blog-misteri.blogspot.com Open in urlscan Pro
2607:f8b0:4006:80b::2001  Public Scan

URL: http://blog-misteri.blogspot.com/2008/09
Submission: On February 13 via api from US — Scanned from US

Form analysis 1 forms found in the DOM

http://www.google.com/cse

<form action="http://www.google.com/cse" id="cse-search-box" target="_blank">
  <div>
    <input type="hidden" name="cx" value="partner-pub-4637209863472781:9hr6vq-rnqk">
    <input type="hidden" name="ie" value="ISO-8859-1">
    <input type="text" name="q" size="31" placeholder="" style="background: url(&quot;https://www.google.com/cse/static/images/1x/en/branding.png&quot;) left 9px top 50% no-repeat rgb(255, 255, 255);">
    <input type="submit" name="sa" value="Search">
  </div>
  <input name="siteurl" value="blog-misteri.blogspot.com/2008/09" type="hidden"><input name="ref" value="" type="hidden"><input name="ss" value="" type="hidden">
</form>

Text Content

" BLOG MISTERI "

Misteri itu indah...





FREE SEARCH






WEDNESDAY, SEPTEMBER 24, 2008


MISTERI DI SEBALIK KEMATIAN SEORANG POLIS


Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap
wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di
hadapan mata saya.

Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah
berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an.
Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya
memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan
dunia yang fana ini dengan hati yang seronok

Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga
dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi
kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga
ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan
kemuliaan Arwah.

Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah. Seperti
saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan seperti saya
juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus terpaku kepadanya.
Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya, benarkah jenazah yang terbaring di
hadapan mereka itu adalah Allahyarham.

Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah seorang
daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.

Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang
menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai
orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar
lagi untuk meneruskan pengurusan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara
dan orang ramai yang menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah.

Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah kemudiannya
dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup
tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi,
malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu urusan pengkebumian
jenazah arwah.

Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang mengingati
kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitu sekali balasan yang
Allah swt berikan kepadanya.

Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan kemuliaan
sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang seorang yang bertaqwa.
Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan
mungkar.

Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan Awam,
salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah sangat
dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka membantu orang
yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis digunakan sepenuhnya bagi
membantu orang ramai.

Arwah tidak pernah berkata ‘tidak’ bagi setiap orang yang meminta pertolongan,
walaupun mereka datang pada jam 2 – 3 pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam
dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara biasa bagi Arwah dan
setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka yang manis.

Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai
mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya. Dia
tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka dengan hati yang gembira.

Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah
lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan
pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak
yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan orang.

Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja orang yang
iri hati dan berprasangka buruk. Walaupun bermacam-macam tomahan dan kata-kata
yang cuba melemahkan semangat, namun mereka tidak mengambil peduli. Malah dia
tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya.

Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit.
Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakan jika tidak
mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Ini
merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi membantu insan lain. Gaji Arwah
bukanlah besar, tanggungannya juga bukan ringan, namun Arwah tidak pernah
menunjukkan kesusahannya kepada orang lain.

Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak. Beliau
adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya.

Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun sehingga kini
orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-anak angkat Arwah juga
masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti dan berhari raya bersama
keluarga di situ. Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana
sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah berasal dari Sabah, Sarawak dan
negeri-negeri yang dari ibu kota ini.

Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa
di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua penghuni syurga
muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah iktibar ini yang
ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku ke atas jenazah Arwah
?

Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan
menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman
paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai pengurus jenazah. Ia
sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri saya.

TQ http://kedah2u.com

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cerita, mayat



FRIDAY, SEPTEMBER 19, 2008


RAHSIA ZIKIR


Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf
yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan
ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini
berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita
lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran
interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah,
seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini
menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak
tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan
saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang
segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan
kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah
Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di
Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan
perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan
melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama
berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan
mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada
mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.


1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: angka, artikel, misteri sains, psikologi



TUESDAY, SEPTEMBER 16, 2008


ROH MERAYAU GARA2 MENGUMPAT


Milah memang terkenal dikalangan penduduk kampung. Setiap petang dia akan duduk
berlonggok di tangga rumah jirannya sambil mengata orang kampung. Ada saja
cerita baru yang dijajanya sehingga tidak menyedari senja meremang. Mulutnya
tetap becok biarpun azan Maghrib berkumandang di masjid berhampiran kampung
sedangkan di saat itu sebagai hamba-Nya, kita sepatutnya sujud menyembah Ilahi.

Suaminya, Osman sudah jenuh mulut menegur kelakuannya itu. Bukan saja
menimbulkan fitnah tetapi tidak baik untuk bayi dalam kandungan kerana dia
sedang mengandung tujuh bulan. Kata orang tua-tua, hantu syaitan banyak
berkeliaran waktu senja.

Sikap degil Milah sudah Osman faham benar kerana sejak kahwin, Milah kerap
melawan cakapnya. Setelah tujuh tahun mereka berkahwin, inilah kali pertama
Milah mengandung. Biarpun ini kandungan pertamanya, tapi Milah tidak membuat
penjagaan rapi seperti yang disarankan doktor. Bukan Osman melarang isterinya
duduk berbual tapi biarlah berpada, jangan sampai keterlaluan hinggakan senja
meremang pun dia masih duduk berborak di tangga rumah jiran-jiran.

Ada juga orang kampung menegur perlakuan isterinya dan Osman juga sudah puas
menasihatinya tetapi umpama mencurah air ke daun keladi. Sikap isterinya tetap
tak berubah dan lama kelamaan, dia buat tak reti.

Maka sukalah Milah kerana tabiatnya sudah tiada yang ambil peduli. Maka
rancaklah, dia duduk berlonggok di tangga rumah jiran sambil mengata itu dan
ini. Kebetulan, ada teman-teman yang menyokong, rancaklah kegiatan itu.

Sebulan sebelum melahirkan, sikap Milah nyata berubah. Dia lebih gemar
menyendiri dan ketika kawan-kawannya datang ke rumah, mulutnya tidak lagi becok
bercerita seperti selalu. Memang ramai yang hairan dan suaminya turut pelik
dengan sikapnya itu tetapi dia tidak bertanya lanjut, malah memanjatkan rasa
syukur kerana isterinya sudah berubah.

Suatu malam, Milah merasakan perutnya terlalu sakit. Malah dilihatnya ada darah
yang mengalir di celah pahanya. Segera dia mengejutkan suaminya dan tergesa-gesa
mereka ke hospital. Sesampai di hospital, doktor membuat pemeriksaan dan
mendapati rahimnya sudah terbuka empat sentimeter. Milah tidak dibenarkan balik
pada malam itu sebaliknya dia ditahan di hospital kerana menurut doktor, dia
akan bersalin. Osman juga tidak mahu menanggung risiko dan dia bersetuju kerana
dia sudah tidak sabar untuk menimang anak setelah tujuh tahun berkahwin.

Kurang dari 12 jam, Milah merasakan sakit perutnya makin kerap, sakit pinggang
dan segala-galanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Berkali-kali dia
menjerit meminta tolong daripada jururawat bertugas. Sekali dua mereka melayan
karenahnya tetapi lama kelamaan mereka hanya mampu menyuruhnya bersabar sahaja.

Kira-kira jam tujuh pagi, sakit yang Milah tanggung sudah tidak tertahan lagi.
Dia segera dibawa ke bilik bersalin kerana pintu rahimnya sudah terbuka lapan
sentimeter. Jururawat menyuruhnya meneran kerana kepala bayinya sudah kelihatan.
Berkali-kali Milah cuba melakukannya malah tenaganya hingga kehabisan. Melihat
keadaannya yang tidak bermaya, jururawat 'memasukkan air' dan setengah jam
kemudian doktor melakukan kaedah vakum bagi menyelamatkan nyawa bayinya yang
hampir lemas.

Malangnya Milah meninggal dunia kerana urinya tersangkut di dalam rahim. Mereka
sedaya upaya menyelamatkannya, tapi benarlah Allah lebih menyayangi makhluknya.
Maka menangislah Osman kerana isteri yang disayanginya meninggal dunia. Dia
sendiri terkeliru bagaimana untuk mahu menjaga anak lelaki tunggalnya, Muhammad
Hakimi tanpa kehadiran seorang isteri. Puas keluarga dan sanak saudara
menasihatinya dan mereka berjanji akan menjaga anaknya bersama-sama.

Jenazah isterinya selamat dikebumikan. Namun seminggu selepas itu, kampung
tempat tinggal mereka gempar apabila kubur Milah digali. Nasib baiklah ketika
itu, ada orang kampung terlihat tiga orang lelaki sedang memikul mayat Milah.
Kala mereka menyergahnya, ketiga-tiganya lari lintang pukang dan meninggalkan
mayat Milah di tepi kubur.

Gempar seketika orang kampung dan puas mereka bercerita tentang hal itu. Kata
orang, kubur Milah dikorek untuk dipuja dan mahu dibuat minyak dagu. Segera
mereka mengebumikan semula mayat Milah. Maka bertambahlah kesedihan Osman kerana
orang memperlakukan jenazah isterinya sebegitu.

Namun seminggu selepas itu, sekali lagi orang kampung gempar. Kali ini bukan
kuburnya dikorek tapi orang melihat kelibat Milah duduk di rumah jiran di waktu
senja, sama seperti perangainya yang suka bertandang ke rumah orang ketika
mengandung dulu. Sekali lagi, Osman rasa terpukul dan dia mendapatkan nasihat
daripada seorang Lebai di kampung mereka.

Kata Lebai itu, ini mungkin balasan Allah kerana perbuatannya yang suka
mengumpat orang dan tidak sempat meminta maaf daripada orang kampung apatah lagi
meninggal dunia sebaik bersalin. Bagaimanapun Lebai menasihatkan Osman agar
banyak bersabar di samping berdoalah agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa
isterinya. Benarlah kata orang, jangan sesekali melakukan dosa kerana di dunia
Allah sudah menunjukkan balasannya, belum lagi balasan di akhirat dan diseksa di
alam barzakh.

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cerita, hantu, hospital, kubur, mayat, syaitan



SATURDAY, SEPTEMBER 13, 2008


TEMPAHKAN SEBUAH BILIK DI NERAKA JAHANNAM UNTUKKU


Menurut majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM", seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat, menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke satu
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya pakaian gadis tersebut sangat
menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi
uban menegurnya, "Wahai anak gadis, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih
baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar
kaum lelaki " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah
menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu
tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba
memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata
yang lebih dahsyat.

" Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah
bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah
tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis
manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang
masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu
menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut
celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para
penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.
Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui
Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas
dengan situasi yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis
yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar
api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana
tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si
mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.


Moral : Jagalah aurat serta kata-kata.


1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cerita, luar negara, mayat



WEDNESDAY, SEPTEMBER 10, 2008


PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH RAMADHAN






Salam Ramadhan kepada semua yang beragama Islam dan salam sejahtera kepada
semua. Bulan Ramadhan yang mulia mengandungi banyak peristiwa dan ia memberi
pengajaran untuk difikirkan bersama kearah membina intelektual Islam berjaya.
Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah Ramadhan.
Semoga catatan ringkas ini dapat menambahkan pengetahuan dan membuatkan kita
lebih rajin beribadat kepada Allah SWT.

1. Di bulan Ramadhan al-Qur’an mula diturunkan. Dengan turunnya ayat yang
pertama sehingga yang kelima surah al-‘Alaq kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga
bulan al-Qur’an, bulan untuk membaca al-Qur’an sekerap dan sebanyak yang boleh.

2. Tahun ke-2 Hijrah, telah peperangan Badar al-Kubra. Mengikut keterangan Ibn
Hisyam, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama-sama pejuang Islam
berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan
terjadilah peperangan Badar al-Kubra semasa Baginda di gua Hira’. Peperangan ini
dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam
menentang kemusyrikan dan kebatilan.

3. Pada tahun ke-2 Hijrah juga, zakat fitrah mula disyariatkan. Pada hakikatnya
pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa
menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta dan dunia.

4. Di bulan Ramadhan tahun ke-5 Hijrah, para pejuang Islam membuat persiapan
untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan itu terjadi pada bulan
Syawal pada tahun itu juga. Di dalam peperangan yang dinamakan juga sebagai
peperangan al-Azhab ini pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang.

5. Pada 21 Ramadhan tahun ke8 Hijrah merupakan tarikh pembukaan kota Mekah.
Allah Ta’ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada mulanya Baginda
bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan
dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di al-Kadid, Baginda berbuka kerana
bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Baginda memasuki kota Makkah.

6. Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa kumpula sahabat
untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin
al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala
Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

7. Pada tahun ke-9 Hijrah berlakunya peristiwa peperangan Tabuk dan Baginda
kembali pulang dari peperangan pada bulan itu juga.

8. Di bulan Ramadhan tahun yang sama juga rombongan dari kota Taif tiba di
Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan mereka turut
berpuasa bersama umat Islam di Madinah.

9. Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk
mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda
menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini
merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.

10. Pada tahun ke10 Hijrah, Baginda telah mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali
bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk
penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu
hari.

11. Pada tahun 53 Hijrah pejuang Arab Islam dapat menakluki pulau Rudes.

12. Pada tahun 91 Hijrah pejuang Islam mula mendarat di Selatan Andalus.

13. Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad dapat mengalahkan
Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.

14. Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan
Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

15. Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijrah berakhir sudah pemerintahan Bani
Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah
al-‘Abbasiyyah yang pertama.

16. Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami'ah al-Azhar selesai dibina
untuk kegunaan tempat beribadat dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara'.

17. Pada tahun 584 Hijrah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan
membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak kaum
Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya Salahuddin al-Ayyubi
bermaksud memberi rehat kepada para pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal
tiba terlebih dahulu, maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu
mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan melawan kaum Salib dan
akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.

18. Pada tahun 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik dapat mengalahkan dan membendung
kemaraan tentera Tartar di 'Ain Jalud. Tentera ini bermaksud menguasai selurh
negeri Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain melalui Mesir.


1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Al-Quran, artikel, Ramadhan



MONDAY, SEPTEMBER 8, 2008


6 SEKELUARGA DIBUNUH DALAM SATU MALAM


Pada 18/07/2007 di Klang, Kejadian berlaku diantara kira-kira pukul 3.00pg
hingga pukul 5.00pg 6 sekeluarga terkorban di Tanjong Harapan semasa pergi makan
dan bersiar-siar. Menurut kenyataan Ketua bahagian Narkotik dan Jenayah IPD
Klang, SP Ahmad Jibam memberitahu mangsa telah ditangkap dan digamkan serta di
isi dalam kotak dan dibiarkan di persisiran pantai Tanjong Harapan Berdekatan
Dengan Medan Ikan bakar Tanjong Harapan. Menurutnya lagi semua mayat telah
ditemui oleh salah seorang peniaga disitu ketika dia sedang mencuci gerainya .
Kesemua mangsa telah dihantar ke HUKM untuk ujian forensik dan bedah siasat.
Pihak polis menganggap kes ini sebagai kes Bunuh Separa kejam. Berhati-hati
semasa berjalan bersama keluarga pada waktu malam. Gambar pembunuhan ngeri
sekeluarga malang itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang kebetulan
berada di tempat kejadian. Klik sini untuk melihat gambar tersebut.

3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: gambar, lawak, mayat



SUNDAY, SEPTEMBER 7, 2008


7 PERKARA GANJIL YANG PERNAH DIALAMI OLEH SEORANG PENGGALI KUBUR




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang
alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat
kepada Allah s.w.t.


Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa
sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya
telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya
pemuda itu.


Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t.
sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan
muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat
elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika
aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan
amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah
amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku
menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar
pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."


Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang
haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang
hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali
tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh
tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.


Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa
hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih
daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang
tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat
baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat
mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"


Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab
ahli ibadah tadi.


Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum
dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya
pemuda itu lagi.


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang
berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah
golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t
kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di
pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan
sebesar zarah.


Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan
rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh
Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cerita, kubur, mayat



SATURDAY, SEPTEMBER 6, 2008


PERISTIWA SERAM DI WAD HOSPITAL


Sumber dari internet.


Beberapa tahun yang lalu, aku telah dimasukkan ke hospital. Inilah kali pertama
aku menjadi 'penghuni sementara' disebuah hospital. Aku ditempatkan di sebuah
bilik yang menempatkan enam orang pesakit. dan katilku terletak di tengah
tengah. Semua pesakit di bilik itu berbangsa Cina yang lanjut usia. Hampir
setiap malam aku tidak dapat lena kerana 'kekenyangan' tidur pada siang hari.

Pada suatu malam, kira-kira jam 9, aku terasa ingin membuang air kecil. Tetapi
aku takut untuk ke bilik air yang terletak agak jauh dari tempatku. Ditambah
lagi, lampu di luar sudah dipadamkan. Disebabkan tidak tahan, akhirnya aku
memberanikan diri untuk ke bilik air, khuatir akan 'terbuang' di atas katilku.
Aku berjalan perlahan-lahan menuju bilik air. Setibanya di situ, aku dapati
bilik air itu kosong. Namun aku terdengar seperti bunyi orang yang sedang
menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai. Aku
cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke
tandas terakhir yang bersebelahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup
dan mungkin juga dikunci dari dalam. Aku pun biarkan sahaja kerana pada
sangakaanku, mungkin ada orang di dalamnya.

Aku pun pergi ke sinki untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada di
dalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak
pernah ke tandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku
rasakan begitu lama, aku kembali menjenguk tandas itu semula dan... alangkah
terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun di dalamnya. Pintu terbuka
luas, tidak tertutup seperti tadi. "Bila masa orang ni keluar, tak nampak pun,"
kataku sendirian. Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampir 10 minit aku
menantinya di luar, tiba-tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku
yang berada di luar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi.

Oleh kerana terlalu takut, aku tak jadi buang air dan terus balik ke bilikku.
Aku cuba tenangkan perasaanku. Sepanjang malam aku gelisah dan tidak boleh
tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu,
tiba-tiba aku terpandang sesuatu di luar tingkap. Dalam kesamaran, aku ternampak
kepala orang yang sedang memerhatikan aku. Rambutnya putih, kusut masai ke paras
bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah. Matanya cengkung termasuk ke
dalam. Akau benar-benar terpaku. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku
berderau, naik ke muka, jantungku berdebar-debar. Bulu romaku berdiri tegak dan
tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah-olah terkunci untuk berkata-kata.
Dalam hatiku berdoa..."Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini."

Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin
membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu. Aku
cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia
benar-benar berada dihadapannya. Lama-kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu
perlahan lahan naik ke atas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang
sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi
kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini,
segala-galanya telah pun berlalu. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun,
peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat
lupakan.

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Cerita, hantu, hospital, lembaga



THURSDAY, SEPTEMBER 4, 2008


MENGUSIR GANGGUAN MAKHLUK HALUS


Gangguan sihir dengan perantara makhluk ghaib dapat menyerang sesiapa sahaja.
Bila usaha medikal tidak dapat menemukan gejala klinikal yang kita atau kerabat
kita deritai, ada baiknya anda berkikhtiar, baik untuk diri sendiri ataupun
menolong orang lain dengan kaedah berikut ini.

Untuk diri sendiri.

1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu segera ulangi
kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan kepada sesuatu yang suci.

2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah SWT. Sesuaikan
kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang senang, maka berzikir
Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang sedih/kecewa atau yang sejenisnya,
maka berzikirlah Istighfar (Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka
berzikirlah "Lailahaillallah". Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada
kegiatan lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan ghaib
untuk dapat menembus kita.

3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat, seperti
membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya. Kerana, dari situlah
pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita mengerjakan dosa dan menjauh dari
Allah SWT. Semakin mudah mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya.

4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan, segera solat dan
usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat adalah cara kita untuk
berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu solat adalah salah satu doa yang
makbul dan Insya Allah segera diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya
dari segala gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata.

5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi
sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau berkurang, ganti
dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun

Untuk orang lain.

Bila ada orang lain yang kita yakini terkena gangguan sihir dari makhluk ghaib,
maka lakukan perkara yang berikut:

1. Diri kita, sipenyembuh harus dalam keadaan suci dari segala macam hadas.

2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan iman dan taqwa
kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan kepada Allah agar sipesakit
dapat segera sembuh dari segala jenis gangguan.

3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah Allah...
sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah SWT dekat
dengan kita.

4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya 33x, tiupkan
ke air setiap habis bacaan.

5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah sipesakit.

6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri dan kanan
bergantian, hingga pesakit sedar.

Insya Allah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapat menyembuhkan
diri kita sendiri mahupun orang lain. Semua tentu kerana pertolongan dari Allah
SWT. Amin.

PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM

Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman PhD (AM)

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Al-Quran, artikel, Makhluk Halus



MONDAY, SEPTEMBER 1, 2008


TIPS CARA MELIHAT AURA


Ramai orang menyangka aura seseorang hanya dapat dilihat dengan kekuatan batin
tingkat tinggi, atau dengan bantuan khodam (jin dan makhluk halus). Yang lebih
moden, aura dapat dilihat dengan jelas menggunakan kamera khas. Tapi tahukah
anda, aura sebenarnya dapat dilihat dengan mata kasar. Tips di bawah ini akan
menerangkan cara-cara bagaimana untuk melihat aura seseorang. Namun sebelum kita
melangkah lebih jauh, ada baiknya kita lihat sejenak mengenai apakah dan
bagaimanakah sifat aura itu. Maksudnya agar kita tidak tersalah pemahaman
tentang aura.


Ada beberapa hal penting yang berkaitan dengan aura :

Aura manusia selalu berubah-ubah sesuai dengan kematangan dan keperibadian
seseorang.

Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan keperibadian dan kehidupan seseorang.
Masing-masing warna aura menunjukkan keperibadian yang berbeza.

Panjang pendeknya aura dapat dikesan dengan panca indera biasa seperti kulit
ataupun dengan alatan pengesan aura.

Aura seseorang dapat mempengaruhi serta dipengaruhi oleh persekitaran. Ia dapat
bertambah dan berkurang kerana faktor persekitaran.

Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan agar pancaran aura seseorang tetap
bersinar, diantaranya ialah:

1. Makan makanan yang halal, baik dan tidak berlebihan.

2. Melakukan senaman dan olahraga yang cukup dan teratur.

3. Memenuhi keperluan tubuh seperti mendapatkan udara segar.

4. Istirehat yang cukup, mengurangkan tabiat rokok, alkohol dan ubat terlarang.

5. Menjauhi gerak hati, gerak fikir dan kegiatan-kegiatan yang negatif.

6. Menjauhi sikap hati yang kasar, mudah marah sebaliknya membanyakkan rasa
kasih sayang.

Sekarang, mari kita melakukan latihan melihat aura. Sebelum melihat aura orang
lain, ada beberapa urutan latihan yang harus dilakukan untuk mendapatkan hasil
yang sempurna.

1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan

Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2
meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin.
Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat.
Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan.
Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan
latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua
telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan
mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.

2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan

Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1.
Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah
nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah
bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari
telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.

3. Melihat Aura Diri Sendiri

Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah
latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah
nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali.
Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak
melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan
latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan
dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali
terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura
kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah
terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil,
mulailah untuk melihat aura orang lain.

4. Melihat Aura Orang Lain

Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok
yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat
remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek.
Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek.
Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah
pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan
memancarkan warna aura.


7 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: artikel, misteri alam

Newer Posts Older Posts Home

Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Owner: Please log in at Blenza.com if you wish to enable this widget.




Misteri...sesuatu yang belum diketahui dengan pasti dan mendorong semangat ingin
tahu kebanyakan orang. Gunakan akal dan hati untuk menafsirkannya... Jangan
terlalu percaya ataupun taksub dan jangan juga menganggap ia suatu yang
mustahil...



DEMI MASA...





PANDUAN JANA WANG





PANDUAN PERHUBUNGAN:





SUBSCRIBE TO

Posts
Atom

Posts

All Comments
Atom

All Comments





BLOG ARCHIVE

 * ►  2014 (24)
   * ►  July (2)
   * ►  June (6)
   * ►  May (6)
   * ►  April (5)
   * ►  January (5)

 * ►  2013 (23)
   * ►  October (1)
   * ►  September (2)
   * ►  August (2)
   * ►  July (2)
   * ►  June (2)
   * ►  May (2)
   * ►  April (2)
   * ►  March (8)
   * ►  February (1)
   * ►  January (1)

 * ►  2012 (23)
   * ►  October (1)
   * ►  August (2)
   * ►  July (8)
   * ►  June (2)
   * ►  May (1)
   * ►  April (7)
   * ►  March (1)
   * ►  February (1)

 * ►  2011 (11)
   * ►  October (3)
   * ►  September (2)
   * ►  June (1)
   * ►  March (1)
   * ►  February (2)
   * ►  January (2)

 * ►  2010 (14)
   * ►  December (2)
   * ►  November (1)
   * ►  September (1)
   * ►  July (1)
   * ►  May (1)
   * ►  April (3)
   * ►  March (1)
   * ►  February (2)
   * ►  January (2)

 * ►  2009 (23)
   * ►  December (3)
   * ►  November (1)
   * ►  October (1)
   * ►  September (1)
   * ►  August (1)
   * ►  July (2)
   * ►  June (4)
   * ►  May (1)
   * ►  April (1)
   * ►  March (1)
   * ►  February (2)
   * ►  January (5)

 * ▼  2008 (63)
   * ►  December (1)
   * ►  November (4)
   * ►  October (3)
   * ▼  September (10)
     * Misteri Di Sebalik Kematian Seorang Polis
     * Rahsia Zikir
     * Roh Merayau Gara2 Mengumpat
     * Tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku
     * Peristiwa penting dalam sejarah Ramadhan
     * 6 Sekeluarga Dibunuh Dalam Satu Malam
     * 7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang ...
     * Peristiwa seram di wad hospital
     * Mengusir gangguan makhluk halus
     * Tips cara melihat Aura
   * ►  August (8)
   * ►  July (8)
   * ►  June (6)
   * ►  May (9)
   * ►  April (2)
   * ►  March (4)
   * ►  February (5)
   * ►  January (3)

 * ►  2007 (15)
   * ►  December (5)
   * ►  November (10)




PELAWAT

Feedjit Live Blog Stats Feedjit Live Blog Stats Feedjit Live Blog Stats Feedjit
Live Blog Stats

pingomatic.com


JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN APA YANG ANDA LIHAT DAN BACA. ANGGAP IANYA SEBAGAI
SATU TAULADAN DAN HIBURAN SEMATA-MATA.



Powered By BlogMisteri @ Misteri360 -------------------------->CLOSE THIS
BOX<------------------------




PAGES

 * Home
 * Visitors




POWERED BY






Picture Window theme. Theme images by fpm. Powered by Blogger.