digital-id.my Open in urlscan Pro
202.45.138.8  Public Scan

URL: https://digital-id.my/
Submission: On April 15 via api from CA — Scanned from US

Form analysis 0 forms found in the DOM

Text Content

 * Utama
 * Pengenalan
 * Kelebihan
   
 * Pelaksanaan
     
   * Lokasi Kios
   * Pendaftaran
   * Penanda Aras
   * Berita
   
 * Soalan Lazim
 * Hubungi Kami

 * Utama
 * Pengenalan
 * Kelebihan
   
 * Pelaksanaan
     
   * Lokasi Kios
   * Pendaftaran
   * Penanda Aras
   * Berita
   
 * Soalan Lazim
 * Hubungi Kami

 * 
 * 
 * 
 * 
 * 




INOVASI EKONOMI DIGITAL
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT


SAHKAN DIRI ANDA DENGAN SELAMAT,
PANTAS DAN MUDAH!

MyDigital ID ialah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat
dan sah untuk pengguna dalam talian.
Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh MIMOS sejak 2016 dan mempunyai 32
Paten.

PENGENALAN


APAKAH MYDIGITAL ID

MyDigital ID adalah wadah pengesahan pengenalan diri secara digital yang
diwujudkan untuk keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

 * Meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan perkhidmatan dalam talian
   dan transaksi digital
 * Memperkukuhkan keyakinan dalam landskap digital di Malaysia
 * Memperkasa Kerajaan digital pintar berteraskan data
 * Mendukung pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ke arah menjadi negara maju
   berpendapatan tinggi

MUAT TURUN RISALAH
Kelebihan


8 KELEBIHAN TEKNOLOGI MYDIGITAL ID


SELAMAT

MyDigital ID hanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang
data peribadi.


MUDAH

Dengan MyDigital ID, tiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan
dalam talian.


PANTAS

Hanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.


PINTAR

MyDigital ID mengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa
melibatkan perkongsian dokumen.


TEPAT

MyDigital ID memperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data
Kerajaan.


UTUH

MyDigital ID adalah sistem tersulit dilengkapi lapisan keselamatan yang teguh
dan sukar digodam.


UNIK

Seorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan
dalam talian.


DIPERCAYAI

MyDigital ID adalah inisiatif yang dilaksana, disokong dan diiktiraf Kerajaan

LOKASI KIOS SEMENTARA


PREMIS TERPILIH

 * PUTRAJAYA
 * LAIN LAIN


PUTRAJAYA

 * Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya
 * Lobi, Blok C5, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Putrajaya
   
 * Lobi, Blok Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya
 * Lobi, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya
   


Walau bagaimanapun, terdapat perancangan bagi menambah kios-kios di lokasi
strategik yang akan dimaklumkan kelak


LAIN-LAIN

 * Lobi, MAMPU,
   Cyberjaya
   (Diletakkan sementara di Lobi PDRM, Bukit Aman, KL sehingga 8 Mac 2024)
 * Lobi, MIMOS Berhad,
   Bukit Jalil


PENDAFTARAN


PENDAFTARAN MYDIGITAL ID MENGAMBIL MASA TIDAK SAMPAI 5 MINIT DI KIOS , DIIKUTI 3
MINIT DI TELEFON PINTAR!


LANGKAH 1


PENGESAHAN DI KIOS



1. PERSEDIAAN

Muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar,
Sediakan MyKad


2. IMBASAN JARI

Masukkan MyKad, letakkan ibu jari di pengimbas dan jangan alihkan sehingga
selesai imbasan


3. SAHKAN MAKLUMAT

Pastikan segala maklumat
anda adalah tepat


4. PENGESAHAN BERJAYA

Keluarkan
MyKad anda
LANGKAH 2


PENDAFTARAN
DI TELEFON PINTAR


1. IMBAS QR DI KIOS

Buka aplikasi MyDigital ID
& imbas kod QR yang terpapar di Kios


2. PENDAFTARAN

Teruskan pendaftaran
di telefon pintar


3. KATA LALUAN

Masukkan kata laluan (8 aksara), Seterusnya jawab 'Ya' untuk menyimpan identiti
digital


4. SELESAI!

Identiti digital anda telah disimpan ke dalam aplikasi MyDigital ID.


TAHNIAH!



ANDA KINI MEMPUNYAI IDENTITI DIGITAL
YANG SAH DAN DIPERCAYAI!

PENANDA ARAS


ANTARA NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN IDENTITI DIGITAL


AUSTRALIA

Australia melaksanakan sistem identiti digital yang bakal beroperasi antara
sektor kerajaan dan swasta pada 2024, bertujuan mengurangkan keperluan untuk
berkongsi data peribadi dengan pelbagai organisasi, dengan matlamat akhir untuk
melindungi dan menjamin keselamatan dalam talian rakyat negara itu.


ESTONIA

Estonia telah melaksanakan program identiti digital sejak lebih 20 tahun lalu.
Pada 2014, Estonia melancarkan program identiti digital yang dikenali sebagai
e-Residency, yang antara lainnya menawarkan akses kepada persekitaran perniagaan
Kesatuan Eropah termasuk penggunaan perkhidmatan awam dalam talian Estonia.


KOREA SELATAN

Korea Selatan menggunakan sistem identiti digital dan tandatangan elektronik
yang dipanggil i-PIN yang didaftar dalam telefon pintar untuk memudahkan
pembayaran tanpa tunai dan mendapatkan perkhidmatan dalam talian. Sistem i-PIN
mengguna pakai teknologi blockchain yang memastikan keselamatan dan privasi
data.


INDIA

India menubuhkan UIDAI (Lembaga Pengenalan Unik India) untuk mengeluarkan
identiti digital kepada setiap penduduk, bertujuan menghapuskan identiti palsu.
Sistem identiti digital India dipanggil Aadhaar, iaitu nombor 12 digit
berdasarkan data biometrik dan demografi yang unik dan sukar untuk dipalsukan.


KANADA

Di peringkat provinsi dan persekutuan, Kanada telah pun menggunakan identiti
digital untuk memudahkan rakyat dan penduduk memohon atau mendapatkan
perkhidmatan dan manfaat seperti bantuan kewangan. Kerajaan Kanada kini sedang
dalam peringkat perancangan bagi pewujudan sebuah ekosistem kelayakan digital.


MAGHRIBI

Diasaskan daripada sistem kad pengenalan nasional, platform identiti digital
Maghribi membuat pengesahan identiti melalui beberapa faktor seperti PIN,
pengecaman muka dan cap jari. Platform digital digunakan terutamanya untuk
memudahkan penyampaian manfaat sosial dan perkhidmatan awam dan swasta secara
dalam talian.


SINGAPURA

Identiti digital nasional Singapura, yang dipanggil Singpass, menghubungkan
penduduk kepada lebih 800 agensi Kerajaan dan perkhidmatan sektor swasta. Ia
juga bertindak sebagai pintu masuk bagi perniagaan antarabangsa untuk berurus
niaga dengan perniagaan Singapura, membolehkan dan memangkin urus niaga rentas
sempadan.


SWEDEN

Individu yang mempunyai nombor pengenalan nasional Sweden boleh mendapatkan
identiti dan tandatangan elektronik yang selamat dan mudah yang dipanggil BankID
melalui bank mereka. Penyedia BankID juga mengeluarkan kad identiti digital yang
mengandungi maklumat peribadi seperti dalam kad pengenalan.
MUAT TURUN


MUAT TURUN APLIKASI MYDIGITAL ID SEKARANG!


BERITA


TEMUI KAMI DI PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Di Pekarangan Bukit Jalil dari 8 - 12 Dis 2023

BERITA & ARTIKEL
PATEN


PATEN MYDIGITAL ID

Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh MIMOS sejak 2016 dan sebanyak 32
paten telah didaftarkan dibawah projek Mydigital ID merangkumi pelbagai domain
teknikal termasuk inovasi terkini seperti pengesahan, kawalan capaian,
penandatanganan transaksi yang selamat, Kawalan kunci dan pengesahan fizikal
kripto.

SENARAI PATEN




ANDA ADA KEMUSYKILAN TENTANG MYDIGITAL ID?

JAWAPANNYA MUNGKIN ADA DI SINI.
JIKA ANDA TIDAK MENEMUINYA,
HUBUNGI KAMI MELALUI EMEL:


info@mydigital-id.my


SOALAN-SOALAN LAZIM


1. APA ITU MYDIGITAL ID?

MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan
dalam talian.


2. ADAKAH MYDIGITAL ID SATU ALTERNATIF PENGENALAN DIRI YANG MENGGANTIKAN MYKAD?

Tidak. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan
diri lain. MyDigital ID ialah pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.


3. ADAKAH MYDIGITAL ID MENYIMPAN DATA BIOMETRIK PENGGUNA SEPERTI CAP JARI,
MAKLUMAT IRIS MATA ATAU PENGECAMAN WAJAH?

Tidak. MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.


4. ADAKAH MYDIGITAL ID MENGUMPUL DATA PERIBADI ATAU MEMANTAU PENGGUNA DALAM
TALIAN?

Tidak. MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi dan tidak memantau sebarang
data atau aktiviti pengguna dalam talian.


5. BOLEHKAH PENGGUNA MEMILIKI LEBIH DARIPADA SATU IDENTITI DIGITAL?

Tidak boleh. MyDigital ID tidak membolehkan pengguna memiliki atau mendaftar
lebih daripada 1 (satu) identiti digital.


6. ADAKAH TEKNOLOGI MYDIGITAL ID MENGGUNAKAN SEBARANG CIP ATAU IMPLAN KE ATAS
PENGGUNA?

Sudah tentu tidak! MyDigital ID tidak perlu dan tidak akan menggunakan sebarang
cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat
daripada pangkalan data MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


7. ADAKAH PENGGUNA MYDIGITAL ID PERLU MEMBAYAR YURAN PENDAFTARAN?

Tidak perlu. Pendaftaran MyDigital ID adalah percuma kepada semua rakyat
malaysia.


8. ADAKAH TERDAPAT TARIKH LUPUT ATAU TEMPOH SAH BAGI MYDIGITAL ID YANG TELAH
DIDAFTARKAN?

Ya, Sijil Kuasa MyDigital ID adalah sah digunakan selama 1 (satu) tahun selepas
tarikh pendaftaran. Ini adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID. Selepas
tarikh luput, pengguna perlu memperbaharui pendaftaran.


9. APAKAH MAKSUD LOG MASUK TUNGGAL (SINGLE SIGN-ON) DALAM KONTEKS MYDIGITAL ID?

MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam
talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh
digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna
dan kata laluan selain MyDigital ID.


10. ADAKAH PENGGUNAAN MYDIGITAL ID HANYA BOLEH MELALUI TELEFON PINTAR SAHAJA?

Ya. MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu
memuat turun aplikasi MyDigital ID di telefon pintar masing-masing untuk
mendapatkan dan menggunakan MyDigital ID.


11. ADAKAH PENGGUNA MASIH BOLEH MENGAKSES PERKHIDMATAN KERAJAAN DALAM TALIAN
TANPA MENGGUNAKAN MYDIGITAL ID?

Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses
perkhidmatan Kerajaan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan MyDigital ID
adalah disarankan untuk menjamin keselamatan transaksi dalam talian.


12. DI MANAKAH LOKASI TEMPAT MENDAFTAR MYDIGITAL ID?

Buat masa ini, kios-kios ditempatkan di premis-premis kerajaan terpilih di
Lembah Klang.
Antaranya ialah:

• Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya
• Lobi, Blok CS, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Putrajaya (kios ini
telah diletakkan sementara di Lobi Wisma Pertahanan, KL sehingga 27 Februari
2024)
• Lobi, Blok Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya
• Lobi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya
• Lobi, MAMPU, Cyberjaya (kios ini telah diletakkan sementara di Lobi PDRM,
Bukit Aman, KL sehingga 8 Mac 2024)
• Lobi, MIMOS Berhad, Bukit Jalil

Walau bagaimanapun, terdapat perancangan bagi menambah kios-kios di lokasi
strategik yang akan dimaklumkan kelak.


13. APAKAH AKAN TERJADI SEKIRANYA TELEFON PINTAR PENGGUNA HILANG ATAU ROSAK?

Sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak, pengguna hanya perlu
membatalkan MyDigital ID di kios atau peranti, dan perlu mendaftar semula.
Aplikasi MyDigital ID tidak boleh digunakan oleh orang lain tanpa kata laluan
pengguna sebenar.


14. APAKAH AKAN TERJADI SEKIRANYA APLIKASI MYDIGITAL ID DINYAHPASANG ATAU
DIPADAMKAN DARI TELEFON PINTAR PENGGUNA?

Sekiranya aplikasi MyDigital ID telah dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon
pintar, Sijil Digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan
MyDigital ID di kios, dan perlu mendaftar semula.


15. APAKAH KEMUNGKINAN AKAUN PENGGUNA DIGODAM SEKIRANYA MENGGUNAKAN MYDIGITAL ID
SEBAGAI AKSES LOG MASUK?

Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang
kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan, sebaliknya
menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID, menggunakan telefon
pintar pengguna tersebut. Dengan kaedah sebegini, aktiviti mengumpul kata laluan
pengguna melalui laman web palsu tidak lagi berkesan. Walau bagaimanapun,
keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah
bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.


16. ADAKAH PENGGUNA BOLEH MEMBATALKAN MYDIGITAL ID PADA BILA-BILA MASA SAHAJA?

Ya. Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di mana-mana kios. Dokumen
pengenalan diri perlu untuk proses pembatalan.


17. ADAKAH MYDIGITAL ID SATU INISIATIF KERAJAAN DAN ADAKAH SEMUA RAKYAT WAJIB
MENDAFTAR?

MyDigital ID adalah salah satu inisiatif Kerajaan. Buat masa ini rakyat tidak
diwajibkan mendaftar. Walau bagaimanapun, rakyat disarankan untuk mendaftar dan
menggunakan MyDigital ID untuk menjamin keselamatan dari ancaman siber, dan juga
memudahkan akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.


18. ADAKAH MYDIGITAL ID SAMA DENGAN PADU?

Tidak. MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri secara digital yang memudahkan
individu mengakses dan melaksanakan urusan transaksi dalam talian, manakala PADU
adalah pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan
pemastautin tetap yang menetap di Malaysia.


19. SIAPAKAH PEMAJU SISTEM INI?

MyDigital ID dibangun dan diselenggara oleh MIMOS, dengan penggunaan bakat
tempatan sepenuhnya. MIMOS adalah sebuah agensi strategik Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sistem MyDigital ID mematuhi piawaian ESG (Alam
Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat). Untuk maklumat lanjut mengenai
MIMOS, sila layari www.mimos.my

HUBUNGI KAMI


INGINKAN MAKLUMAT LANJUT?
HUBUNGI TALIAN HOTLINE KAMI

mydid_helpdesk@mimos.my

1300 888 030
(pilih Kod 1111#)

Inovasi Ekonomi Digital Ke Arah Kesejahteraan Rakyat

 * 
 * 
 * 
 * 
 * 

PAUTAN UTAMA

 * Pengenalan
 * Kelebihan
 * Pelaksanaan
 * Soalan Lazim
 * Hubungi Kami

DENGAN KERJASAMA

 * MIMOS
 * Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
 * Agensi Keselamatan Siber Negara
 * Kementerian Dalam Negeri
 * Kementerian Komunikasi
 * JPN
 * MAMPU

MUAT TURUN LOGO

Sila muat turun melalui pautan di bawah

Logo (.zip)

Hak Cipta Terpelihara © 2023 MyDigital ID

 * PENAFIAN: Semua maklumat yang terkandung di laman ini adalah tepat dan benar
   pada masa penerbitan. MIMOS tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian,
   kesilapan atau keciciran maklumat yang mungkin timbul disebabkan penggunaan
   mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini.