ semasa ada majlis perkahwinan diadakan di kawasan berdekatan. Mereka sudah tidak takut lagi untuk buat ubahsuai. Mereka telah mengadakan keramaian bergendang pada 28.12.2008. Walaupun aduan telah banyak dibuat tidak ada pun perubahan untuk mengurangkan bising. 16. Keputusan telah kami buat dan dipersetujui ramai penduduk ialah cuba mengadu kepada NGO. Kami mengadu kepada pihak berkuasa hingga 20 tahun masalah kami tidak selesai tetapi apabila mengadu kepada NGO dalam masa dua minggu sahaja mereka telah memberikan jawapan. Jadi, salahkah kami mohon bantuan NGO? Kalau pengunjung kuil datang dari kawasan luar boleh ganggu kawasan kami, salahkah kami mohon bantuan dari luar yang seagama dengan kami? Kalau dulu YB kata beri tempoh setahun bermakna kami kena menunggu hingga Ogos 2009. Kami sudah tidak sanggup lagi menghadapi masalah gangguan bising setiap hari. Kami sudah tidak sanggup lagi menghadapi pencemaran bunyi dan pencemaran pemandangan di kawasan kami. Selain itu masalah kumpulan yang suka berlonggok di hujung Jalan 19/28 juga sering menakutkan kami kerana mereka sering mabuk. Botol-botol arak boleh kelihatan berhampiran kawasan itu. Dibelakang dapur sebuah rumah diconteng dengan nombor 303. 17. Kalau YB menyalahkan kerajaan BN kami juga boleh menyalahkan kerajaan baru kerana membiarkan kami terus diganggu di sini sejak bulan Mac hingga Disember 2008. Hakikatnya, keadaan yang kami hadapi di sini jaun lebih teruk daripada masa dahulu. Namun begitu, kami hargai bantuan yang kami terima daripada YB Rodziah semasa keadaan bising kami mengadu kepadanya. Diharap dengan penjelasan ini YB tidak lagi buruk sangka dengan tindakan yang kami ambil. Mereka datang kerana kami yang mohon bantuan mereka. Apabila NGO datang ke kawasan ini perhatian besar-besaran telah berlaku. Ramai yang turun padang meninjau kekawasan kami. Sekian sahaja daripada kami. Diharap penjelasan ini akan menyedarkan semua pihak betapa susahnya kehidupan kami di sini menghadapi tekanan kerana gangguan berterusan dari kuil itu. Masalah yang kami hadapi selama ini tidak boleh selesai dengan menunggu sahaja. Sedangkan di pihak mereka langsung tidak makan saman pun. Kami mohon maaf jika kami menyinggung mana-mana pihak. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin membantu penduduk selama ini. Kami amat berharap permohonan penduduk akan ditunaikan oleh pihak PKNS. IKHLAS DARIPADA KAMI - PENDUDUK ISLAM SEKSYEN 19 SHAH ALAM SELANGOR Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 12:37 AM 4 comments: Labels: ADUAN-ISU SATURDAY, JANUARY 10, 2009 SEKITAR MAJLIS SILATURRAHIM PEWARIS DAN PPIM BERSAMA PENDUDUK SEKSYEN I9, SHAH ALAM Posted by PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM at 9:46 PM 4 comments: Labels: ALBUM Older Posts Home Subscribe to: Posts (Atom) PEWARIS PERMUAFAKATAN WARISAN ISLAM 019-238 4000/019-69 44 300 MENYATUKAN UMMAH DEMI AGAMA DAN BANGSA! View my complete profile BERITA PEWARIS * ► 2008 (27) * ► November (12) * ► Nov 13 (1) * ► Nov 16 (1) * ► Nov 17 (1) * ► Nov 25 (1) * ► Nov 26 (6) * ► Nov 27 (1) * ► Nov 28 (1) * ► December (15) * ► Dec 01 (1) * ► Dec 02 (1) * ► Dec 04 (1) * ► Dec 09 (1) * ► Dec 10 (1) * ► Dec 12 (1) * ► Dec 18 (1) * ► Dec 19 (1) * ► Dec 21 (1) * ► Dec 24 (1) * ► Dec 25 (1) * ► Dec 27 (2) * ► Dec 29 (1) * ► Dec 31 (1) * ▼ 2009 (10) * ► January (9) * ► Jan 08 (1) * ► Jan 09 (2) * ► Jan 10 (1) * ► Jan 13 (1) * ► Jan 26 (3) * ► Jan 27 (1) * ▼ August (1) * ▼ Aug 24 (1) * KRONOLOGI ADUAN MASALAH KUIL SEKSYEN 19 (SEPT. 200... WAKTU SOLAT BANGSA MELAYU DAN UMAT ISLAM TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK WAJIB MENENTANG PENEMPATAN LADANG BABI DI MELAKA LINK LAIN UNTUK DILAYARI * PROTES BABI DI MELAKA * PPIM SUARAKAN HAK/PENDAPAT ANDA! View shoutbox ShoutMix chat widget WAKTU Free Blog Content ANDA PELAWAT KE :