ikhlas-web-zakat-stg.ikhlas.workers.dev Open in urlscan Pro
188.114.97.3  Public Scan

Submitted URL: https://ikhlas-web-zakat-stg.ikhlas.workers.dev/
Effective URL: https://ikhlas-web-zakat-stg.ikhlas.workers.dev/zakat/ms/my/
Submission: On April 17 via api from US — Scanned from NL

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

SKIP TO CONTENT


SKIP TO FOOTER

Tentang Kami

MS / MYR





MENGAPA PILIH IKHLAS?

1 airasia poin bagi setiap perbelanjaan RM4

Pengagihan yang telus dan dipercayai

Cepat, mudah dan senang

Keselamatan dan privasi terjamin


BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Pilih badan Zakat berdasarkan senarai yang tersedia.
Isikan semua maklumat yang diperlukan sebelum membuat pembayaran.
Anda akan menerima resit dalam talian melalui e-mel setelah pembayaran berjaya
dibuat.


BADAN ZAKAT


NIKMATI MATA GANJARAN LEBIH AND PELUANG MENANG TIKET UMRAH PERCUMA

W.P. Kuala Lumpur

Pusat Pungutan Zakat MAIWP



Selangor

Lembaga Zakat Selangor



Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu



Kedah

Zakat Kedah



Pulau Pinang

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang



Negeri Sembilan

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan




TULUS

Johor

Majlis Agama Islam Negeri Johor



Sarawak

Tabung Baitulmal Sarawak



Sabah

Majlis Ugama Islam Sabah



Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan



Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis




ZAKAT RAKAN KONGSI




RAKAN KONGSI




SOALAN LAZIM

Apakah pengertian zakat fitrah?



Zakat Fitrah adalah suatu bentuk zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap orang
Islam di bulan Ramadan. Bertujuan menyucikan jiwa mereka dan juga menampung
kekurangan pada ibadat puasa Ramadan, kerana puasa yang sempurna bukan hanya
menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga dari perkara-perkara yang tiada
faedah. Zakat Fitrah juga disebutkan sebagai 'sedekah fitrah'.





Apakah dalil pensyariatan?



QURAN
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu
bersama-sama orang yang rukuk."
(Surah Al-Baqarah ayat 43)

HADIS
Daripada Ibn Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah supaya
dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia
dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya
(zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan
barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedekah
seperti sedekah-sedekah yang lain.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Zakat Fitrah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah, tahun yang sama disyariatkan
berpuasa Ramadan.



Apakah hukumnya?



Diwajibkan kepada semua muslim tanpa terkecuali, baik dewasa maupun anak-anak,
laki-laki atau perempuan, merdeka ataupun hamba sahaya yang masih memiliki
bekalan sehingga Hari Raya Puasa.





Siapakah golongan yang wajib membayarnya? Apakah syarat yang mewajibkannya?



i. Beragama Islam
Zakat fitrah hanya diwajibkan kepada orang yang beragama islam.

ii. Menjumpai dua waktu
Adapun yang dimaksudkan dengan dua waktu ialah akhir bulan Ramadan dan malam
Eidul Fitri (malam 1 Syawal).

iii. Memiliki kemampuan
Apabila seseorang memasuki awal bulan syawal (malam hari bulan syawal) dan
mempunyai makanan yang cukup untuk dirinya dan untuk orang yang berada di bawah
tanggungannya, dan makanan tersebut juga cukup untuk dibayarkan sebagai zakat
fitrah untuk dirinya dan untuk orang-orang yang dibawah tanggungannya.



Apakah hikmahnya?



i. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat,
menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam
sembahyang.

ii. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin)
daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).



Apakah kadar bayarannya?



Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai
dengannya.





Bilakah waktu membayarnya?



Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal

Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal



Bagaimanakah kutipan zakat fitrah diuruskan?



Pengagihan zakat fitrah itu diutamakan bagi golongan fakir dan miskin, kemudian
kepada mereka yang lain daripada asnaf zakat yang lapan. Dalam konteks Negara
Malaysia, kaedah pembayaran zakat fitrah ditentukan oleh institusi-institusi
agama yang telah diberi kuasa.





Apakah Tulus Digital? Bagaimanakah bentuk kerjasama antara IKHLAS dan Tulus
Digital?



IKHLAS telah bekerjasama dengan Tulus Digital, sebuah syarikat fintech sosial
Islam yang menyediakan fasilitasi pembayaran beretika, bagi menjalankan
pengumpulan bayaran Zakat melalui 'Tulus Payment Exchange' di ikhlas.com,
sejajar dengan tujuan kami untuk memudahkan masyarakat Muslim dengan memberikan
akses yang tidak tertanding dalam menyempurnakan amal ibadat.



Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh IKHLAS berkaitan dengan Zakat?



IKHLAS, dengan kerjasama Tulus Digital, menyediakan kemudahan pembayaran buat
organisasi Zakat terpilih termasuk Wilayah Persekutuan, Johor, Kelantan, Negeri
Sembilan, Sabah, dan Sarawak.



Adakah pembayaran zakat akan dikembalikan?



Semua transaksi untuk segmen Zakat tidak boleh dikembalikan setelah berjaya
diurus niaga.



Bagaimanakah boleh saya hubungi IKHLAS untuk sebarang pertanyaan atau bantuan
berkaitan dengan Zakat melalui ikhlas.com?



Maklum balas dan pertanyaan anda adalah penting bagi kami. Anda boleh menghantar
e-mel kepada kami di sales@ikhlas.com dengan menyatakan nama anda, alamat e-mel
yang digunakan untuk transaksi FPX, ID transaksi FPX (dari e-mel FPX kepada anda
setelah transaksi), jumlah pembayaran serta tarikh transaksi dibuat.



Bolehkah resit yang dikeluarkan oleh FPX dan/atau Tulus Digital digunakan untuk
tujuan pemotongan cukai?



Tidak. Hanya resit rasmi dari organisasi Zakat yang dapat digunakan untuk tujuan
pemotongan cukai. Anda mesti menghubungi organisasi Zakat secara langsung untuk
meminta resit rasmi.



Bagaimana cara mendapatkan resit rasmi dari organisasi Zakat?



Setiap organisasi Zakat akan dapat memberikan resit rasmi pembayaran Zakat
melalui Tulus. Anda harus menghubungi organisasi Zakat secara langsung untuk
memohon resit rasmi.



©2023 IKHLAS. Penggunaan laman web IKHLAS menunjukkan bahawa anda bersetuju
untuk terikat dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi.