i777777o75747573616e626f726e656fo636f6do6d79z.oszar.com
Open in
urlscan Pro
2606:4700:3033::6815:35f0
Public Scan
Submitted URL: http://i777777o75747573616e626f726e656fo636f6do6d79z.oszar.com/2024/11/08/serangan-isreal-terhadap-anggota-pengaman-dan-askar-lubnan-adalah-jenayah-perang
Effective URL: https://i777777o75747573616e626f726e656fo636f6do6d79z.oszar.com/2024/11/08/serangan-isreal-terhadap-anggota-pengaman-dan-askar-lubnan-adalah-jenayah-perang
Submission: On November 09 via api from US — Scanned from GB
Effective URL: https://i777777o75747573616e626f726e656fo636f6do6d79z.oszar.com/2024/11/08/serangan-isreal-terhadap-anggota-pengaman-dan-askar-lubnan-adalah-jenayah-perang
Submission: On November 09 via api from US — Scanned from GB
Form analysis
1 forms found in the DOMPOST
<form action="" method="POST" style="all:unset;float:left;">
<input type="hidden" name="URL_Adresi" value="https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/08/serangan-isreal-terhadap-anggota-pengaman-dan-askar-lubnan-adalah-jenayah-perang">
<select name="DNS_Adresi" onchange="this.form.submit()" style="all:unset;border:1px solid silver;border-width:0;margin:0px 0px 0px 20px;background-color:transparent;color:black;line-height:20px;text-align:left;padding:0 5px;font-size:14px;">
<option value="0" selected="true">Otomatik - 188.114.97.7</option>
<option value="11">CloudFlare DNS</option>
<option value="12">Türk Telekom DNS</option>
<option value="13">Google DNS</option>
<option value="14">Open DNS</option>
</select>
</form>
Text Content
Langkau ke kandungan utama Sabtu, 9 November 2024 - 2:16pm Advertisement Utusan Borneo Online Toggle navigation * Sarawak * Sabah * Nasional * Dunia * Iban * Sukan * Ekonomi * Mahkamah * Rencana * Horizon * Hiburan * PRU15 * tvUB Advertisement ANDA DI SINI Halaman Utama » Dunia » Serangan Isreal terhadap anggota pengaman dan askar Lubnan adalah "jenayah perang" SERANGAN ISREAL TERHADAP ANGGOTA PENGAMAN DAN ASKAR LUBNAN ADALAH "JENAYAH PERANG" Advertisement * 2024-11-08T12:05:41+08:00 BEIRUT: Lubnan mengutuk serangan dron Israel pada Khamis di bandar selatan Sidon yang membunuh tiga orang awam dan mencederakan beberapa askar Lubnan serta anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyifatkannya sebagai “jenayah perang,” lapor Agensi Anadolu. Lima anggota pengaman cedera dalam serangan dron berhampiran pos kawalan tentera di Sidon, selatan Lubnan, menurut misi PBB. Dalam satu kenyataan, misi itu memaklumkan bahawa kecederaan berlaku ketika konvoi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang membawa anggota pengaman baharu ke selatan negara itu melalui Sidon dan serangan dron mengenai kawasan berhampiran. Tentera Lubnan mengesahkan bahawa serangan itu dilakukan oleh dron Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan, membunuh tiga individu di dalamnya dan mencederakan tiga askarnya yang bertugas di pos kawalan tentera berhampiran. Dalam reaksinya, Kementerian Luar Lubnan berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel itu dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengecam serangan berkenaan serta meminta Israel bertanggungjawab. Kementerian itu menyifatkan serangan berkenaan sebagai “peningkatan serangan Israel yang menyasarkan anggota pengaman UNIFIL, askar Lubnan dan orang awam yang merupakan jenayah perang dan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.” Ia turut mengulangi komitmen Lubnan terhadap peranan penting UNIFIL dalam penyelarasan dengan Tentera Lubnan dalam mengekalkan keselamatan dan kestabilan di sepanjang sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, terutamanya di tengah-tengah peningkatan serangan Israel yang mengancam keamanan serantau. Kementerian itu juga mengesahkan semula komitmen Lubnan terhadap Resolusi 1701 PBB, dengan menekankan keperluan pelaksanaannya secara penuh dan seimbang untuk melindungi anggota pengaman UNIFIL, askar Lubnan dan orang awam serta mencapai keselamatan yang berpanjangan di kawasan itu. Serangan udara besar-besaran Israel di Lubnan telah berlangsung sejak akhir September terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah, peningkatan dalam perang rentas sempadan yang telah berlangsung sejak konflik di Gaza bermula. Lebih 3,100 orang terbunuh dan lebih 13,800 cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan. Israel melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Oktober. oleh BERNAMA * Kategory Dunia Facebook Twitter Google+ Email Print Advertisement Advertisement > Suka Kami Di Facebook Advertisement * Dasar Privasi * Hubungi Kami © Copyright 2024, Borneo Post Online Sdn Bhd Otomatik - 188.114.97.7 CloudFlare DNS Türk Telekom DNS Google DNS Open DNS OSZAR »