psskb.blogspot.com Open in urlscan Pro
2607:f8b0:4004:c09::84  Public Scan

URL: http://psskb.blogspot.com/2012/02/kita-adalah-pemimpin.html
Submission: On March 21 via api from US — Scanned from US

Form analysis 2 forms found in the DOM

GET http://psskb.blogspot.com/search/

<form action="http://psskb.blogspot.com/search/" id="searchthis" method="get">
  <div class="content">
    <input class="textfield" name="q" size="24" type="text" value="">
    <input class="button" type="submit" value="">
  </div>
</form>

http://psskb.blogspot.com/search

<form action="http://psskb.blogspot.com/search" class="gsc-search-box" target="_top">
  <table cellpadding="0" cellspacing="0" class="gsc-search-box">
    <tbody>
      <tr>
        <td class="gsc-input">
          <input autocomplete="off" class="gsc-input" name="q" size="10" title="search" type="text" value="">
        </td>
        <td class="gsc-search-button">
          <input class="gsc-search-button" title="search" type="submit" value="Search">
        </td>
      </tr>
    </tbody>
  </table>
</form>

Text Content

skip to main | skip to sidebar


PAGES

 * HOME
 * GALERI GAMBAR
 * TENTANG KAMI
 * CARTA ORGANISASI
 * HUBUNGI KAMI





PERSATUAN SISWAZAH SABAH KOTA BELUD






LABELS

 * Aktiviti (13)
 * Inspirasi (1)
 * motivasi (1)
 * Rencana (2)
 * Tazkirah (7)




WEDNESDAY, FEBRUARY 15, 2012


KITA ADALAH PEMIMPIN


Assalamualaikum Warahmatullah..

buat sahabat2...
Kita bakal pemimpin bukan?
Bukan lagi pemimpin di tempat-tempat yang khusus, malah kita pemimpin dunia.
Bukan lagi pemimpin pada masa-masa tertentu, malah pada setiap masa untuk diri
kita sendiri terutamanya.
Pemimpin yang berjaya, seharusnya mempunyai matlamat yang jelas dan cara kerja
atau strategi yang sukses demi mencapai sebuah kemenangan yang nyata dan
disegani.
Haruskan seorang pemimpin itu disegani?
Ya, seharusnya selagi dia tidak melanggar segala undang-undang yang telah
digariskan Allah S.W.T. Ya, seharusnya selagi dia tidak menjadikan nafsu sebagai
cara kerja memimpinnya.
Dan kita para daie adalah pemimpin yang sebenarnya. Kitalah yang mengendalikan
dakwah.
Memimpin manusia untuk mengenali apa erti lurusnya sebuah jalan. Mengajar
manusia untuk lebih memahami apa erti sebenar sebuah kebenaran. Meletakkan
manusia untuk berada di tempat yang bercahaya.
Jalan yang lurus, itulah jalan yang mesti ditempuh. Jalan yang lurus, itulah
jalan yang mesti diikut.
Jalan yang lurus, itulah jalan yang penuh kesusahan. Jalan yang lurus, itulah
jalan yang tidak akan memberikan erti kepuasan dengan cepat. Jalan lurus inilah
mengajar para daie untuk terus berusaha.
Kerana apa?
Kerana inilah tugas pemimpin. Perlu memuaskan hati rakyatnya.
Dan untuk bumi ini, Islam itulah adalah kepuasan untuk penduduknya. Iman itu
adalah cahayanya.
Tidak cukup hanya dengan keadilan undang-undang, jika sebelumnya tidak wujud
Iman. Tidak cukup hanya dengan kuasa yang ada jika sebelumnya tidak wujud Iman.
Kerana dengan Iman, undang-undang akan tercipta dengan sendirinya.
Lihat sahaja sirah terdahulu.
Apabila larangan meminum arak diturunkan, serta-merta bandar Mekah itu banjir
dengan minuman-minuman keras.
Mereka bertegas mencampakkan botol-botol arak yang ketika itu berada dalam
tangan mereka.
Dari Anas Bin Malik A.S :
"Aku memberikan minuman khamar kepada Abu 'Ubaidah dan Ubay bin Ka'ab, lalu
datang orang mengatakan:" Sesungguhnya minuman keras telah dilarang". Maka Abu
'Ubaidah berkata: "Hai Anas! Berdirilah dan tumpahkanlah minuman keras itu!"
Lalu saya tumpahkan kesemuanya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Inilah kuasa Iman yang lebih tinggi kuasanya dari kuasa hakim-hakim seluruh
dunia. Kuasa Iman yang tinggi mampu menundukkan apa jua jenis kuasa dunia.
Sebut apa jua peraturan, jika tiada Iman sebelumnya, anda akan melihat betapa
ramai ummat manusia akan melanggarinya. Kerana itu, ummat manusia sekarang ini
kian tidak mengerti betapa pentingnya Iman.
Maka, seharusnya menjernihkan Iman kita terlebih dahulu sebelum berusaha
menjernihkan iman manusia yang lainnya. Barulah pemerintahan itu akan tersinar
kesuciannya.Dan lebih terjamin kuasanya !
Ajar manusia erti kebinasaan. Ajar manusia erti kehancuran. Inilah simboliknya
keadaan tanpa Iman. Besarnya pengaruh kebinasaan ini sehingga kita akan terlupa
betapa pentingnya nilai dan harga sebuah Iman.
Seharusnya kita mengenali jiwa-jiwa pemimpin agung yang sudah terbukti sejarah
hidup mereka penuh kegemilangan.
Kenali kelebihan mereka. Kenali cara kerja mereka. Kenali matlamat mereka.
Kenali potensi-potensi diri mereka. Paling penting, kenali betapa sucinya
perjuangan mereka!
Bagaimana Rasulullah S.A.W memimpin sehingga namanya, peribadinya masih
diketahui sehingga kini?
Bagaimana As-Syahid Hassan Al-Banna mampu mengubah dunia sehingga namanya
dikenali sehingga kini?
Bagaimana Syeikh Ahmad Yassin memegang tampuk kekuasaan sehingga dia disegani
sehingga kini?
Bukalah lembaran sejarah hidup mereka sahabat2....
Pemimpin itu akan sentiasa menjadi tauladan bagi orang yang diperintahnya. Dia
ibarat sumber cahaya menerangi kebenaran. Dia ibarat sumber tenaga memberi
semangat kepada rakyatnya.
Di sinilah betapa pentingnya qudwah hasanah. Rasulullah S.A.W juga mendahului
dakwahnya dengan sifat-sifat yang mulia. Gelaran al-Amin yang diberikan
merupakan satu kelebihan yang nyata.
Seluruh penduduk Mekah mengenali Baginda S.A.W. Malangnya, setelah datangnya
Islam, gelaran itu seolah telah menghilang, semacam tidak pernah wujud.
Walhal pada hakikatnya, al-Amin pada diri Baginda S.A.W tidak pernah hilang!
Malah, Baginda S.A.W berterusan menjadi ikutan para sahabat yang lainnya.
Maka, lahirlah para sahabat yang tidak kurang juga hebatnya. Abu Bakar A.S yang
terkenal dengan kelembutannya. Umar A.S yang terkenal dengan ketegasannya.
Betapa penting seorang daie itu menanamkan keinginannya untuk memimpin ummat
manusia. Bukan gilakan kuasa, tetapi gilakan kemenangan agar Islam tertegak di
atas muka bumi ini.
Tohmahan yang tinggi mengajar seorang daie itu tidak gentar dengan cabaran. Apa
yang perlu ditakuti adalah jika seorang daie itu tidak pernah melakukan sebarang
percubaan.
Demikianlah, hakikat diri seorang pemimpin manusia. Pemimpin yang mahu
menjadikan Islam itu undang-undang dunia.


 



sumber : I Luv Islam

Posted by PSSKB at 12:38 PM

Labels: motivasi


0 COMMENTS:





POST A COMMENT






Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Get my banner code or create a flash banner

Tajuk remaja dakwah



CARIAN






BLOG RASMI PSS KOTA BELUD

PSSKB pss_kb@yahoo.com View my complete profile



FOLLOWERS




PERSATUAN SISWAZAH SABAH